Monday, April 22, 2013

Tips | Accommodations in Hong Kong

Assalamualaikum!!!

Tatkala entry ni published, aku dah selamat sampai di Hong Kong buat kali ke-3 dalam hidup aku. Kali ni bersama-sama teman rapat untuk datang melihat negara orang pulak. Kalo dulu datang sorang-sorang, tapi kali ni datang ramai-ramai. Takdela bosan sangat. 

Bila kita bercakap pasal Hong Kong, semua orang akan kata mahal... mahal... mahal... ye, Hong Kong memang sebuah negara yang mahal dari segala segi sebagai contoh kos sara hidup, makan, tempat tinggal dan segala-gala. Bagi pelancong seperti kita, perkara yang paling dititikberatkan ketika merancang sesuatu trip travel adalah tempat penginapan untuk tido dan mandi. Accommodation menjadi lebih penting kalo seseorang tu sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Kalo setakat bujang, tido mana-mana pun boleh janji ok. 

Untuk entry kali ni, aku nak kasik cadangan berkenaan tempat-tempat accommodation yang mungkin menjadi pilihan kepada bakal pelancong yang akan mengunjungi Hong Kong. 

Dalam memilih lokasi tempat penginapan di Hong Kong perkara yang aku rasa patut diambil kira adalah dari segi lokasi tempat-tempat menarik, kemudahan makanan halal, kemeriahan malam, kemudahan pengangkutan dan lain-lain lagi. 

Untuk pengetahuan semua Hong Kong terbahagi kepada 3 wilayah iaitu Hong Kong Island, Kowloon dan jugak New Territories. Dalam ketiga-tiga wilayah ni, Kowloon adalah tempat yang terbaik dalam mencari tempat penginapan. Di Kowloon, terdapat 2 tempat yang paling terkenal iaitu Mongkok dan jugak Tsim Tsa Tsui. Sebagai contoh di Tsim Tsa Tsui terdapat sebuah masjid di Nathan Road iaitu Masjid Kowloon. So, memang boleh expect kat area akan ada bersepah kedai-kedai makanan halal kalo dimasa kelaparan. 


Hostels

Untuk mereka yang masih bujang, berbajet rendah dan jenis yang tak kisah, aku suggest untuk carik je hostel-hostel yang available di sekitar Tsim Tsa Tsui takpun Mongkok. My advice, carik accommodation yang berkenan di hati cepat-cepat dan terus buat booking. Kalo ikut pengalaman aku, kalo book lambat-lambat, alamatnya accommodation yang murah dan best-best akan cepat sold out. Unless, anda jenis berbajet besar dan tak kisah untuk buat booking last minute. Harus diingatkan, kebanyakkan hostel-hostel di Hong Kong adalah terlalu sempit, dan keadaaan biliknya selalu muat-muat ada katil, dan ruang untuk jalan masuk. Toilet pun kecik! Tapi jangan risau sebab giler babeng punye bersih kalo ikut pengalamn aku laaaa... Aku selalu carik accommodation menggunakan website seperti:




Hotels

Bagi mereka yang berbajet lebih sedikit daripada golongan yang lebih suka memilih hostels, boleh memilih untuk menginap di hotel. Terdapat banyak hotels di sekitara kotaraya Hong Kong. Hanya perlu sediakan duit saje sebabnya harga ya Rabbi memang mahal! Kebanyakan mereka yang sudah bekeluarga lebih suka memilih hotel sebab lebih selesa untuk anak-anak mereka. Menjadi sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, maka kebanyakkan bilik hotel pun agak kecik berbanding hotel-hotel yang biasa kita tengok di Malaysia. Sekali lagi aku tekankan pilihlah hotel yang berada dalam kawasan Kowloon sebab memang senang nak pegi mana-mana tempat menarik. Harga bilik kat hotel ni boleh mencecah kira-kira HKD1000/semalam hingga HKD2,600/semalam untuk bilik yang boleh memuatkan 2 adults + 2 kids (kadang-kadang cukup2 space je nak tido). So, kene bajet betol-betol untuk travel ke Hong Kong ni. Antara hotel yang paling femes yang aku baca bagi pelancong Malaysia adalah Hotel Benito. Boleh refer kat website dorang ---> Hotel Benito . Lokasinya memang betol-betol strategik sebab dekat giler dengan exit MRT Tsim Tsa Tsui Station. Tak perlu berjalan jauh pun. 





Apartments

Kalo kita pegi bersama rombongan Cik Kiah ataupun group yang besar maybe dalam 10 orang hingga 15 orang. Option untuk tinggal di hotel haruslah dibuang jauh-jauh sebab tu akan menyebabkan anda jatuh bankrap dalam kadar yang begitu cepat. Tak sampai Hong Kong lagi, dah bankrap nak bayar untuk accommodation sahaja. So, another option yang aku jumpa ketika membuat research adalah pilih untuk duk di apartment! Harganya agak berpatutan plus boleh korang bermasak-masakan sendiri. Nampak tak kat situ boleh jimat untuk tempat tinggal plus jimat lagi kat makanan. Harus diingatkan kalo nak travel di Hong Kong, kalo memang bajet nak makan luar je selalu maka dengan rasminya korang harus bajet dalam RM50/pax untuk sekali makan. Takke pokai macam tu? Haaa... pikirlah sendiri. Better masak kan? Plus, semua kelengkapan disediakan. Sila refer ke website kat bawah ni untuk tengok pilihan apartments yang tersedia untuk kita pilih. 



Okeh... tu je aku nak share dengan korang. Diharap ni dapat membantu bagi mereka yang nak travel ke Hong Kong.

Till then...goodluck! 

17 comments:

  1. entri penuh informasi dan bermanfaat. Kalau nak ke HK kali ke 3 JM nak refer entry ni lah heeee

    Bestnya dpt g HK reramai baru meriah

    ReplyDelete
  2. wow thank...
    maybe entri nie boleh tolong saya cari info penginapan for vietnam jugak...
    sebab kelas n lecturer tgh plan nak ke sana for next sem....
    kena buat paper work awal2....

    ReplyDelete
  3. wow beautiful blog and information

    ReplyDelete
  4. wah...dah kali ketiga henry, pegi berteman best sikit, boleh kecoh-kecoh...

    ReplyDelete
  5. ooo..pegi HK rupanya..
    padan le senyap jeee...
    kbai.


    (sambil siapkan kije belambak ini)

    ReplyDelete
  6. woh!! terobang hungkung rupenye...ekeke...dah balik jgn lupe roger2 ye..bleh diskusi ^^ V...have fun!!

    ReplyDelete
  7. Hi...can I ask u all how to booking those apartment can give me some information! Cuz I have send email for that apartment but no responded at all!!

    ReplyDelete
  8. I have try to put nick name but cant let me leave comment that y I put like that! And then I have send u a lot email u also never reply me! U go to check ur email first jusr said me im hantu! Im cal ms chua mei yoong!so u have agent number?

    ReplyDelete
  9. Ada tips tk mcm mne nk tahu laluan2 mggunakn bus.mtr. nk ke dsneyland or ocean park? Nk search ktne ea? Bcos ni 1st tyme nk jdi begpacker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try "how to go to disneyland?" nnt banyak keluar option. tp utk ke disneyland tak susah sbbnya laluan MRT cover hingga ke station disneyland. utk oceanpark kene naik bas. boleh rujuk entry berkaitan ocean park.

      Delete
  10. Askum, hi.. nk tnya mcm mne nk taw laluan2 mtr dgn bus kt hk ea? Bcos nk prgi ke dsneyland n ocean park.. Kt mne nk cri n search? Bcos ni 1st tyme nk jdi begpackers.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Should be ok kot. Tp bilik agak sempit la skit.

      Delete
  12. Its a place from where i got some new ideas for yoga exercise. Really nice and keep it up all these things in next posts.
    Cheap Hotels in Hong Kong | Function Room in Hong Kong

    ReplyDelete
  13. We also have to considering the neighborhood especialy for the hostels. Apalagi buat traveler perempuan, makanya saya nulis review ini

    http://ceritanggita.blogspot.co.id/2016/11/penginapan-di-hong-kong-homy-inn-tsim.html

    I hope it will be useful for the traveler :)

    ReplyDelete