Friday, June 27, 2014

#4 - Giant's Causeway | Shaped by Imagination

Hey Hey Heyy!

Sebelum aku lebih lupa nak sambung cerita pasal Ireland ni, baiklah aku sambung cepat-cepat. Kang makin lama, makin malas lak. Terus hilang diawangan cerita tu. 

Ayuhh! 

Selepas dah abes jejalan kat kawasan sekitar Carrick-a-Rede dalam entry sebelum ni --> SINI teruskan perjalanan lebih kurang dalam 10km sebelum sampai ke tempat parking yang luas kat area Giant Causeway ni. Actually, tempat parking tu kene bayar tapi bayaran dia adalah termasuk dengan ruangan cafe, ruang exhibition, dan beberapa perkara lain lagi. So, okla takde masalah sebab kitaorang memang plan nak mencekek kat cafe tu kot-kot ada something yang boleh ditelan. Kebulur dah rasanya nih! 



Bila masuk cafe dorang, tengok list menu... sedih! Takde ke macam spageti seafoods ke, fish and chips ke. Yang rasa boleh telan hanyalah seafood chowder. Rasa macam makanan orang sakit pun ye dak. Dek kerana lapar, order jela. Dia kasik makan skali dengan roti. Uishhhh sedap lak rasanya. Dalam tu ada udang, sotong dan potongan ikan salmon. Rugi tak bawak turun roti dalam kete. If not, boleh kenyang ler. 


ni lah rupanya seafoods chowder tu


cafe
Harga masuk adalah GBP8.50/adult. Kanak-kanak aku lupa lak. Rasanya free je. 

Di bahagian exhibition, ada dipaparkan informasi bagaimana sebenarnya Giant Causeway ni terbentuk. Ada gak mitos yang diceritakan untuk disampaikan secara turun-temurun oleh nenek moyang orang kat sini. Kiranya lebih kurang kat Malaysia jugakla ada Bawang Putih Bawang Merah, Badang dan lain-lain. Plus, ada gak tayangan video ringkas cerita mitos ni. Syiok jugaklah duk layan. Hiks. 

Dah rasa ok semua. Ayuhlah kita ke tempat yang sepatutnya kita pegi. Ahaks. 



Okeh sebelom korang layan gambar yang lebih kurang sama lepas ni. Adalah lebih afdhol kalo aku nak cerita pasal mitos berkaitan Giant Causeway ni yang bagi aku agak menarik jugaklah. 

Gini kisahnya~ pada zaman dulu dikatakan bentuk-bentuk kolumn yang berbenduk hexagon ni dibina oleh seorang Giant. Kiranya macam gergasi la. Ntah betol ntah tidak la kan. Nama pun lagenda dan mitos. Ianya berlanjutan kepada persaingan atau perlawanan diantara gergasi yang bernama Finn MacCool dicabar oleh gergasi berbangsa Scottish yang bernama Benandonner. Haishhh gergasi pun ada bangsa ye. Jadiknya Finn ni membina jalan atau causeway merentasi North Channel untuk bertemu dengan Benandonner ni. Tapi bila sampai ke tempat gergasi Scottish ni, alangkah terkejutnya rupanya lawan dia adalah lagi besar dari yang dijangka. Cuak la tuekan, maka terus la dia berlari masuk dalam rumahnya semula. Melihat akan keadaan tersebut, isteri kepada Finn ni ada satu idea yang bernas. Dia menyuruh Finn ni masuk ke dalam baby crib dan menyamar sebagai baby. Bila si Benandonner ni tengok Finn yang merupakan seorang bayi, terkejut beruk la dia. Dia pikir kalo saiz bayi ni pun dah besar macam orang dewasa, he wonders how big is the dad of the baby. Wahhh gitu! Mestilah bapak baby lagi besar dari gergasi-gergasi yang ada. Terus la dia cabut lari dari situ! On the berlari balik tu, dia memusnahkan jalan yang dibina tu agar Finn tak follow dia semula. Haaaa... gitu la mitosnya. 

Tapi sebenarnya adalah hasil daripada penyejukbekuan lava gunung berapi yang terjadi jutaan tahun dahulu. Terhakis dek angin dan ombak maka terbentuklah bentuk yang amat menarik sekali.  Kalo nak tau lebih lanjut, kenela baca. Huk malas aku nak explain kat sinikan. 

Jom layan gambar yang banyakkkkkkkkkkk! 


mula-mula tu aku dan kawan berjalan kaki untuk ke tempat yang boleh nampak batu-batuan tu, jauh gakla dalam 1km camtu. kalo tak mau boleh naik bas ulang-alik dengan bayaran EUR1/way

pemandangan #1 macam nak hujan time ni

kalo tengok ni, perasan tak ade satu batu yang panjang ke atas, kalo ikut mitos merupakan cerobong asap rumah Finn lah

jalan lagi.... ayuhhh! kiri kanan kiri~ 

batu-batuan berwarna hitam

sejukk gak time ni dengan angin nya lagi
Kat sini actually ada beberapa walking trail yang boleh kita buat. Ada 4 jenis semuanya bergantung kepada keinginan dan keupayaan masing-masing. 

  • Green Trail (easy) - boleh tengok Giant's Causeway ni dari viewpoint yang berbeza. Kene berjalan kira-kira 700 meter gakla untuk sampai. Okla takdela jauh mana pun. Rasanya nak ke masjid pun lagi jauh rasanya. Hiks. *joking*
  • Blue Trail (moderate) - kat sini boleh tengok batu yang berbentuk macam-macam seperti the Unta, Nenek Giant, the causeway dan jugak the Giant's Boot. Terletak kira-kira 1.2km dari visitor centre. Aku ikut trail ni lah. Tapi hurm tak jumpa lak Giant's Boots ni. 
  • Red Trail (difficult) - boleh nampak panoramic view of Giant's Causeway dan jugak kawasan lain dalam World Heritage Site kat sini. Mengambil masa kira-kira 35 minit perjalanan dari mula hingga Sherperd's step. Then, sambung lagi 90 minit untuk sampai kira-kira 3km. 
  • Yellow Trail (challenging) - mencabar dan untuk mereka yang lebih berpengalaman. 
Jom sambung tengok gambar!

















Ok dah...

Till then...

Bye!




0 left their thoughts: