Friday, April 26, 2013

Photobook : Jogjakarta has arrived!

Helllooooooooo!!! 

Bersua kita lagi sekali dalam entry berkisar mengenai koleksi photobook aku yang terbaru nih. Actually, photobook untuk Jogjakarta ni dah lama siap aku rasa dah berbulan-bulan lamanya dah siap. Cuma aku sekarang baru ada masa nak update atau nak share gambar-gambar yang aku letak dalam photobook kesayangan aku nih. Maybe sebagai panduan untuk korang kalo terasa teringin nak buat jugak. 

Bila kita dah selalu buat photobook ni, kita akan mula mahir atau tahu macam mana nak improve bakat dan kreativiti kita dalam memilih gambar, menyusun gambar, atau dalam mengarang ayat-ayat puitis untuk dimasukkan dalam photobook ni. Maybe ada sesetengah orang termasuk aku suka letak muka kita sendiri dalam photobook tu. Lantaklah pi la kan sebab ni photobook aku, bukannya makcik ko yang punya. So, kita ada kebebasan sendiri untuk mencorakkan photobook kita. 

Macam aku... dulu pun macam korang jugak. Aku punye photobook tu, kalo boleh semua gambar yang ada muka aku nak letak. Giler gampang nak bolot sorangkan. Lama kelamaan.. aku rasa segan. Sebabnya nanti kalo orang datang rumah, belek-belek photobook kita ni akan terdetik dalam hati, asyik muka ko je enterframe kan. Hahaha. Plus, dalam hati aku sendiri pun naik menyampah jugak bila tengokkan photobook lepas-lepas tu yang penuh dengan muka aku sendiri. Giler poyo ko~ Then, i've decided to be fair and square. Meaning let's say aku pegi berempat contohnya bersama Janggel, Masmz dan Kak Coco. Aku akan make sure semua orang akan ada page sendiri takpun kemunculan dalam photobook aku tu adalah sama rata. Takde pilih kasih ke apa (tapi portion aku lebih skit, mana leh lawan tokey~). Plus, aku tak suka kalo photobook tu penuh dengan muka-muka manusia je. Sesekali nak ada gambar lanscape atau pemandangan sahaja. Barulah sejuk je tengok. Maybe kalo kreatif skit, boleh buat photobook ni sebagai storybook. 

Anyway, at the end of the day, it's your own photobook not mine. 

Jom layan gambar~ 














Till then...selamat mencuba! 

6 comments:

  1. kiutnye gmbr ngn tellytubbies tuh

    ReplyDelete
  2. cantik alas lantai umah tu..suka warnanya..eh tetiba komen tak ada kaitan nih..

    photobook..amat sesuai tuk yg kaki travel buat kenangan hingga ke anak cucu heeeee

    ReplyDelete
  3. Thanks for the review.. suka sangat baca blog awak =)

    Pengalaman Beli Perabot Di IKEA

    ReplyDelete
  4. waduh dah byk dah photobook dia..
    ako ni, photobook NZ pun berkurun nak nyiapkan .. adeh tahap malas yg gaban ni haha

    ReplyDelete
  5. Ahaksss....akak pun dah terjangkit penyakit photobook dari ko. Skarang ni pantang ada offer kat groupon atau living social pasal photobook ni pasti akak beli. Akak baru jer terima photobook yg first...hehehe. Thanks for ur info john/henry.

    ReplyDelete
  6. setuju kalau photobook berkonsep coffee book table. simple tapi penuh makna.

    ReplyDelete