Tuesday, July 1, 2014

#5 - Cliff of Moher

Assalamualaikum! 

Salam Ramadhan buat seluruh pembaca blog Kaki Berangan yang budiman. Semoga kita bersama-sama dapat melipatgandakan amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini. InsyaALLAH. 

Aku macam mana? Pertama kali puasa di overseas nih. Kalo dulu berpuasa di perantauan di KL je. Now now now... berpuasa diperantauan di overseas! Haaa.. mixed feeling? Adalah jugak sebab sebagai penggemar pencuci mulut bulan puasa ni, haish macam-macam dah aku craving nak makan. Contohnya tadi baru siap buat roti jala. Hahaha. Gigih okeh belajar kat youtube macam mana nak kiraikan jadik roti. 

Pengalaman pertama gak buat aku ni untuk tahun ni sebab nak kene berpuasa selama lebih dari 20 jam kat sini. So, hanya tinggal dalam 5 jam je untuk maghrib, berbuka, isyak, terawih, moreh, dan sahur. Fuhhh~ Semoga aku tabah. Nasib takde kelas time-time gini. Boleh la bertabligh sana sini. Hahahah. ;p

Papepun, Ramadhan Kareem semua. Jangan lupa puasa penuh, shalat teraweeeh, iftor dan jugak du'a kita semua selamat dunya akhirat. Amin... 


**************************************************


Okeh, entry kali ni aku nak sambung perjalanan trip di Ireland bulan May aritu. Nak abeskan cepat-cepat. Kang basi, berkulat takde sape lak nak baca. Hiks. 

Lepas kitaorang dah rasa puas kat Giant's Causeway tu, sempat la shalat siap-siap kat area parking lot tu. Then, meneruskan perjalanan menuju ke Cliff of Moher. Actually ni adalah keje gila okayy untuk direct journey dari Giant's Causeway menuju ke Cliff of Moher ni. Jarak perjalanan adela dalam 5-7 jam gak untuk sampai merangkumi jarak kira-kira 400km. Dah la kitaorang mulakan perjalanan actually dah petang dalam pukul 5 petang camtu. Time tu rasa macam baru pukul 3 petang camtu since siangkan panjang skang. Masuk waktu maghrib pun dalam 9:35 malam. 

Ayuhhh! Semoga selamat sampai hendak-Nya. 




Perjalanan hari tu aku rasa amaaaaaatttttlahhh jauh. Yela kete pun takde banyak sangat. Pastu lalu pulak celah-celah jalan kampung yang hanya ada 1 lorong je. Speed limit ko tau brape? 120km/h! Hahahahah bukan main laju lagi speed limit dalam jalan kampung camni. Lampu jalan jauh sekali sebab hanya akan ada bila dah nak masuk sesuatu pekan. 

Ok teruskan memandu dengan berhati-hati tatkala hujan mula menyimbah bumi ni. 

Bila dah sampai waktu dinner camtu, we had no choice melainkan singgah kat satu macam pekan pei makan Johnny Pizza opted for seafood dan vege pizza. Meletop rasanya! Ke sebab dah rasa kebulur yang amat? ZzZzZ....

Seingat aku, perjalanan kitaorang aritu memang lama daripada biasa. Expected to reach our destination yakni our hostel for the nite would be at midnight!

Sayyy whatttt? Sebab takut nanti sampai dah lewat kang takleh nak check-in lak. So, kawan aku call hostel tu untuk inform akan kelewatan kami sampai. Lega dorang boleh tunggu~ Fuhh~ 

Memandu lagi dalam gelap... hujan... senyap sunyi. Sesekali terdengar suara aku menyumbangkan beberapa buah lagu untuk ahli jemaah dalam kete. Hahaha lantaklah janji aku tak mengantok nak drive ni kan. 

Alhamdulillah... selamat sampai kat hostel kami. Hostel ni kawan aku penah stay dulu. Review pun amat bagus. Nanti aku buat entry khusus untuk hostel ni. InsyaALLAH. 

Berjaya check-in dengan selamat. Disambut pulak dengan receptionist yang ramah. She said to us that our trip is crraaazyyyyy~ Hahahah what to do... gigih punya pasalkan. Janji sampai dengan selamatnya. 

Malam tu tido dengan nyenyaklah esok nak pegi terjah Cliff of Moher katanya..

ZzZzZzZz.............

********************************************


Hari nan indah. Alhamdulillah... cuaca pagi ni amat cerah dan mentari kuar dengan cantiknya. Macam biasa, segarkan diri masing-masing. Get ready untuk breakfast dan check-out terus.  Since perjalanan hari hostel menuju ke Cliff of Moher ni takdelah jauh mana pun. We took our own sweet time. Lagipun travel dengan budak kecik. U need to have some buffer time for them to get comfortable. Kang cranky jenuh lak. 

Ape lagi? Jom gerak ke Cliff of Moher. 

Honestly, Cliff of Moher ni salah satu wishlist aku gak nak jejak kaki sebab dulukan ade satu klip video Westlife - My Love yang penah buat kat sini. Aku rasa tempat ni amatlah macam awesome sebab cliff yang curam tepi laut. Fuhh~ feeling dia rasa awesome kot. 

Fyi, cliff ni adalah setinggi 120 meter dari paras laut dan ketinggian yang paling tinggi adalah menjangkau kira-kira 214 meter yang terletak di bahagian utara. Nama Cliff of Moher ni diambil bersempena nama sebuah fort yang dipanggil Moher terletak di Hag's Head yang terletak di bahagian selatan of the cliff. Fort tu dah takde skang sebab sudah diruntuhkan untuk membina telegraphic tower yang baru. 

Mesti bosan baca panjang-panjangkan? Penat nak menaip bulan posa ni. Hiks. 

Cuaca aritu memang terbaik aku rasa. Selalunya aku tengok member-member aku yang datang sini mesti berkabus yang agak tebal dan misty. Alhamdulillah, time aku datang memang jelaslah nampak cliff tu dari kejauhan sekalipun. Walaupun orang ramai datang tempat tourist yang dah memang mainstream tu. Tapi tak menghalang aku untuk melihat keindahan alam yang terbentang luas ni. 

area parking berbayar dalam EUR3/car tak silap aku then kene jalan kaki skit untuk menuju ke pintu masuk area Cliff of Moher ni ^___^

kedai-kedai souvenirs yang mengingatkan aku kat rumah Hobbits kat NZ. hiks, cuma tak berbentuk bulat je

dah nampak bayang cliff dah ni dari kejauhan. excited!

Owh ya, entrance fee untuk masuk ke Cliff of Moher ni adalah lebih kurang EUR4/pax. Aku guna student card, maka dapatlah harga students. Tiket masuk ni kita beli time nak masuk area parking. Kat situ akan ada booth untuk bayar tiket. 

Apa lagi?

Layan gambar je k... 

keindahan Cliff of Moher

aku zoom skit...

nak pegi belah lain tu, kene menapak skit

view dari tempat aku berdiri, kat belah sana pun lawa

belah kiri tu kalo takut nak berjalan tepi tebing yang belah kanan tu, actually it is not advisable la untuk jalan tepi tu, gayat wooo plus angin duk bertiup memang kencang!

belanja gambar layan perasaan, hahahah padahal time ni gayat wooo kot-kot tergelincir

sape berani boleh la berjuntai kaki kat tepi tebing tu, uishhh aku nak pegi dekat pun seriau!

ok terpaksa meniarap hahahah sebab takuttttttttt! angin memang kuattt time nih!

tak pegi la sampai sana sebab dah malas dan jauh nak kene patah balik

view pakai gopro, i think i should get one

ok beranikan diri

tua muda, semua ada datang nak tengok sendiri... 

takungan air

bila dah makin ke atas memang dah takde penghadang dah, the risk on our own dah... 

ada castle kecik kat sini

the other side of Cliff of Moher, nama jalan ni The Burren Way

ada yang berani untuk bergambar tepi tebing, aku cuakkk kot-kot tergelincir terus arwah tak sempat nak buat wasiat. huk huk

ruangan bertangga

perut dah lapar, masuk ler cafe makan seafoods chowder and vege pasta, jadikla buat kenyang perut

A'ad makan ape tu... give uncle some please. hahahah

Keadaan dalam cafe tu memang sesak dengan pengunjung, kitaorang pun takdela duk lepak lama mana pun. Then, turun bawah kedai souvenirs. Kalo ada niat nak beli souvenirs boleh la beli kat sini gak. Harga average untuk 1 ketul fridge magnet adalah EUR2.99 jenis batu-batuan yang amat kemas buatannya! Ni aku tengok memang dah murah dah. 

Kat sini gak ade free wifi. Hahah update dengan tak update! 

Then... where else? 

To be continue...

Till then.. 

Bye!

20 comments:

  1. Salam john.. Dapat komen pulak. Gembira sangat... Memang sgt tabah dgn perjalanan yg jauh tu.. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Balik tak raya? Atau beraya di perantauan..

    ReplyDelete
  3. @Nurzakiah Hanum,
    tak best pun. bese2 je rasanya skang ni bila travel. maybe kene stop dulu la kot.



    @Khairuddin Lim,
    waalaikumussalam bro. hahaha dah tak busy ni boleh la bukak balik komen. selamat berpuasa saya ucapkan jugak! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btw, saya tak balik... nak merasa beraya kat sini. hiks.

      Delete
  4. Selamat berpuasa dan beraya di Eropa Bang John. pemandangan di CoM Irlandia sungguh indah luar biasa. beruntung dapat lihat langsung ke sana.

    ReplyDelete
  5. 20 jam puasa?...ok..ok..u can do it..its a new experience. Nanti dokek2 nak raya buat salam dari PERANTAUAN tau....best nya dpt merasai suasana raya di sana

    Aha...kat sini lah tempat yg John update dalam Insta tu...

    Berbaloi travel 5-7 jam sbb view yan sangat cantik..gambar seperti lukisan...alaaa..Gayat keww..mmg tak boleh naik roller coster lah cenggini hiksss

    psstt : makin slim dan bergaya lah sekarang

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa and bertabah bro. 20 hrs tu lama tul. btw..hehe..jaman2 stadi dulu bdak2 umah kitaorg buat kuih cara and roti jala utk pot-luck malay community..haha..tergezut makcik2/wife2 org kat situ budak2 bujang antar kuih melayu. :)

    ReplyDelete
  7. Selamat berpuasa John!

    20 jam puasa?? kena betul2 kuat dan tabah...semoga dipermudahkan segalanya...

    Mcm biasa...gambar2 semua sgt best.....rasa mcm nak pegi lihat sendiri....

    ReplyDelete
  8. Selamat beraya di perantauan...Jangan lupa pose gambar-gambar beraya di perantauan...

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa di perantauan. Semoga sabar menempuh puasa yang panjang dalam musim panas ni.

    Tak sangka ruangan komen dah keluar balik. Seronoknya dapat komen dan bertanya khabar John di sana.

    Buat roti jala he he he..mesti sedap. Acuannya macam mana? Bawa dari Malaysia ke atau tebuk tin?

    Cantik sungguh pemandangan di sana.

    ReplyDelete
  10. @Gunadi Firdaus,
    terima kasih gunadi, selamat berpuasa jugak utk kamu ya. ;) semoga barakah di bulan yg mulia ni. alhamdulillah rezeki dpt tengok. semoga kamu pun akan ada peluang yang sama nanti. InsyaALLAH.



    @Jari Manis,
    hahahh insyaALLAH. so far takde masalah. ok je. cuma kene banyak minum air kosong. hahahah slim ke? hahaha



    @Agip Roslan,
    selamat berpuasa jugak bro. almost 20 hours. so far okla takdela penat sangat sbb summer skang ni pun mcm sejuk gak. bila dah nak berbuka tu mula la berdebar lapar. hahaha. bila duk sini, mula la rajin nak makan macam-macam. mula2 buat tu hancur gakla. hahaha lps tu dah ok.



    @Liza,
    selamat berpuasa Liza! Have a bless ramadhan. insyaALLAH. one day sampai jugak nanti.



    @Khairuddin Lim,
    insyaALLAH, dah ade dalam perancangan tu. ;)



    @Kak Naramas Aman,
    selamat berpuasa akak di Pulau Pinang! insyaALLAH. so far takde teruk sgt panas kat UK ni. masih sejuk jgk kdg2 tu. ;)

    saya bukak balik la akak sbb skang dah tak brape nak busykan. ;) acuannya nanti saya kongsikan. hahaha.

    ReplyDelete
  11. nak drop komen pendek je
    tamau panjang2...
    akak jeles John pandai buat roti jala
    ok bai

    (heheh)

    ReplyDelete
  12. Hi adik! Selamat berpuasa 20 jam..
    bertabahlah yer

    gambar giler cantik habaq hang! tak dapat pegi sana, tengok kat sini pun dah cukup, bersyukur

    nampak tak komen ala-ala islamic sempena bulan ramadhan hehehe

    ReplyDelete
  13. hai tokey kasut.

    selmat berpuasa 20 jam ye. InsyaAllah bertambah2 pahala :-D

    mana roti jala ko?, nak tengok haha

    ReplyDelete
  14. Mashaallah..cantiknya pemandangan..bila la dapat sampai situ..:)

    ReplyDelete
  15. haiyo Subhanallah cantiknye view !
    selamat berpuasa bang John hehe

    ReplyDelete