Wednesday, September 21, 2011

Bangkok : Alone (Day 1)

Helloooo......

Aku tengah lagi duk kat lobby Take A Nap ni. Plan nak pegi jalan-jalan kat lorong high risk kat sini. Tapi bila lalu je, ade je orang duk approach tengok show-show...macam-macam jenis ada. Korang sebut je. Nasib baik aku ni kuat iman dan innocent. Takde nak melayan benda-benda jahat camni. Terus cakap NO tanpa lihat apekebenda gambarnya. Caitttt! Hahah..tapi memang hakikatnya aku tak tengok pun. Terus cakap NO! Dorang pun jenis yang tak push-push, once cakap NO, takdelaaa meleret-leret nak paksa-paksa.

Jom sambung Day 1 kat Bangkok, Land of Smiles...

Pagi ni aku bangun pukul 7 pagi camtu waktu Thailand tau...kalo kat Malaysia dah pukul 8 pagi dah. Kat sini sunrise awal tau...dalam pukul 6 pagi camtu. Since last night aku tido pukul 3 pagi, memang laaa terbabas skit waktu tido tu. Aku terjaga pun sebab ade new roomate baru masuk. Tak nampak muka, tapi kulit putih. So, aku bajet cina, jepun atau korea jela. Terus die tido, aku bangun. Tak sempat nak tegur sapa. 



Siap-siap diri sume, breakfast pun aku makan roti je yang aku bawak. Plus, minum air kosong. Btw, air kosong kalo boleh korang beli kat 7-Eleven sebab kalo botol besar dapat murah je dalam 13 Baht. Kalo beli kat hostel agak mahal untuk botol kecik. 

Destinasi pagi ni ialah Grand Palace and Chao Phraya River Cruise. Nape aku pilih dua-dua skali? Sebabnya, on the way saje....alang-alang singgah terus. Untuk ke Chao Phraya River Cruise, korang kene naik BTS Skytrain dan turun di stesen Saphan Taksin dengan tambang sebanyak 25 Baht. Exit je dari train akan nampak signboard river cruise ni. Aku naik cruise dari Central Pier. Kalo tak salah ingatan aku, servis bermula seawal 5 pagi @ 6 pagi. Even, cruise ni pun ada banyak line tau. Line nye boleh di cam dengan warna bendera yang berbeza-beza. Ada Orange, Yellow, Green, Blue dan jugak bendera takde kaler. Pada awalnya, aku tak tau pasal benda ni....aku main naik je dengan tambang sebanyak 15 Baht sahaja. Murahh kan? Pengangkutan air ni sama pentingnya dengan perkhidmatan darat kat Thailand. Cuma, kat sini pengankutan airnya masih lagi penting dan ramai yang still guna. Ibarat bas di air. Korang nak berdiri atau duduk pun boleh. 




Bot jenis ni laa yang aku naik














Ok, lepas aku dah on board dalam cruise tu actually aku memang tau yang kene turun kat Maharaj Pier untuk ke Grand Palace. Tapi aku peratikan memang takde lak signboard kat jetty yang cruise tu berhenti ade tertulis Maharaj Pier. Maka, secara rasminya aku dah terlepas! Geram sungguh aku....aku dah terlajak lebih kurang 1 jam dah. Bila aku patah balik pun dah dekat pukul 11 pagi. Matahari pun dah terik dan panas. Badan ni dah melekit-lekit toksah cakap laaa....lenjun! Nasib baik tambang murah, kalo mahal....pengsan!

Untuk ke Grand Palace dengan naik cruise ni, korang kene turun kat jetty yang tertulis N9 - Tha Chang. Aku memang dah perati, memang takde tulis pun Maharaj Pier tu. Geram jugak time tu....what to do..salah sendiri. Turun je kat jetty tu, ade market pulak dah. Gerai-gerai makanan yang agak murah ape yang aku tengok. Sebab panas sangat, aku pekena air kepala 20 Baht untuk sebijik dan jugak sebungkus buah nenas 20 Baht jugak. Banyakk giler nenas die kasik, memang kenyang jugakla plus manis yang amat! Makanan yang lain, aku tengok jela walaupun agak kecur air liur aku. So far, takde lagi nampak babi guling ke ape. 



Dari jetty ni ke Grand Palace tak jauh pun dalam 5 minit walking distance dah sampai entrance. For your info, aku tak masuk pun actually palace tu. Sebab aku pikir terlampau panas dan tersangatlaaa ramai orang. Dengan para pelancong sume, termasuk yang guna tour lagi. Aku jalan skit je, pastu patah balik ke jetty. Aku plan nak datang awal pagi hari Isnin nanti. Time tu, harap-harap dah tak ramai orang. Ni sebab tersalah jetty ler jadik camni. Takpela.....pengalaman... 



So, next destination aku nak pegi Chatuchak Weekend Market. Untuk ke sini, korang kene naik BTS Skytrain turun Siam Station. Then, tukar platform amek yang menuju ke Mo Chit. Platform die sebelah-sebelah je, takyah turun naik tangga pun. BTS Mo Chit ni, betul-betul kat Chatuchak Market. Market ni hanya dibuka weekend sahaja tau. Kalo korang datang weekdays, rugi ler. Sebabnya kat sini bermacam-macam jenis barang-barang ade jual dengan harga yang sangat-sangat murahhh!!! Make sure bawak duit banyak tau untuk yang kaki shopping tu. Barang-barang terdiri daripada perhiasan rumah, binatang peliharaan, baju-bajan, souvenirs, kedai makan, kasut, jam dan banyyyakkk lagik! Korang kene datang sendiri kalo nak tau. Memang harga tersangat murah! Kalo korang nak tau, Chatuchak Market ni antara yang terbesar tau kat Asia. Ianya meliputi 15,000 buah kedai yang bertutup tapi open-aired. Kat sini boleh bargain tau....even harga dah murah pun. Macam kat Beijing jugak....hihi. Memang rambang bijik mata laa kalo kat sini. Aku pun ade rembat sehelai 2 baju. Lawa sangat bagi aku ler.. 




Aku spend kat sini tak lama pun, yelakan, bajet pun ciput je. Watpe nak spend lama-lama. Just window shopping jela. Dah laa cuaca teramat panas. Tapi orang tak putus-putus. Memang sangat ramai. Terjumpa jugak beberapa orang Malaysia datang shopping sini. Dalam lebih kurang pukul 3.30 petang, aku naik skytrain balik untuk turun kat stesen Ratchathewi. Sebab turun kat sini, aku nak try lunch @ dinner kat Restoran Mak Yah yang femes tu...aku duk baca ramai yang duk try restoran dia plus kasik good reviews. Ok, untuk ke sana guna skytrain korang kene menapak la skit ye. Dalam 5 minit jalan kaki dari BTS station. Turun je dari train, korang amek tangga sebelah kiri. Turun menuju ke Thanon Phetchaburi. Turun je dari situ...korang jalan straight menuju ke simpang 4 jalan besar tu. Cross cabang 4 tu straight. Lepas dah lintas tue, amek kiri terus....korang kene jalan dalam 3 minit camtu akan nampak signboard Mak Yah Restaurant. Sebelum kedai makan Mak Yah tu pun ada restoran muslim yang lain. Namanya Faridaa. Masuklaaa aku...tak ramai pun. Berpeluh-peluh ni...order amek nasik goreng spicy with chicken dan jugak teh 'o' ais. Total sume 90 Baht untuk nasik dan 45 Baht untuk air. Agak mahal laaa...plus ade GST pulak tu. Rasanya sedap jugak..not bad. Just airnya manis skit. 


Lepas dah siap-siap makan tu, aku pegi lak kat Pratunam Centre. Aku ada baca kat porem yang cakap kalo nak beli souvenirs murah-murah boleh datang sini. Since, aku tak beli banyak souvenirs kat Chatuchak Market tadi, plannye nak beli lagi. Aku menapak lagi dari BTS Ratchathewi, korang belok kanan lak. Korang kene jalan lebih kurang 1km untuk sampai kat sini. Pratunam Centre ni betol-betol dekat ngn Platinum Shopping Mall. Ramai sungguh orang........tak tau nak cakap camne. Sepanjang jalan lak, banyak gera-gerai yang duk menjual macam-macam. Tu yang jadik crowded giler. Bila dah sampai tu, aku perasan banyak baju pompuan je duk dijual. Tengok gak mana souvenirs punye kedai. Tarak langsung! Puas aku pusing....ended aku balik camtu je. Memang kurus weh sebab duk jalan je banyak....




Amek skytrain balik untuk ke hostel. Tubuh melekit toksah cakap laa...balik je kering peluh terus mandi. Solat sume...terlena jap. Dalam pukul 7 lebih terjaga. Solat dan bersiap keluar untuk ke Pat Pong Night Bazar. Pat Pong ni memang femes tau....tempat yang untuk ehem-ehem disamping boleh shopping barang-barang. Tak jauh pun dari Take A Nap. Jalan kaki dalam 3 minit dah sampai. Keadaan Pat Pong Night Bazar ni saling tak tumpah macam Ladies Street kat Hong Kong. Tapi sedikit kecik laa kalo nak compare dengan Ladies Street. Macam-macam korang boleh dapat kat sini..tapi bargain tau. Kalo tak kasik, terus blah. Mesti dorang panggil balik. Time kat sini, aku tak berani sangat nak amek pictures sebab takut kene paw @ kene rampas. Yelakan, kat sini ibarat red light district. Cuakk beb.....tapi muka cool je. Lepas dapat cari fridge magnet yang betol-betol murah which is 3 bijik untuk 100 Baht., terus balik. Tu pun, nak jumpa kedai yang murahhh punyela puas aku duk pusing. Sebab tak banyak kedai yang jual souvenirs. Banyak jual baju, jam tangan, kasut, handbags dan lain-lain. Ade makcik ni nak jual 1 keping FM yang tak berape nak lawa 150 Baht! Giler ke ape??? Aku mintak tawar pun tak kasik, ended up aku blah. Die pun tak panggil balik. Kekwat noo makcik! Dah laa kedai ko takde orang, ade hati nak sombong lak! 



Pastu balik hostel....ni la keje aku duk time entry ni. Hahaha... Pasni nak try jalan-jalan lagi.

Till then...


15 comments:

  1. terbaik la bro boleh travel solo! Teringin nak try. InsyaAllah akan cuba jugak nanti! Teruskan bercerita!

    ReplyDelete
  2. Thanks for the entry... mmg im looking forward to read all your stories about Bangkok... sbb I akan ke BKK this Nov... anyway... terkejut tgk air kepala kat entry ni...

    ReplyDelete
  3. nasib baik ko cakap NO ! kalo tak aku karate ko.. hihi

    tapi betol ke ko cakap no?? keskeskes....


    aku pon plan nak gi bangkok ni.. tapi ntah bile la nak pegi ni..plan bukan main byk, tapi satu habuk pon tarak.. yg aku tak plan pulak yg jadi nye..

    ReplyDelete
  4. chatuchak market tu mmg the best! byk gile souvenir! =D

    ReplyDelete
  5. wah best nyer solo trip~
    nak rase jugak one day..huhu

    bdk2john, buat la review sikit pasal jordan air~ aku ni giler airline jugak sbenanye.. tp buat mase skang ni airasia je la yg termampu~ hehe

    ReplyDelete
  6. speatutnya bli FM kat chatuchak market..leh dpt 4 100 bath..haha

    ReplyDelete
  7. @Janggel,

    thanks bro. ni 2nd time aku travel solo. bagi aku best...sbb mmg on our own. tak terikat ngn sape2. pasni, ko kene try bro...mmg best!


    @Yusuf muhahidin,

    alhamdulillah...dapat jugak tgk tempat org.


    @NadiaKamal2,

    no worries...sharing is caring. insyaALLAH..i try tulis sume dgn details. skung ni very2 busy all becoz of work! hahah


    @Kemang,

    mmg ler cakap NO. aku ni kan soleh. hahaha... ko patut pegi sana bro. tula...kalo plan je mmg susah nk jadik. tu la motto aku, no ticket no talk. bila ade ticket bru kita boleh berkata2. hihih


    @Iwa,

    mmg best gilerrr kat chatuctak. sayangnyaaa aku bwk duit sikit!!!


    @Shah_rule,

    ko tak penah bwt? try ler bwt...bg aku, best sbb time ni laaa nk try independent.

    psl airlines royal jordanian...nnt aku try bwt entry. ade amek pics skit aritu psl servis. nnt ye...


    @Kaiji,

    tulaa...dah penat cari. takde jmpe yg 4 bijik utk 100baht.

    ReplyDelete
  8. It's good to knwo they accept the NO.
    Long journey to get fridge magnet heh

    ReplyDelete
  9. @Maso.Tee,

    yup...dorang hormat kat tourist. kalo main paksa2 ni...agak cuakk jgk laa. yela, sorang2 kat sana. ^_^

    ReplyDelete
  10. bangkok plak dah huhu cool ^^V

    erk, air kepala ke air kelapa hhahahaha

    ReplyDelete
  11. hoi! baru balik perth dah ke bangkok??? gile ko...

    aku takde hati lagi nak gi bangkok...tah la...baca ko nyer post je la kot hahaha...

    ReplyDelete
  12. @Chimei,

    hihi...air kelapa ye. hahah...aku pn tak perasan typo.


    @Biqque,

    welcome home! hahah...ko ckp xde hati ke nak g bangkok? best wooo...........

    btw, i think i am CRAZY! hahaha

    ReplyDelete
  13. YOU ARE! aku dgr ko gi medan plak??? *&&^%#$^&^%%$%!!! bak sini duit ko!

    ReplyDelete
  14. i dok dkt ngan platinum sbb adek nak shopping. chatuchak tuh panas and repetition.. but coz adek tak penah gi, i hv to go for the 4th time dgn semangat kebosanan yg jitu. dah ler i BUKAN shoppaholic.

    ReplyDelete