Friday, June 13, 2014

#3 - Carrick-a-Rede Rope Bridge

Hoiiiii!!!!

Pukul 5:30 pagi aku dah terjaga dari tido aku.  Walhal malam sebelum tu aku terlena dalam jam 10:30 malam camtu. Penat sangatkan katanya. Tup-tup 5:30 pagi aku dah kedengaran bunyi-bunyian Upin Ipin dari ipad kawan aku. Tu tandanya anak kawan aku dah bangun ler. Hahaha

Aku ingatkan dorang masih lagi dalam tak mandi, rupanya dah siap pakai baju semua! Tunggu nak gerak je. Motif awal giler bangunkan? Sampai aku sendiri pun terjaga segar bugar lak tu. Kat luar pun memang dah cerah giler dah skang ni. Borak punya borak... decided untuk gerak awal arini untuk menuju ke Giant Causeway. 

Kalo ikutkan map, tak jauh pun masa nak sampai kalo pakai highway yang ber'toll', tapi pagi tu, aku cakap why not kita lalu jalan "Causeway Scenic Route". Aku nampak papan tanda tu time nak pegi ke The Dark Hedges semalam. So, aku assumed Causeway Scenic Route tu memang akan menghala ke Giant Causeway lah. Saje nak tengok view, mana tau lagi cuns.

So, ape lagi? Let's bersiaplah! Lebih kurang 7 pagi camtu kitaorang dah on the road dah. 

Fuh~ awal-awal... 

Pemandangan sepanjang perjalanan tu memang lawalah aku kata. Teringat pulak macam view kat Great Ocean Road. Jalan pesisir laut. Walaupun cuaca agak sendu, tapi kene la jugak redha. Sesekali sempat stop untuk amek gambar sebab lawa. Hiks. 

aku nampak tunnel kecik ni pun kat pinterest, jumpa gak akhirnya tapi takde ruang nak stop kete pun, jadik snap dari dalam kete jela


salah satu tempat singgah turun amek gambar
 
view yang menghijau warnanya

taktau bunga jenis ape ni, tapi kelopak dia agak keras

Perjalanan diteruskan... menuju ke Giant Causeway. 

Apparently kalo lalu guna Causeway Scenic Route ni akan amek masa lagi lama berbanding normal road. Aku rasa adalah dalam 2 jam lebih journey kitaorang ni nak sampai ke destinasi. Lalu macam-macam pekan dah, ada besar, ada gak kecik. 

Tapi sebelum sampai ke Giant Causeway tu, sempat singgah salah satu tourist attraction yang agak mainstream kalo datang ke Northern Ireland ni. Kiranya memang touristy punya tempatlah. Kalo sape datang ke Giant Causeway memang agak combine sekali dengan tempat ni. Tak jauh antara satu sama lain yakni lebih kurang 10km je. 

Nama tempat tu "Carrick-a-Rede Rope Bridge" how to pronounce it? 

Try la lidah melayu ni, janji ejaan betol! Hahaha

masih single and available, nama dia Emir Fahad

view dari jauh sebelom betol-betol sampai

menuju ke tempat jualan tiket

Hari tu kat kawasan parking memang penuh dengan kereta pelancong, plus bus persiaran pun agak banyak! Wahhhhh memang sangat touristy tempat ni. Getus hatiku. 

Sebelum tu, kene la cerita skit sebanyak pasal Carrick-a-Rede Rope Bridge ni. Saje nak share benda aku baca kat internet dan jugak kat sana. 
  • sebuah jambatan yang diperbuatan daripada tali terletak berhampiran Ballintoy, County Antrim
  • jambatan ni menghubungkan tanah besar dengan sebuah pulau yang kecikkk-kecikkkkk katakau yang bernama Carrickarede yang bermaksud dalam english "the rock of casting" Bukan the rock is cooking ya~
  • tak panjang mana pun jambatan ni, hanyalah sepanjang 20 meter yang terletak kira-kira 60 meter dari paras laut. Tinggi gak tu? Kalo mereka yang gayat sure goyang
  • kalo ikut sejarah, ianya dibina oleh nelayan ikan salmon dengan binaan asal dengan satu je tali untuk berpaut dan jugak lantainya kepingan kayu yang jarang-jarang antara satu sama lain. Fuh~ memang taklah aku nak menyeberang kalo macam tu
  • jambatan yang kita tengok arini dah mengalami banyak perubahan dah sesuai dengan tempatnya sebagai tempat pelancong
  • Carrickarede ni terhasil daripada aktiviti lava gunung berapi zaman lampau dulu, no wonderla ianya berbatu hitam
  • daripada Pulau Carrickarede ni memang kita akan nampak dengan jelas kepulauan Scottish dan jugak Rathlin Island
  • tempat yang sesuai untuk tengok burung
  • nak baca lebih? boleh ziarah Google. Hiks. 

Nak masuk sini ianya bukanlah free, kene la sumbang sedikit duit. Harga bolehla rujuk gambar kat bawah ni nanti okeh! 

Lepas dah beli tiket tu, ingatkan dekat la nak sampai ke jambatan tali tu. Rupanya tidakkkk! Kene menapak adalah dalam 1km jugak nak sampai tu. Meliputi jalan yang mendaki, menurun dan jugak sesekali ada anak tangga kene naik turun. Kalo mereka yang bawak stroller tu agak payahlah bagi aku. Nak mengangkut bagaikan. 

Gitu... bercakap melalui pemerhatian katanya. 

Apa lagi? 

Biarlah gambar berbicara. 

katanya... 

bayaran masuk

cliff daripada batu basalt tak silap

nak meroyan? sini adalah tempatnya! 

nak balik dah kew~

orang tua, orang muda, baby, kanak-kanak, remaja, couple semua ada datang melawat sini

skitttt lagi nak sampai dah. ayuhhhhhh langkah kaki! 

nampak macam mulut buaya pun ada

hati-hati kene naik tangga ni, heels are totally not advisable!

haaaaa, tunggu amek giliran nak seberang sana, ada orang check ticket sebelom tu

tak silap 8 orang sekali lalu, kalo tidak, tak seimbang katanya

air laut memang cantik kat sini!

ayuhhhhh! Bismillah dulu k... aku goyang seriously bila orang kat belakang jalan laju! hahaha 

lubang

sape tak suka tengok view camni? fuhhh~ 

batu?

burung tu... watpe? menyusu anak ke~

lawa lagi! Ya Allahhh indahnya~

kita naik atas skit tengok camne view

atas skit lagi....

semakin tengah hari orang tak ramai sangat, lunch kot

jom balikkkkkkk~ nampak tak kat hujung tu tanah besar? aku speku Scotland dah tu

ayuhhh mengatur langkah! 

buat wedding photoshoot pun lawa nih!

nak turun boleh skit tapi hati-hati, tapi nak ken pulau kecik lagi satu tu dah takde jalan

last...

Bila dah puas, ape lagi... mula bergeraklah. Nak pegi ke Giant Causeway lak. 

Bersambung lagi. 

Till then...

Bye!