Tuesday, November 4, 2014

Dubai, UAE - Transit selama 17 jam!

Assalamualaikum! 

Ni entry satu je. Ianya takkan ada sambungan sebab sekejap je singgah pun. 

Kejadian ni berlaku kira-kira 9 bulan yang lalu? Fuhh~ lama betol dah terjadiknya ketika penerbangan aku menuju ke Tanah Ratu dan sempat transit selama 17 jam di Dubai dengan penerbangan Emirates ler ape lagi. Memang aku sengaja beli tiket untuk transit selama 17 jam tu. Kekononnya nak jejalan la sekejap tengok apa yang ada kat Dubai ni. 

Flight aku touched down kat Dubai International Airport kira-kira jam 2:30 petang waktu tempatan. Flight aku untuk ke Birmingham pulak esok paginya jam 8:30 pagi. Kiranya aku akan bermalam kat airport ler jawabnya. Takkan nak check-in hotel kan. Dah bertaraf student ni, semuanya kene la berjimat cermat. Takleh nak main boros macam zaman kerja  dulu. Hiks. 

Time ni, aku bersama dengan dua orang lagi members aku. Dorang akan fly ke Manchester awal 2 jam dari flight aku. Tapi memang kitaorang dah plan untuk keluar jejalan sama-sama sebab flight kitaorang dari Kuala Lumpur ke Dubai adalah sama. 

Nak masuk Dubai, rakyat Malaysia hanya perlu bayar Visa-on-Arrival waktu sampai nanti tak silap aku berharga 80 dirham? *please correct me if i'm wrong*  aku tak bayar sendiri pun sebab dah termasuk dalam harga tiket flight yang aku beli tu. Lepas dah setel chop passport semua, terusla keluar menuju ke city centre. Naik metro jela...


Takde proper plan pun. Cuma yang ada dalam kepala otak aku time tu nak pegi tengok Burj Al-Arab (Hotel 7 bintang) tu dengan lebih dekat, nak pegi tengok Burj Khalifah (tallest tower in the world) pastu dah takde dah. Takdela beria mana pun sebab bila dah sampai pun dah petangkan. So, try tengok yang main attractions jela. 

Mula-mula keluar tu tanyala information counter macam mana nak pegi tempat-tempat tu semua. Ada yang kene naik metro, ada yang kene naik cab lak. Aku dah prepare duit dalam 100 dirham camtu untuk spend kat sini. Katanya more than enough dah. 

First! Pegi jejak ke pantai untuk tengok Burj Al-Arab la sambil bogel orang kata. Nama pun pantai kan.... hahahah... nak sampai sini kitaorang naik cab sebab takde metro yang terdekat untuk sampai. Takdela mahal sangat kalo share 3 orangkan. 

dah nampak Burj Khalifa dari dalam metro menuju ke city centre

tadaaaaaa~ dah sampai! 

time ni dah memang nak senja dah... nasib baik tak brape panas. Maybe sebab datang time musim winter kot. 

okeh kasik gelap skit

Lepas dah puas duk tepi pantai tu, kitaorang bergerak nak pegi ke Dubai Mall. Nak tengok musical fountain pulak. Tapi cab takde nampak bayang pulak dah.. terpaksa la menapak mencarik hentian teksi. Jauh gak rasanya kitaorang berjalan petang tu. Dah nak senja lak tu. 


Okeh bila dah sampai ke stesen metro terdekat, memang kitaorang menuju ke stesen Burj Khalifa la untuk ke sana. Ingatkan dah dekat la sampai. Rupanya dari stesen metro menuju ke pintu masuk bangunan tu adalah kene menapak dalam 1km ke lebih camtu! Perghhhhh rasa macam nak tercabut kaki nih. Walhal memang dah sakit pun sebab duk berjalan seharian. Rasa nak bergolek pun ada gak atas lantai tu. Tapi demi nak carik makanan, memang gigih la masuk Dubai Mall tuh. 


Gambar tak brape nak menarik sebab mood takde nak datang untuk bergambar. Maybe sebab ramai gilerr orang duk tengok musical fountain tu. Maybe next time aku nak pegi makan kat restoran yang mengadap air pancut nih. 

Lebih kurang pukul 10 malam camtu, kitaorang mula bergerak menuju ke airport semula. Sempat la pegi ke Hard Rock Cafe yang tak jauh dari airport tu. Lepas tu terus la masuk boarding hall. 

Dannnn bermula lah nightmare aku malam tu. Bosan gilerrr rasanya nak menunggu sampai jam 8:30 pagi tu. Dah setel mandi semua tu, takdelah kerusi kosong yang boleh baring terlentang tu. So, gayanya memang kene duduk biasa jela. Adoyaiiii... rengsa sungguh aku time tu. Nak tido pun rasa tak lena. Nasib baik airport dia macam agak meriah. Tapi lama-lama tu aku tak tau nak buat apa dah...  maybe sebab penat gak. Tu yang buatkan mood jadik cranky. 

Tapi aku dengan tabahla duk tunggu untuk flight tu. Tido atas lantai, kerusi dah bila dah nak masuk subuh baru aku nampak ada kerusi kosong untuk baring tu. Tak  lepaskan peluang la aku nak relaxkan urat-urat ni. 

Tiba masanya... flight aku untuk ke Birmingham telah tiba. Yang bestnya row aku kosong! Memang aku boleh baring la jawabnya! Ahaks.

Anyway, kalo ada rezeki aku nak spend lama skit kat sini. Nak explore yang mana wajib la orang kata. Takpun lajak terus ke Abu Dhabi. InsyaALLAH. 

Tu je...

Till then..

Bye!

25 comments:

  1. Ok John, now MAS ada promo airticket to Dubai RM1800 (return), see how if Dubai story can influence me, hehehe....tapi hotel mahal2 belaka la, huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... ape lagi. tp sy taktau la harga tu dikira murah ke tak. tu la kalo ada rezeki nak pegi lagi nk explore ape yg ada. insyaALLAH.

      Delete
  2. ok la tu. dpt jgk jenjalan sekejap.. nnt boleh plan lagi pergi sana..

    ReplyDelete
  3. Kejadian 9 bulan yg lalu..?? hehehe. takper la..akak baca la jugak.

    Korang muda2 ni boleh la tido duduk ke..sandar ke... Akak yg dah bergerak ke senja ni..kalau tido mcm tu..esok masuk spital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah yeeeee akak. malas kekdahnya. tp saje je nk share sbb takde trip nk cerita. takleh buat slalu tido mcm tu, kang sakit belakang.

      Delete
  4. layan burj khalifa pulak john, tengokk dalam ghost protocol macam tinggi giler, gempak ah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ahhh aku penah tgk cite tu. rasa mcm woahhh! tinggi gilerrr seyyy~

      Delete
  5. Ciku pernah sekali ke dubai dan abu dhabi sebab itu transit lebih kurang 1 hari untuk ke Perspolis , Iran..hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! pegi iran! sy penah bc skit2 org travel ke iran. nampak macam cantik negara tu.

      Delete
  6. Adoiii laaa.. serius gile aku rindu Dubai.
    Rasa tak puas gi.. tengok gambo ko ni, lagi rasa membuak2 nak gi.
    Besh gilaa wehhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoyaiiii gambar tak byk pun dekdaaaa oiiii. tp aku doakan ko sampai ke sana lagi okeh. bwk irdina skali. ;)))

      Delete
  7. Visa masuk sekali dlm flight tax tu kan? Mmg bayar siap2 ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp dah masuk skali dlm airport tax byr masa beli tiket tu sbb agent aku tu tanya samada nak keluar airport ke tidak. kalo keluar kene byr airport tax tu.

      Delete
  8. Selalu transit Dubai, tapi tak berkesempatan nak keluar sbb asal sampai je dah malam T_T. tapi airport dubai memang meriah kannn :D biasa tidur jugak dalam surau je, alhamdulillah, rezeki takde orang suruh keluar sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup mmg meriahh. Cuma bila badan dh penat tu, nk jejalan pun dah malas

      Delete
  9. bestnyeeee nak pi dubaiiiiii...negara org kaya itewwww thehhe

    ReplyDelete
  10. Salam... Nak tanye kt airport dubai ade tempat mandi ke.. Or mandi kt toilet je. Sbb sy akan transit di dubai 4j

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Ada... Saya pn mandi aritu kt epot. Free jela. Tak silap kat setiap terminal ade shower room. Bwk peralatan sendiri la nnt.

      Delete
  11. Assalam sbnrnye nk tnye byk tntg dubai... Boleh berhubung d mna ye ? Instagram / wassup / email

    ReplyDelete