Assalamualaikum!!!
Happy weekend guys! Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan April dah. Less than 100 days kita akan menyambut Ramadhan. Macam mana? Dah sempat rembat tiket untuk pulang beraya? Kan aritu Airasia ada buat free seats. Anyone grabbed? *wink*
Anyway, untuk entry trip travel kali ni, aku nak bawak korang pegi ke Singapura. Yang terletak di selatan Malaysia. Sape yang tak penah sampai Singapore? Aku rasa kebanyakkan daripada kita dah penah sampai ke Singapore. Untuk kali ni merupakan trip aku yang ke-3 menjejak kaki ke Singapore. First time ialah pada December 2009, yang ke-2 lak pada February 2012 dan yang ke-3 pada bulan March 2013 aritu. Honestly, dalam setiap trip tu memang aku langsung tak sempat cover semua tempat menarik kat Singapore tu. Yela, setiap trip aku tu hanya pendek-pendek je. So, memang tak cukup masa untuk cover semua tempat menarik plus tak boleh nak buat full swing punye explore semua tempat sebabnya Singapore adalah sangat panas! Maybe sebab geografinya adalah sebuah pulau menjadikan lebih panas dari Malaysia.
So, untuk trip kali ni memang agak adhoc. Biasalah time malam-malam duk berangan tu, terus suarakan pendapat kepada Janggel, Masmz dan Kak Coco untuk pegi ke Singapore naik train. Why not? It's a new experience for me. Plus, saje nak ada weekend getaway. Thank God that weekend tak perlu kene weekend. Bos aku pun takde call. Memang nasib baik. Pada mulanya memang nak naik train sleeper coach. Tapi disebabkan time beli tiket tu agak last minute, hanya tiket seat 2nd class je yang available yang berharga kalo tak salah aku adalah RM34/sehala. Amek jela labu... nak sangat merasa naik train kan. Thanks to Janggel sebab gigih ke KL Sentral beli tiket. Trip kali ni tak dapat dijoin oleh Kak Coco, katanya ada ape ntah... keje volunteer di Zoo Negara? Hahaha so, this trip will be me, Janggel and Masmz sahaja. Next time ek akak... kita pi Hatyai lak.
Hari yang dinantikan dah tiba... train kami malam tu ialah pada malam Jumaat. Masmz pulak dari Ipoh tak silap. Gigih beliau drive kete Ferrari Merah merentas highway Plus aritu. Aku dan Janggel pulak sampai KL Sentral lebih kurang jam 9 malam. Pekene KFC dulu untuk dinner. Train dijangka berlepas tepat jam 11 malam dari Platform B. Ramai jugak penumpang yang akan naik train malam tu. Maybe untuk balik kampung hujung minggu. Tunggu punya tunggu....rupanya train delay. Akhirnya kami selamat berlepas dari stesen lebih kurang jam 12.30 malam kalo tak silap aku. Memang dah penat abes dah aku malam tu. Yela, dengan panasnya KL Sentral tu. Keadaan dalam coach Kelas 2 tu agak ok. Cuma keadaan kerusi yang agak uzur kot bagi aku. Nak tido malam agak payah sebab lampu asyik terpasang je until pagi. Terpaksa tutup muka pakai sweater je. Dan nasib baik jugak bawak sweater sebab memang sejuk dalam train tu weyy...
Ni coach kelas 3... lampu dipadamkan agak senang nak tido. Tapi keadaan kerusi agak uzur dan kotor skit. |
Ni pulak dalam coach Kelas 2. Lampu langsung tak padam.. tido dalam cerah jela aku. |
Bila naik train ni, memang kene expect akan sampai lambat dari naik bas. Kami selamat tiba di Woodlands jam 8.30 pagi waktu tempatan. Dulu train KTM ni akan terus ke stesen Tanjung Pagar, now perkhidmatan tu telah pun ditamatkan tak silap aku 2 tahun lepas. Bila turun kat Woodlands ni ape lagi kan... turun untuk chop imigresen la pulak. Kiranya kami kene angkut semua bag-bag yang dibawa. Train stop kat stesen Woodlands sahaja. Bila pagi-pagi sampai ni.. agak panjang barisan untuk tunggu giliran chop passport. Jangan lupa isi departure kad dulu. Yang aku tertanya time tengah beratur tu, nape bila kaum India yang nak masuk ke Singapore kene belek-belek abes-abesan passport dorang? Anyone know about this?
Dah setel dengan imigresen... kalo berjalan keluar dari stesen Woodlands tu ke jalan besar. Bila dah sampai kat situ ada banyak perhentian bas yang akan ada bas datang yang menuju ke stesen MRT yang terdekat. So, kami amek yang yang bernombor aku tak ingat, tapi kat bas tu ada tertulis destinasi dia. Bas tu akan menuju ke stesen MRT Woodlands. Tak jauh pun dalam 5-6 minit perjalanan. Kekerapan bas pun agak cepat. No worries. Kami gunakan EZlink kad macam kad touch and go tu. Nasib baik ada lagi baki ekoran dari pinjaman Mama Biqque tempoh hari. Thanks Mama! Hahahah giteww~ Tambang hanya 73 sen sahaja.
klik kat gambar untuk pembesaran yang sihat dan jelas |
Dari stesen Woodlands... kami menuju ke stesen Raffles Place yang terletak kira-kira 17 stesen lagi nak sampai dari stesen Woodlands. Hanya guna train Line Merah sahaja yakni North South Line. Masa yang diambil tu agak lama jugakla.. kira-kira almost 1 hour kami duk dalam train tu nak menyampai ke stesen Raffles Place. Dah la berdiri.. memori ketika trip bersama Travelholicawesome ke USS kembali menerjah! Penat woiii! Cuaca nampaknya sangat elok kat luar. Harap tak hujan je ler.
Tujuan kami terus pegi ke Raffles Place sebabnya nak tengok ape lagi kalo bukan The Merlion Park plus jalan-jalan di kawasan sekitar Sungai Singapura tu. Kan aku kata aku tak penah jejak semua lagi. Teringin nak tengok statue yang bergelimpangan kat tepi sungai tu. Dari stesen Woodlands ke stesen Raffles Place tambang yang aku check adalah dikenakan sebanyak SGD1.12/pax.
Keluar je dari stesen Raffles Place... mulalah sesi menembak. Ayuh!
Pintu stesen Raffles Place yang terletak diantara celah-celah skycrapers di pusat bandar Singapura |
Dari situ, kami mula berjalan kat tepi Sungai Singapura ataupun Sungai Kallang. Tak pasti which one is right. Tapi hati aku kata Sungai Singapura berdasarkan ape yang aku dah Google-ed semalam. Redup je jalan kat tepi sungai ni. Since masih lagi pagi ke dalam jam 11 pagi macam tu. Orang pun tak brape ramai. Kami mula berjalan di celah-celah skycrapers yang mana weekend takdela busy macam weekdays. Tengok ada cruise jugak kalo nak naik. Tapi kami tak naik pun maybe next time.
Since kami berjalan pagi tanpa mandi, dan breakfast. Ternampak pulak Ah Soo penjual aiskrim kat tepi Maybank Tower tu. Apa lagi...singgah ler beli aiskrim kepit wafer sorang 1 yang berharga SGD1.20. Ada macam-macam perisa yang ada. So, kami beli perisa mangga, keladi dan strawberry tak silap. Simple je. Macam mana aiskrim potong tu. Sesekali time tengah berjalan tu, ada angin bertiup. Memang bestlah! Rupanya kat sinilah ada statue orang menjadi tembaga tu macam dalam entry Biqque sebelum ni.. ---> Cite Biqque pulak .
Kami berjalan menuju ke Cavenagh Bridge yang terletak betol-betol bersebelahan The Fullerton Hotel. Jambatan ini telah dibina oleh P&W Maclellan pada tahun 1868. Kalo diikutkan jambatan ni kelihatan masih lagi kukuh, tapi maybe demi menjaga struktur yang telah berusia beratus tahun, maka sebarang kendaraan tidak dibenarkan lalu atas jambatan ni. Pejalan kaki boleh.
Jom layan gambar~
Kelihatan jugak beberapa patung budak-budak nak terjun ke dalam sungai tapi tak sempat sebab disumpah menjadi batu.
Kami masih lagi berjalan di tepi sungai menuju ke jalan besar yang akan membawa kami terus ke Merlion Park. Ternampak ada Batu Asas Pembentukan Singapura oleh Presiden Singapura yang pertama iaitu Inche Yusof Bin Ishak pada tahun 1970.
Dari situ.. kami mula berjalan ke jalan besar. Tapi sebab hari terlampau panas giler panas. Kami berjalan turun ke bawah jambatan untuk ke Merlion Park. Kat bawah tu ade Starbucks dan redup skit. Kat sini memang ramai sungguh ummah datang melawat. Kebanyakkan dari Jepun bersama travel agent masing-masing. Dari Merlion Park, kelihatan jelas Marina Bay Sands yang berdiri megah di tanah yang telah ditambak.
Kami tak spend lama pun kat sini. Just berada di gigi air untuk amek gambar sebagai bukti sudah sampai. Masing-masing tak lepas dengan pose masing-masing. Cuaca terlampau panas sampai tidak terkata.. akhirnya aku kasik idea untuk lepak sat dalam Coffee Bean. Ada aircon lagi. Boleh la hilang penat dek tak breakfast lagi pagi tu. Masuk Coffee Bean, buat muka orang kaya dan urban. Terus duduk dan pegi beli minuman. Beli yang paling besar dan 1 cheese cake kongsi 3 orang. Hahaha giler kemut! Takpe.. janji makan dan sejuk. Abes dalam SDG13 kalo tak silap aku. Takpelah bukan slalu pun makan. Lepak sambil gelak-gelak dan online yang mana patut.
Dulu aku penah cross jambatan ni sebab nak pegi Esplanade. Giler panas! |
The Mini Merlion. |
The Giant Merlion |
The Marina Bay Sands |
The Esplanade. |
View bawah jambatan |
Kemudian, lepas dah setel makan skit-skit, kami mula bergerak meninggalkan kawasan. Since dah nak masuk lunch hour, kami terus bergerak menuju ke Bugis sebabnya nak makan tengah hari di Restoran Hajjah Maimunah yang terkenal tu. Apa lagi.. ayuhh!
To be continued.
Till then..wasalam.
Salam Ziarah...
ReplyDeleteNasi campur hajah maimunah...kat geylang serai pun ada cawangan dia...
salam john!
ReplyDeleteowh spore. my playground. wahaha.
hny 1 je aku nak komen. wafer icecream tu dah naik hage!!! haha. dlu sgd1 je. tudia kekwat 0.20sgd. hehe~
@Luddin,
ReplyDeleteyupp...mmg betol. kat geylang pn ade cawangan dia. dlu pegi x sempat pegi sbb tutup.
@Abbaz,
magad!!! hahah giteww playground katanya. katanya skang sume bnda naik harga. ice cream pn tidak terkecuali.
Kalau ice cream tu, mesti atok2 atau nenek2 aja yg jual.. x penah lagik nmpk generasi yg agak muda jual.. kalau dilihatkan tajuk tu, 2days 1 nite...agak letih perjalanannya ... memang semangat waja!
ReplyDeletewahhh bestnye! nanti gi hatyai nak ikut pelisssss hihi
ReplyDeleteyeeeee singapore panasssssssssss sgt! eiii tak tahan weh...
ReplyDeletenyonya tu still jual air/eskrem ek? hahaha.
sbb kasi pinjam kad, terpaksa tinggalkan baki :) ha masmz tak pulangkan lagi 2 kad mama biqque! mana dia?
sila sambung cerita anda. sekian.
keretapi kat Malaysia kalau dibandingkan ngan indonesia jauh lagi bagus kat malaysia rasanya kot,
ReplyDeletetrain sana air-con cam memalu kucen jek nak kluar. Makan lak gune la tangan ko utk pegang segala macam pinggan mangkuk... lelagi kalau makan makanan yg berkuah, siap berkungfu utk elakkan kuah tumpah hahahaha....
masa thn 2005-2007 singapore ni dh jadik cam umah kedua aku dulu, tp aku x pernah xplore SG...asek2 ofis-hotel hotel-ofis hahaha....
@Farikica,
ReplyDeletekebanyakkannya mmg mcm tu. yela, mana ada dh budak2 muda generasi sekarang nk buat keje jual aiskrim tgh2 panas? mereka dan termasuk aku lebih suka duk dalam aircon pakai smart2 la kot. hurm...
2d1n tu agak gigih sebenarnya... tp saje nk kene ade weekend getaway katanya.
@Ceklala,
hahahahah nape nk ikut? ce kasik sebab dulu. ;p
@Biqque,
hahahah tau xpe! nasib baik petang tu hujan skit tapi still panas melekit. ko pun nampak nyonya tu ke? hahahha port dia yg biasa tuh gamaknya.
hahahah kad ko kene mintak dgn dia la kot! mana dia mana dia mana dia??? hahahah
@Hulubalang,
aku tak penah naik lagi train kat indonesia, so tak boleh nak kasik komen lebih2. ;) untungla slalu ke spore... tp satu je aku x suka spore ni sbb terlalu panas!
apa? keje amal di Zoo?
ReplyDeletemanade..aritu..sebab apa la akak tak dapat pegi (terasa pilu huhu..)
sebab kije kot? (staff dedikasi..*puiii..*)
ok Hadyai!!! naik tren!!! yeay!!!
(terhibur hati ini ada org nak BELANJA TIKET KETAPI ...hahahaah)
no hal jon...
janji dah ada niat di hati ajak akak...
lamanya x repeat singapore!!
ReplyDeleteweekend ni pun ada trip ke Spore, entah jadi entah tdak coz sampai airport senai jam 10.40 mlm..takut lak nak naik teksi sorang2 ke Tune hotel takut kena 'lenjan'..ahahahah
ReplyDeleteWhat say u..heeeeeeeee
@Kak Anash,
ReplyDeleteHahahah mohon akak sponsor tiket ketapi nnt ye. Yeayyy! hahaha matilah~
@Maszuber,
jom repeat lagi!
@Jari Manis,
ni utk jejalan ke keje? dari airport senai nk smpai ke danga bay (tune hotel) tu jauh gak kan? huhuhu harap2 semuanya ok la hendaknya.
same blog for traveler
ReplyDeleteespecially who want to go in Indonesia
Travel guide to Indonesia
enak ya liburan ke singapore
ReplyDeletekapan ya bisa kesana...