Tuesday, June 24, 2014

Summer in Spain 6D5N

Olllaaa! 

Gracias! Por Favor~ Katakau!

Bagi sesiapa yang jadik follower kat instagram aku mesti tau ke mana aritu. Sempatlah lepas exam terus terjah ke Sepanyol untuk cuti summer nih. Then lepas tu lajak pulak ke Paris. Total semua adalah almost 10 hari. Fuhhh~ penat okeh travel waktu summer gini. Memang aku dah takkan buat dah keje giler travel time summer gini. Ketibas, kelangbas, panbas sume adalah aku kata! Pffftt! 

Untuk trip ni honestly aku bukanlah mastermind, aku pun join sebab orang ajak. Lagipun persiapan untuk buat ni aku hanya tolong dari segi nak buat itinerary dan jugak buat booking accommodation je. Yang lain-lain tu memang sekadar aku acuh tak acuh je amek tau. Keji tak? Hurm.. kudos aku ucapkan kepada mereka yang membanting tulang buat research and necessary reservation before the journey started. Next time I'll do it everything by myself and I'm the boss. ^__^. 

Kali ni pun aku bawak troli bag bersaiz kabin untuk travel. Tak tau nape malas sangat nak usung backpack untuk travel. Maybe sebab pikir taknak untuk check-in luggage dan nak handcarry je. So, aku bawak seminimum baju yang boleh. Yela, musim panaskan takkan kau nak berjaket snow bagai. Itu nama gila! Hahahah. 

Papepun, I did survive throughout the journey. Alhamdulillah.. Secara kasarnya, this trip more focus kepada wilayah Andalusia untuk melihat tinggalan keagungan tamadun Islam suatu ketika dahulu. 


the famous fountain in Alhambra

Ni adalah itinerary sepanjang berada kat sana, kalo tengok maybe akan ada yang kata agak rushing, skit sangat hari or whatsoever. Tapi tulah, masa kadang-kadang tu mencemburui kita. Kalo nak tengok semua, setahun pun tak abes kot. Jadik, kita buat secara berpada-pada. Ikut cara masing-masing okeh. 

  • Day 0 : Arrive at Madrid (Overnight at the airport) "whattt? Kaki Berangan did that? Unbelievable!" Hahaha heyy it was true b**ch! Hahah ;p 
  • Day 1 : Exploring Madrid
  • Day 2 : Train ride to Cordoba (Spent 2 nights at Osio Backpacker Hostel, Cordoba ) and exploring Cordoba
  • Day 3 : Daytrip to Seville via train
  • Day 4 : Daytrip to Granada via train and took night train to Barcelona
  • Day 5 : Arrive at Barcelona in the morning and exploring the city. Spent 1 night in Ole Hostel 
  • Day 6 : Exploring Barcelona and took night flight to Paris

Overall, aku tak kata itinerary kat atas adalah the best itinerary for any trip. I guess we're out of time and money to splurge for this trip. Nama pun student kot. What to do. Hurm... takpe next time ada rezeki boleh buat lagi. Ye dak? 

Macam biasa, persiapan bila trip time summer ni rasanya kene prepare untuk segalanya mahal. Time ni la ramai orang putih duk travel sana sini. Rasanya jarang orang nak travel musim panas, sebab panas! Hahahah for me? I will definitely opt for autumn or spring? Maybe? The worst temperature was in Seville. Reaching 40 degree celcius! Rasa nak berbogel je sambil berjalan tau tak! 

Untuk trip ni ada beberapa precaution yang kitaorang amek sebab pegi musim panaskan. Sebagai contohnya adalah seperti berikut:
  • accommodation memang dibooked in-advance via Booking.com
  • tiket train intercity pun dibeli lebih awal sebab taktau secara terperinci apa yang akan terjadi. So, untuk tiket train ke Cordoba, Seville dan Granada kami amek early train in the morning. Untuk book tiket train boleh refer website ni ---> SINI 
  • entrance tiket untuk masuk ke Alhambra, Park Guell, Casa Batllo dan lain-lain tu kalo boleh beli in-advance thru online lagi bagus. Ini untuk cut the super long queue ataupun takut kehabisan slot masa untuk masuk ke tempat berkenaan. Lebih-lebih lagi Alhambra. We were lucky managed to buy the ticket earlier but thru combo ticket sebab yang thru online dah abes. So sad rite? Need to spend an extra GBP15 just for that entrance. 
  • ape lagi ek? Hurm... aku takleh nak pikir lagi. Nanti ade pape, kalo rajin boleh la email aku okeh? 
Untuk budget overall trip? Nanti aku akan sharekan in the future. InsyaALLAH.

Ape lagi? Layan gambar okeh~

Royal Palace of Spain, Madrid

wow, orang halimunan ke tuh? - Madrid

Monument of Alonso XII in The Buen Retiro Park, Madrid

the Crystal Palace, Madrid dalam Retiro Park jugak

serenity di Retiro Park, Madrid

menuju ke Mosque-Cathedral of Cordoba

mihrab di dalam bekas masjid ni, sayu kerana ianya tidak lagi diketuai oleh imam dan disertai makmumnya

mengingatkan aku kepada Masjid Nabawi di Madinah

bahagian lain yang tersergah hiasan di gereja


Alcazar - formerly a private residence of the Roman Governors

bangunan luar Mosque-Cathedral of Cordoba

lorong kecik di Cordoba

The Roman Bridge in Cordoba

Sunset di Cordoba, SubhanaALLAH

Metropol Parasol, Seville - binaan kayu yang terbesar di dunia. katanya! 

view penuh Metropol Parasol

jalan di Seville

art market di Seville

stadium untuk bull fighter - matador!

sekitar Seville, panas-panas!

Seville Cathedral - diatas runtuhan masjid dibina gereja. 


bangunan utama di Plaza de Espana

Plaza de Espana, salah satu lokasi untuk World Expo untuk suatu ketika dahulu

jata?

malam di Cordoba

salah satu ruang di dalam Alhambra

hiasan di dinding dipenuhi dengan kalimah Al-Quran

reflection

hiasan dinding

view dari Alhambra memandang ke bandar Granada

pelancong mat salleh yang ramai

view dari Generalife memandang ke istana Alhambra

Sagrada Familia, Barcelona

ukiran di dinding Sagrada Familia

ruang tamu utama di Casa Batllo, salah satu hasil kerja Antoni Gaudi

rupa luar di Casa Batllo, teringat akan salah satu penjahat dalam Power Rangers

sape penah tengok America's Next Top Model? Penah jadik lokasi finale. Motif aku tau? hahahah ni di  Park Guell, Barcelona

pintu masuk utama di Park Guell

cicak yang paling femes kat  Park Guell, jangan lupa amek berkat tau! 

lavender? ahaks

kanak-kanak yang buat lawatan sambil belajar. comeyyy! 

bangunan utama di Park Guell, hasil kerja Gaudi gak

Barcelona Beach! Let's bogel! 

ikan salai yang sedang berjemur~ dasyat! 

Orait... tu je? 

Aku skang sedang nak mintak part-time job. Harap-harap dapatlah dalam masa terdekat ni. Maka, aktiviti travel ni aku nak stop dulu sebab rasa dah kurang excitement untuk travel. Maybe sebab terlalu kerap kot. I don't know why... 

Papepun, stay tuned for more updates! 

Till then, bye!