Monday, December 2, 2013

Review : Bakpak Kyoto Hostel, Kyoto

Ohayōgozaimasu!!!  

Dah masuk bulan Disember. Pejam celik, pejam celik... dah nak masuk tahun baru. Ada 30 hari je lagi. Semoga 30 hari ni memberikan seribu satu kenangan dalam kehidupan kita seharian. Trip Jepun ni pun merupakan yang terakhir untuk tahun 2013. No more after this. Mesti fokus kepada benda lain pulak. 

Alrite! 

Hari ni aku nak share pulak lagi satu accommodation yang aku rasa not bad untuk stay kalo kita nak bermalam di Kyoto. Walaupun ianya dalam 40 minit perjalanan je dari Osaka via train ride. Tapi mengikut nasihat Chawanna , better stay kat kawasan Kyoto atleast 2 - 3 malam. Barulah puas hati. Because there are so many things to see in Kyoto. Trust me, you guys will definitely fall in love with Kyoto. Ehem.. skali skala nak speaking. Hiks. 

Dalam duk buat research untuk accommodation kat Kyoto ni, aku terus came accross dengan satu hostel ni nama dia Bakpak Kyoto Hostel. Bakpak tu aku rasa unik sebab bunyi seakan macam "backpack". Maybe cara sebutan japanese yang jenis pelat tu yang jadik "Bakpak". Bukan bapak hang k... hahaha. 

Bila baca reviews, check location wise, rate untuk per night sume, aku decided untuk book 3 malam terus kat hostel ni. Lepas ahli lembaga jemaah sume dah setuju, aku terus proceed dengan booking via website Bakpak Kyoto Hostel ni terus dengan bayar 10% deposit by credit card/debit card, the balance will be paid in full upon arrival by cash. 

entrance : Credit to TripAdvisor

Details berkenaan Bakpak Kyoto Hostel ni adalah seperti berikut:-

Bakpak Kyoto Hostel
2-244 Miyagawa Suji
Higashiyama-ku, Kyoto Japan
No. tel : +81 75 525 1433
No. fax : +81 75 525 3144

E-mail : frontdesk@kyotohostel.net

**mind you, any questions related to your own future travels' requests and demand about this hostel. (e;g: agak-agak boleh sumbat 3 orang terus tak dalam 1 bilik?). Please straightaway ask the hostel management. Not me. I'm not the owner of the hostel. My review is purely based on my experience from my own travel research and for my travel buddies. Thanks!** 

Ayuhhhh kita tengok ape yang ada kat Bakpak Kyoto Hostel nih!


Reception dan Ground Floor area

Time kitaorang sampai kat Kyoto adalah dalam pukul 9 pagi camtu. Still early in the morning camtu. Orang pun rasanya masih lagi tido. I guess. Terus pegi ke hostel ni sebab kalo boleh memang nak letak segala beg kami semua ni. Kalo ikut rules, waktu check-in adalah jam 2 petang. So, takkan nak usung beg ke hulu hilirkan. Better terus letak kat hostel tu. 

Kaunter reception pun gelap je lagi. Tapi kitaorang masuk jela kat kawasan ground floor tu. Kat ground floor tu ada toilet, 3 bilik mandi (private showers), sinki dan cermin dandan dan jugak termasuk pantry dan common room. Ruangan dia takdelah luas mana pun, tapi bersih dah kemas. Bagpack kitaorang sume dah susun elok-elok kat tepi dinding tu sebab hostel ni takde proper storage room. Tapi insyaALLAH semua ok. 

Dah letak beg, biasalah ada yang nak refresh diri, nak breakfast pun ye gak sebab masing-masing pun lapar nih.  Terus terjah kat pantry dia. Takde orang pun. Kat pantry dia disediakan air panas, microwave, peti sejuk dan free flow tea or coffee. 

Takleh nak memasak kat sini, cukup sekadar nak memanaskan sesuatu pakai microwave. 

Jom tengok gambar sat...

frontdesk masih lagi bergelap sebab waktu operasi dia 10 pagi - 10 malam, any problems boleh call owner dia guna telefon yang disediakan dengan menghubungi nombor yang ditampal kat cermin tu. jangan kelam kabut okeh!

private showers (3 bilik) dan jugak ruangan berdandan

pantry

seluruh kawasan pantry dan jugak common room

common room

toilet (1 toilet di setiap tingkat, ada 4 tingkat semuanya)

hiasan di dinding (ucapan terima kasih tetamu yang penah menginap di hostel ni)

free PC untuk digunakan dan jugak free wifi turun disediakan di setiap level


Bilik yang disediakan

Lepas dah makan semua, kitaorang keluar la untuk jejalan. Takkan nak tunggu orang reception tu datang baru nak keluarkan? Lagipun booking dah pun dibuat beserta deposit. So, takde masalah kalo balik malam pun. 

Seharian berjalan disekitar Kyoto.... walaupun tak banyak tempat nak terjah sebab hari cepat gelap. T___T. 

Kitaorang sampai semula ke hostel tu dah malam lebih kurang jam 9:30 malam, reception pun dah tutup, tapi dia ada tinggalkan 1 sampul surat yang ada tulis nama aku kat situ. Dalam tu ada kunci bilik berserta nota berkaitan dengan cara nak bayar the remaining balance dan jugak kod pintu masuk. Fine by me. Terus la angkut barang kitaorang yang duk kat bawah tu bawak naik ke atas. 

Kitaorang amek dorm 8-beds yang berharga 2,000yen/night. 

Room types and rates ---> Rooms & Rates 

Takde attached bathroom untuk setiap bilik/dorms. Semua tetamu kene turun ke tingkat bawah untuk mandi kat private showers yang disediakan tu. Alah yang macam kat atas tu. 

Jom tengok dorm kami yang terletak di tingkat 4! Atas skali ade rooftop area kalo nak naik!

tangga menuju kejayaan yang sempit dan agak curam tapi okla

tadaaa... ni lah dorm kitaorang untuk 3 malam

dorm yang sama ada 4 bunk beds

loker turut disediakan tapi macam pelik sebab aku tak diberikan kunci lak. lepas tu lupa nak tanya

self laundry turun disediakan

rooftop area kalo nak lelepak

Tempat menarik di sekitar Bakpak Kyoto Hostel

Dari pemerhatian aku selama 4 hari 3 malam di Kyoto, aku rasakan kedudukan lokasi Bakpak Kyoto Hostel ni strategik sebabnya dia berada di tengah-tengah diantara lokasi Gion dan jugak Shijo Karawamachi (Shopping areas and night life). Kedua-dua tempat ni adalah walking distance dari hostel ni.

Kawasan Gion lebih kepada bangunan lama ataupun nampak macam Old Kyoto zaman dulu-dulu skit. Kalo nak carik Geisha, kat sinilah tempatnya. Waktu malam pun meriah dengan warga tempatan. Best! 

Manakala kawasan Shijo Karawamachi lak kawasan hiburan ataupun night life yang popular kat Kyoto. Rekabentuk bangunan dia lebih tinggi dan berkontrik berbanding di Gion. Kat sini lebih kepada modern era kat Kyoto. Ada banyak butik pakaian, shopping complexes, kedai makan kat sini. Kat sini jugaklah terletaknya Shinkyogoku. Kalo nak carik souvenirs murah-murah, kat sinilah tempatnya! Takyah pegi tempat lain dah sebab kat sini paling murah boleh dapat untuk souvenirs seperti fridge magnets, keychains dan jugak tshirts. 

ni night life di Shijo Karawamachi

typical day life di Gion


Map and how to get here

Dan lagi satu kenapa aku kata hostel ni best, sebab dia terletak betol-betol kat exit 1 Gion-Shijo (Keihan Line), keluar je exit 1, belok kiri terus nampak signboard Bakpak Kyoto Hostel! Hahaha... best best! Tak yah pening-pening kepala dah. 

How to get here ---> Map and directions 

Kalo macam susah skit nak refer kat map kat link diatas tu, aku suggest korang refer kat ---> SINI sebab kat dalam tu disediakan cara-cara untuk sampai ke sini dari different location. 

Macam aku datang dari Osaka, maka aku terus naik train JR Line ke Tofukuji Station untuk transfer ke Keihan Line menuju ke Gion Shijo Station (Exit 1). 

******************************

Overall, aku rokemen sape-sape nak stay sini kalo datang Kyoto sebab yang paling utama kedudukan yang strategik nak pegi ke mana-mana. Hostel ni pun tak ramai orang i mean, dia tak banyak bilik. Kat sini kitaorang really had fun sebab mingle dengan beberapa penghuni kat sini gak yang aku akan kongsikan dalam entry-entry yang berikutnya. Ada beberapa insiden yang aku rasa kelakar gakla yang terjadik. 

Ok dah. 

Tu je, bye!

14 comments:

  1. Akak jatuh cintaaaa ngan Kyoto....suka dengan suasana ala ala Oshin. Rasa macam nak gi lagi ke Kyoto nih !!! Nak repeat time autumn pulak rasanya...

    ReplyDelete
  2. Bakpak?..mcm2 nama hostel kat sana..hari tu Toyo...sib baik baik bukan Toyol hahhahaha

    Info yang detail n complete..belum pernah try tido hostel time travel..so leh try..thanks John

    ReplyDelete
  3. Nampak macam padat tempat dia.. but tak kisah la.. as long puas hati kan.. and complete pantry, mesin basuh and free PC with free Wifi.. :D

    ReplyDelete
  4. Nampak best hostel tuh...boleh check in kul 2pm ok lagi la...saya pegi Tokyo bulan lepas, tempat kitorang stay tu check in time dia kul 3pm ko haha. Flight sampai pagi, letak beg pastu round la seputar alam dulu baru dapat masuk bilik. Lepas ni kena la plan gi Kyoto dan lain2 lagi nampaknya, tak puas jalan kat Nippon.

    ReplyDelete
  5. shower yang kecil -sila berebut

    tangga yang kecil-nak tecabut pala lutut

    microwave yang .....
    (hahahahah)

    ok at least bole minggle around with local..

    *tetiba teringat Edward..apa citer dia ek?*

    ReplyDelete
  6. begitu namaku disebut2..harap anda terhibur di Kyoto...hahaha

    ReplyDelete
  7. hi adik john, bestnya dapat tido dekat hostel ni. dapat pulak bercampur dengan orang tempatan. harap-harap dapat tido sini nanti.

    ReplyDelete
  8. dah banyak blog yg review kyoto best..tak sabar nak tunggu edisi john lak pasni.. sbb memang dah diakui adik yg sorang nie memang pandai snap gambar dengan penceritaan yg bersahaja!
    (oh ini bkn bertangan manis sbb nak mintak sobiner dr jepun yer :P)

    hostel tu comel..tapi tangga tu sangat mengerunkan sebab terlampau comel, karang tersadung sikit mau ada tergolek dog kebawah hihi

    ReplyDelete
  9. @Rozita,
    me tooo... saya pun jatuh cinta. ewah~ kekeke sy pn nk pegi lagi kalo ada rezeki. insyaALLAH.



    @Jari Manis,
    heheheh kan macam2 nama ada kat situ. takdelah complete mana pun, tak payah nak berlebih2 ye. memandai je. mohon try hostel lak lepas ni.



    @Time Traveller,
    haaaa actually agak padat. tp bagi aku agak comfortable gak. xde masalah.



    @Miss T,
    tula.. mmg tak puas nak jejalan kalo ikutkan hati. tapi nak buat camnekan.



    @Kak Anash,
    hahahah mana ade berebut akak. ok je kita semua mandikan. hiks. untungla akak blh mingle dgn org lokal.



    @Chawanna,
    gitewww untungla nama dia disebut2. hiks.



    @Janggel,
    kesiann.... buasir ke? hahaha



    @Jari Manis,
    giteww muda sgt aku nih! hahaha. insyaALLAH one day akan sampai jepun.



    @Mrs. Smile,
    haaaa mohon akak pegi jugak nnt tau. kekeke akak ni memandai je puji lebih2. *terharu* tangga dia jenis spiral skit mcm berpusing dan agak curam la bagi saya. so, kene extra careful skit.

    ReplyDelete
  10. Bro, aku still rasa nama dia takboleh belah. Bakpak. Hahaha. Nampak sempit dengan tangga kecik sempit, tapi macam terasa unsur2 Jepun di situ. Hehehe. :D

    ReplyDelete
  11. saje jenjalan sini. tengok tuttt

    kikikii ;)

    ReplyDelete
  12. Terbaek.. Tahniah.. :)

    http://www.terbaek.net/2013/12/15/blogger-yang-tersenarai-hitam-di-event-blogrr-awards/#comment-1339

    ReplyDelete