Thursday, September 5, 2013

Jeju Island : Part 5 - Folks Village | Trick Art Museum | Cheonjiyeon Falls

Jom jom! 

Bersambung dari bahagian sebelumnya. 

Destinasi seterusnya adalah Folks Village. Kat Jeju Island ni ada beberapa buah folks village. Ada yang besar dan berbayar, dan ada jugak yang tak brape besar and it's free! Since kitaorang pun takde banyak masa, dan sekadar nak tengok-tengok je, maka teruslah pegi ke folks village yang free tu. Set GPS siap-siap. Here we go! Tapi sebelum tu, sempatlah kitaorang pegi kejap ke Folks Village Museum yang berbayar tu. Tu pun sekadar berada depan entrance je. Kalo nak tengok semua benda agak makan masa. 

Untuk info berkenaan Folks Village Museum ---> SINI


Jadiknya, kitaorang terus bergerak ke tempat yang free tu. Alah sekadar nak been there, done that. Time ni memang panas giler! Rasa nak duk dalam kete je sebab ada aircond. 

Dah balik Malaysia tu, barula buat kajian balik apa yang berbeza dari penduduk Jeju Island dengan tanah besar. Kalo kita faham bahasa korea, tentu kita dapat tangkap perbezaan dialet penduduk Jeju Island dengan tanah besar. Pastu, corak kehidupan kat sini pun agak slow motion yakni aman damai takde macam kat tanah besar yang semuanya mesti cepat dan pantas. 

Time kitaorang sampai kat sini, sunyi je. Pelancong pun takde yang datang. Park kereta, teruslah terjah. Takde pun penduduk yang datang nak sambut kitaorang ni. *hampa* Jadiknya, kitaorang terjah jela mana-mana rumah yang rasa takde orang tuh. Kosong kosong! Mana peginya semua orang? Hahaha. 


Cuba perhatikan pagar pada gambar diatas. Ianya membawa maksud yang tersendiri. 

Kalau semua tiga kayu tu naik merentang, jadiknya tuan rumah takde dan berkemungkinan lambat lagi balik. So, balik jela.. tak payah nak berassalamualaikum lama-lama. 

Kalau 2 kayu je naik, tuan rumah ada pegi jenguk anak-anak kat tempat lain. Tak lama dalam 2 3 hari je. Nanti datang balik. 

Kalau 1 kayu je naik, tuan rumah pegi keluar sekejap/beli groceries. Nanti balik. Tunggu~ 

rumah beratapkan daun nipah? betol ke ayat aku ni? 

dinding tanah liat disokong oleh batu-batuan dan jugak berpintukan kayu reka bentuk kuno

efek black & white skit


Okeh... destinasi seterunya adalah Trick Art Museum. 

Terletak dalam 15 - 30 minit perjalanan jugaklah dari Jeju Folks Village ni. Dah alang-alang sebab my other travelmates nak singgah sini. Why not kan... time ni cuaca ya ALLAH amat panas membahang! I need aircond please!!! 

Entrance fee: KRW8,000/pax

Kalo sesiapa yang penah pegi muzium sebegini kat I-city, lebih kurang camtulah apa yang ada kat Trick Art Museum nih. Tak besar dan tak kecik ruang dalam dia. Okla kalo bagi mereka yang 1st time jejak kaki masuk ke muzium sebegini. Ada macam-macam 3D efek yang menarik dan kreatif. 

Jom layan gambar kat bahagian dalam. 

pintu masuk

bukan penggemar jelly bean tapi teringin nak ada coklat M&M kat dalam setiap balang ni. perghh heaven! 






hebatnya aku! hahaha walhal berat macam gajah. hahah

Dah abes pusing kat bahagian dalam tu, keluar pulak tengok hehaiwan yang dibekukan di kawasan luar. Honestly, aku tak tau apa makna dorang duk buat kuda belang warna pelangi ni. Ilusi optikkah? Ke aku yang tak brape nak pandai dalam mentafsir nih. Tapi layankan jela. Sekadar sebuah entry...




Antara wishlist aku bila jejak kaki ke Jeju Island ni, adalah nak berlari-lari riang dalam ladang limau @ tangerines. Kat sinikan amat femes dengan limau/oren/tangerines ataupun dalam bahasa koreanya adalah  Halla Bong. Tapi disebabkan kitaorang datang salah musim, makanya takdela limau-limau bergantungan kat pokoknya. Untuk lepaskan niat tu, singgahlah beli limau kat kedai tepi jalan je. Walaupun harga mahal macam bedil, tapi nak merasa jugak belila. 1kg dalam KRW7,000. Adalah dalam 7-8 bijik tak silap aku. Rasanya.. masam nak mampos! Maybe sebab bukan dalam musim. 




Menginjak ke tengah hari dah kitaorang ni. Perut macam lapar...

Next destination adalah Cheonjiyeon Falls. 

Info lanjut ---> SINI

Ni adalah antara salah satu air terjun wajib singgah kalo datang ke Jeju Island. Harus diingatkan air terjun yang aku nak pergi ni hanya ada 1 terjun je. Takde level-level tertentu untuk tengok. Yang tu adalah Cheonjeyeon Falls. Sebutan seakan sama tapi adalah berbeza tau. 

Set GPS.. here we go! 

Time sampai, tak menjadi masalah sebab parking adalah banyak dan free. Ada jugak kedai-kedai yang menjual makanan, minuman dan souvenirs sebelum kaunter tiket. 

Entrance fee: KRW2,000/pax. 

Sebelum pegi tengok air terjun, kitaorang nampak pulak macam kawasan yang ada kerusi dan meja untuk pelancong berehat. Jadiknya terus decided untuk makan tengah hari kat situ terus. Sambil hilangkan penat. Beli instant rice kat 7-eleven dan terus panaskan guna microwave kat situ. Senang dan pantaskan? Berlaukan rendang daging dan ikan bilis goreng. Enak sungguh! 



makan tengah hari kat sini

Dah abes mencekik masing-masing. Teruslah mulakan langkah pegi tengok air terjun. Ingatkan dah dekat, rupanya still kene menapak dalam jarak 700 meter camtu untuk sampai ke tempat air terjun. Tapi tak brape panas, sebab lalu bawah pokok yang redup. Nyaman je rasa sambil kedengaran air terjun turun... 

Time ni pelancong yang datang memang ramai yang amattt! Sumpah tak tipu. Jadiknya amek gambar pun sekadar melepaskan batuk di tangga. Ahaks!



ni lah air terjunnya! 

tengok belakang aku ni betapa ramainya ummah pelancong!

berjalan di bawah pokok, syiokk! 

make a wish! 



Dah puas bergambar dan menghayati keindahan alam... tekak terasa gatal nak makan ice-cream. Belila ice-cream sorang satu. Syiokk makan tengah-tengah panas nih!



Ok dah tu je dulu...

To be continued. 

Bye!

12 comments:

  1. wah kalo indication ada dgn takde kat rumah guna pagar, senang la perompak plan nak rompak rumah! hahahaha...

    aih bestnyer jalan2! takpe, takpeee!

    ReplyDelete
  2. soalan pertama.. berapa kali percubaan buat kepala bawah kaki atas tu? hahahaa..

    Eh..!! mana gambar tuan hamba sedang berlari2 di ladang limau @ tangerines? hehehee..

    Ice cream tu sedap jer.. apa tah lagi di tengah panas ek.. :D

    ReplyDelete
  3. ehehehe...kelakar pulak bila baca maksud pagar kayu tu

    Last pic dlm ArtMuzeum tu, John nampak kurus..kreatif pic

    ahh...seperti biasa...pic awesome wlpun sekadar melepaskan batuk di tangga katanya...Jeju!!! wait 4 me ;-)

    ReplyDelete
  4. Bestnya..Saya dijangka bercuti ke sana bulan Disember 2013. Bagi nasihat?

    ReplyDelete
  5. John, is it just my eyes making tricks on me, or gambo ko mmg seksi sampai nampak perut + boxer? Hahaha

    ReplyDelete
  6. lor, xde org ke yg p mandi kat air terjun 2???
    syg gile....

    ReplyDelete
  7. aku tak pernah lagi pergi ke Jeju Island.. hanya pernah ke Seoul aja... so maybe next time akan singgah ke Jeju Island. InshaAllah

    ReplyDelete
  8. awat tangan bengkok buat handstand..hehehe

    ReplyDelete
  9. Hehehe air terjun mungkin pegi, trick art museum tu mcm hmmmmm...

    ReplyDelete
  10. Lazartnya aiskrim last skali tu..

    hahaha aku tegok gambo last je dulu.. baca kendian.

    bizi .

    ReplyDelete
  11. @Biqque,
    hahaha tau takpe! tp tu semua depends atas kesedaran masyarakat tu sendiri. kalo dah jenis pencuri. ko letak la alarm infra red skali pun. tentu kene gak. hahaha



    @Time Traveller,
    hahaha jawapan: skali je! hebat tak aku? hahahah.

    gambar berlari tu mmg takde sbb pokok je ade! limaunya masih belom berbuah bro! hukhukhuk...



    @Jari Manis,
    hahaha motip kurus? takde maknanya~ hahaha.



    @Khairuddin Lim,
    what kind of advice do you want? ;)



    @Azra,
    hahahah seksi ke seksa? ;p



    @Takky,
    hahaha takde. sape nak mandi kalo ramai org duk amek gambar air terjun tuh. malu seyyy~ hahaha.



    @Lavender,
    insyaALLAH. boleh honeymoon lagi. ;)



    @Jea Mohamad,
    tulang temulang mmg ada sakit bengkok skit. hiks.



    @Chawanna,
    sila-sila jangan lupa beli tiket tau! hahaha.



    @Zette,
    kat mana terbalik tuh? hahah



    @Janggel,
    hahaha jom beli ais-krim! untungla bakal dato' jugak katanya.

    ReplyDelete