Friday, November 22, 2013

Review : Backpackers Hotel Toyo, Osaka

Ohayƍgozaimasu!!!

Haaa... arini aku nak share dulu salah satu tempat penginapan aku and the geng ketika berada di Osaka. Actually, hotel ni merupakan salah satu finalist (ewahh macam AJL dah) tempat penginapan yang aku rasa paling strategik dan jugak value for money untuk stay kalo datang ke Osaka. 

Tetapi, ntah macam mana aku macam kene let go dulu hotel ni sebab ada option lain yang kitaorang nak buat yakni pilih hostel lain yang agak jauh skit tapi sebab ada good review why not kan? Tapi at the end, we opted this good hotel to stay a night. 

Hotel Toyo ye bukan toyol ni kitaorang menginap hanya 1 malam je ketika first night kat Osaka after balik dari Nara. Untuk booking Hotel Toyo ni diuruskan oleh Miss B melalui website HostelWorld Osaka . 


Details berkenaan Hotel Toyo adalah seperti berikut:

Hotel Toyo, Osaka
1-3-5, Taishi, Nishinari, Osaka
Postcode 557-0002
No.tel: 06-6649-6348


Ayuhhhh kita explore ape yang ada kat Hotel Toyo nih. Mohon takde hantu toyol dah memalam curik barang! Hahahah... 


Reception dan kawasan sekitar lobby

Kitaorang selamat sampai ke hotel ni lebih kurang jam 7 petang kalo tak silap aku. Time tu dah rasa malam sungguh ibarat jam 10 malam. Yela, berjalan sakan hingga ke Nara aritu. Habes bau badan terlekat bau rusa! Pffft! Alhamdulillah, nak sampai ke depan pintu Hotel Toyo ni tak susah pun sebab dekat dengan exit subway. Direction nanti aku letak last skali. Tak sampai 50 langkah dari pintu exit terus kitaorang sampai ke depan pintu. Tak perlu pening-pening kepala nak carik mahupun tanya orang. I think we did ask a person. LOL. Sebab time tu masing-masing dah keletihan. Rasa bernanah dah bahu dek pikul anak beruang. Hahaha. *drama*

Masuk je pintu, terus disambut oleh receptionist yang riang dan agak fasih berbahasa inggeris dengan perkataan "Konbanwaa" yang bermaksud selamat malam dalam bahasa jepun. Kita letak beg dulu then baru check-in. Proses check-in berlaku dengan lancar dengan hanya perlu check booking, kene isi 1 keping kertas kecik untuk diisi dengan nama penuh, no passport je. Maybe untuk dorang punya record. Then, bayar ler... 

Reception

info-info berkaitan dengan Hotel Toyo dan jugak travel info turut disediakan

ruangan lobi, turun disediakan vending machine, microwave, oven dan jugak hot water kalo nak buat air panas

kalo nak minum air sejuk pun turut disediakan. free of charge. kat bawah tu turut ada penimpang kalo nak timbang beg sebelom balik untuk elakkan excess luggage. hiks. 


ruangan lain untuk duduk santai


Bilik yang disediakan

Apa tunggu lagi? Jom masuk bilik dan mandi! Busuk bau bangkai dah masing-masing! Hahah. Thank  God sebab tak payah daki anak tangga masuk bilik sebabnya terletak kat ground floor je. Fuh~ 

Untuk pengetahuan semua, aku nak bagitau nih walaupun korang boleh tau kalo baca kat website dorang. Tapi aku nak bagitau gak.. bagi mereka yang terasa nak try tido atas tatami mat, boleh la try kat sini sebabnya semua bilik yang disediakan adalah japanese style! Bila lagikan nak merasa tido atas tatami. Kat Jepun je boleh buat camtu. Kat Malaysia? Tido atas tikar getah belom tentu maukan. Pffft! 

Room types & rates ---> Rooms & Rates 

So, aku share bilik dengan Janggel untuk twin room yang berharga 3,400 yen/night. Kalo bahagi dua baru 1,700 yen/night. Kalo korang boleh jumpa harga bilik private camni less than 2,000 yen/night adalah diconsider sebagai murah. Bagi akula... orang lain taktau. Kalo nak duk bilik sorang pun ada yang berharga 1,800 yen/night

Antara amenities yang disediakan dalam twin room aku tak banyak tapi ok bagi aku:

  • 2 tilam termasuk duvet
  • 2 pasang selipar jamban
  • mini bar
  • tv
  • almari kayu
  • air-conditioner

Jom tengok bilik!


hallway menuju ke bilik

my twin room. tak luas mana pun tapi sangat bersih dan puas hati dengan harga yang dibayar

Ada certain people maybe tak suka kat Hotel Toyo ni sebabnya semua bilik takde bilik air sendiri ye. Semuanya kene pegi ke shared-bathroom yang terletak kat ground floor. Kalo bilik aku, kira sama floor jela. Tapi jangan risau, sebab dia ada 3 private shower yang disediakan beserta shampoo dan jugak shower gel. Even jamban nak berak pun lain-lain pintu. Owh ya, mohon bawak towel sendiri. 

bilik mandi utama




Common Room & Pantry

Breakfast tidak disediakan kat Hotel Toyo ni. Actually kebanyakkan hostel/ hotel/ guesthouse kat Jepun ni yang aku perasan memang tidak disediakan breakfast. Berbeza dengan kat Korea. Tapi takpe, bekalan makanan kan bawak. Makan jela yang tu. Tak jauh dari Exit 2 subway, ada sebuah Convenient Store. Boleh la beli instant rice ataupun inagiri untuk makan bersama sambal ikan bilis. Hiks. 

Since malam kami sampai tu tak sempat nak explore abes, maka esok paginya kitaorang pegi makan breakfast kat common room kat ground floor tu. Rupanya common room tu berserta skali dengan dapur. Kat situ ada proper meja makan, peti sejuk dan jugak rice cooker. Aku personally suka dengan common room dia sebab nampak very japanese style! 

Kalo korang perasan, ada banyak conteng-conteng kat dinding tu. Actually, tu bukan sekadar contengan biasa sebabnya tu sebenarnya adalah ucapan terima kasih tetamu yang penah menginap kat Hotel Toyo nih. Dah pelbagai bangsa dari pelbagai negara yang dah menginap kat sini. Even, Malaysian sendiri pun ramai menginap kat sini. Malam kitaorang menginap tu sempat gak berborak beberapa brader dari Malaysian datang bercuti kat Osaka lepas ada kerja kat Tokyo tak silap aku. 

Kalo malam-malam, meriah dalam common room. Time tu kalo nak beramas-mesra dengan tetamu lain bolehla. Blend with locals dan foreigners katanya. Tapi kitaorang tak sempat sebab masing-masing dah badan letih malam tu. Kira melantak dalam bilik jela lepas hangatkan instant rice guna microwave. 

Pagi tu hanya breakfast megi je. Ahaks. Sedapppp tak terkata dah tuh! 

ruangan common room yang tak brape besar tapi selesa

meja makan

peti sejuk dan jugak ruangan dapur

komputer untuk kegunaan tetamu

nampak macam messy tapi actually bersih dan terjaga elok

boleh main games kalo berminat


tetap taknak melepaskan peluang. nanti sape penah stay sini gak, jangan lupa conteng skali tau! 


Map and how to get here

Untuk sampai ke sini kalo ada Kansai Airport ada dua (2) cara samada naik JR Line ataupun naik subway biasa. Tapi since kitaorang dah berdekatan dengan subway, maka kitaorang naik la subway Midosuji Line (Red Line) untuk datang sini. Kalo mereka yang datang terus dari airport, better naik JR Line terus then turun di stesen Shin-Imamiya.

How to get here ---> Directions & Maps 


kalo terus dari Kansai International Airport naik JR Line

ni pulak dari subway Midosuji Line (Red Line)

Overall, memang aku puas hati ketika menginap kat Hotel Toyo ni. Namanya je hotel, tapi memang ramai backpackers yang jenis nak accommodation murah menginap kat sini sebab sangat value for money. Aku rekomen mereka yang nak menginap kat sini sebab kalo menginap sebelum fly balik Malaysia amat senang sebab dah dekat dengan JR Line untuk terus ke Kansai Airport. Tak perlu nak transfer train bagai dah. 1 shot terus! 

Kalo dah confirm nak stay sini, make sure buat early reservation, selalunya kalo hotel yang femes dan selalu dapat good review ni cepat full house.. 

Tu je. 

Bye!

17 comments:

  1. Terima kasih HF bagi info yang amat berguna ni. Nanti bolehlah akak refer di sini kalau nak ke Osaka. Nak juga tidur di atas tatami tu. Best ke?

    ReplyDelete
  2. Tak mencuba ryokan, ie Japanese style hotel... yg ada kolam air panas dan mandi vogel tu... hehe

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak2 hostel yg didiuduki sepanjang trip..aku sangat suka yg ni sebab selesa.

    ReplyDelete
  4. ok la hotel ni wpun shared bathroom...still private bathroom!aku masa usha2 hotel kat sana, mcm dah suka 1 hostel tu, sekali baca bathroom dia yg open shower tu...aku tak dpt bayang laaaaaaa kalo masa peak hour nak mandi ramai2 dlm tu....pening kepala aku nanti!hahahahaha!

    ReplyDelete
  5. JM risau bila ke sana nanti dah tak ada ruang nk menconteng....

    ReplyDelete
  6. @Naramas Aman,
    sama2 akak. sharing benda yg bagus. ;) tidor atas tatami tu rasanya mcm tido atas tilam kekabu sbb mcm keras skit. tp selimut/duvet dia rasa sgt comfy! cuma bantal dia kecil sbb japanese stylekan. tp still ok. ;)



    @Mie,
    hellooo... tu pun nak bagitau ke. pegi jepun taktau benda tu tak sah org kata. hiks.



    @Janggel,
    kannnn! setuju setuju!



    @DJ,
    yuppp sangat ok sbb still ade private shower. mmg before book mana2 make sure check betol2 tempat mandi mcm mana. kalo ade open shower mmg haru ler. hiks.



    @Nurzakiah Hanum,
    terima kasih. ;))



    @Jari Manis,
    hahahah ada lagi yg kosong. jangan risau. bawak marker tau.

    ReplyDelete
  7. thanks sharing info yg sangat berguna!!!!

    satu hari nanti kalau berkemampuan boleh guna guide nie.. :)

    ReplyDelete
  8. nice sharing about the hotel. ada rice cooker bagai..senang laaa nak shoru.. hee ~

    ReplyDelete
  9. akak pun vote hotel toyo nih best
    bukan toyol
    bukan poyo
    tapi toyo


    ReplyDelete
  10. Wow. best hostel. Boleh Shortlist for Osaka trip. Thanks for the recommendation. Yes, kalau bawah 2000 Yen memang murah. Dekat Tokyo pun sehari 2500. Tula pun antara paling murah.

    Arigatogozaimasu!!!

    ReplyDelete
  11. @Sharz,
    insyaALLAH nnt boleh la terjah sana.



    @Nana Tron,
    heheh lagi senang kalo beli instant rice kt covenient store. hiks.



    @Kak Anash,
    hahahah gitewwwww akak. takde butang vote pn kat sini.



    @Khairuddin Lim,
    hahahah sanggup ke nak mandi kat open shower? ;p



    @Owen,
    haaaa sila sila. tokyo mestilah lagi mahalkan. sbb lg besar dar osaka ni.

    ReplyDelete
  12. aiyok semua tempat mandi open shower ker..haish karang kena ketumbit pulak mata tak pasal pasal ambil gambar terus percent cun kureng :p

    ReplyDelete
  13. tumpang tanya.. hostel ni bagi ke mintak tinggal 3org sebilik? tambah tilam n tambah duit camtu..sian pulak sorg2 terbiar kalau travel ber3.. arigato~

    ReplyDelete
  14. @Raihan,
    tak pasti lak sbb kalo nk duk ber3, mcm terlalu sempit. maybe better tanya direct kepada pengurusan hotel toyo ni. lgpn saya bukan owner dia. ;)

    ReplyDelete
  15. cess..okay..anyway berbaloi murah cani.. >.<

    ReplyDelete