Wednesday, May 28, 2014

[Part9] Lake Lucerne Cruise

Haluuuu haluuuuuu!!!

Ape macam dah tengok dah teaser sikit pasal Ireland aritu? 

Teringin nak pegi tak? Semoga korang pun dapat jejak dan explore lebih dari aku lagi okeh? 

Hari ni aku sambung balik pasal Switzerland. Nak abes dah rasanya ada dalam beberapa entries je lagi. Kali ni tak silap hari ke-4. Hari pertama di Lucerne. Aktiviti yang aku buat lepas check-in kat Lion Lodge Hostel. 

Bila dah sampai Lucerne (Luzern in German) dah kurang skit kedengaran ummah lokal bercakap dalam bahasa perancis tapi lebih kepada bahasa german. Papan tanda pun dah mula banyak dalam bahasa German. Kiranya negara Swiss ni ada banyak bahasa perantara yang digunakan. Dan english bukanlah bahasa utama. Tapi takpe. Janji faham. Hiks. 


Lebih kurang 5.30 petang camtu kalo mengikut timetable waktu cruise, terus bertolak dari Pier 1 untuk memulakan perjalanan. Mula-mula tu ingat takde la sejuk sangatkan pakai pun hanya sweater dan tshirt kat bahagian dalam. Fefeeling tourist yang amat duk kat bahagian luar hujung skali. Sekali tu, fuhhhhh~ bila angin bertiup, menggigil haii... nyesal pulak tak bawak jaket lebih. Nakkkk pulak, kawan aku pakai hanya sehelai baju nipis. Hahahah ape lagi, menggigillah beliau. Nasib aku bawak extra jaket, kasik kat dia. Tahan la nak 2 jam punya cruise ni. 

Cuaca arini pun memang sumpah cantik! Boleh nampak pulak puncak gunung-gunung yang menjadik latarbelakang bandar Lucerne ni. 

Layan gambar? 

Jom! 

masih lagi nampak snow-capped mountain

kediaman diatas bukit, feeling orang kaya

kapal layar, syiokkkk woooo rasanya

bendera EU

memancingla ape lagi, agak2 ikan kembong ada tak?

by the time nampak puncak gunung ape ni kurang pasti, awan mula beredar

view yang marvelous kalo ada sebuah rumah kat tasik ni

dari rumah atas, boleh bergolek untuk pegi rumah bawah lak. hiks

kawasan bukit yang agak padat

Kalo korang berminat nak pegi ke Mount Rigi, kene naik cruise ni jugak sebab nanti dia akan stop kat hentian Vitznau untuk naik train pulak menuju ke Mt Rigi. Antara aktiviti yang boleh dibuat kalo datang Lucerne ni. Sebab ada beberapa hiking trail yang menjanjikan view yang menarik. 

Aku memang ada plan nak naik Mt. Rigi ni, tapi nak buat esoknya takut arini tak sempat. Jadi, arini just sit back and relax jela. 

Actually, patut naik Mt. Rigi tu arini je sebab arini cuaca superb cantik. Esoknyaaa??? amatlah sedih katakau! Tapi tu entry lain lah. 











Akhirnya, lepas 2 jam naik cruise berlabuh la kembali kat jeti tu. Since masih lagi matahari belum terbenam. Sempat lagi jejalan kat kawasan Old Town of Lucerne nak tengok je ape yang menarik. Walaupun time ni dah rasa penat badan dah. Taktau la kenapa. Maybe sign of ageing kot. Hahahah hoiiiiii muda lagi kot. Baru 23 tahun. 

Niat asal nak capture night view kat Old Bridge chapel tu. Tapi faham-faham jela, nak tunggu betol-betol gelap. Alamatnya memang lama la sebab siang kat sini skang memang panjang. Lebih kurang jam 11 malam baru la betol-betol gelap. If not dalam pukul 9 malam camtu baru nak masuk Maghrib. Tak ke jenuh nak tunggu betol-betol malam. Dah la kedai-kedai kat sini tutup seawal jam 6 petang. Bosan! 

Sebab malas nak tunggu betol-betol malam, maka balik la hostel. Malam tu makan megi je sebab dapur kat hostel tu penuh dengan tetamu duk masak skali. Malas nak tunggu lama-lama. 

matahari senja

matahari mula nak terbenam

ingatkan masjid, rupanya gereja uols! hahaha 

air yang jernih dan bersih

bangunan kat sini especially area old town memang akan nampak banyak seni kat dinding bangunan

salah satu kawasan di Old Town, menarik tapi banyak kedai yang dah tutup maka agak sunyi skit

menara jam

taman di tepi tasik

blue hour ke ni kat Old Bridge chapel

Ok dah tu jela yang berlaku untuk hari ke-4 ni. 

Till then.

Bye!