Wednesday, April 10, 2013

Singapore 2D1N : Part 2 - Restoran Hj. Maimunah, Bugis Street dan sekitar Arab Street

Assalamualaikum!!! 

Actually, aku dalam mood happy. Nak buat kerja pun tak brape nak ada mood tapi demi mencari rezeki kenela gigih skit. Anyway, papepun aku doakan korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan ceria-ceria slalu. Sabtu nih ada partey~ Hahaha... Can't wait! 

Jom aku sambung weekend getaway aku kat Singapore bulan lalu. Lepas kami menikmati kudapan ringkas kat Coffee Bean kat Merlion Park yang panas membahang tu, kami bergerak menuju ke station MRT yang terdekat untuk makan tengah hari di salah sebuah cawangan Restoran Hj. Maimunah yang terletak di Jalan Pisang, takpun dalam kata lain berdekatan dengan kawasan Kampung Glam. Betol ke aku nih? (aku dah check kat internet, dan ianya memang betol) Tapi yang penting, kami semua turun di station Bugis yang kene tambang MRT kira-kira 73 sen untuk seorang. Perjalanan begitu mudah dengan penggunaan EZLink. Aku ingatkan dah dekat nak sampai ke kedai makan tu, rupanya kene jalan kaki lagi lebih kurang 1km dari exit Bugis Station. Tapi tak kisahlah sebab sepanjang jalan kaki tu, tangan asyik memicit punat kamera je. 

Untuk keterangan lanjut pasal Restoran Hj. Maimunah ni, korang boleh refer kat website dorang ----> Hj. Maimunah

Terdapat 4 cawangan di sekitar Singapura dan sememangnya menjadi pilihan ramai penduduk tempatan yang ingin menikmati juadah masakan melayu di Singapura selain daripada makan kedai mamak. Kedai ni sememangnya agak terkenal, plus time aku pegi dulu ke Singapura bersama #Travelholicawesome, tak sempat nak singgah kat cawangan Geylang sana sebab tutup katanya. So, this time around aku datang untuk makan tengah hari! 

Papepun, jom layan dulu gambar-gambar ketika perjalanan nak sampai ke Restoran Hj. Maimunah nih. Zaass~ 




Ada pulak time ni kejohanan hoki berlangsung. Ada beberapa negara luar yang turut serta. 


Termasuklah negara kita, Malaysia

Ni pun jersi negara mana ntah, tapi sangatlah rainbow! 


Dalam pada nak sampai tu, sempat kami masuk dalam shopping complex apa ntah kat 1 station ni, sebab nak amek aircon sejuk. Ternampak pulak kedai alat tulis yang terkenal di Australia yakni jenama Smiggles. Kat Malaysia, rasanya takde lagi masuk. Correct me if i'm wrong. Aku suka giler masuk kedai ni sebab ada macam-macam jenis alat tulis, plus agak esklusif jugak reka bentuk dia dan hanya datang dalam 5 warna sahaja. Takde kaler-kaler lain dah. Tapi harganya agak pricey. Yela, bila sesuatu dah ade jenama, takkan nak murah ye dok? Takkan la pemadan cap ayam? Untuk budak-budak skolah ni kalo nampak boleh rabak poket mak bapak. Oleh itu, elakkan masuk kedai ni kalo taknak wallet atau purse rabak. Hahaha. 

Warna oren tu kaler baru. Dulu aku pegi takde lagi. 


Dan bila korang sampai ke Bugis Station, jangan lupa carik exit yang menghala ke Raffles Hospital sebabnya exit tu yang paling dekat untuk ke Restoran Hj. Maimunah. Kami aritu tersalah exit, so kene masuk shopping complex bagai pastu kene lintas jalan pulak tu. Kedai makan ni memang berdekatan dengan Masjid Sultan yang terkenal di Singapura ni. So, lepas makan boleh terus solat. Berkat skit bila makan tu. Ye tak? 

Jom layan gambar lagi.... 

Suka tengok kawasan perumahan flat dorang yang dijaga rapi dan diwarna kemas dengan pelbagai warna yang menarik!


Tingkap sebuah cafe



Dari hujung jalan... dan nampak Masjid Sultan dari kejauhan....

Terpaksa post gambar ni sebab nampak sungguh ceria warna latar belakang. Lokasi setiap warna adalah berbeza.


Bila dah sampai tu, dah memang kene expect orang akan ramai sampai penuh kedai sebab time kami sampai ni memang time lunch hour. Crowd memang ramai. Nasib baik ada 1 meja kosong untuk kami. So, kene bergilir beli makanan sebab makanan yang dihidangkan bukan ala-carte tapi jenis nasik campur. Kenala beratur untuk dapatkan makanan. Time ni memang malas nak amek gambar sebab panas sume benda ada. Aku just kirim suh Masmz belikan aku nasik putih plus ayam bakar je. Senang, ringkas dan sudah tentu sedap! Hahaha. 

Jemput makan.... 



Prediction pasal kedai makan Hj. Maimunah ni? Bagi aku... not bad jugak pilihan lauk-pauk yang disediakan dan agak enak untuk dimakan. Harga pulak kalo tak convert, standard macam makan kat Malaysia jugak. Nombor sama tapi currency berbeza. Aku suka ayam bakar dia sebab memang sedappp! Pedas dan lazat! Cuma, kedai dia ni agak sempit dan kecik. Susah nak carik tempat duduk. Boleh dikunjungi kalo kita datang ke Singapura yang nak makan masakan melayu. 

Disebabkan masing-masing dah keletihan dan kepanasan lepas makan tu, kami terus carik hostel kami yang terletak di kawasan Clarke Quay untuk check-in dan segarkan diri masing-masing. Dari semalam lagi tak mandi ni. Badan memang tak selesa! Time tengah berjalan menuju semula ke Bugis Station, ternampak pulak Restoran Zam Zam yang memang cukup terkenal kat sini, Murtabak dia katanya memang daboom! Aku penah datang dulu dan makan, tapi dan lupa rasanya macam mana. Maybe this time around boleh try lagi? Who knows... 




Perjalanan menuju ke Clarke Quay tak jauh mana pun, kene tambang 93 sen sahaja. Clarke Quay station terletak di line North East ataupun Purple Line. So, dari Bugis Station (Green Line) kami kene transfer to another train. Actually, nak tukar-tukar train ni yang agak menyampah skit sebab kene jalan jauh wooo...! Penat! 

Gambar atas, aku suka tengok backlane yang berwarna-warni... nak lalu pun tak seram. 

To be continued... 

Till then.. wasalam! 

15 comments:

  1. salam...

    cuba makan murtabak sebelah zam zam tu, lg best katanya... pakcik teksi SIngapore yg recommend...

    ReplyDelete
  2. OMG ada gambar passport pulak kat situ hahahahah!

    ReplyDelete
  3. HF,

    ko klu bab posting gmbr mknan mmg boleh bt org lapo...

    gmbr2 retis kt atas sgt ceria ok...

    ReplyDelete
  4. Sangat cantik gambar-gambar di sini. Gambar-gambar pasport tu saya suka sangat :)

    ReplyDelete
  5. Bole cuba kdi mkn hjh maimunah ni ble2 p nnti.

    ReplyDelete
  6. Korang dok mana kat clark quay tu?

    ReplyDelete
  7. @Kay,
    waalaikumussalam... insyaALLAH kalo ade rezeki jejak spore lagi, aku akan try. thanks for your suggestion! ;)



    @Janggel,
    hahahha mohon jadik profile picture! lol



    @DATT,
    hahaha lauk mana yg ko kecur air liur? hahah retis tu dh buat jadik profile pic dh. kene mintak royalti nih! hahahha



    @Naramas Aman,
    terima kasih... ;) mereka semuanya ceria walhal hari sgt panas.



    @Jari Manis,
    hahahah untungla muka model~ hahaha.



    @Biqque,
    Kannnn!!! sgt! mcm trafik lite dah~



    @Beb,
    sila sila sila... macam2 lauk ade, aku lupa nak snap gambar dalam kedai sbb ramai sgt org.

    ReplyDelete
  8. omaiii omaiiiiii.....
    tutup muka!!!!!
    i'm living in colours katanya! hahahahahahahaa

    Kat Singapore ni banyak betul tempat warna-warna best... SUKA!!!

    ReplyDelete
  9. @Masmz,
    untungla banyak muka lawa2 masuk dlm blog kn. hahaha... ~ teringin nak pegi kat spiral stairs tu. jom lagi!

    ReplyDelete
  10. Hai, salam perkenalan..mau beli ubat kuat? contact saya di nombor sini 0122879010.. hehehehe

    ReplyDelete
  11. sukalah suasana macam ni, warna warni, striking pulak tu, cantik. tambah-tambah ada model sekali, bertambah ceria gitu...

    ReplyDelete
  12. @Chawanna,
    motif jual ubat kuat kat blog aku? bidan mengandung ke? hahahaha.



    @Orga,
    hahaha kann! sgt laaa living in colorful life katanya! ade gaya mcm najwa latif tak yg background kuning tu? *wink*

    ReplyDelete
  13. kalau
    tak
    mesti
    muka
    akak
    pun
    ada...
    (pasrah)..
    huhu...
    (hehe)-komen gedik!

    ReplyDelete