Saturday, September 10, 2011

It's Perth! - Day 2

Happy Weekend everybody! 

Takde ke sape-sape nak jemput aku untuk open house? Raya kan sebulan......hihihi..anyway, jom aku sambung untuk Day 2. Jangan buang masa, mari buang tenaga sambil tulis blog. Kali ni perjalanan akan merangkumi jarak yang agak jauh. 

Cervantes - Lancelin - Perth City - Augusta

Hari kedua, bangun lambattt!!! Tapi takdelah lambat mana pun, pukul 6.20 pagi. Lambat ke awal? Kat luar aku tengok matahari dah terbit dah…owhhh shitt! Lambat ke ni? Kalo tau, bangun kul5 @ 5.30 pagi. Rugi laa kalo tido awal, bangun lambat kan…dah nama pun datang melancong. Rugi sangat-sangat kalo duk membuta je kejenye…. 

Siapkan diri sume, memulakan perjalanan kira-kira jam 7 pagi. Okla, cuaca tak sejuk sangat dalam 11c mcm tu. Sebelum gerak, fill up the tank first ok. Mahal la skit, nama pun kawasan outskirt. Don’t expect the fuel price would be cheap as in the city. Sama macam New Zealand jugak. Alhamdulillah….dapat isi penuh dengan bajet yang dibuat dalam AUD50/day

Agenda penuh keseronokan arini akan bermula dengan sandboarding kat Lancelin. Dari Cervantes ke Lancelin tak jauh. Dalam 80km sahaja kira-kira 1.5 jam. Trafik elok..takde orang sangat. Speed limit macam biasa la dalam 110km/h je. Geram je nak tekan pedal lagi kuat….bosan btol kalo slow-slow nih! Dah sampai pekan Lancelin, cari kedai nama Lucky 7. Orang cakap kalo nak sewa sand board kat sini murah. Kedai die attached together dengan convenient store. Beli beras dan telur skali..kot-kot dah tak jumpe kedai groceries. Sewa sand board dengan AUD10 for 2 hours with deposit paid amounted to AUD50. Sand spot tak jauh pun dari Lucky 7 kira-kira 2km je. 



Park kete kat pintu masuk. Ingatkan tak jauh nak menapak, rupanya ade la jugak dalam 10minit berjalan. Pastu, siap ade parking spot lagi. Cisss sungguh! Takpelah, nasib baik tak panas, kalo tak aku yang panasss nanti akibat dek berpeluh. Walaupun cahari matahari terik, tapi angin sejukkk je. I wish Malaysia camni. Aku sanggup naik LRT tiap-tiap pagi. Berjalan 2km pun takpe. Kuikuikui…. Dah sampai, aku rse kami je kot ade kat situ…heaven!!! 

Kawasan padang pasir ni agak luas, pasirnye putih dan halus. Lembut jeee rasenye.. ok, sesi nak daki bukit pasir naik atas. Pergh….angin lagi duk tiup pasir menambahkan lagi sejukkkkkkk…. Dah sampai puncak leh nampak Lautan Hindi skali. Cantik sungguh! Posing sana sini…perghhh banyak sungguh gambar leh buat profile pics! Thanks to you matahari yang cantik! Awesome! Ok, masa untuk turun…mula-mula tu cam cuak sebab tinggi tu nak turun. Tapi bila duduk atas board, macam tak nak turun lak. Memang gajah sungguh aku nih! Perghh….bila dah turun tu, laju wehhhhh!!! Tergolek-golek atas pasir akibat jatuh. Lepas dah turun tu, nak naik balik…adoyaiiii…penat weehhh!!! Sand board tu bukannye ringan, berat jugak. 









Lepas dah main gilir-gilir 2kali seorang, jom la balik. Tak larat aku nak daki je, nak daki bukit pasir tu 3 min, nak turun tak sampai 30 saat. Camne tu??? Hahahah….. dah abes main, pegi return sand board dan teruskan perjalanan ke Augusta. Tapi sebelum tu, kami nak singgah kat kedai pie halal tu dulu untuk lunch. We all sampai kat situ kira-kira 12 tgh hari. Banyak jugak pilihan pie yang ada. Range harga dari AUD2 – AUD3.90 each. Sorang amek 2 bijik pies. Awesome ok pie die..penuh inti! Kalo kat Malaysia aku rase penuh dengan angin je, inti cinonet! Beli skali sebuku roti dan seplastik roti croissant untuk breakfast esok pagi. Then, teruskan perjalanan ke Augusta sambil lunch dalam kete je… 

Btw, sebelum aku terlupa. Highway yang aku guna untuk ke Cervantes semalam adalah berbeza dengan highway yang aku guna arini. Sebabnya, dari Cervantes ke Lancelin dah ade highway baru. Memang lagi dekat. Even, GPS we all pun tak updated lagi dengan newest route ni. Just guna signboard yang ada sepanjang jalan. Tapi, kalo lalu highway baru ni untuk ke Cervantes dari Perth City, memang terlepas peluang nak tengok Emu Wind Farm





Besar dan penuh dengan inti!
Perjalanan ke Augusta mengambil masa kira-kira 4jam. Jauhhh woooo…lalu highway kali ni. Sepanjang perjalanan banyak sungguh wildflowers yang mekar berbunga kat tepi-tepi jalan. Eh jap, tu dikira as wild flowers ke? Bukannye pihak kerajaan tanam kot.. Sepanjang perjalanan cuaca elok dan cerah. Sampai di Augusta kira-kira jam 4 petang. Check in kat Clovelly Holiday Unit. Ada dapur skali. Rate untuk per nite is AUD110 untuk triple sharing. Complete dengan dapur sume. Okla, malam ni makan dinner nasik! Masuk letak beg sume, solat and refresh diri dulu…



TransPerth Train @ macam komuter kat Malaysia tapi lagi laju







Jam 4.20 petang, kuar dari cabin untuk melawat Cape Leeuwin Light House yang terletak kira-kira 10minit perjalanan. Just nice sampai 4.30 petang. Entrance fee is AUD5/pax. Alhamdulillah….the sales person said we only have 30 minutes before the closing time which is 5pm. He said we only need to pay AUD5 for 3 pax! Awesome…dah jimat AUD10 tu… cukuplah 30 minit dia kasik. Buat apa nak lama-lama kat situ tapi kalo lama-lama lepak pun best!. Sejukkk wooo kat situ angin duk bertiup kencang. Btw, time we all sampai tu dah takleh naik atas light house, katenye dah tutup. 






Kat sini kita dapat lihat pertembungan 2 lautan iaitu Lautan Hindi dan jugak Lautan Pasifik. Pusing-pusing kawasan sekeliling dan balik je.. on the way balik tu, singgah kat Flinders Bay. Not bad jugak viewnye…cantikk! Napelah kat Malaysia takde tempat macam ni. Kalo aku stress ke, ape ke. Boleh gak bawak diri ke tempat macam ni. Tenang je rasenye sambil layan perasaan. Cewahhhh!!! 




The Keeper's Cottage







Later, balik jela…singgah pekan sat ape yang ada. Mostly, kedai dah banyak tutup….takleh nak buat ape. Tak sempat nak beli poskad. insyaALLAH will do so bila dah sampai Perth nanti. 


Dinner for tonite, sardine dan nasik!!! Alhamdulillah…kenyang. Then, tido awal…

Till then, sekian....

14 comments:

  1. peh laju!!! hahahaha...

    new highway yg takde dlm GPS tu namanya Indian Ocean Drive. kdg2 ikut sgt gps pun takleh...gps aku penah suruh aku masuk dlm semak ko tau? gile. dia ingat aku bawak 4x4 ke ape? hahaha.

    fuh sedap gile aku tgk kuih-muih yg ko tayang tu..nasib baik arini aku posa 6..ku tahan2 je lapo...owner dia pak arab ek?

    masa kat Augusta aku duduk kat Baywatch Manor, tu YHA puna hostel. tp tmpt tu selalu kosong, tp bangunan dia mmg klasik, mmg cantik smpai 2x pegi sana aku pilih duduk situ. klu ko pegi Cape Leeuwin awal2 pagi aku rasa lagi puas hati sbb langit cerah. klu time laut tak bergelora mcm dlm gmbr tu, ko bleh spot 1 point laut bertembung (indian ocean & souther ocean).

    ReplyDelete
  2. kacak gambar bang? *fatt, ni baru kacak namanya ye dak*

    ko ni kan kalo bab gambar makanan, no.1! mmg tak bleh blah ok...terliur aku.

    bila pulak turn aku nehhhhh...

    ReplyDelete
  3. Bdk2 gambar2 hang semua terbaik! Mantop! Lengang je eh kat sana? Tak bz langsung, rasanya macam boleh baring2 atas jalanraya kan.

    ReplyDelete
  4. setuju setuju!
    gambar bdk ni mmg CUN abesshh...
    cantek berpinor biji mata tengok sessatu hehehe

    ReplyDelete
  5. @Fatt,

    hahaha....laju ler nk abeskan cepat2 time tgh otak segar lg ni. aah...btol2 nama die Indian Ocean Drive. mmg byk kali kot GPS aku pun jadik cmtu. masuk dalam semak!!! hahaha...tmbh2 kat pinnacles tu. mmg tak la kan.

    haha...mmg sedap pun. tp aku pn snap pics je la. just beli pie je. owner die bukan pak arab kalo tak silap. even pekerja dia pun aku tgk ade chinese and org putih jugak. takde langsung sign yg owner dia pak arab. i think, mmg autralian owned company. kedai dia pun tutup pukul 2pm tau...aku ingtkan bukak smpai ptg.

    yup2...aku pun ade tgk YHA Baywatch Manor tu. Mula2 pun nk duk situ gak. tp pikir yg kat Augusta mcm nak selesa skit. amek laa fully equipped cabin. not bad jugak. kalo tak salah rege dia pun lebih kurang YHA jugak kalo bahagi dgn 3 org. Kalo next time pegi sana, amek YHA lak. anyway, time aku pegi Augusta aritu, ade nmpk a few building backpackers hostel bru siap. btol2 dkt dgn stesen minyak Caltex. Tp bangunan die jenis modern style.

    kat Cape Leeuwin tu, datang tiap2 hari pun aku rse tak puas. aman je tgk laut tiap2 hari. tula, aku mmg duk nanti gak ombak bertembung! cnfirm mmg cun gmbr kalo dpt capture...mmg rare tuh.

    @Biqque,

    kacak ke biqque? ;p haha...aku tak beli pun mknn tu..just beli pie je. tp aku yg tgk real life pun mmg terliur sakan...hahaha. meleleh depan cermin peti ais dorang tu. hahah

    anywy, pasni turn ko lak! NZ ok! hahaha...


    @Janggel,

    Thanks....still learning cara2 amek pics ni. thanks jugak pd kawan aku kasik pnjm lens die.

    jalan kat sana mmg lengang je...tmbh2 kat highway...lengang. skali skala nmpk kangaroo mati tepi jalan. kesiannn.... anyway, mmg boleh baring kalo ko nak. posing mcm2 pn boleh....this time, aku tak buat ler. hahah. ;p


    @Ako,

    thanks ako...still belajar lagi ni. blaja dgn cara tgk org amek angle yg best2.

    ReplyDelete
  6. Wah best nye sandsurfing tu..Ari tu kat Sydney aku tak pegi try plak sandsurfing...

    ReplyDelete
  7. @BlueEwoke,

    kat sydney pun ade sandsurfing? tp mmg best...just sedikit penat nak mndaki tu yang lemah tu~

    ReplyDelete
  8. nak pegi baliiiiiikkkkkkkk..... awat cam miss byk!!!! i did the dune tho, took a package ie day trip.

    ReplyDelete
  9. pancit tak naik bukit pasir putih tue?? hehehhehe

    aku buat ari tue ade la dalam 6 rounds. gile la..terbakar kulit...tp syiokk

    again, nice pixxxssss!

    ReplyDelete
  10. @Lily Riani,

    miss byk? ape yg u missed? owhh...amek trip bukan ke mahal?


    @Mas Zuber,

    mmg pancit gilerr!!! tak larat wehh aku. hahah..dah tua. hukhukhuk.

    perghhh...6 rounds?? bykkk tue....tp mmg terbakar la kulit sbb mmg xde awan kot. pastu sejukkkk je tu yg x kisah tu. balik msia baru perasan...dah hitam! hahaha

    ReplyDelete
  11. just nak tanya..aritu korg smpai kt kedai lucky 7 utk sewa sandboard pukul bape yer??sbb takut smpai awal dlm kol 8 pagi kedai x bukak lagi..btw, lagi satu kalau nak jmpa dgn emu wind farm tu ikut highway mane??thanks..:)

    ReplyDelete
  12. @Meinn,
    aritu kami sampai kat lucky7 tu lebih kurang pukul 8pagi. mmg kedai tu dh bukak dah. no worries.

    kalo nk jumpa emu farm tu, kene guna highway lama yg menuju ke pinnacles. jgn guna Indian Ocean Drive. gunakan jalan lama.

    ReplyDelete
  13. bestnya ur trip... x saba nk g perth...tq for info bout perth...sgt byk maklumat yg di ambil from ur blog

    ReplyDelete
  14. baca blog u ni msti smbil baca smbil ketawa mmg kelako! gaya tulis tu mcm brckp plk haha x sbr nk g perth nk mkn patisserie dlm gmbr tu

    ReplyDelete