Sunday, November 10, 2013

Victoria 2013 : #14 - Shopping (Queen Victoria Market & Harbour Town) | Thai Treats Halal Restaurant

G'day Mate!

Bersambung kisah semalam yang actually tak abes lagi. 

Langsung dari Ballarat tu, kitaorang terus gerak menuju ke Moorabbin DFO yang terletak tak jauh dari Melbourne City gak dalam 30 minit. Kira macam gamble jela ni sebab memang tau DFO kat sini tutup pukul 5-6 petang setiap hari! What the hell giler awal tutup kedai. Nak buat camnekan sebab dorang mengamalkan kualiti hidup yang sihat nak spend masa dengan family. 

Morrabbin DFO website: http://www.dfo.com.au/Moorabbin/ 

Untuk dapatkan info macam mana nak ke sana, boleh je klik link kat atas tu. Semua ada info berkaitan how to go there by public transport. Kalo tak jumpa, butalah orang itu! Ngerti? 

Kat sini, bak kata kawan travel aku yang turun serta, sebab dia dah datang sini dulu awal dari aku, katanya kalo nak beli set pinggan mangkuk Correlle, boleh la datang sini sebab harga yang ditawarkan adalah memang murah! Let's say untuk set 16 pieces plain putih boleh dapat dalam harga AUD40/set je! Giler babs murahkan? Honestly, aku taktau harga kat Malaysia brape satu set. Orang kata ribu-riban... orang kata la... bukan aku. So, kalo datang sini, it's a good bargain bagi mereka yang nak beli. 


Tapi since dah tutup, kitaorang nak beli kat sini. Just tengok kawasan sekitar je plus dah nak masuk waktu maghrib dah time ni. Nak pegi check-in kat Malaysia Hall Melbourne lagi. Teruslah lajak ke MH Melbourne untuk check-in our last 3 nights kat bumi Australia ni. 

Cara memohon Malaysia Hall: SINI 

Dah lepas setel check-in kat MH, masuk bilik dan bersihkan diri. Malam tu kuar kejap singgah beli makanan kat Lord of Fries. Sedap sungguh aku duk makam munch box dengan sos french canadian tuh! Kenyang ler malam tu. Alhamdulillah...

Esok pagi nak kene hantar kete dah, so kene kuarkan semua barang-barang peribadi dari kete tu. Kang ada yang tertinggal payah lak. 

***********************************************

Hari ke-8 tak silap aku dah lost track dah. Hiks. 

Kamera DSLR aku simpan dalam bagpack arini, maka semua gambar adalah dari sumber kamera handphone.

Nak kene hantar kete sewa balik ke Apex Car Rental kat ofis dorang berhampiran dengan Melbourne Airport dah. Dorang takde city pick-up untuk kete sewa tu, agak renyah bagi aku sebab aku nak stay lagi kat area city for another 3 days. Tapi sewa kete hanya 7 hari. Nak tak nak kene la aku buat research tambahan cara bagaimana nak balik semula ke city centre dari airport dengan cara yang paling murah! Cara lain adalah naik skybus yakni mahal! 

Time nak hantar kete tu, agak cuak gak aku sebab aku macam ada tercalar skit kat sport-rim kete tuh sebab tersodok bumper time nak parking. Alhamdulillah takde kene denda ke pape. Alah, minor je tuh. Bukannya nampak pun. Nasib baik ada amek insurance zero access tu. Takdela duit melayang~ 

Kereta yang disewa: SINI 

shuttle bus akan hantar kitaorang balik semula ke airport

How to go to the Melbourne CBD from Melbourne Airport (Tullamarine):
  • Pegi ke Terminal 1
  • Carik hentian bas dan tempat menunggu untuk bas bernombor 500 menuju ke Broadmeadows Station (AUD2.42/pax using MyKi)
  • Naik mana-mana train menuju ke Melbourne. Aku naik City Loop Line. 

line warna kuning adalah Zone 1 manakala line warna biru adalah Zone 2

Target arini adalah untuk shopping! 

So, dari Broadmeadows train station, kitaorang terus Flagstaff Station terletak Queen Victoria market. Before korang pegi shopping kat QVM ni kene take note hari yang dorang bukak untuk operasi. Hari Isnin dan Rabu adalah tutup ye... plan your itinerary properly, kang ada yang menangis sebab tak sempat beli souvenirs nak bawak baliklah. Nanges orang ofis nanti mengharapkan fridge magnets. Hiks. 

Target hanya kejap je nak singgah sini sebab travelmates aku pun hanya nak beli tshirts dan jugak beberapa lagi souvenirs je. Lepas tu nak pegi tempat lain lak. 

Tips: Elakkan shopping souvenirs pada hari Selasa sebab harga sedikit mahal berbanding hari lain bak kata penjual kat situ. 



churros! Harga AUD6 untuk 7 batang terpaksa share 3 orang. okla buat alas perut

Dah setel perabis duit kat sini, plan balik dulu ke MH sebab nak tinggalkan barang-barang shopping ni dan jugak shalat siap-siap sebelom pegi ke Harbour Town lak. Last visit tak sempat singgah sini untuk tengok ape yang ada. Lunch makan megi je. Huk huk huk...

Lebih kurang pukul 1 tengah hari camtu kuar balik amek tram from MH  menuju ke Flinders Station. Then, naik tram bernombor 70 tak silap aku kat Flinders Road menuju ke Harbour Town. Jangan risau sebab ada ditulis Harbour Town kat depan tram yang lalu. Plus, ada maps dan jugak tourist guide yang boleh tolong kat hentian tram tu, 

cuaca pun amat cantik arini! alhamdulillah....

Rekabentuk Harbour Town ni lebih kurang macam dengan Harbour Town kat Perth dulu aku pegi. Kebanyakkan jenama yang dijual kat sini adalah local brands. So, payah skit nak dapat tengok international brands yang biasa kita tengok. Tapi quality wise still ok. Plus, ada sales sempena winter clearance. Boleh la aku carik turtle sweater yang aku nak beli tuh! Hiks.

Kat sini kitaorang berpecah jelajah sendiri...



kedai Halal kalo lapar kat sini


Okla tak lama mana pun spend kat sini dalam 2 jam camtu. Takde jumpa sangat barang aku nak carik tapi jumpa la sehelai dua baju yang aku nak. Tak pikir panjang sebab terus bayar. Hiks. 

Since Harbour Town ni dah dekat dengan Dockland Waterfront, kitaorang sempat jejalan kat sekitar tu nak tengok keadaan sekeliling. Langit pun biru cantekk! 

Makan pulak ais-krim pulak time sejuk-sejuk gini. Dah la aku tersalah beli ais-krim berperisa rum! Mula-mula jilat tu dah rasa pelik apsal rasa macam ade mint ke ape. Pastu aku tanya balik... rupanya perisa rum! Cis, aku buang terus masuk tong sampah. Kalo tak, i'm wasted. Gitewww... hahahah 

Jom layan gambar waktu petang yang indah permai...

panorama 

jeti untuk kapal layar mewah berlabuh

stadium Etihad

aku nak satu apartment kat depan ni please....

aku nak beli satu nanti..insyaALLAH

cahaya petang yang terik...

Then, malam tu memang plan nak makan sedap skit. Yela pasni nak balik Malaysia dah. Kasik splurge skit untuk diri sendiri. Nak makan tomyam! 

So, kene pegi ke Sydney Road yang tak jauh dari city centre. Naik tram pun boleh sampai. Dari Flinders  Station, pegi ke Elizabeth Street. From there naik tram no. 19. Kene alert bila dah sampai kat area Sydney Road. 

Sebabnya? Kat sepanjang Sydney Road ni memang banyak restoran halal kalo nak makan. Kalo waktu malam actually agak sunyi dan dodgy skit tapi still ok. Lebih kurang 15 min tram ride. Turunlah kitaorang kat satu hentian dekat dengan Thai Treats Restaurant. 


Actually, malam tu badan aku dah mula rasa nak demam. So, ape yang kawan aku order aku makan. Tapi abes la jugak dah la sejuk malam tuh... Huk huk huk.. Dinner malam tu lebih kurang AUD11/pax. So total dalam AUD33 untuk lauk tomyam, dan jugak ayam goreng sayur dan nasik putih. Restoran ni baru je bukak tak sampai setahun lagi. Makanan dia not bad bagi tekak aku. Kalo nak try boleh la nanti. 





Dah setel makan, terus la balik MH dan telan ubat tido... 

Esok nak jejalan lagi. Last day in Melbourne. Huk huk huk...

Till then..

Bye!

8 comments:

  1. aish..bahye fakta pasal corelle neh. haha. mak aku mesti senyum lebar jer dgr corelle neh.

    ReplyDelete
  2. pegi ozland akak tak shopping

    titik

    sebab duit tak cukup

    titik

    ReplyDelete
  3. waduh waduh pak...gambar dari henpond pun ohsem ma...mesti enpon mahal ni...gambar santik...byk info ni...nanti klau JM ada rezeki ke sana..blog KB jd rujukan

    ReplyDelete
  4. Bila lah kaki ni nak melangkah ke sana.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Biasanya kalau sewa kereta, calar tak dikenakan apa-apa bayaran gantirugi, sebab itu perkara lumrah. Kat Penang pun macam tu.

    Walaupun gambar diambil guna handfon, tapi cun giler!!!

    ReplyDelete