Wednesday, November 12, 2014

P8 | Summer 2014 | Ringkasan di Barcelona, Sepanyol

Buenos Dias!!!

Lama aku tinggalkan entry pasal summer trip aku kat Spain bulan June aritu. Tak sedap pulak bila tinggalkan entry tergantung camtu. Baik aku habiskan sebelom aku dah betol-betol terlupa. 

Untuk entry sebelumnya, boleh rujuk ---> P7 | Di Alhambra, Granada 

Taknak buat entry panjang, cukup aku rangkumkan sekaligus dalam satu entry sebabnya, masa yang aku spent kat sana pun takdela lama mana pun. Tak silap aku hanyalah 2h1m. Kejap je kan?

Hurm... aku pun kalo ikutkan hati nak stay macam lama skit. Busuk-busuk 3h2m ke ataupun 4h3m. Sebab ada a few places yang aku nak terjah tak sempat lak nak sumbat dalam jangkamasa yang pendek ni. Maybe kalo ada kesempatan masa yang lain. InsyaALLAH. 

Sagrada Familia, Barcelona - binaan yang tak pernah siap

Orait, aku start cerita aku bila dah sampai kat Barcelona main train station. Aku sampai kat Barcelona dari Granada menggunakan night train lebih kurang 7 pagi. Muka-muka mamai pikul beg keluar dari perut keretapi. Tak terus keluar, sebab kitaorang lepak kat McD sebab nak breakfast light-light sambil gilir-gilir pegi refreshkan diri masing-masing sebelom bergerak menuju ke hostel yang terletak tak jauh dari binaan Sagrada Familia seperti gambar di atas. Memang tak jauh pun! Aku rasa jarak dia ada la dalam 100 meter. Fuhh~ punya dekatkan. Ahaks. 

Website OlĂ© Barcelona Hostel ---> HERE 

Overall, hostel ni bukanlah yang terbaik, tapi okla dari segi lokasi sebab memang dekat dengan metro dan jugak main attraction. Kedai makan halal turkish ada kat bawah tu je. Kalo mereka yang jenis bawak beg troli, maybe akan pikir 2-3 kali sebab nak pegi ke bilik takde lif, maka kene la mendaki anak tangga.

Since takleh nak check-in lagi, tinggalkan beg dan terus jejalan. Nanti dah tengahari balik semula ke hostel untuk check-in dan berehat seketika. 

Untuk jangkamasa yang singkat di Barcelona ni, kitaorang hanya fokus main attractions sahaja seperti contoh Park Guell, Casa Battlo, jejalan di La Rambla, Barcelona Beach, Sagrada Familia (tak masuk pun). Tu jela... Plus, takleh nak buat banyak benda sangat sebab cuaca hari pertama kurang elok. Hujan lebat! Setelah berpanas dan berpeluh, akhirnya hujan jugakkkk! Suhu kat Barcelona ni pun takdela sebahang di Andalusia aritu. Alhamdulillah... 

Tempat pertama kitaoran gerak adalah menuju ke Park Guell. 

Direction to Park Guell ---> HERE 

Ingatkan dari metro station menuju ke tempat ni dah dekatlah. Rupanya kene berjalan macam naik bukit skit dalam 15 minit camtu! Fuhhh~ jauh kaklah jugaklah nak sampai ke pintu masuknya. 

vending machine yang paling besar aku jumpa! heaven! 

awang hitam yang duk lari dari polis duk jual barangan tiruan. ko mampu duk jual barang tiruan depan kedai original? pffft! 

buah ceri, manis giler! kawan aku beli sekilo buat kudapan. ahaks

eskalator menuju ke Park Guell

Bila dah sampai kat depan entrance Park Guell tu, kene beratur la pulak beli tiket. Panjang giler haiiii barisannya. Time tu tak silap dah almost tengah hari dah kot. Pastu nak masuk pulak, bukannya boleh ikut suka hati, kene la follow slot masa yang available. 

Aku suggest beli tiket online siap-siap untuk jimat masa, tapi korang kene pandai arrange masa la okeh. Rujuk website rasmi Park Guell ---> SINI 

Nak dijadikan cerita, takleh la nak masuk arini sebabnya slot yang ada pun dah terlalu petang. By that time, semua orang dah lembik dah. So, beli slot hari esok pepagi nanti terus sampai. 

Entrance fee: EUR8/pax 

Tapi aku share terus gambar sekitar Park Guell yang berlaku hari esoknya. Alhamdulillah, cuaca arini menyebelahi kitaorang. Cerah-secerahnya! 

Untuk mereka yang taktau, Park Guell ni merupakan salah satu rekaan daripada seorang artis yang berbangsa Catalan yang bernama Antoni Gaudi. Sagrada Familia merupakan binaan teragung beliau. Kalo orang yang amek jurusan arkitek, Barcelona merupakan antara tempat yang must see by them. Kiranya amek inspirasi bla bla bla... 

Aku taknak cerita lebih, kalo mereka yang nak tau lebih lanjut boleh la Google okeh! 

Jom layan gambar! 

Colonnaded footpath under the roadway viaduct, with external columns sloping to take the diagonal thrust from the vault supporting the road - bukan ayat aku, copy paste sajo~

sape penah tengok America's Next Top  Model, pathway ni penah jadik runway untuk episod final tak silap, ahaks! 

time ni sangat panas! walaupun baru jam 9 pagi okehhh~ 

2 buah bangunan di pintu masuk, salah satunya merupakan guardhouse

zoom skit, panorama di Barcelona. kat hujung tu dah pantai dah

seni yang aku sendiri pun tak faham. jubin dipecah-pecahkan dah dicantumkan untuk mejadi satu seni

bumbung yang unik

seekor salamander - ramai betol ummah manusia nak bergambar dengan binatang ni. maybe membawa tuah untuk mereka

columns of Sala HipĂłstila

kanak-kanak yang datang buat lawatan sambil belajar

dari jauh~

Okehhhh! Dah abes!

Berbalik ke hari sebelumnya....

Dah setel beli tiket untuk Park Guell tu, kitaorang terus menuju ke La Rambla. Ada apa kat sini? Hurm... basically kat sini adalah tempat yang happening dengan manusia, kedai makan, kedai-kedai dan sebagainya. Ibarat kawasan Bukit Bintang la orang kata. Datang sini pun sebab nak pegi ke Hard Rock Cafe. Tak jauh daripada exit La Rambla station. Kat sini pun ada banyak kedai makanan halal kalo korang nak makan. 

Since dah boleh check-in, terus balik ke hostel dulu untuk mandi dan berehat. Petang skit baru kitaorang keluar balik. 

Sempat aku tido seround petang tu. Maybe badan terlalu petang dan cuaca pun panas. 

Petang tu kitaorang keluar balik. This time nak pegi ke Casa Battlo. Lagi satu rekaan masterpiece daripada Gaudi. Ni merupakan sebuah rumah dan kemudiannya dijadikan untuk tontonan umum. 

Nama lain untuk Casa Battlo adalah Casa dels ossos (House of Bones) . Kalo korang tenung betol-betol, memang nampak bentuk macam tulang manusia, dan jugak sedikit unsur-unsur watak penjahat dalam siri Power Rangers Turbo suatu ketika dahulu. 

Setiap yang ada dalam binaan ni takde sudut yang bersegi. Takde pun bucu yang tajam-tajam. Dan memang unik! 

Entrance fee: EUR21.50/pax 

Jom layan gambar...

rekaan bangunan daripada luar, macam tulang!

gothic skit nampak


Casa BatllĂł fireplace

Interior of the Noble Floor



hiasan bergambar

Casa BatllĂł central light well

Roof architecture and ceramic tiles, with tower and bulb in the background
By the time dah abes pusing kat dalam Casa Battlo ni, hujan lebatttttt gilerrr kat luar. Takleh nak buat pape sangat. Terus balik carik dinner dan rehat je malam tu. 

Esoknya, lepas pegi ke Park Guell, next kitaorang pegi ke Barcelona Beach untuk berjemur dan berbogel. Dah puas pakai baju katanya! Hahahah.

Naik metro boleh sampai sini. Kat area sini pun banyak kedai makanan halal. Boleh la feeeeling local. Tapi aku tak makan pun, cukup sekadar beli aiskrim buat basah tekak. 






Kitorang tak masuk pun dalam Sagrada Familia tu sebab satu kene beli tiket. Orang kata kita menyumbang kepada dana untuk membina gereja tersebut. Kedua, kene beratur giler ramaiiii weh! So, aku sekadar berpuas hati tengok dari luar dan gambaran dalam aku google jela. Tapi binaan ni sangat masssive! Bila gamaknya nak siapkan...



Overall, tu jela sedikit sebanyak trip aku kat Barcelona ni. Agak rushing kot bagi aku. Maybe kalo aku pegi lagi sekali aku nak secara leisure je. Maybe akan pegi ke kawasan luar dari Barcelona ni yang tak sempat aku terjah aritu. 

Owh ya... kat sini pun harus hat-hati akan penyeluk saku okeh! Kawan aku dah terkena dalam metro. Kebetulan time tu agak ramai orang nak masuk ke dalam coach. Tak semena-mena kawan aku check beg duit dia dah takde. Nak jadik lagi parah ada passport lak dalam tuh!!! Gilerr! Haru kejap dalam train tu. Gelabah la time tu. Bila train turun next station tu, tak semena-mena ada barang jatuh dari belakang aku. Rupanya tu adalah beg duit kawan aku tuh. Bila check balik duit dah hilang EUR40, tapi passport alhamdulillah masih ada. Tu yang lagi berharga. Lepas tu memang terus masing-masing tajam bijik mata everytime naik train. Takleh lewa. 

Okeh dah tu je...

Nanti kalo rajin, aku sharekan total cost untuk trip di Sepanyol ni. 

Till then.

Bye!

23 comments:

  1. europe nye pickpocket neh memang professional....mmg sgt kena hati2

    btw..tang mana skinny dipping kat beach neh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe! mmg sgt2 setuju. actually kat barcelona mmg kitaorang x sangka langsung la nk jadik camni. maybe petunjuk supaya lebih alert la ni.

      Delete
  2. banyak ilmu pengetahuan dapat di blog ini
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Guell park tu bukan takat antm je......drama Taiwan meteor garden pun belakon kat situ....
    Sgt memanggil2 ke sana hokei !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeke? tu cite zaman aku form3 kot? aku pun tak penah tgk cite tu. tp setahu aku mmg femes la dalam kelas aku time tu. hahahah

      Delete
  4. Seni yang pelik...sesekali nampak cantik..tengok banyak kali rasa seram pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp pelik dan unik. imaginasi tu sangat jauh.

      Delete
  5. eh dah kena bayar nak masuk Park Guell? thn 2011 masih free lagi. bangunan Sagrada tu mmg forever dlm phase EOT (extension of time) sejak Gaudi mati,..katanya tahun 2026 siap. Katanyalah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... mmg bayar. tak tau lak dulu free je. maybe sbb dh jadik mcm main tourist attraction tu yg kene bayar. hahah aritu ade tweet pasal ni, tetiba gaudi reply akan siap 2026 gak! hahaha serem~

      Delete
  6. tak nak baca.. nak jamu mata je.. hhhh..best sungguh lahhh.. bila yeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpelah akak taknak baca pun takpe. saya pasrah. ahaks.

      Delete
  7. Awang hitam yang tak suka tu..buah ceri tu sedap...memang orang hantar dari Aussie sekejap lagi...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah blur, org aussie mana yang tolong hantar ni? ahaks.

      Delete
  8. Plan nk pergi hujung bulan ni.. Thanks for the tips! Sangat membantu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh yeke. bestnya! anyway, gudluck and have fun okeh!

      Delete
  9. Awesomenya Park Guell & Casa Battlo John. Cantik pics.

    ReplyDelete
  10. hahaa.. thanks layan request I. :D
    Gigih study from ur blog cari info..

    ReplyDelete
  11. Park Guell memang famous ngan cicak besar katanye. Aku nampak replica dia je kat Shenzhen haritu. Nak jumpa yang original statue, insha Allah katanye! Aku suka ah interior Casa Battlo. Kenapa la perlu buat bangunan lawa. Btw John, ko tengok gambar last. Semua statues pakat pasrah tengok orang berbogel kat pantai. Nampak sangat xde yang menarik kata mereka.

    ReplyDelete
  12. Jumpa gak akhirnya blog yang santai dan informatif dlm Malay pasal trip ke Barca. Ni entry pertama yg saya baca kat blog ni...(baru nak start menggoogle). Banyak tips dan info yg berguna utk saya ke Barcelona next month.... dan mungkin terus lajak ke Madrid dan Paris. Rasanya 6D5N cukup kot cover 3 tempat ni... tapi kena study betul2 la....

    ReplyDelete