Assalamualaikum!
*Entry ini tidak ada kaitan dengan aktiviti travel*
Pejam celik, pejam celik dah seminggu dah kita berpuasa di bulan yang penuh barakah nih. Rasa sekejap gilerkan? Bangun tido, buat keje skit, masak-masak kat dapur eh dah nak berbuka.
Tahun ni, tahun pertama berpuasa kat overseas. Excited much? Takdela jugak lepas duk kat sini dah nak masuk 6 bulan tak rasa pape pun. Rasa macam duk kat KL jugak cuma yang berbezanya persekitaran, makanan yang jumpa kat luar dan orangnya. Kawan-kawan kat sini pun orang dah aku rasa macam kenal lama, jadiknya perasaan homesick tu takdelah la sangat. Adakah ini simptom aku akan lupa diri taknak balik Malaya dah? Ahaks!
Anyway, kat sini skang dah masuk musim panas dah actually. Tapi panas dia takdelah berbahang sangat aku rasa. Still rasa sejuk gak waktu siang tu. Tapi bila dah masuk malam, bila bukak pintu rumah rasa macam bukak peti ais. Hiks. Okla takdela kene pakai sweater pun. Rasa macam sejuk-sejuk aircon pun ada. Yang penting tak ketibas. Haaa tahu ke ketibas tu ape? Ketiak basah!
Tahun ni jugak tahun pertama berpuasa lebih lama berbanding biasa. Kiranya sepertimana yang kita sedia maklum, bila musim panas ni keadaan siang di kawasan eropah ni akan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada biasa. United Kingdom pun tak terkecuali jugak dengan waktu matahari terbenam pun dah lebih kurang jam 9:30 malam setiap hari dan matahari terbit pula kira-kira 4:50 pagi. Haaaa awal gilerkan? Kalo tiba bulan puasa lak, dah semestinya waktu berlapar tu lebih lama. Adalah lebih kurang 19 jam camtu.
Alhamdulillah... sepanjang seminggu puasa ni aku rasa takdelah terlalu penat atau terjelepek je kat rumah dengan musim cuti skang ni. Yela, summer pun rasa sejuk gak. Takdelah letih mana pun. Macam biasa bangun setiap hari pun dah lebih kurang 10/11 pagi setiap hari. Kadang-kadang tu waktu zohor baru bangun. Yela, kang bangun awal-awal pun nak buat ape sangat. Buat lagi lapar ade la kot.
Tapi bila duk puasa kat perantauan ni, dah tentulah aku paling teringat bazar ramadhan kat Malaysia tu. Walaupun bukanlah penggemar sangat pun nak jejak ke bazar ni, tapi suka la beli makanan yang aku nak makan time duk sendiri dulu. Atleast belanja RM10 untuk sekali makan. Okla makan untuk isikan perut je.
Bila duk kat kawasan yang takde bazar ramadhan ni, juadah berbuka ni tentulah kene masak sendiri kecuali tekak ko boleh menerima kebab, kebab, kebab tak pun pizza. Sesekali tu boleh la makan luar, tapi ape la sangat berbanding home-cooked mealskan? Hiks.
Yang paling aku ingat nak makan sekali adalah kuih-kuih untuk bukak posa. Kuih manis seperti jala mas, buah tanjung adalah my favourite aku. Aku ni kan.. bergigi manis. Dah tu ore kelate pulok. Mama aku dulu mesti teringat nak bekalkan aku bawak balik KL untuk makan time posa. Now? Harapan la kan....
Jadik bila craving kuih-kuih yang nak makan tu kene la buat sendiri. Gigih la haiiii duk google cara-cara nak buat kuih. Selalunya first trial ni memang hampeh la hasilnya. Sabarlah wahai hati...
Cakap banyak pun tak gunakan. Baik aku share, juadah sepanjang menyambut puasa kat sini. By the way, housemate aku ni seorang yang pandai masak. Sebut je ape yang terdetik kat hati, insyaALLAH dia akan masakkan. Aku tak pandai sangat masak-masak ni, tapi kalo buat benda-benda manis ni. InsyaALLAH pandailah. Hahahah.
Ayuhhh!
ini adalah ayam masak merah yang tersedap kat Birmingham ni, dibuat oleh Ratu Sambal yang amat pakar dalam ayam masak merah ni. Rasa dia memang terasa kat kenduri orang kawen lah! |
pajeri nenas untuk makan sekali dengan ayam masak nerah tadi bersama nasik minyak, aritu tu kebetulan nak celebrate birthday anak kawan gak |
tekak aritu nak makan makaroni and cheese. so buat dua jenis, satu bakar dan satu lagi makan camtu je |
puding roti yang dah siap dibakar, meletop! hahaha alahaiii puji diri sendirikan. hahahah |
nak buat kuih ketayap tapi dah macam berpenyakit pulak kulit dia susah wehh nak buat! kene menuntut ilmu lagi ni. by the way, inti dia memang dah jadik elok dah |
dah siap letak lilin! |
Happy Birthday Emir Fahad! A'ad turns 2! |
my small family in Birmingham |
Till then.. selamat berpuasa!
Almost six month kat sana....cepat betul masa berlalu...Pandai betul masak..yg paling suka tgk roti jala tu..mmg cantikk..tak lupa juga kek tu..wahh..kalau JM yg pompuan ni..x pandai nk masak semua tu....huhuh..
ReplyDeleteRoti jala tu tetap cantik wpun pakai acuan botol mineral..yg penting ada jalanya.
ReplyDeleteKuih Ketayap tu..jap..jap..akak nak gelak..hahahaha..!!
Victoria sandwich & puding roti tu..wallah..mcm pastry chef yg buat..hehe
Selamat berpuasa dik..yg penting tak ketibas..hehehe
ok kek tu aku kagum!kagum bkn sikit2 punya....tabik spring kat lu bro!hahaha
ReplyDeletebtw, Selamat Berpuasa! Toksah la duk sana lama sgt..meh balik cepat meh nakpi bazar ramadhonnn ni carik jala emas, akok, laksam...eh...hehehe
betul
ReplyDeletewhom ever near to you will be your family.
masuk bulan ramadhan pun akak ada mixed feeling gak
miss that moment back 1996/1997.
*balik msia, tak buatkan akak roti jala..siap...*
woah jeles
ReplyDeletejohn pandai masak
selamat berpuasa!
Salam Ramadhan John
ReplyDeletesummer, 19 jam lah gamaknya puasanya hehehe
takpe , Allah nak bagi pahala lebih tu. Kalau rasa seronok kat sana John, sambung lagi belajar lepas ni ke peringkat lebih tinggi hehehe
cite pasal summer kat sana, kali pertama kami sampai bumi ratu ni kalau tak silap tahun 2002, lepak kat rumah SIL kat Gants Hills, Ilford . Penangan jetlag, kul 4 ptg summer time masa tu kami dah terbongkang tido hehehe
kul 2.00 pagi mata dah celik , apalagi suruh orang rumah pi dapur buat nasi goreng siap tumbuk pakai lesung hahaha
pasti mat salleh sebelah rumah cakap , what the hell lah bunyi keletung2 memalam ni hahaha
selamat menjalani ibadah puasa di rantauan
ReplyDeleteJohn..akak kagum sangat2 dengan VC kamu! kemas sangat hasilnya..meletop!
ReplyDeletepastu roti jala tu pun sama..cantik jer walaupun pakai botol air mineral, akak buat pun tak secantik tu tau!
last sekali nak komen..menyesal buka blog kamu pepagi cengini..kang dah tak pasal-pasal menyiksa perut dan nafsu!
pehh...roti jala tu mmg cantik. kelass ko john. kek pun ko reti buat..
ReplyDeletemm..rasanya ko dah bole bukak bisnes kt birm :-)
btw, selamat mengharungi Ramadan ye.
Wah pandai buat roti jala. Menjadi, walaupun buat dengan botol mineral.
ReplyDeleteOh rindu kuih-muih Kelantan ya.
Kuih ketayap tu nampak macam tebal kulitnya. Kena letak telur, air lebih sikit, garam sikit, blend ~ kecairan bancuhannya kalau dititiskan/ditarik ia tak putus, turun dengan kadar yang tak laju dan tak perlahan...letak perasa pandan lagi menarik. Kuali kena kuali "wok ", bukan kuali leper.
Di sana Malaysian Embassy tak buat pasar Ramadhan ke? Masa saya berpuasa di Beijing dulu, ada, Malaysian Embassy yang buat.
Anyway John memang pandai memasak.
Gosok2 mata..
ReplyDeleteStill x caye John masakkkk!
Semua nmpak sedapppp hoii!
Still mcm tak caya ko masak kek tuu..sbb aku pun tak gheti wehh!
haishh!
Sikecik tu, ibunya nama Huda ke? Selalu baca blog peejburhan. Dorang best friends.
ReplyDeleteBanyak utang nak kene bayar ni. AWAS. hahaha
ReplyDeleteBanyaknya makanan enak-enak Bang Jhon. Ramadhan memang identik dengan banyak makanan dan banyak makan.
ReplyDeletewah...bestnya....sama macam puasa di sini.....macam2 makanan malaysia ye..bertuah sungguh.
ReplyDeleteLama tak follow, sedaq2 ada kat uk... Teringat masa aku duk UK 5 tahun sudah... Mula2 sampai musim luruh, so x de la macam time summer, siang panjang... Bukak puasa kat masjid, makan kurma dengan jus epal... Solat maghrib dulu, lepas tu makan la, first juadah aku berbuka kat sana chicken wrap, gelabah aku dek tak de nasik... Lepas tu gi terawih kat tempat len, aku dah la mengantuk gila, terawih pulak lama, baca panjang2... last2 aku tumbang... Aku kalau rindu masakan malaysia, mesti usaha cari barang, cari resepi kat internet buat... Apa2 pun aku rindu pulak nak puasa kat sana, best dan banyak kenangan...
ReplyDeleteWah pandai kau masak John...dan nampak macam sedap pulak tu...
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kareem blog kaki berangan..
ReplyDeleteWah, pandai masak yer!Hebattttt..=)
Dah habis kreatif kan guna botol mineral untuk lukis roti jala atas kuali. Duk jauh dari family buat anda berfikir secara kreatif, tahniah! Hahaha. Eh tapi, ketayap ada penyakit kulit tu memang confirm lawak! Bingai tau tetiba kuih ada sakit kulit.
ReplyDeleteGood Posting... :)
ReplyDeleteBtw I'm so hungry now..
myweb: tiket pesawat murah | homestay di yogyakarta
hem iya puasa bibir suka kering pucet lagi :3
ReplyDelete