Assalamualaikum!
Tibalah bahagian terakhir untuk trip aku Swiss ni. Kiranya ni adalah pitstop aku yang terakhir sebelum terbang balik ke Birmingham, UK. Tak sabar rasanya nak balik rumah sendiri. Rasa lama giler travel untuk kali ni. Walhal, baru nak masuk 6 hari je. Gosh! I'm getting old.
Actually, aku takde plan pun nak singgah Basel ni, tapi memandangkan that's the only cheapest ticket that I can get to fly out from Switzerland. Then, that's it! Let's go to Basel la jawabnya. Dulu Chawanna pun flew out from Basel gak. Airlines yang aku dapat ni adalah Ryanair yang berharga EUR65/pax untuk sehala. Flight pulak malam. So, kiranya ada 1 hari suntuk untuk jejalan kat sekitar Basel.
Hopefully cukup dan menariklah tempatnya! *Finger crossed*
inilah main train station kat Basel, wayar berselirat tu adalah untuk trams |
Lepas check-out dari Lion Lodge Hostel pagi tu, kitaorang teruslah gerak menuju ke Lucerne Bahnhof untuk naik train menuju ke Basel yang mengambil masa tak lama pun dalam lebih kurang sejam lebih camtu. Tiket train kitaorang beli siap-siap kat mesin kat train station semalam yang berharga CHF32/sehala. Fuhh~ mahal gakkan? Walhal untuk sehala je tu. Nak buat camne, Swiss Pass dah expired.
Untuk pegi train station ni, kene la naik bas. Kalo hari-hari sebelum ni ade Swiss Pass je, main naik jela. Tapi arini berkira-kira patutkah aku beli tiket? Aku terus terdetik, takyah beli la, naik jela. Lagipun duit dengan nak kering giler-giler dah nih. Hahaha actually jangan buat camni tau. Kalo korang ternaik time ade orang check ticket tak ke mampos kene denda ke ape? Hiks.
Note: Perkhidmatan bas kat Lucerne ni kene beli tiket dulu kat mesin sebelum naik bas.
Nasib baik takde orang check, lega gaklah. Since tak breakfast lagi, kitorang pegi kat kedai pastry beli la roti pape yang patut. Boleh buat makan dalam train sementara carik kedai mana betol-betol boleh singgah mencekek.
Train bergerak meninggalkan Lucerne lebih kurang jam 9 pagi camtu meluncur laju ke Basel.
Harap-harap cuaca elok la hendaknya.
Bila dah selamat sampai kat stesen Basel tu, ape lagi carik signboard yang tunjuk loker. Aku dah sepakat dengan kawan nak tinggalkan je bagpacks ni kat dalam loker. Giler nak angkut jejalan pusing city dengan bagpacks yang berat ni. Rebeh la bahu nanti. Terus tak hensem! Matilahhh poyo. Hahah...
Tempat loker terletak di tingkat bawah station. Tak susah pun nak carik. Turun eskalator terus nampak belah kiri nanti. Rate untuk sehari adalah dalan CHF7/loker. Agak besar boleh muat 2 bagpacks yang bersaiz 50Liter ke bawah. Kira kos dah boleh share. Jimat!
Usai dah simpan barang, ape lagi pegi carik tourist information ler. Nak tau la kot-kot ape yang menarik kat sini. Takdelah jalan secara menkhinzir buta kat tengah-tengah city ni. Mintak maps dan tanya sedikit sebanyak soklan bla bla bla.
Kiranya kalo nak explore kat city ni, boleh jalan kaki je. Fuhh~ jimat duit lagi. Dari train station menuju ke city centre tak jauh mana pun dalam 15 minit jalan kaki.
Ayuh!
Sebelum tu, aku nak ringkaskan sedikit la pasal Basel ni untuk panduan aku dan korang semua berdasarkan ape yang aku baca.
- merupakan tempat tourist yang agak "underrated" berbanding city lain di Switzerland.
- bahasa utama yang digunakan adalah German, tetapi English and French are widely used. Papan tanda kebanyakkannya dalam bahasa German.
- terletak di bahagian utara-barat negara Switzerland bersempadan dengan Perancis dan Jerman.
- kedai kasut jenama "Bata" agak pricey. Kiranya orang ada-ada jela yang boleh beli brand ni, design pun lagi lawa compare dengan kat Malaysia.
- kaya dengan senibina baru dan lama yang berbentuk kontemporari bagi mereka yang berminat nak tengok hasil seni macam ni.
- kalo sempat melawat Basel ketika musim spring, jangan lepaskan peluang tengok karnival Fasnacht, menarik!
- antara tempat yang wajib dilawati adalah Old Town of Basel. Boleh tengok Munster, Pfalz, Marketplatz, Rathaus Hall dan etc.
Ok dah tu je, yang aku sempat baca kat ---> Wikipedia
Ape lagi? Layan gambar lah!
salah sebuah cathedral yang ada, besar! |
celah-celah kota yang tak brape nak besar |
dongak kepala |
kedai bunga |
salah sebuah jalan utama menghala city centre |
since cuaca elok dan cerah, ramai locals amek peluang untuk menikmati coffee kat luar cafe |
masih awal lagi, banyak kedai-kedai baru nak start bukak pintu |
kerusi berwarna-warni |
akhirnya sampai jugak kat Marketplatz ni, kiranya centre of Old Town, belakang tu adalah Rathaus, macam city hall |
bangunan Rathaus yang berwarna-warni |
pasar tani pun ada pagi-pagi camni |
fridge magnets bagi yang berminat, average harga untuk sekeping adalah CHF7-8/each, mahal! |
Korang penah tak rasa macam bila tengah-tengah jalan tu, rasa macam "haish, takde mood la, rasa nak balik skang jugak!" Bukan sebab ape, kadang-kadang maybe sebab rasa macam dah lama rasa travel. Excitement tu dah takde. Korang pun mesti rasa benda yang sama kadang-kadang tu.
Ntahlah yeob!
Since macam malas nak jalan, kitaorang terus singgah McD untuk lunch. Alang-alang tu ade lak wifi free boleh la nak buang masa sejam dua kat sini. Hari pun masih lagi cerah. Tak brape nak sejuk mana pun. Sambil-sambil tu sempat la aku belek maps yang aku amek tadi. Kot-kot ade tempat yang best perlu terjah ke ape. Or atleast, 1 thing must do kat sini. Takdelah ralat sangat bila balik UK.
Lepas rasa dah panas bontot dah duk melangut kat McD tu, maka mula beransurlah aku. Plan aku nak ikut peta satu walking trail ni kataya ada view yang berbeza skit. Tak silap ada 5 walking trails yang berbeza dalam city yang boleh kita explore. Bagi mereka yang berminatlah! Aku ni pun sekadar nak hilangkan rasa ralat nanti.
Jujur katanya~ hahah
Walking trail tu starts dari tempat Marketplatz tu tadi. Tapi since aku dah jalan jauh dah ni, sesaje jela jalan tengok-tengok tempat orang yang pasni kene sampai tempat tadi balik.
bangunan di tepi Rhine River |
bangunan di tepi Rhine River |
merenung nasib sampai jadik batu |
anjing-anjing kat sini gebu-gebu betol! geram! |
laluan trams |
cafe |
macam alam fantasi pulak rasa, ni view dari atas jambatan |
amek gambar bunga tepi jalan |
amek lagi. hiks. |
time ni dah mula nak meriah dengan orang ramai, kadang2 terpikir, tak keje ke hoiii! |
dah sampaiii sini balik! |
kalo kat sini hati-hati skit sebab trams asyik duk lalu-lalang setiap 2-3 minit camtu |
rehat-rehat tengah panas |
Dari ape yang aku perhatikan, Basel punya city agak tourist friendly, kira senanglah nak jejalan kat sekitar city ni dengan papan tanda yang mudah faham dan bersepah. Plus, tak ramai pun nampak tourist kat sini. Apetah lagi asian. hahahah.
Maka, aku mulalah carik permulaan walking trail aku ni, ada a few gambar berlainan warna macam kat gambar bawah ni.
Aku nak cerita lebih, tapi kawan aku dah terbuang pamplet informasi pasal routes yang ada. Maka, layan gambar jela. Tapi walking trail ni agak menarik bagi mereka yang minatlah.
orang betol ke? hiks |
Spalentor, 600 years old city gate |
tingkap rumah yang comel |
Lebih kurang jam 4 petang camtu, aku decided untuk terus ke airport. Dah rasa penat sangat dah nak explore city of Basel ni. Ape yang aku tengok ni pun dah cukup untuk memuaskan hati aku ni. Walhal, masih banyak masa lagi kalo nak explore sebabnya flight aku adalah pada jam 11.45pm! Hahahah giler lama okehhh duk melangut kat airport tuh. Dah la takde free wifi!
Sadis! Sadis! Rasakan!
Sebelum terus ke airport tu, sempat la beli coklat bawak balik.
Untuk ke airport, hanya perlu naik bas kat depan train station tadi yang bernombor 50. Tambang pulak berharga CHF4.20/pax. Terus ke departure hall. Perjalanan pulak ade la dalam 20 minit.
Lama gak kitaorang kat airport tu, cubalah bayangkan sendiri. Perghhh! Dah la last flight untuk malam tu. Esoknya sampai rumah dalam pukul 5 pagi, pukul 8.30 pagi dah bersiap sedia pegi kelas.
Hahahah kau mampu? Gigih punya pasalkan.
Papepun, tu jela cerita kat Switzerland.
Bye bye!