Friday, November 8, 2013

Victoria 2013 : #13 - Pekan Stawell | Sovereign Hill, Ballarat

G'day Mate!

Aku tinggalkan dulu cerita pasal Japan yang aku baru balik ni. Walaupun ada orang tanya suruh cerita cepat-cepat, kasik ringkasan brape banyak kos ape. Ingat goyang bontot gebu atas sofa je ke memanjang? Hahahah Nak tau, kene sabar naaa.... perut harus diisi dengan wang yang diterima dari kerja hakiki ni... ngerti? 

Orait! Actually, aku dah takde mood sangat nak menaip skang ni macam dah kelaut dah. Tapi sebab gigih nak abeskan cerita Australia ni cepat-cepat aku try buat seringkas yang boleh. Tak reti nak berdrama sangat dah. 

Pagi tu, bangun pagi di Stawell Motel. Indah weh arini... cuaca sungguh baikkk sekali dan tak brape nak sejuk sangat. Dah setel semua, check-out dan pegi McDonalds untuk breakfast. Makan hotcakes jela pepagi tuh. Nikmat sungguh sambil layan internet free. Australia ni memang kemut sungguh dengan internet free. Kalo nak pakai pun dalam 10 minit kene bayar AUD1. *pitam*

Dah setel makan breakfast, memang pagi tu nak ronda-ronda kejap kat Pekan Stawell ni. Tengok apa yang ada. Tak brape besar sangat pekan ni, tapi facilities cukup lengkap. Even pasaraya Woolworth dan jugak IGA pun ada. Kira ok sangat dah tu. Cuma aku terpikir gak bila tengok penduduk kat sini apa pekerjaan dorang? yela, bila aku duk tengok macam kawasan perumahan ada yang pakai kereta agak mewah gakla. Takkan menoreh kot kat sini. Musykil.... 

Parked kete depan Town Hall. Macam sunyi sepi pagi walaupun dalam pukul 9 pagi dah time tuh. Mana semua orang ni?? Boleh bilang dengan jari brape orang penduduk yang kitaorang jumpa time tuh. Ada life ke dorang ni? 

 







Dah abes ataupun puas meneroka pekan kecik ni, teruskan perjalanan menuju ke Ballarat ataupun aku panggil "City of Gold" sebab kat sini zaman dulu memang femes dengan perlombongan emas. Perjalanan sejauh 146km dari Halls Gap mengambil masa kira-kira almost 2 jam jugaklah. 

Dalam perjalanan tu, pemandangan yang dilalui pun turun berubah. Kalo sebelom ni kat kawasan Halls Gap macam hutan simpan, tapi kat kawasan Ballarat ni dah mula nampak bukit bukau yang penuh rumput hijau yang cantik! Dari jauh nampak pulak kincir angin. Ntah bila aku dapat duk dekat dengan kincir angin nih. Besar betol kalo dapat tengok depan-depan nih. 

kincir angin dari kejauhan

yeayyy! dah sampai Ballarat

Dah sampai tu, terus set GPS untuk pegi ke Sovereign Hill. Kalo datang sini, orang kata bukan aku kata kene singgah tempat ni. Ibarat living museum untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Ballarat. Bandar Ballarat ni agak besar bagi aku berbanding pekan-pekan yang aku jumpa dalam perjalanan tu. Ada macam-macam dan agak hidup. Tapi waktu malam mesti sunyi sepi gak. Sempat singgah kat kedai  Kathmandu tengok kot-kot ada sales ke ape. Hiks. Sape nak towel microfibre ada lagi tau dalam 5 helai camtu. Nanti e-mel for more info ek. ;) 

Dah selamat sampai kat kawasan parking Sovereign Hill ni, since cuti skolah kat sini memang parking pun agak penuh. So memang expect penuh dengan locals je ni. Takdehal lah... jom masuk! Time ni lebih kurang pukul 11 pagi kalo tak salah aku. Matahari memang teriklah. Walaupun spring tapi still not too cold. Pakai 1 lapis baju sweater je time ni. 

Website Sovereign Hill: http://www.sovereignhill.com.au/ 


Honestly aku cakap, ni antara entrance fee yang paling mahal sepanjang aku datang trip ke Australia kali ni. Yeke mahal? Yela aku bayar AUD47/pax untuk masuk ke Sovereign Hill nih. Tapi nasib baik aku bawak student card aku, masih lagi valid untuk digunapakai, maka dapatlah diskaun. Hiks. Syukur~ 

Mesti korang akan tanya, berbaloi ke tak untuk masuk? Jawapan aku bergantung kepada minat individu. Kalo korang rasa mahal tak berbaloi, better takyah masuk. Aku ni jenis nak puaskan hati sendiri selagi tak masuk, nanti bila balik ke Malaysia rasa macam ralat. Better aku masuk dan tengok sendiri. Then lepas tu buat penilaian akal fikiran bijaksana. 

Tempat ni lebih kepada sejarah tempat tu sendiri plus ada la sedikit aktiviti yang boleh dibuat bersama teman ataupun family. Aku siap tanya lagi kat penjual tiket tu brapa lama suggested masa perlu diperuntukkan kat sini. Dia kata 2-3 jam. Lama gak tu.. suspect mesti besar kat dalam tuh! 

Ayuh layan gegambar skit...

pekan koboi, pasni ada sherif datang kejar perompak *pfft*

deretan pekan koboi zaman dahulu

banyak kedai-kedai dan jugak bilik pameran kat sini

ni macam air berkarbonat tak silap, ramai orang beli tapi macam tak brape sebab beer kan



Sedikit sejarah pasal tempat ni:

Sovereign Hill is an open air museum in Golden Point, a suburb of BallaratVictoria, Australia. Sovereign Hill depicts Ballarat's first ten years after the discovery of gold there in 1851. It was officially opened on 29 November 1970 and has become a nationally acclaimed tourist attraction. 

Set in the Australian 1850s, the complex is located on a 25-hectare site that is linked to the richest alluvial gold rush in the world. The site comprises over 60 historically recreated buildings, with costumed staff and volunteers, who are able to answer questions and will pose forphotos. The recreation is completed with antiques, artwork, books and papers, machinery, livestock and animals, carriages, and devices all appropriate to the era.

More info ---> Wikipedia 

kalo lenguh boleh naik kereta kuda ni, kene bayar tak silap. kuda dia nih aku rasa saiz giant sebab besar sungguh dari saiz kuda biasa yang penah aku tengok

dah sampai amareka dah aku! 


bila la boleh dapat attend masquerade party nih! boleh pakai topeng cenggini

kalo minat nak join tour lombong emas pun boleh, tapi tak join sebab ramai orang duk beratur nak masuk plus berbayar. huks

kilang pembuatan

bekas pencungkil gigi, lawa dak?


masuk pulak kedai lain, ni pulak kilang buat lilin. macam-macam jenis lilin pelbagai warna ada

jemput main bowling kayu lak... hahahah 

masuk lak show tunjuk buat jongkong emas. kat tangan pakcik tu harga seketul adalah AUD100,000! 

souvenir kalo berminat nak beli... aku tengok jela

Kalo nak try aktiviti macam mana orang melombong emas, boleh la try sewa dulang dengan harga AUD1/pax. Nanti lombong la sepuas hati kat satu anak sungai kecik tu. Time kitaorang sampai, memang ramai orang dewasa termasuk kanak-kanak duk mendulang emas. Taktau la dapat brape kilo sorang-sorang. Benda macam ni saje nak memupuk mengenali kerja-kerja zaman dulu. Lebih kurang lah! 



Tak jauh, ada contoh penempatan askar-askar Amerika waktu datang ke Australia untuk melombong emas. Ada banyak kategori khemah tempat tinggal. Ada yang pangkat perebet duk khemah cikai skit... pastu yang berjawatan tinggi duk yang khemas selesa skit. 




Selain daripada tu, kat sini gak ade contoh english cottage versi zaman dulu, dari rumah orang kebanyakkan kepada rumah yang agak mewah skit. 





Ok dah la tu... lebih kurang 3 jam jugak kitaorang kat dalam tu. Lebih kurang pukul 3 lebih baru keluar sebab nak shalat dan makan tengah hari. Lapar nih! 

Then masuk lak Gold Museum tengok ketulan nugget emas yang dilombong zaman dulu. Perghh kalo aku dapat ni memang kaya ler... Nanti aku belanja ek. ;p


Actually, kat Ballarat ni ada satu castle nama dia Kyral Castle. Tapiiiiii.... by the time sampai, dah tutup okayyy! Padahal baru pukul 4 petang lebih camtuh! Damn it! Awal gilerrr tutup! Maka, gambar depan jela yang sempat snapped. 




Okla... nak tido. 

Bye!




13 comments:

  1. haha..awal tido john. aud47 cam pricey gak eh. hmm...nih mcm style culture village gak etc. menarek2.

    ReplyDelete
  2. Be cool.....saje depa bagi hangat kat berangan....Steady le bro.

    ReplyDelete
  3. AUD47 boleh dikatakan Mahal tapi since dah Sampai, tidak rugi kalau masuk. Lagipun bila lagi ada peluang nak balik Melbourne kan... Hari tu saya nak pergi juga tapi langsung tak ada free time. Bila lah boleh balik Melbourne ni?

    ReplyDelete
  4. hoho, mahal nye internet. John, cube try check visondata. bleh sewa internet, ofisnye kat the garden mall kot. nnt bleh dpt huddle wifi bebas bergerak hehe. x perlu nk cr port lg dah. bile la nk jejak lg kat aussie ni. -NordiNabilah-

    ReplyDelete
  5. pesal akak tak perasan rumah cottage tuh dlm ballart?


    cishh


    btw, castle tu pun akak tak jumpa...

    cishh lagi!

    ReplyDelete
  6. @Agip Roslan,
    hahahah tido awal la sbb nak tahajjud pagi nanti. ahaks! hahah yezza mcm cultural village versi omputih.



    @Khairuddin Lim,
    hahahah saje je sy slalu cool plus gelabah gak. ;)



    @Diana Teo,
    exactly! sbb dah sampai maka pejam mata jela. ;) me too wanna go back to melbourne just for leisure.



    @Nordinabilah,
    thank you for your suggestion. ;) me too nak jejak lagi insyaALLAH kalo ada rezeki. amin...



    @Kak Anash,
    gitewww motip x perasan akan nih? hahah

    ReplyDelete
  7. woww.. ini back 90 years ago... tgk gambarpun mcm boleh feel :D xde kedai yg beoleh sewa pakaian koboi ker :P

    ReplyDelete
  8. Tak jalan jalan pekan ballarat ke? Atau memang souverign hill ni je tempat best kat ballarat. Akak plan nak ke ballarat tapi xmau masuk tempat ni..Ok ke ?

    ReplyDelete
  9. @Time Traveller,
    haaaaa pasal kedai tu actually ade gak jeling2 kot2 ade tapi takde ah bro..



    @Rozita,
    akak, saya ade lalu je dengan kete biasa je bandar dia macam bandar biasa kat sana. just singgah satu kedai kathmandu je tengok barang. sebab kat sana mmg dah aim nak masuk Sovereign Hill ni. ;) kalo akak taknak masuk pun takpe. boleh terus ke Melbourne kalo macam tu.

    ReplyDelete
  10. Masa saya pergi dulu saya bayar murah sesangat, cuma 10AUS termasuk tiket masuk & transportation sebab pergi dengan Monash University Support Group. We had so much fun. Rasa macam tak cukup hari. Kami naik kuda, masuk bawah lombong, tengok orang buat lilin, mendulang emas,melebur emas, shooting,changing guards, etc.

    ReplyDelete
  11. kalo aku, aku masuk tempat ni...best! lagi best kalo dpt masuk castle ala nape tutuppppp! ish!

    ReplyDelete
  12. tengok plan kryal castle tu macam menarik je.
    mesti lagi best kalau dapat masuk tu.

    ReplyDelete