Hellooo guys...
So, aktivity hari ke-5 ni adalah shopping di Harbour Town dan jalan-jalan untuk kali terakhir di sekitar Perth City. Gambar pun tak amek banyak untuk hari ni....just tengok a few shots yang sempat aku amek ni. Btw, untuk ke Harbour Town adalah sangat senang. Just hop on Yellow CAT Bus. Sangat-sangat senang dan percuma! Untuk para penggila shopping, kat sinilaaah tempatnya anda nak rabakkan poket anda. Harbour Town mempunyai pelbagai factory outlets yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang boleh buatkan kita jaw dropping! Contoh outlets yang aku kenal dan ingat ialah Levi's, Cotton On, Nike, Adidas, Valley Girls dan lain-lain lagi. Tempatnya, bagi aku tak besar mana pun. Tapi ok laa kalo nak abeskan duit kat sini.
Since, hari ke-5 aku dah abes dollar aku. Kesiann kan? Tapi sebab tak tahan godaan yang agak melampau, aku swipe kredit kad kat sana, tapi tak banyak pun. Tempting sangat tengok kemeja, dan jaket yang hanya AUD20 sehelai. Gila ko....jaket smart pulak tu. Kalo tak beli, memang ralat laa balik Malaysia nanti. Pejam mata je time tu... Kebanyakan barangan kat sini menjurus kepada pakaian wanita. Memang heaven giler ah. So, untuk para husband yang bawak isteri. Bolehlah tinggal isteri anda kat sana, then anda boleh balik dulu atau pegi berjalan-jalan ke tempat lain. Memang takkan pandang tempat lain dah...
Gambar kat dalam Harbour Town tak boleh amek. Aku kene tegur dengan salah seorang penjaga kat situ. Terpaksa simpan balik kamera.
Till then....
i remembered going to harbour town, but i tak beli byk, 2 shirt jek.
ReplyDelete@Lily Riani,
ReplyDeletetu ler...kat sini for men takde byk choice sgt. plus agak mahal jugak kalo compare ngn msia. tp for girls, mmg heaven ler!
nk ke epot gne transport ape eh??
ReplyDelete