Assalamualaikum!!!
Sebelum aku terlupa. Nak cerita pasal accommodation aku ketika berada di Singapore untuk 2D1N ni. Bila teringatkan ni trip yang pendek, aku pun gigihla carik accommodation yang aku rasa murah dan dekat dengan MRT Station. Takmolah tragedi dulu pegi Singapore kene menapak bapak jauh dari MRT Station ke hostel terbabit. So, this time aku memang pastikan hostel tu dekat dengan MRT Station.
Kebanyakkan hostel backpackers di sekitar Singapore ni harga rate untuk 1 malam tak banyak beza antara satu sama lain. Tetapi bagi hostel yang berada betol-betol tengah city centre adalah sedikit mahal lebih kurang dalam SGD3 - 4 dari hostel yang berada jauh dari city centre. Tapi this time aku pilih yang dekat dengan city centre.
Aku teringatkan 1 hostel yang penah aku menginap tahun 2009 dulu yakni Rucksack Inn yang terletak di Hong Kong Street gak. Memang aku rasa sangat convenient sebab dekat dengan exit A MRT Clarke Quay Station dan jugak Central Mall. Kawasan sekitar adalah bersih dan tak sibuk. Berkenaan hostel Rucksack Inn ni memang aku suka sebab memang rasa selesa dan harga pun berpatutan. Memang dapat very good reviews from other tourists. Dorang ni memang dah ade 3 cawangan di Singapore. Harga sedikit mahal berbanding yang lain. Yela, dah banyak memang awards dan memang dah established kat Singapore ni. So, this time, aku tak menginap kat sini.
Kat mana aku menginap? Kat sebelah Rucksack Inn jugak... nama hostel ni ialah Blissful Loft
Aku booked melalui Hostelbookers Singapore . Nak book melalui website hostel tu sendiri pun boleh. Takde masalah. Harga untuk mixed dorm adalah SGD26/pax.
Kami mula check-in lebih kurang jam 2 petang macam tu. Takdelah sesat barat mana sebab aku penah datang kat area ni dulu. Kene naik tangga la jugak lebih sebab hostel ni terletak di tingkat 2. Ok takpe janji sampai. Masuk check-in dorang akan mintak passport. Hostel ni, owner dia adalah seorang ah soo dan suaminya. Time kami check-in ni memang sunyi takde penghuni lain. Maybe keluar merayap kot. *bersangka baik*. Kami amek dorm je yang ada 10 bunk beds! Kiranya ada 20 orang ler nanti! Tapi kata ah soo tu, hostel tu tak penuh pun plus ada banyak katil kosong. Ada jugak female only dormitory kalo anda segan bersama lelaki.
Bila diamati seluruh kawasan hostel Blissful Loft ni, memang sebijik sejibun macam Rucksack Inn! Hahaha.. dari segi susun atur kaunter reception, katil, locker, dapur dan jugak bentuk bilik air! Memang sama! Kaler dinding pun sama yakni warna merah! Hahaha. Ok takde hal yang tu. Cuma 1 je, towel kalo nak guna kene sewa dengan bayaran hanya SGD2/piece. Since, aku tak bawk tuala langsung terpaksa la sewa.
Antara benda-benda lain yang dorang kasik adalah free wifi, free pc available, breakfast, linen, blanket, freeflow tea and coffee, other tourist info, maps, tour arrange and etc. Kiranya okla not bad gak duk sini.
Ok dah aku tak reti nak review lebih-lebih. Layan gambar jela ye~
Till then.. wasalam!
belum prnah try duk hostel kalau travel kecuali waktu tggal asrama waktu school dolu2..
ReplyDeleteThanks dear atas perkogsian ni, klau ada peluang ke sana, nk try female dormitory :-)
*hobi suka blogwalking klau ada masa free heee*
Saya pun pernah terfikir nak tinggal di backpacker kalau saya travel sorang. Tapi dengan family, susah sikit. Saya dapati kebanyakan backpacker di Singapore semua bersih-bersih. Cuma macam awak cakap, ada mahal sikit especially yang dekat dgn MRT.
ReplyDeleteamacam mane nk cari hostel2 macam nie ye bila nk pegi jalan2 especially dalam malaysia? [ buat inbound dulu, jgn gopoh gapah ]....
ReplyDeletekalau type 'hostel in malaysia' dekat google, mesti byk info yg akan keluar pasal hostel asrama or etc...
ada word yang special ke untuk cari accomondation seperti ini??
[wow, panjang jugak soklan aku nie]
teringat plak zaman kita reramai ke USS????
ReplyDelete(hahahaha....)
pesal akak ketawa?
ntah?
(hahahaha...)
@Jarimanis,
ReplyDeletemaybe boleh try kalo time travel? actually seronok jugak tau plus murah! hahaha. thank you for your time. ;)
@Diana Teo,
yup that's true. kalo sorang2 should be ok. kalo dengan family might be hard coz they want comfortable place for them to sleep. mmg semua bersih!
@Takky,
hurm... kat Malaysia masih lagi tak brape nak berkembang pasal backpacker hostel ni. ada tapi tak brape banyak. actually, hostel dan asrama adalah benda yang sama mcm entry aku ni. ;) mybe try guna specific keyword "hostels in kuala lumpur". jangan tulis general.
@Kak Anash,
hahahaha motif akak teringat??? hahahha
setuju tu henry, aku dulu masa datang sini stay dekat hostel yang jauh jugaklah dari mrt station, berpeluh-peluh nak sampai dekat depan pintu masuk. yang best nyer, reger dia agak murah...so far, bilik semua lebih kurang jer...
ReplyDelete