Tuesday, May 13, 2014

[Part6] Sekitar Interlaken & Lauterbrunnen

Morning!

Kali ni kita bersambung kisah travel aku ke Switzerland. Dah masuk bahagian ke-6 dah. Bila laaaa nak abis ni kan, Rasa lama betol kat Swiss ni. Hahaha. 

Tapi honestly, aku memang rasa lama bila travel ke Swiss ni. Yela 6h5m tapi memang 6 hari solid lah sebab flight balik tu dah tengah malam. Kira kasik lenjan abes-abesan. Rasakan! Nak travel sangatkan. 

Selingan, aritu teringin sangat nak makan apam balik kat pasar malam Setiawangsa, aritu gigihla google resipi nak buat apam balik. Percubaan pertama, gagal dengan jayanya sebab pakai pan yang melekat! Abes apam jadik hancur! Hahahah. Tapi, cubaan kedua amatlah berjaya! Cuma nak kasik rasa macam pasar malam tu, taktau macam mana. I speku penjual pakai ramuan rahshia. Hurm. Tapi yang penting luar dah cantikkan. Kene improve bakat lagi. 

Next? Karipap pulakkkk! Hahahah

Orait, lepas turun dari Harder Kulm tu, memang niat nak bersiar-siar kejap nak tengok macam mana rupanya pekan Interlaken ni. Apa yang ada, apa yang boleh tengok kat sini. Bla bla bla... 




Lepas turun berjalan ke atas yang tak pasti, yang pasti aku cross sebuah jambatan dan jalan terus je. Ternampak pulak kedai kebab halal. Haaaaaa, adakah kita akan makan kat sini? Mestilah makankan, saje gedik nak perabih duit kat sini. Tapi order 1 meal jela share dua orang. Kemut nak mampos katanya. Yang penting ada wifi free. Hahahah. 



Dah setel makan, teruskan la jejalan tanpa tujuan. Kat area Interlaken Ost ni agak lengang skit dengan manusia ataupun pelancong. Agak damai berbanding ketika aku berjalan kaki menuju ke Interlaken West. Kat sini suasana agak meriah dengan bas-bas persiaran dan jugak pelancong! Mostly dari Asia. Kaya okeh dorang ni. Kerlas sangat datang travel sampai ke Swiss. Kiranya Interlaken ni agak maintstream dengan pelancong. 

Tak jalan jauh mana pun, cukup sekadar penah sampai dan tengok ape yang ada. Bagi mereka yang berminat, kat kawasan sini ada gak booth untuk buat aktiviti macam paragliding tu. 

Jom layan gambar. 









Dari pemerhatian aku, harga petrol kat Swiss berbanding UK tak banyak beza. Maka, kalo dapat buat roadtrip kat sini pun agak syiokkk gak. Tapi aku kurang pasti samada view yang akan nampak nanti sama ke tak kalo travel dengan train. 

Maybe lain kot. 

Lepas dah penat dah taktau nak buat ape tu, naik balik train dari Interlaken Ost menuju ke Lauterbrunnen. 

Since tak sempat nak tengok pape lagi kat sini, just jejalan je. Time ni dah lebih kurang jam 6 petang. Sunyi dah. Yela, kedai-kedai sume dah tutup. Penduduk kat sini tengah ready nak makan malam dah bersama keluarga. 

Aaaahhhh rasa damai sangat. Bunyi pulak air terjun dari tepi gunung tuh. Kan best kalo ada kampung kat sini. Aritu dalam cable car menuju ke Gimmelwald, berborak dengan akak ni. Dari pakaian dia macam duk kat bandar dengan fullsuit bagai. Tapi dia bawak beg besar, katanya dia ada rumah kat atas gunung tuh! Woahhh bestnya. Tapi rumah family la, ni dia balik pun sebab cuti easter. Time for family.

Syiokkkk gilerrrrr kampung atas gunung! 

Jom layan lagi. 
















Ok dah... esok nak check-out dah dari Mountain Hostel Gimmelwald ni. Kenangan yang best!

Nampaknya tak sempat la nak naik puncak Schiltorn nak tengok Top 3 mountain. 

Maybe next time. 

Bye!