Tuesday, September 20, 2011

Bangkok : Alone (Day 0)

Assalamualaikum guys!

Aku skung tengah guna free pc kat hostel Take A Nap ni...nasib baik free boleh laaa aku duk check-check mana yang patut kat online. Kekeke...plus leh update blog skali! Bosan malam-malam gini. Nak kuar jalan2 pulak seram tapi sebenarnya ok je. Just be careful. Maybe after aku tulis post ni nak pegi tengok stripper. Dekat je dari hostel ni..jalan kaki dalam 5 minit dah sampai kawasan havoc! hahaha....best wooo...tp aku jeling-jeling dari luar jela. Pastu tutup mata....lagha..lagha...lagha... 

Btw, entry ni takde gambar yang menarik sebab aku tak amek gambar pun sepanjang hari. Terlupa. Ayarkkk! 

Jom aku cite untuk Day 0!

Ok...untuk trip pegi Bangkok ni sebenarnya tak plan pun sebabnya aku dah ingat after balik dari Perth, mungkin akan pokai. Camne nak jalan kalo duit pokai? Senyappp duk umah jela jawabnya. Tapi sebab tak tahan godaan kawan aku dan jugak nafsu aku sendiri, maka aku beli jugak tiket pegi Bangkok. Tapi tak naik AirAsia tau...tapi aku naik Royal Jordanian! Haaa...harga tiket dalam RM463 untuk return. Premium airlines tu beb..sape taknak kan? Aku dah check yang AirAsia jugak dan ternyata agak mahal...So, kelik laaa tangan aku beli tiket pegi Bangkok.

Bila dah beli tiket, maka secara otomatiknya kene buat plan. Betol tak? Haa...tapi sebabkan pegi 3h2m jek, just prepare yang mana patut je. Aku pilih Take A Nap sebab ramai yang review bagus plus die kasik breakfast halal. Aku amek dorm je..sebab nak jimat kos. 350 Baht @ RM35 untuk 1 malam. Murahh la tu kan? Tapi takde breakfast. Kalo amek bilik private memang harga bilik dah termasuk breakfast. Jenis-jenis bilik pun memang cantik...ade macam-macam tema dan kaler. Awesome! Korang boleh pegi kelik kat website ni Take A Nap



Bilik Single



 
Hari yang dinantikan pun dah tiba... Jumaat 16 September 2011, flight aku malam tau. Pukul 10.00 malam dari KLIA dan dijangka sampai kat Suvarnabhumi Airport dalam pukul 11.25 malam waktu tempatan tau..bukan waktu Malaysia. Thailand lewat 1 jam dari Malaysia. Kalo kita pukul 10 malam, dorang baru 9 malam. Jimat sejam kan? Hari tu memang kelam kabut sebabnya duit tak tukar lagi, beg tak pack lagi, maps sume tak print lagi, research pun tak abes lagi, ada open house lagik dan macam-macam lagik laa...haha. Alhamdulilahh...by 7 malam aku dah tercongok kat KL Sentral menuju ke KLIA.

Since trip ni ialah trip ciput, aku dah nekad nak bus je untuk ke KLIA dari KL Sentral. Hanya RM10 je... plus perjalanan mengambil masa 1 jam. Aku memang check betol yang tepat2 sampai KLIA pukul 8.30 malam. Bertolak dari KL Sentral pukul 7.30 malam. Dah jimat RM25 dari naik ERL tue....hihihi. Bila dah sampai kat kaunter check-in...perghhh...ramai giler duk beratur. Mostly students yang belajar kat Timur Tengah. Stok-stok pakai kopiah dan tudung labuh. Aku je yang rugged skit. Kihkihkih... Sebab ramai sangat, aku pegi solat dulu. Bila dan abes solat, queqe dah kurang...berkat gamaknya. Bila sampai turn aku, penjaga kaunter tu cakap seats almost full! Erkkk...what the heck kan? Aku beli tiket kot....pastu dorang explain yang airlines ni main jual je tiket tanpa amek kira penuh ke tak. Pastu, dorang cakap last resort dorang akan upgrade kepada business class.. heaven tak??? Tak penah hayat aku ni naik biz class. Teringin jugak gua. Tapi sebab memang diri ni jenis yang tak penah kene lucky draw ke apekebenda. Dapat naik economy class jela. Tapi dapat window seat. Okla tu...

Dah boarding....lawa jugak stewardess dorang ni. Cuns je aku tengok. Economy class dorang pun not bad jugak sebab ade bantal, selimut, personal screen sume. Puas hati laa kalo tengok. Lupa nak snap pictures sebab kamera dalam beg. Damned! Owh ya...perjalanan ke Bangkok mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit. So, memang ade can laaa dapat makanan! Hahaha....dah lama tak makan makanan dalam premium airlines. Asyik naik kapal terbang pak tony je. Boooriinngggg..... Amek makanan seafood. Ingatkan nasik, rupanya macam mee goreng seafood. Tapi sedapppp!!! Panas-panas lagik. Lepas dah makan tu, layan lak movies yang ada. Banyak pilihan yang menarik. Aku duk layan laaa cite "Something Borrowed". Tapi....tak sempat nak tau ending dia camne dan landing. Huhuhu...ape ending dia???

Tak ramai yang kuar dari planes sebab dorang akan terus pegi ke Amman, Jordan. Hanya dalam lesser than 50 je yang turun. Nasib baik seat aku dekat dengan pintu kuar. Sebabnya, kalo boleh aku taknak naik taxi untuk ke bandar sebab dalam 400 Baht akan melayang camtu je....aku nak naik Airport Express Link je..macam ERL kat Malaysia. Tapi tambang lagik murah. Just 90Baht. Perjalanan akan ambil masa kira-kira 30 minit. Perghh....menapak dari gate ke imigresen punye laaa jauh... Ade laa jugak dalam 500meter aku duk jalan. Jalan pun gaya macam nak masuk acara lari jarak jauh je...tertonggek punggung aku. Nasib baik takde luggage check-in. 

Lepas 10 minit kat imigresen, terus aku larik @ jalan laju-laju ke tingkat bawah iaitu Level B untuk ke train station. Ingat ye...Airport Express Link terletak kat Level B. Signboard merata tunjuk untuk ke train station. Just tengok-tengok. Alhamdulillah...sempat naik train yang terakhir. Train ni akan berhenti kat BTS Skytrain Phaya Thai. Tapi since BTS Skytrain dah abes masa perkhidmatan which is 11.30, maka dari station Phaya Thai, aku amek cab menuju ke BTS Skytrain Sala Daeng station. Nasib baik aku dah tulis direction siap-siap camne nak pegi ke Take A Nap....senang je. Dari BTS Sala Daeng, hanya 600 meter je. Exit ke Thanon Thaniya dan jalan straight je....korang akan nampak kelab malam bersepah kat area tu. Btw, time tgh naik cab tu..nampak a few lelaki duk kencing tepi tiang tengah-tengah jalan raya besarrr!!! hahaha....tak malu giler. Korang bayangkan orang duk kencing kat tiang kat MRR2. Camtu laa gayanya. Hahhaha...

Taxi adalah bermeter ye...ask them to use metre. Alhamdulillah...tak mahal pun dalam 60 Baht. Nasib baik aku tak amek cab terus dari airport. Kalo tak, melayang camtu je 40-50 Baht aku. Mula-mula tengah cari jalan tu, agak takut @ cuakk datang menjelma. Yela...dah tengah malam kot. Tapi meriah lagikk...maybe sebab malam minggu kot. Bila dah ikut direction tu, terus jumpa Take A Nap. Check-in dan bayar sume...terus masuk bilik. Dorm ni muat untuk 7 orang. Tapi hanya ada aku dan sorang lagi orang putih. Memang kosong ler...best gilakkk!!! Masuk, mandi sume...tido..

Till then..


2 comments:

  1. eh, pe kes flight mcm tu? pestaim aku dengor dieorg accept je booking..

    ko nak tau tak, ending die, die bakor bantal yang die pinjam tu,. kot??

    kalo melhat kepada tajuk die tu la..mesti ade kes pinjam meminjam ni..hihi.. tapi pinjam ape??

    take a nap mmg ok ,ramai traveller duduk sini..

    ReplyDelete
  2. Ape kes flight macam tu...lgi teruk ade penerbangan walaupun dah check in...tapi bila boarding diorang boleh kata bangku dah penuh...takleh masuk kapal...hati2 dengan Ethiopian Airlines...

    ReplyDelete