Wednesday, March 5, 2014

Kansai, Japan 2013 : #15 - Tsutenkaku Tower | Lunch!

Ohayōgozaimasu!!!  

Bersambung lagi pada hari yang sama. Lepas dah penat meronda di kawasan Osaka Castle tuh. 

Kali ni pegi ke Tsutenkaku Tower yang terletak di kawasan Shinsekai. Keluar je dari exit subway terus nampak menara ni. Tersergah depan mata tinggi menara ni. Takdelah tinggi mana pun yang aku rasa dalam 10 tingkat bangunan camtu. Tapi rekabentuk menara ni agak retro ataupun bahasa lainnya macam dah lama. Macam aku penah tengok menara ni muncul dalam rancangan Ultraman satu ketika dulu. 

Korang layan tak? ahaks!

Fungsi utama Tsutenkaki Tower tak lain tak bukan macam KL Tower gak yakni untuk tujuan telekomunikasi dan jugak as a tourist attraction. Actually, kat Jepun ada banyakkkk menara. Dan ini adalah salah satunya. Kitaorang pilih yang ni sebab dekat. Pegi salah satu pun dah ok untuk tengok view plus it's free kalo pakai kupon kalo pakai Osaka Day Pass tu. Yeay! 



Lepas keluar dari exit subway tu, nak sampai ke tempat lif naik ke atas menara tu kita akan lalui jaluran market kiri dan kanan. Ternampak pulak la satu kedai makan yang ada contoh makanan yang dorang jual. Ada yang nampak macam seafood fried rice. Tapi takdelah tanya lebih kat salesgirl tu. Tapi kitaorang aim nak lunch kat sini nanti. 

Ayuhhh jalan dulu! Time ni dah dalam pukul 12 tengah hari kot. Tapi kelihatan macam tak ramai orang. Ntah kenapa...

view dari exit subway

pintu masuk market

kerangka menara dari bawah

kedai sushi kalo tak silap, ntah taktau baca Jepun

bentuk macam KL Tower? hahaha pitam~

Ingatkan takde orang la nak naik atas tu, tapi sangkaan amatlah meleset. Kene beratur katakau... takdelah panjang tapi ade la jugak dalam 20 min menunggu. Nak naik tangga? Perghhh sorrynothankskbye la jawabnya! 

Sebab kene beratur agak lama? Lif dia ada satu je uols. Kecik lak tu boleh masuk dalam 7-8 orang je per sesi. Camne tuh? Bangunan lama la katakan... 

Tapi takpe, demi nak naik, ayuhlah kita beratur macam kanak-kanak sekolah. 


bersama kupon untuk masuk Tsutenkaku Tower (purple) dan kad day pass untuk naik subway sume 
seriously i dont know who he is... bukan dari zaman aku. chewaaah! 

Menara Tsutenkaki yang kita tengok kali ni adalah yang kedua. Yang pertama dulu musnah kot masa perang dunia ke-2. Kali ni dibina lagi tinggi berbanding yang asal. 

Tsutenkaku Tower is patterned after the Eiffel Tower, the original Tsutenkaku Tower with a height of 64 meters, was built in 1912 which was the tallest structure in the Orient at the time. The current Tsutenkaku Tower was built in 1956 with a height of 103 meters and has an observation deck on its 5th floor, where you can meet a charming God of Happiness, Billiken statue.

Sumber? Google la uols! Hahahah tapi aku copy paste dari Janggel je. Aci tak? LOL. 

Ape yang ada dalam menara ni? Ayuhh masuk adik-adik! 


ada pelbagai karektor kartun yang dipersembahkan dalam menara ni, salah satunya adalah Muscle Man ni. seriously aku taktau pun kewujudan menatang ni dan tak penah tengok rancangan beliau nih hew hew hew

keadaan di observation deck

patung keemasan?

Kat sini gak kita boleh tengok kawasan Osaka dari observation deck yang bawah tak silap aku. Wahhhh memang boleh nampak betapa padatnya negara Jepun nih! 

Ayuh gegambar lagi...







Then, dah abes tengok.. kene turun bawah the next level pulak. Ada macam muzium macam menceritakan sejarah sedikit sebanyak apa yang ada kat Osaka nih. Sort of macam tu la.Takde larat nak tilik satu-satu sebab masing-masing macam dah penatkan. Tunggu nak balik Malaysia je ni. 

Jom layan lagi...










Agak-agak dah bosan kat atas tu, kitaorang turun la balik menuju ke kedai makan tadi...

Tapi selfie jangan dilupa...


Kalo korang rasa yakin nak makan kat kedai ni.. silakan. Dan kami memang yakin insyaALLAH. 


Sebelom masuk ke dalam restoran tu, kitaorang pegi jenguk kat tingkap belah kanan tu. Ada sorang cashier yang sedang menanti sambil kitaorang duk tengok contoh makanan yang dorang jual kat situ. 

Terus, aku kuarkan translation yang kata kami tak makan semua jenis daging kecuali makan seafoods je. So, kitaorang suruh dia tunjukkan makanan mana yang takde semua benda-benda tersebut. Ada gak kitaorang aci-aci tunjuk yang mana nak makan. Haaaa... memang takde pape jenis kedagingan dalam tuh. Kecuali udang dan telur! Haaa.. ayuh masuk! 

ni bukan makanan betol ye! hanya replika semata-mata! 

keadaan dalam restoran

yang pertama macam nasik goreng pataya hanya ada telur and udang kecik-kecik, nasik goreng seafoods, udang goreng tempura dan jugak sup telur. kesemuanya sedappp! 

sambil makan, sambil tulis poskad. ewaaahhh! 

Total kene bayar untuk makanan tengah hari yang lazat ni adalah 700yen/pax. Okla tu. Air free je air kosong... 

Perjalanan hari ni masih belom berakhir. 

Nanti dalam next entry aku sambung okeh!

Bye!

14 comments:

  1. Hi john! eeeh tetiba tegur cara omputih :p
    Gambar kaler merah tu cantik kalo dibuat poskad

    ReplyDelete
  2. Ultromen Taro datang menyerang... opss depa dah tak ado raksaksa la...

    Tapi tenguk miniature orang cinonit macam tu huh gigih sungguh depa buat nak ceritakan sejarah lama-lama. comel pulak patung cinonit tu.

    wah nasi goreng seafood mengoda betul lah. Nak order satu

    ReplyDelete
  3. dah macam makanan betul dah tuhh.. kita nak gi jepun next month. tak sabar pulak tengok gambar2 awak ni ehee

    ReplyDelete
  4. Aah betul! Menara tu femes dalam cerita Ultraman. Ok, another kedai makan boleh masuk dalam itinerary nanti. Insha Allah ahli jemaah lain yakin untuk mentekedarah kat situ.

    ReplyDelete
  5. Oishiii!!! I miss Japan and the foods too. Thanks for the postcard by the way =)

    ReplyDelete
  6. tetiba rindu kat John...
    eh
    silap
    tetiba rindu kat JEPUN...
    heheheh

    ReplyDelete
  7. Cantik! Banyaknya menara kat sini. Seronoknya kalau dapat joint makan tu :)

    ReplyDelete
  8. Seronok naik tower tu.. macam mana la baru ni pi tak ingat langsung nak pi ziarah tower tu hahahaa...

    Ada jugak nasi goreng pataya kat situ ek hehehee... pape pun seronok tengok korang jalan berlima ..ceria jer :D

    ReplyDelete
  9. jelous... sebab gambar cantik n jepun sangat best... sangat rindu!

    ReplyDelete
  10. Lama betul jm x sggah sini, bila baca entry terasa john berada d msia walhal jauh nun d sana. Dari tower tu kan nampak bangunan yg padat dan x nampak plak pokok2 menghijau kan. Oh japan wait 4 me :-)

    ReplyDelete
  11. Wow ada muka wa la kat situ.
    Teringin nak naik menara tu.

    ReplyDelete
  12. pernah pergi! best gila!! jgn pergi time sejukkkk tak tahan.. suka naik train dorang. best :D

    http://iluvtour.com jemput singgah

    ReplyDelete