Wednesday, July 18, 2012

Shopping : What did I bring back from Gold Coast, Australia

Assalamualaikum!!! 

Cite pasal Gold Coast dah abes, so aku nak tunjuk souvenirs yang aku bawak balik dari Gold Coast, tak banyak pun beli hanya betol-betol fridge magnets dan sedikit t-shirts je untuk adik-beradik aku. T-shirts untuk aku pun takde. Sob sob sob...takpelah. Lain kali ok! Jom tengokkk!!! Tapi harus ingat, ni sume untuk panduan anda untuk bajet souvenirs macam mana nak beli untuk bawak balik. Takde niat untuk menunjuk pun ok. *peace*

Ni t-shirts aku beli kat SeaWorld dengan harga lelong kat luar pintu masuk dengan hanya AUD5/sehelai. Cantik tak? Hahah 

Terpaksa beli 1 FM kat SeaWorld. Puas carik yang comel-comel pastu terjumpa yang bentuk dolphin ni. Harga yang kat atas tu ialah AUD2.95/piece. Manakala dolphins yang bawak tu pulak beli kat kedai souvenirs kat Surfers Paradise. Harga kalo beli seketul-seketul ialah AUD3/piece. Tapi beli banyak dapat harga hanya AUD2/piece

Akibat cermin mata brand Rayban aku pecah akibat dihempap beg besar, maka terpaksala beli cermin mata hitam baru yang takde brand ni kat market kat Surfers Paradise. Nak bergaya punye pasal, terus hangus AUD12.50. 

Ni pulak fridge magnets yang aku beli kat kedai apek cina tu kat depan hotel ape ntah. Dekat dengan trafik lite Islander Hotel. Kedai dia ni tak ramai orang. Owh ya, nama kedai tu George Souvenirs kalo tak silap. Boleh dapat 6 ketul untuk AUD10.

Comel tak? Sape yang bertuah dapat seketul? Hahah 

Ni pulak fridge magnets yang aku beli kat Movie World. Sumpah banyak giler yang comel-comel. Terpaksala aku beli jugak untuk koleksi aku. Range harga untuk seketul ialah dalam AUD4-AUD7 untuk seketul. Mahal kan? Nak seribu daya, taknak seribu dalih. 


Kalo jenis bar macam ni agak murah kalo tak silap aku dalam AUD2-AUD3 je untuk sekeping. Menarik jugak. 

Ni pulak keychain yang berharga AUD6 seketul. Mahal kan maybe sebab jenis besi. Menarik dan cantik bagi aku. 

Ok tu jela souvenirs yang aku angkut dari Gold Coast. Semoga selamat shopping kepada para pelancong yang lain! 


Till then, wasalam... 

18 comments:

  1. cantik dan comel2 semua FM tu...ble nk g tgk dolphin niiii..hihih..

    ReplyDelete
  2. wow...
    i like
    sangat like
    jommm ??
    hehe

    ReplyDelete
  3. batman tuh paling unik, first time tgk cam tuh...

    ReplyDelete
  4. nak 1 FM yg coloful tu.. (**_**)

    ReplyDelete
  5. nasib baik dpt, kalo takkkkkkk...

    ReplyDelete
  6. spek mata itam tu beli satu je ker?aiseh~...

    ReplyDelete
  7. OMG! itu surfer paradise sgt kalerful!

    mau 1 boleh?

    puhlis~~~

    P/s; buat giveaway la....org join! hehe

    ReplyDelete
  8. Post yang i paling suka, tengok souvenirs yang dibeli. Walaupun ada mahal sikit, tapi memang berbaloi sebab sebagai kenangan mah =D

    ReplyDelete
  9. nak kena bodek ape kat ko ni John utk dapat 1 FM?

    ReplyDelete
  10. Cantik2 FM tu!
    FYI, akak sebenornya ada komen byk dlm Danny punya entri, tapi tak keluar.. hu hu hu...:(

    ReplyDelete
  11. oh, kedai George..Yup, I pun ada beli kat situ dulu...

    ReplyDelete
  12. errmmm..tak sempat beli FM byk2 masa travel kat sana...byk yg cute ehh..

    ReplyDelete
  13. souvenirs kat tempat ala2 theme park mesti selalunye mahal gile kan.. exclusive gitu..

    ReplyDelete
  14. Wow!!!!!...bestnya....Gold Coast...tunggu kehadiran aku dan suami ke sana pada 1 Mei 2013...heheheh...tak sabar....blog yang sangat2 membantu....heheheh

    ReplyDelete