Friday, April 19, 2013

Singapore 2D1N : Part 7 (Finale) - Sentosa Boardwalk & Flying Home!

Assalamualaikum!!! 

Sambungan dari entry sebelum ni. Kali ni destinasi yang terakhir sebelom aku, Janggel dan Masmz pulang terbang semula ke Kuala Lumpur. Since Henderson Road dah dekat dengan Pulau Sentosa, why not alang-alang singgah pegi sana jap. Kami turun semula ke bus stop kat tepi jalan tu untuk tunggu bas pulang semula ke terminal bas mula-mula tadi. Since kekerapan bas pun agak tinggi, takdelah duk tunggu lama sangat. 

Dari situ, just berjalan ke Harbourfront Station untuk lalu guna laluan bawah tanah menuju ke Vivo City. Untuk ke Pulau Sentosa ada beberapa cara samada nak naik bas, naik monorel dari Vivo City station takpun jalan kaki melalui Sentosa Boardwalk yang dah siap dibina. 

For this time, aku pilih nak jalan kaki je. Sambil tengok keadaan sekeliling. Time ni toksah cakaplah memang mengundang peluh-peluh dari pipiku yang gebu nih! hahahah padan mukakan.. gigih benor. Tapi takpe... layankan aje. Tapi bukanlah sepanjang perjalanan menujuu ke Pulau Sentosa kene jalan kaki. No worries ye adik-adik, sebabnya 70% daripada perjalanan tu korang akan gunakan walkalator, ataupun lantai bergerak ala macam kat airport tuh. Takdelah lenguh nak berjalan kaki kan. Hahaha. 

Dari jauh actually dah nampak signboard SENTOSA besar dari jauh! Jangan lupa kat penghujung perjalanan, kene bayar SGD1/pax. Kalo ada EZLink lagi bagus, touch je! 

Ayuh layan gambar-gambar sekitar perjalanan...










Which road will be taken? Or the road not taken? Hahaha

Dari situ, kami berjalan di kawasan sekitar. Sempat lalu depan Universal Studio Globe besar tu. Orang tak brape ramai nampaknya. Maybe sebab hari ahad la kot. Panas panas!!! Since aku tak penah ronda-ronda Siloso Beach and Palawan Beach. Ayuh kita ke sana... tapi aku pilih Siloso Beach je. Naik je monorel dari station USS tu menuju ke Beach Station yakni station terakhir. Dari situ berjalan skit menuju ke tram station. Ingatkan kekerapan tram tu cepat! Tapi aku rasa adalah jugak duk tunggu dalam 30 minit! Muka Janggel dan Masmz nampak giler penat! Nak balik je rasa time tu.. yela hari pun panas giler ok! Aku pun rasa dah hampir putus asa. Penat segala urat-urat badan nih! Kaki pun macam dah melecet akibat pakai kasut baru. Nak jugakkkk cakap kasut baru kan! Hahaha. Tapi sebab gigih benor, kami naik jugak tram tuh! 

Tapi disebabkan... masing-masing dah malas, kami naik bas shuttle dari Beach Station ke Imbiah Station untuk amek monorel ke Vivo City balik. Sempat singgah beli Slurpee kat 7E. Indahnya nikmat minum air sejukk! Awesome! 



Dalam ni boleh nak try indoor skydiving. I wonder how it is? 





Just amek dari tram je ni. Takde mood nak jejalan sekitar pantai. Maybe next time kalo ada rezeki lagi. InsyaALLAH.



Dari Pulau Sentosa, kami pulang semula ke Blissful Loft untuk amek backpack kami dan terus menuju ke airport via MRT. 

Sampai airport terus carik kaunter untuk check-in. Lawa jugak airport Singapore ni. Tak penah sampai ke check-in level. Selalunya terus ada kat departure hall je. Nasib baik Tiger Airways takde delay-delay ni. Harga flight kami adalah RM123/pax last minute punye deal. Tak kisahlah yang penting takde naik bas nak balik. Penat nih! 

Lebih kurang jam 6 petang kami mula boarding pulang ke Kuala Lumpur! 







It was quite a great trip walaupun cuaca panas dan trip agak pendek! Thank you to Janggel and Masmz! 

Till then... wasalam... 

9 comments:

  1. wah...dpt spot A380...terbaek la HF..

    ReplyDelete
  2. Aha..baru perasan, kenapa kak Anash tak ada dlm trip kali ni ?

    Kak Anash..where r u heee

    ReplyDelete
  3. JM,

    klu xsilap la...kak anash kan nam hari dok kuching...mgkn sbb tulah kemunculan beliau takde..

    ReplyDelete
  4. @JM and DATT,
    amboihhh motif sgt speku tan sri coco kat mana ye... gitewlah busy sebagai wakil rakyat berkempen!

    ReplyDelete
  5. singapore nilah tempat pertama belajar berjalan beberapa tahun lepas. masa tu naik train. lepas tu kaki asyik gatal je nak berjalan lagi. :)

    ReplyDelete
  6. Kayanya awak ni... asyik pergi travel je... Boleh cerita tak camane awak plan iterinery bila melancong ke sesebuah negara? Boleh bagi tips? Jasamu dikenang =)

    Pengalaman Beli Perabot Di IKEA

    ReplyDelete
  7. jangan kata janggel and masmz jer, aku pun pening kepala kalau panas-panas gini. tambah-tambah jalan tepi pantai, lain citer kalau pergi mandi sekali, hehe...

    ReplyDelete
  8. ahaks... jangan la pegi tempat2 panas.

    kan byk shopping mall, free aircond :p

    ReplyDelete
  9. pulau sentosa cocok untuk liburan
    thanks infonya...

    ReplyDelete