Friday, September 9, 2011

It's Perth! - Day 1

Assalamualaikum sume! Masih dalam mood raya? 

Alhamdulillah....aku dah selamat sampai kat umah ptg tadi. Perghh...panas sungguh Malaysia ni ye, walaupun orang cakap neraka lagi panas. Sob sob sob...terbakar gua. Anyway, since esok weekend, so kene rajin-rajin diri nak setelkan mana-mana patut dulu. Dah bertimbun dah keje nak kene buat nih. Haishhh....sabo jela. Sape suruh cuti lama-lama??? 

Jom aku start dengan Day 1

Perth - Fremantle - Cervantes

Sebelum start berjalan, mari kita selak buku!

Seperti post yang aku publish before aku fly, flight aku ke Perth pada 3 September 2011 untuk penerbangan pada jam 11.40 malam. Perjalanan ke Perth mengambil masa kira-kira  5 jam 5 min. Pesawat untuk malam itu agak penuh, dan takde peluang aku nak tukar seat duk tepi tingkap. Yela, sape suruh taknak beli seat, kan dah duduk kat aisle. Which is aku sangat tak suka, tapi luas wooo…

Pre-booked meal untuk nasik lemak pak Nasser yang sangat menjilat sudu plastic AAX. Hahaha…macam sahur lak makan pagi-pagi buta ni. Tapi perut aku asyik duk bunyik je sebab tak isi benda berat lagi. Later, isi arrival form dari government Australia. Just tick je apa yang kita bawak, sikit ke banyak ke…janji declare! Untuk trip kali ni, aku just bwk megi ayam 1 pack, perencah nasik goreng sri aji, perencah Brahim’s. Tu jela, yang lain-lain beli kat sana senang…Btw, nak masuk negara Australia ni kene buat ETA ye....kalo buat kat travel agent lagi murah dari buat sendiri online. Kalo buat dengan travel agent dalam RM20 sahaja, tapi kalo buat online kene bayar AUD20. Pikir la sendiri. 


Malam tu, dapat jugak la lelapkan mata tp 2 jam je lepas tu dah takleh nak tido dah…mane selesa tido dalam flight. Tak dapat bantal busuk sume tu…kuikuikui. Alhamdulillah, agak awal kami landed kat Perth International Airport dalam pukul  5 pagi dah touched down. Biase je airportnye, macam kat New Zealand jugak, masih awal lagi terus carik quiet room ataupun surau. Jumpa, tapi under maintainance. So, what I had to do is solat tepi lif yang agak tersorok. Senang subuh je pun, 2 rakaat tak de sape pun perasan sebab tak ramai orang sangat. Later, we all refreshed ourselves. Tapi still awal lagi, sebabnya Bayswater Car Rental bukak pukul 9 pagi untuk hari ahad. Hurm….kami duk melangut jela kat airport tu sementara tunggu waktu sampai. Nasib  baik bawak lappy, dapat jugak layan sepam dua episode drama feberit. Kuikuikui….. (kiss scene jadik pilihan aku. ;p)





Dalam pukul 8.30 camtu, kami carik teksi untuk ke office car rental tu near the airport. Tambang lak dalam AUD27. Mahal kan? Hurm…what to do…company ni takde airport pick-up tapi rate untuk kereta dah memang murah…takpelah. Nak bwt camne kan. Mostly, kete yang ada kat situ semuanya masih baru dan berkeadaan baik. Mula-mula taknak amek GPS, tapi bila duk pikir-pikir balik better amek sebabnya bila duk tengok maps macam susah lak nak cari jalan yang sepatutnya…buang masa lagi tu dan jugak buang petrol. Total kereta untuk tiga hari termasuk insurance dan GPS ialah AUD174. Ok la tu, within our budget. Kereta Toyota Corrola Hatch. Not bad…..kat sini kul 6 pagi lebih dah cerah langit. Best gilakkk!


Our first destination for today is Caversham Wildlife Park yang letaknya di Whiteman Park. Agak dekat dari Bayswater Car Rental. On the way tu singgah dulu kat kilang yang menjual pie halal di 5 Dyer Road, Bassendean, Perth. Thanks yang kasik alamat. Unfortunately, hari ni ialah ahad. So, kedai tutup….agak hampa tapi takpelah boleh singgah lain hari. Terus pegi ke Caversham. Geram sungguh aku bila key in kat GPS  tak jumpa lak kat mana wildlife park tu. Hurm…..bila pegi ke Whiteman Park, tak jumpa lak kat mana letaknya wildlife park. Rupanya, Whiteman Park ni tersangat laaa luas. Banyak pintu masuk. Pegi awal sebabnya nak kejar waktu show pukul 10 pagi. Hampa…hampa..hampa…tak sempat nak kasik makanan kat kangaroo……




Dah tak jumpa Caversham tu, terus kami pegi ke Fremantle nak makan fish & chips yang sungguh terkenal kat situ. Perjalanan ke Fremantle @ Freo tak jauh pun dari Perth City, lebih kurang 30 minit. Tapi sebelum singgah makan, kami pegi dulu ke E-Shed Market. Market ni hanya bukak pada weekend je tau, so plan your trip properly. Sebabnya kat sini you guys can get the cheapest souvenirs and a lot of choices. Rambang ok bijik mata aku!!! Hahaha….btw, I heard a lot of people promote kedai nama Aussin kat forum. Kedai Aussin ni agak besar dan banyak barang-barang. Tapi tak beli lagi, survey dulu tengok apa yang nak beli. I think nasib kami baik terjumpa satu kedai bersebelahan Aussin. Nama kedai itu ialah Megabes Products. Owner dia Cina Singapore yang dah migrate pegi sana. Dia yang approached aku cakap selamat hari raya. Hahahah….klakar lak rasanya…dia duk tanya dari mana semua. Bla bla bla….dia cakap akan kasik diskaun baikkk punye untuk kami. Dia cakap, barang kat kedai lagi murahhh dari Aussin plus most of the Australian t-shirts kat kedai dia adalah made in Australia not made in China. Dia siap tunjuk lagi, ape bezanya…gambar sama tapi kaler baju je lain. Plus kualiti is much better…..kalo design yang original akan ada lambang Copyrighted atau © . Bagus betul….plus aku tengok barang souvenirs seperti keychains, fridge magnets etc more cheap compared harga kat Aussin. So, people….survey first ok! Hahah….ended up bought a lot of made in Australia t-shirts. Dia siap kasik harga kilang untuk aku dan kawan-kawan dan 10% discount! Happy mode! 








Ni laaa owner Megabes Products


Banyak ni je....skit je. ;)
Bila dah siap menghabiskan duit, Alhamdulillah….aku control kali ni shopping aku. Hopefully betul la kan… Pusing-pusing keliling E-Shed Market tengok apa yang ada. Kat situ ade gak Fremantle Tram Tour, tapi tak naik la kot sebab nak kejar masa. Aku plan nak datang lagi hari ke-4 nanti untuk pusing 1 Fremantle…insyaALLAH.
                                   
Next, dah lunch hour ape lagi kan….makan time!!! GPS ke Kaili’s Fish & Chips. Tak jauh pun…letaknya kat fish market harbor. Ya ALLAH….punyelah ramai orang arini, ahad la katakan. Penuh dan sangat susah nak carik parking…asyik duk pusing-pusing duk cari. Hampir give up cakap nak datang lain hari ataupun tapau je makan dalam kete. Tapi, Alhamdulillah…..ade parking dan tempat duduk. Ordered 2 sets of dishes. Fish & Chips and also Chips & Squid. Total untuk 2 sets tu dalam AUD28. Not bad…sila jangan convert! Tunggu jap, sebab dorang ade kasik macam remote @ handphone @ buzzer, benda ni akan berbunyik kalo order kita dah siap. Pergh….portion dia besarrr wooo….mula-mula ingat boleh habes. Tapi tak larat wooo…fries die banyak dan besar giler…memang kenyang! Time ni ramai Nampak melayu makan. Tapi sumpahhh memang penuhh!!! 








Around 2.15 pm, kami mula gerak ke Cervantes Pinnacles. Kami akan bermalam kat sana. Perjalanan lebih kurang 147km @ 3 jam perjalanan. Aku harap sempat catch sunset kat situ. Sepanjang perjalanan bagi aku agak boring sebabnya macam gurun dan matahari terik memancar-mancar. Alhamdulillah…tepat jam 6 petang, kami sampai kat Pinnacles Desert. Takde orang jaga kat post pengawal tapi kene bayar AUD11 untuk 1 kete. Boleh dapatkan envelope kat post pengawal. Kene isi certain information dan masukkan duit and drop the envelope inside the box. Actually, kami tak bayar pun tak orang tau. Tapi kene ingat ye, orang putih ni dorang punye integrity sangat tinggi. Jangan jadik jahat dengan tak bayar. Allah tau ye…. 

Untuk keterangan lanjut tentang Pinnacles Desert ni, korang leh kelik kat sini Fatt punye blog pasal Pinnacles

time ni panas terikkk, tapi sejukk je


ni pokok ape?

emu farm...on the way ke Cervantes










Btw, nyesal lak tak sampai sini awal-awal, i mean dalam tengah hari ke. Kalo tak mesti lagi lawa macam dalam gambar fatt tu. Lebih kurang 6.30 petang, terus gerak ke Cervantes Lodge Backpackers. Kami  dapat bilik untuk 5 orang instead of 3 orang. Bayar dalam AUD105 per nite dan bahagi 3 orang ye....bukan per person. Agak selesa….lodge ni memang banyak awards tau. Berbaloi..malam ni takde orang sangat menginap. Tak penuh pun… Dinner makan megi kari je. Sebab tak cukup bahan-bahan. Tido lena jap 9 malam…..





 till then.....bye bye!


22 comments:

  1. laju gila ko taip...syabas! jgn malas mcm aku..cerita tahun lepas pun tak habis2..hahaha :)

    peh! ramai gile org kat Kailis...selama aku pegi tak penah sesak camtu. mebi sbb wiken, tp ko cuba tak Cicerellos? dulu aku pegi Kailis, pastu ada local suh pegi Cicerellos sbb sana local feveret, Kailis ni pemes dikalangan tourist. klu ko mkn kat Cicerellos, dia wrap dlm paper besar gile..siyes unik

    hoho..ko dok tempat yg sama aku duduk kat Cervantes...hehe..tp mmg masa aku p dulu pun tmpt tu mcm kosong, takde org lgsung. klu ko lucky, kat tepi semak tu waktu pagi slalu ada wild kangaroo & wild rabbit cari makanan..tp pagi2 la..siyes besar giler kangaroo tu..tp dia liar la kan...nmpk org terus lompat masuk dlm bushes

    kat pinnacles tu aku rasa klu ko stay smpai dawn mesti lagi cantik..merah2 skit langit. takpela weh, kena ripit lagi maknanya tu..hehe

    eh jap, jln dari lancelin tembus ke pinnacles dah siap ke? dulu tu desert, dorg dah buat jalan eh?


    ps : tqvm sbb backlink entry pinnacles aku. nti aku edit entry aku masukkan entry ni :)

    ReplyDelete
  2. hahah..ni aku type time kat sana. 1 st nite kat sana aku dh type siap2. kang balik sini takde masa lak. senang type terus bila otak tgh ingt.

    tau xpe! wiken kot....aku pun mmg tak expect smpai ramai mcm tu. parking toksah ckp laaa....berkali-kali duk pusing duk cari parking. nak give up pun ade gak. alhamdulillah...dapat gak. time ni aku try kailis dlu. aku dtg balik fremantle on the 4th day kat sana try cicerellos lak....mmg besar gabak ketas wrapping dia tu! hahaha...mcm ketas mahjung presentation tu. overall....btween those tu, kailis mmg sedap tp cicerellos lgi sedap kot in terms of fish and chips sbb ikan dia tak hancur bila kita kopek.

    aah....sbb femes and murah. time smpai sunyi gilerr! mmg kosong kot. dia pun kasik bilik utk 5 org instead of utk 3 org je. okla tu kot. yup2....mmg nmpk kangaroo liar lompat2! comellll!!! tp tak sempat snap terus larik masuk bushes. yang mati tgh jalan pun berlambak..kesian lak tgk. huhuu

    dawn ni subuh kan? hahah...mmg cntikk! kalo pndai amek shots mmg lawa. tempat dia pun besar....tak abes pusing. mmg kene ripit lgik.

    ok psl jalan ni, ade org advice aku suh ikut highway. tp bila set GPS and tgk map. tak jumpa lak. alih2 lalu jalan yg jumpa emu farm dlu b4 cervantes. jalan ape tu fatt?

    otw balik baru lalu highway baru ke lancelin. tu namanya indian ocean road kan? mmg highway baru tgk gayanya...tp mmg dekat skit rasenye kalo lalu guna highway baru tu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. @Fird,

    hahaha...aku pun tak rajin mana pun. moh kita sama2 doakan fatt ye.

    thanks for your support! ^_^

    ReplyDelete
  5. Best2!thanks for sharing bro!!! Tak sabau dah aku nakpi sana ! Tengok gamba2 ko makin teruja jadinya.

    ReplyDelete
  6. @Janggel,

    no worries bro, sharing is caring. btw, ko nk pegi bile ni bro?

    ReplyDelete
  7. Fird,
    ko memang sengal. ok ape aku punye polisi, 1 hari = 1 entry. hahahaha..

    lelebih aku tak daya weh..ko taula aku punye pesen menaip panjang mana...mmg aku suka taip pjg2...kasik berpinar mata korang baca. lol!



    bdk2 @ john,
    peh...kat sana ko dah taip?? @___@
    ok, aku tabik spring! :)

    eh silap, sbnrnya aku nak ckp senja tp tersebut subuh...abaikan!

    sbnrnya mmg ada 2 jalan nak ke pinnacles dari perth. yg jalan baru tu namanya Indian Ocean Drive, yang lama tu Brand Highway. kalau ko nak tgk Emu Wind Farm, ko kena ikut Brand Highway, pastu potong ikut satu jalan lain nama ape tah aku dah lupa..eh tapi aku tgk dlm entry ni ada gmbr windmill...tp sayup la kot? tu maknanya ko kena ripit lagi. hahaha

    ReplyDelete
  8. @Fatt,

    Betol2...yg baru tu Indian Ocean Drive. Tp yg wind mill tu mmg tak puas sbb tgk dr jauh je. yg lalu Brand Highway tu sumpahhhh jauh nak mampos! Boleh ngntokkk bila drive.

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah takde aral aku g taun depan on May. Skg ni rancak kumpul info dulu. :)

    Tetibe fatt pon kuar citer perth kan...hahah maklumla polisi 1 hari 1 entry! Syahbazz!

    ReplyDelete
  10. gambar kat pinnacles tu macam ko "sesat tak tahu jalan pulang" hahahaha!

    sian kan, orang gi oz je mesti makan fish n chips! hahaha! tak bleh blah ingat masa kat GC! sah2 aku kat NZ nanti camtu gak...

    pokok yg tak mcm pokok tu agak2 tanak kat pasu umah aku hidup tak? aku sungguh la tak green thumb, sume mati!

    fatt, bdk2, takpe dawn ke sunset yg penting gambar tetep cunnnn!

    aku penah gak buat polisi, 1 hari 1 entry, senang aku buat dek je kat post aku selama seminggu hahaha! esp travel tales. tapi dah blk mesia la, kalo kat sana nak bwk lappy, mmg takkkkk arrrrr hahaha!

    lagi2!

    ReplyDelete
  11. Fatt,

    haha saja usik2 ko. aku mmg tabik spring kat korang yang ada passion & talent tulis travelog. aku tau x semudah tu sbb aku pernah try and mcm tak menjadi haha. Lapyuh guys! :P

    ReplyDelete
  12. @Janggel,

    takpe bro, banyak masa lagi tu...sempat nk kumpul lg byk info. yup2...kebetulan, fatt kuarkan byk info berguna! syabas!


    @Biqque,

    hahaha...mmg sengaja pose cmtu. actually desert dia besar tau. kalo die tak susun batu-batu sebagai tanda utk jalan mmg akan sesat.

    hahaa...yela kan, of coz kene try fish&chips kat sana. ramai duk promote. kene rasa sendri baru caye sedap ke x....

    ntah laa...aku xtau pokok ape tu. mcm landak pun ade. tp bila pegang lembut je duri dia tu. bertabah laaa biqque kalo tangan tu bukan green thumb.

    thank you for the complement. credit to my friends jugak yg amek pics i! hahah. ^_^

    @Fird,

    aku pun takde la berbakat mana nk tulis travel lodge. just nk bercerita plus nk share dgn org je. aku mmg suka kalo org share psl experience travel ni. tmbh2 kalo travel sendiri without using travel agent. mmg puas hati kalo sume berjaya. ^_^

    ReplyDelete
  13. bdk2,
    hahaha...mmg ngantok klu drive kat sini..kiri kanan bushes je..boring..klu ko jalan ke wave rock tu lagila tobat...aku rasa nak tekan je pedal smpai 160km/ph...kdg2 aku lajak je sbb nak muntah dah dok pegang stereng keta. dahla jalan straight..patutnya kena ada mode auto pilot senang skit..hehe.



    janggel,
    aku kuarkan entry pinnacles tu sbb ada sorg reader suh aku tulis. ikutkan aku mmg takmo lagi stori, nak bagi laluan dulu kat encik john kita...aku nak abiskan umrah punye citer dulu..pjg lagi tu...hahaha. well, u know me ^__*v



    biq,
    ko punye blog tu umpama menunggu bln jatuh ke riba..hahaha...aku hrp ko balik dr nz ko rajin2 la hapdet ek



    fird,
    mmg susah, honest aku ckp. tp aku tpksa sbb nk keep the momentum going. ko takde blog ke fird? share la pliss...ko travel merata gak tu..aku nak gak baca citer europe...hehe

    ReplyDelete
  14. berpinar mata aku tgk gambar2 ko!! byk betui! heheh bagus2..teruskan mengh'update'

    ReplyDelete
  15. @Fatt,

    hahah...tau xpe! aku kat sana perghhhh mengantok habes beb! kene suruh kwn aku take over drive lak. pastu aku layan tdo. bangun2 still tak smpai lagi. kah kah kah...

    aku pun terpikir sama cam ko gak. kalo laaa kete ade auto pilot...just pegang stereng je. speed maintain....

    ReplyDelete
  16. kat pinnacle ada dengar bunyi ular tak?

    ReplyDelete
  17. @Mas Zuber,

    takdelak dgr bunyik ular...tp kalo mlm2 agak seram tempat tu...

    ReplyDelete
  18. hi..nak tanye la pasal ETA tu..nak wat ETA kat agent tu mcm ne ek..kat mn ek..nak g bulan jun ni sebattalion ni if AUS20 byak gak tuuuuu nak kluar just for ETA...harap bantu..tq tq ;)

    ReplyDelete
  19. salam..booking accomodation via ape yea..

    ReplyDelete
  20. best2! mmg sll baca ur blog for reference ni first time nk drop a comment sbb xreti :) nway i br beli flight to perth semlm on airasia free seat yayy! mmg murah promo rm411. btw nk tnya if we are a group of 9 agak2 kereta apa nk rent n mhl x mpv. better stay at perth city all the way 7days or lompat?

    ReplyDelete