Hari ni naik kapal terbang lagi oiiii!
Bersambung dari entry sebelumnya yang tertunda aritu dek kerana panjang pulak.
Flight menuju ke Dublin dari Birmingham tak amek masa lama pun. Lebih kurang 40 minit je. Macam nak balik dari KL ke KB je rasanya. Eh, rasanya lagi singkat je. Yela, Ireland ni terletak kat pulau sebelah UK ni je. Bukannya jauh mana pun. Flight aritu pagi lebih kurang jam 8:30 pagi. So, kene la datang lebih kurang 2 jam awal ye dak? Walaupun dah siap buat web check-in siap-siap, takut la pape yang tak disangka terjadi.
Skang ni kat UK, pukul 4:45 pagi dah sunrise, haaaa cuba bayangkan waktu subuh aku kat sini jam 2:31 pagi. Fuhhh~ awal betol. Tak sempat nak tunggu 2/3 malam nak buat tahajud. Hiks. acah-acah la zuhud skit sekali-skala. Jadiknya, by the time aku gerak menuju ke airport pagi tu dalam pukul 5:30 pagi dah memang ada matahari keluar dah. Cuma yang lainnya, sunyi sepi. Yela, manusia mana nak bangun seawal ni nak pegi ofis? Acu kabor? Masing-masing masih lena diuli mimpi oiiiii....
By the time sampai airport, biasalah early flight selalunya memang ramai orang, plus time tu selalunya harga tiket memang murah. Hiks. Everything must be low cost katanya. Tak kisahlah. Janji dapat naik kapal terbang.
Sebelum pegi ke departure hall, kene la sahkan passport and visa dulu kat boarding pass yang tersedia aku printed out kat rumah. Then, barulah menuju ke departure hall. Birmingham Airport ni punya security check ni kadang-kala renyah gak. Kene bukak kasut la, belt la, cecair semua kene keluarkanlah. Tapi nak buat macam mana kan? Ikut jela...
Somehow, aku lebih suka terus terbang direct dari Birmingham instead of terbang dari antara salah satu airport kat London nu. Yela, senang takde incur more cost plus jimat masa. Ni nak pegi London lagi satu hal amek masa perjalanan. Busuk-busuk pun dalam 3-4 jam gak la nak sampai sana. Haaa camne itu? Tapi dah tu tiket yang dapat dari London yang paling murah, terimalah seadanya katanya.
Wahhh, panjang dah intro aku kat atas ni! Fuhhh!
Okeh-okeh, flight pagi tu takde delay-delay. On the dot katanya! Plus, aku perasan mostly yang naik flight ke Dublin pagi tu pakai suits sume. Maybe ada meeting kot. Yela, flight pun awal pagikan. Cuaca aritu memang marbeles. Langit biru, awan kepul-kepul semua cantiklah! Harapnya kat sana nanti pun cuns babas gak. InsyaALLAH.
Sempatlah aku membuta barang seminit dua atas flight tu.
bukti cuaca elok pagi tu |
Aku ingatkan airport kat Dublin ni kecik-kecik comel je. Rupanya besar gak weh. Jauhhh gakla kene menapak dari pintu kapal terbang hinggalah ke tempat nak cop passport. Suka betol aku bila part nak chop passport ni. Peramah weh pegawai yang jaga tu. Plus, we came in a group ade budak lak tu. Lagi la dia banyak tanya. In addition, haaaaa ada penggunaan in addition kat situ, nampak tak kesan daripada exam arini? Hahahaha okeh okeh, the way dia stamp passport pun nampak kemas dan tak berterabur. Kan bagus macam tu. Nampak cantik la skit kesan stamp tu. Takdelah berterabur pun.
Dah setel amek bag kawan aku semua, terusla carik kaunter collect kereta sewa. Aku dah ceritakan kat mana aku sewa kereta semua, boleh rujuk entry ---> SINI
Time ni, aku sebagai yang tukar book and main driver kene la kasik lesen kan. Check-check punya check lagi, adoyaiiiii aku tertinggal lesen aku kat rumah woiii! Camne itu? Aku memang tinggal kat rumah macam IC, Lesen memandu semua ni yela jarang pakaikan. Kang duk dalam wallet je, kalo hilang kat sini tak ke payah nak setelkan semua?
Haaaa sudah camne, tanya kawan aku sorang tu ada bawak lesen tak? Dia dengan senang hati kata aku punya dah expired plus tak bawak pun. Camne itu?
Tanya adik kawan aku lak yang baru sampai sini ikut kakak dia. Ada bawakkk lesen tapi umur dia baru 21 tahun? Camne itu lagi? Kang kene bayar extra charge pulak sebab bawah 25 tahun.
Last effort, aku tanya laki kawan aku tu. Nama dia Ice. Haaa bagus tak nama dia? Ketulan Ice. Cool je orangnya. Orang kata, rezeki la masa tu dia bawak lesen dia! Fuhhh! Lega aku, teruslah proceed dengan amek kereta. Proceed berlaku dengan smooth and silky. Takde hanky panky cume kene collect kereta kat depot car rental tak jauh dari airport. Nanti naik je shuttle yang disediakan untuk pegi sana.
Ayuhhh!
Tapi sebelum tu nak bagitau, rupanya aritu aku bawak je lesen aku, aku selitkan kat salah satu ruang dalam wallet aku. Tu yang tak perasan tuh! Bingai dan gelabah betol. Hahahah. Takpelah, benda dah lepaskan. Hiks.
Dah amek kete semua... teruslah shoot ke Dublin City! Nak isi perut dulu nih plus nak carik Hard Rock Cafe. Macam biasa, ada kawan pesan katanya.
papan tanda dah ada dua bahasa, satu english dan satu lagi Irish |
Sebelum sampai kat Ireland ni, memang aku dah download siap-siap offline GPS untuk navigate kawasan sekitar. Rupanya dalam kete tu pun dah ade built-in GPS. Tapi sendu skit la nak guna sebab tak brape reti lagi cara nak pakai. After a while, dapat la carik penunjuk jalan menuju ke Hard Rock Cafe tu.
Mula-mula lalu highway, ada yang berbayar dan jugak tak berbayar. So, kitaorang kene set siap-siap GPS supaya avoid "Toll Road".
Overall, journey ok tapi bila part mula nak masuk city tu, jalan mula jammed. Haishhh ni yang kurang gemar ni. Tapi takpe, kita layankan ajelah.
Ada satu jalan ni, yang menuju ke Hard Rock Cafe, aku perasan banyak betol kedai makan yang halal. Maka, ape lagi la terus la cakap kat kawan aku carik parking. Since dah masuk city, bukannya boleh parking meratakan. Kene la carik parking space yang proper. Tapi rate nak membayar pun haish... mahal woooo! Since memang nak turun gak, memang bajet 2 jam je.
teringat kereta kat kampung yang ada built0-in GPS gak, tapi yang ni lagi cool sebab ada beberapa maps buah negara lain tak terhad kepada Ireland je |
suasana nak masuk city dah ni |
parking rate, haaa baru aku ingat area banyak kedai makan halal ni dekat dengan Trinity Street |
Jalan-jalan punya jalan. Eleh bukan jauh nau pun kene jalan kan. Keluar je dari parking building tu dah terus nampak berderet kedai halal. Ada yang proper macam Malaysian Kitchen, ada gak makan macam ala-kebab turkish camtu. Since malas nak jalan jauh, kitaorang settled with makan kebab.
U know what? Satu benda yang aku kurang faham skit. Okla macam negara UK dan Eropah lain bukannya jauh sangat beza pun plus berjiran pun ada. Tapi yang aku tak faham harga makanan adalah lebih mahal di negara Eropah berbanding kat UK ni.
Sebagai contoh makan 1 meal doner kebab, kalo kat UK ni senang-senang je boleh dapat dalam GBP3-4/set. Tu pun portion dah boleh makan 2 orang dah. Tapi kat Ireland ataupun negara Eropah lain, fuhhh harga dia macam double. Padahal sama je kot. I dont get it tho... gitu slang British skit. Hahahaha. Walhal, kedengaran agak jinjang jew~ hahaha.
back alley, bersihhhhhhhhhhh! |
main road kat sini ada banyak kedai makan halal, insyaALLAH takde Cadbury |
Dah setel makan, kitaorang mula menapak ke Hard Rock Cafe yang tak jauh daripada situ lebih kurang 300 meter la jugak. Lalu celah lorong la skit. Aku guna GPS yang ade kt handphone aku tu. Takdela susah mana nak carik. Lalu celah bangunan yang ade seni grafiti. Bersih dan colorful la jugak.
Takde ape sangat pun aku nak beli cuma tolong belikan HRC Pins untuk kawan aku sebab dia seorang pengumpul yang tegar. Aku nak carik tumbler Starbucks tapi nampaknya kat Ireland ni takde jual tumbler yang jual ade tulis Ireland or whatsoever. Duh~
Layan gambar sekitar kawasan HRC ni.
Dah rasa lebih kurang puas hati tu, teruslah kitaorang pegi balik ke tempat parking. Nak kene teruskan perjalanan menuju ke Belfast arini sebab esoknya nak pegi ke Giant Causeway pulak. Atleast, takdelah amek masa sangatkan.
Overall, perjalanan smooth je yela sebab lalu highwaykan. Takdelah nampak jalan sesak je ape. Tapi sebelom sampai ke Belfast tu, aku ada niat nak lajak dulu sampai ke kawasan "The Dark Hedges" hutan yang ala misteri tu. Aku jumpa pun secara kebetulan time duk browse dalam pinterest tu. Why not pegikan. Dah alang-alang tu. Takdelah jauh mana pun lebih kurang sejam dari Belfast.
Walhal... jauh gak weh!
Jenuh gaklah nak set GPS sebab tak jumpa tempat nama Armoy (lokasi hutan tu), aku ni duk cariklah dalam map GPS Ireland. Walhal, Armoy ni terletak di Northern Ireland dan Northern Ireland pulak terletak dalam United Kingdom! Haaaaaa faham tak? No wonder la carik punya carik tak ketemu jawapanya! Choiii betol!
Gigih tau singgah RnR dorang semata-mata nak download maps UK lak. Camne itu? Nasib la RnR dorang ade free wifi. Dalam pada tu, sempatla jugak beli fridge magnets berharga EUR2.99/each. Jenis batu-batuan tapi hasilnya amat kemas dan bersih. Nanti aku sharekan kalo tak lupa.
Since dah tau rupanya maps tu dalam UK je, tengok GPS kat kete lak, memang ada negara UK. Hahahah senang la keje aku. Nasib jumpa tempat nama Armoy tu. Maka, ayuhhhh ler kita!
cuaca amat cantik! |
suasana jalan raya #1 |
suasana jalan raya #2 |
suasana jalan raya #3 |
Rupanya jalan nak sampai ke "The Dark Hedges" ni agak mencabar? Yeke mencabar? Walhal jauhhh masuk ke kawasan pedalaman yang mana aku mula doubt kat diri sendiri. Betol ke ni weh. Dah la hari macam tiba-tiba nak hujan. Signal GPS pun mula nak buat hal. Time kat Northern Ireland ni, aku dah boleh guna 3G untuk simkad aku, maka boleh la tengok papekan. Tapi bila dah jauh masuk kawasan dalam ni, 3G pun nan-hadooo dah. Sadis.
Sebab bila GPS kereta kata "you have arrived at your destination or what not" mula la pandang. Mana yang hutan kata 300 tahun tuh hoii! Kawan aku kat belakang mula mencerca secara halus. Puiii!
Ok takpe, kita try tanya local yang ada kat tepi jalan tu. Aku terus tunjuk je gambar yang aku screen shot. Alhamdulillah memang rezeki nak jumpakan. Dia kata tak jauh dah, mohon drive lagi dalam 2-3 minit. Nanti jumpalah jalan "The Dark Hedges" tuh.
Maka, dahhh sampaiiii!!!!
Time kitaorang sampai tu, ada la beberapa orang professional photographer yang siap lengkap dengan alat fotografi amek gambar suasana. Tak susah sangat nak tunggu orang tak lalu jalan tu. Sunyi sepi je. Kalo lalu malam-malam, aku rasa agak seram gaklah. Nasib ada ponti ke potong ke, cik lang ke. By the way, ade ke kat tanah ratu ni? Hiks.
Tak panjang pun jalan ni, lebih kurang 500 meter je. Okla duk situ sampai puas, then kitaorang mula bergerak menuju ke Belfast. Hari pun dah makin petang ni.
Check in untuk hari tu adalah di http://www.laganbackpackers.com/ amek dorm kongsi 6 orang. Okla tak jauh dari city centre. Since masing-masing dah penat, tapau je dinner malam tu beli seafood fried rice kat kedai Indian. Beli groceries skit kat Tesco untuk bawak as jajan dalam kete.
Actually, kat Belfast takdelah nak explore mana pun. Bagi aku takde pape sangat yang menarik. Hanya untuk persinggahan je nak pegi ke Giant Causeway esoknya.
Tapi malam tu sempat la pegi ke City Hall Belfast. Saje nak amek gambar untuk been there done that katanya.
Haaaa esoknya? Pukul brape kami bangun?
Nantikan....
Maaflah entry terlalu panjang bagi aku. Kalo nak baca, bacalah... taknak baca tengok gambar jew. Hiks.
Till then, bye!