Thursday, November 13, 2014

P9 (Finale) | Summer 2014 | It's Paris - City of Love?

Bonjour everybody~

Okeh ni hanya ada satu entry sahaja. Tiada duanya untuk aku buat hasil daripada summer trip aku bulan 6 aritu. Ni adalah entry susulan daripada summer trip yang berakhir di Barcelona dan aku terus menuju ke Kotaraya Paris yang terletak di Perancis. 

Ada sesiapa yang tak tau Paris tu kat mana atau ada apa kat Paris? 

Aku rasa semua orang tau kot. Rata-rata mereka yang suka travel sana sini, kalo datang travel ke Europe, Paris mesti ada dalam list dorang. Jarang aku dengar, orang travel europe tak singgah Paris. Maybe ada, tapi jarang la kot. 

Anyway, aku pun tak tau macam mana boleh terbabas sampai ke Paris ni. Tapi disebabkan ni bukan trip aku 100% (hanya in-charge untuk buat booking accommodation sahaja), maka aku turutkan sahaja ape yang diplankan oleh travelmates yang lain. Cuma sesekali kasik pandangan aku berkaitan dengan itinerary. 


Anyway, aku sampai kat CDG Airport, Paris dari Barcelona pun dah almost tengah malam. Takde plan untuk check-in hostel, jadiknya bermalam kat airport jela. Nasib ada ruangan macam yang sofa meja semua. Masing-masing terbungkang atas kerusi tu. Agak tersorok skit plus dekat dengan toilet. Lena masing-masing tido malam tu. Pengalaman kedua aku tido kat airport. Huk huk huk.

The next day? Majority kata nak pegi La Valle Village (premium brands outlets) yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari airport tu. Time ni pepagi lagi okeh. Tak silap aku around 7 pagi camtu. So, aku layankan jela. Ibarat been there, done that. Nak shopping memang duit dah nak kehabisan dah orang kata. Tengok menonong jela. 

Kat sini la aku sempat breakfast croissant yang bagi aku paling sedap yang penah aku makan. Tak mahal pun hanyalah EUR1/each. Nama kedai tu adalah "'Paul" ni macam kedai roti la. Famous kat Paris katanya. Kalo jumpa jangan lupa rasa okeh. 

Dah lebih kurang almost tengah hari camtu, kitaorang bergerak menuju ke Paris city naik metro dari La Valle tu. Tambang dalam dalam EUR7/sehala. Dengan beg yang berat tu menuju ke hostel yang terletak di kawasan Montmantre. 

Nama hostel tu adalah Le Montclair Hostel booked via Booking.com ---> Website 

Untuk hari pertama di Paris ni, memang takde buat pape sebabnya masing-masing dah jelepek keletihan. Yela, bila travel time summer ni memang cepat letih. Tambah-tambah bila berpeluh. Memang badan tak selesa berpeluh dan sebagainya. Jadik, hari ni just rest untuk dapatkan balik energy tu. Just pusing-pusing kawasan hostel jela. Ada pulak kedai halal. Just makan pizza untuk isi perut nih. 

Kat Paris ni bagi aku tak susah nak carik makanan halal. So, no worries. Harga pun takdelah mahal around EUR6-7/meal. Boleh share kalo nak sebab portion agak besar. 

**************************************

Hari baru! A new day in Paris katakau. Hari untuk explore this famous city. Alhamdulillah, cuaca menyebelahi aku sebab dijangka cerah sepanjang hari. Kalo cerah tu, maka berpotensi untuk dapat langit biru. Hiks. 

Hari tu, plan kitaorang untuk naik Hop-On, Hop-Off bus untuk pusing satu Paris ni yang berharga EUR29/day. Bagi aku ni adalah mahal dan naik HOHO bus ni bukanlah cara aku dan aku sememangnya tak berminat. Tapi bila mengenangkan dah majority sepakat dan aku pun malas nak pikir panjang teruskan setuju je. 

Kalo ikut pendapat aku, bagi mereka yang ada masa yang singkat sahaja kat Paris atau kat mana-mana bandar besar di dunia ni adalah patut naik HOHO bus ni untuk mendapatkan seluruh gambaran mengenai tempat yang korang pegi tu. Tapi bagi aku, lebih suka fokus beberapa tempat yang nak pegi sahaja dan make the best of it. Yela, walaupun orang kata naik HOHO boleh turun naik. Ye betol, tapi sure ke akan turun naik semua tempat atau beberapa tempat sahaja? Kalo next time, orang suruh naik HOHO bus lagi. Aku lebih rela untuk split je. Ni just my 2 cents jela. Orang lain mungkin ada pendapat yang berbeza. 

Tapi papepun, let's enjoy the views thru my lens while sitting on the open roof HOHO bus!

rangka tulang besi Eiffel Tower

sorry tak tau nama - someone knows this place? 

arca bersalut emas ke ni?

tempat shopping orang hado-hado je ni

The Louvre - kat dalam ni la ada lukisan "Monalisa" daripada Leonardo Da Vinci tu

sape tau gereja ni, yang ada dalam cerita Quasimodo si Bongkok tu. Ni la Notre Dame

lepak di kedai makan

tu diaa... dari jauh dah nampak Arc de Triomphe

butik Louis Vuitton uols! Mari-mari mulah-mulah * slang apek*

viewing point dari atas Arc de Triomphe

Lama betol aku rasa duk atas HOHO bus tu. Naik sampai dia abes buat satu pusingan. Tak silap aku dalam 3 jam jugaklah nak abeskan semua ni. Fuhh~ by the time dah abes pusing dah almost 12 tengah hari okeh. Panas membahang tu toksah cakaplah. Kalo tau, pakai pakaian yang seabes selesa untuk cuaca panas gini. 

Aku turun kat stop "Trocadéro" - tempat ni adalah tourist spot yang paling baik untuk dapatkan the best view of Eiffel Tower. Tapi masyaALLAH, ummah pelancong adalah sangat sangat sangat ramai okeh! Tapi demi sekeping gambar, bertabahlah jela. 



Dari situ, aku berjalan menuju ke kawasan lain pulak. Jalan kaki okeh! Nak jimat punya pasalkan menuju ke area yang dekat dengan Notre Dame dan jugak Pont des Arts. Nak pegi tengok jambatan yang penuh dengan padlocks cinta abadi katanya...

kedai-kedai souvenirs di sepanjang  River Seine

poskad yang lain skit

jambatan yang penuh dengan padlocks

lelaki ni telah proposed kat wanita ni time dorang tengah duduk ketika pelukis melukis wajah mereka. terus comolot la ape lagi. 

atas jambatan

Tak jauh daripada ni terletaknya Muzium The Lourve tu, menapak sahaja. Tak masuk pun kitaorang sebabnya ramai giler orang duk beratur. Aku takdelah eager nak masuk sangat pun. Tapi kalo aku datang next time, maybe aku akan masuk dan tengok sendiri lukisan "Monalisa" yang sangat terkenal tu. 

Maka, kita amek gambar daripada luar jela~ 



Next?

Ke mana? Aku pun tak tau... tapi tak silap aku, kitaorang berjalan merentasi taman menuju ke Champs-Élysées. Nak beli handbag katanya.... aku follow jela. Kaki ni memang sakit toksah cakaplah. Sakan berjalankan. Merasalah! 




Dah setel semua, aku bergerak menuju ke Eiffel Tower untuk menikmati sunset di sana dan jugak tunggu sampai ke malam untuk lightshow kat situ. Untuk pengetahuan semua, time ni adalah musim panas, dan waktu siang sememangnya adalah sangat panjang! Pukul 9:30 malam baru masuk waktu magrib dan pukul 11 malam lebih baru masuk Isyak. Cuma bayangkan betapa jenuhnya nak menunggu waktu bila betol-betol gelap? 

Hazaabbbbbb! 






Seeing is believing - that's the only word that I can describe about Eiffel Tower. Even though it's just a rustic steel tower. But the structure of it looks magical during the night. Love it!

Abes je lightshow tu, balik la ke hostel. Esok last day kat Paris, dan flight ke UK adalah petang tu. Tak sabar nak balikkk! Rindu katil sendiri okeh! 

Esoknya ada sempat singgah kat satu kedai nak beli buah tangan untuk family di Malaysia. Tu jela. Untuk aku? fridge magnets dan jugak macaroons dari Piere Herme. Tak sempat nak merasa yang Laduree. Maybe next time! 


Untuk aku kembali lagi sekali ke Paris, insyaALLAH akan tiba saatnya sebabnya aku ada lagi beberapa wishlist tempat kat sana yang aku nak buat dan tengok. Maybe this time, I will arrange it on my own. It's much better with it. 

Till then.. tamatlah entry untuk Summer Trip aku. Nak masuk winter dah ni weyyy! Hahahah sorry for the delay. 

Anyway maybe sedikit jotdown yang aku sempat perasan sepanjang kat Paris. Harap membantu.
  • pickpocket amat sinonim dengan Paris. Ibarat Paris dengan pickpocket berpisah tiadalah. hahaha hati-hati kat metro stations dan dalam coach especially.
  • stesen metro dia bau hancing air kencing! uweeeeeek!
  • orang French ni tak suka bila kita bercakap bahasa inggeris dengan dorang. Baik cakap melayu je kalo nak tanya arah.
  • orang kat sana amatlah bergaya. yela, city of fashion katanya.
  • orang negro berniaga souvenirs kecik2 tu amatlah bersepah dan pandai cakap melayu! hahaha aku suka sakat dorang cakap aku ni orang siam. Siap ajar cakap siam skit-skit. Choi! tapi kalo betol-betol nak beli, make sure bargain kaw-kaw okeh! 
  • ok dah tu je yang ingat skang ni. maybe orang lain lebih tau dari aku

Till then... 

Merci!

Au revoir Paris! I will be back!

32 comments:

  1. Assalam..Salam Ziarah

    bestnyer sampai ke Pariss...


    nak sampai sana..entah bila..tggu dpt duit jatuh dari langit seguni la kot..hihhii..

    btw, gambar sume cantik333333..!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. terima kasih sbb sudi ziarah. alhamdulillah rezeki dpt sampai sana. ;))

      Delete
    2. sama2...semoga terus dimurahkan rezeki..amin :)

      Delete
  2. Part HO HO bus tu aku sokong. Sbb aku pon tak sukerrrrrrrr naik bas tu. Mcm makan masa jek.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. gitueww~ nnt bawak husband pegi honeymoon. time tu dh halal dah. ahaks.

      Delete
  4. Haha John, terbaik lah entry Paris. Macam ada banya benda yang di buat tanpa redha dalam hati. Akak pun tak suka bus HOHO. Panas bebenor ke Paris masa summer? Sepanas KL? Eiffel tower waktu maghrib sangat cantik gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaiklah sangat akak oiii! hahaha saya redha je. cuma next time xnk buat camtu dah la. time tu takdela panas sgt tp bila dah tgh hari tu rasa jugaklah bahang tu. bila dh malam2 dh sejuk skit.

      Delete
  5. okey.. jeles... nak masuk dalam wishlist gak ni.... hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn jeles pls. tp mohon masukkan dlm wishlist. semoga tercapai suatu hari nnt. insyaALLAH.

      Delete
  6. Sangat x adil! Aku punya lah tunggu Eiffel Tower bercahaya haritu, sampai ke kul 1030pm xde bayang diorang nak pasang lampu. Hampa! Tu tanda kena repeat kot, semata nak tengok Eiffel di kala malam. Magical kan kata ko. Aku suka gambar Eiffel blurred tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuh ni mmg gigih sgt bie oiii. kalo ikutkan hati mmg nk cabut blk hostel dah. pikir2 alang2 dh sampai kene la tunggu sampai gelap. huk thanks!

      Delete
  7. Banyak pickpocket di kota yang indah macam tercalar sedikit keindahan. Haih lawa betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup nk buat cmnekan.. Nk carik mkn kenela pandai2 hidup. Kt italy pn sama teruknya

      Delete
  8. cantik weh gambo ko! ..kat The Louvre tu mmg gedebomm..hukkkk * kira syiling2 lam tabung tuk pi menara eiffal im in love tuh T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks chimei! Aku doakan ko sampai gk nnt ke europe nih ^__^

      Delete
  9. - kalau dh travel reramai tu haruslah follow je suara majoriti kan..setuju with your opinion...ada lagi next time tu :-)
    -travel sendiri lagi puas rasanya boleh ikut suka hati sendiri
    -pasal pick pocket ni ada baca dalam blog Khairuddin Lim..seram pulak kalau nk ke sana Solo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kalo ke paris ni mmg kene hati3 bab pickpocket ni. Takleh nak berhuha takut terleka. Time tu dorang ni amek peluang.

      Delete
  10. seeing is believing. lepas tengok gambar couple tu berkissing sakan baru percaya Paris is a city of Love..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp kannn! Seeing is believing. Tp paris pn turut terkenal as city of lights jugak ^_^

      Delete
  11. Salam John,

    Nak tanya pasal tiket metro dan RER. Kalo beli dalam carnet, boleh tak guna untuk sampai ke La Valle Village dan Disneyland?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sorry utk soklan ni aku takleh nk jawab sbbnya taktau pn ape itu carnet. Hahaha tp rasanya not applicable utk sampai ke la valle tu. Sbb jauh.

      Delete
  12. best nya. inspiration sangat picture2 itu.

    ReplyDelete
  13. aku pg Paris aritu...sempat rasa 2-2 macaroon..Laduree & Piere Herme..
    45minit que nk beli Laduree.. pg Piere Herme xde sapa2 pun..trus dpt turn beli..

    pick pocket kt Paris?? depan mata aku tgk org kena samun.. gila menggelatar masa tu punya takut..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum John,
    Nak tanya.. dari CDG airport ke La Valle Village tu naik ape? tix price bape kalau naik tren?

    ReplyDelete
  15. bEST GILe!! bila la dapat pergi ni.....

    ReplyDelete