Assalamualaikum!
Kembali bersiaran selepas berjalan naik kapal terbang. Hiks.
Terasa lama betol tak naik kapal terbang ni. Bontot rasa panas dah duk kat rumah ni. Haruslah kene anginkan dengan kerusi kapal terbang. Ye dok? Hahahah.
Kejadian travel ke Ireland ni berlaku lepas balik dari Switzerland aritu. Kawan aku ajak penuhkan orang untuk trip dia untuk jejalan ke Ireland. Tak mahai pun tiket kapal terbang hanya GBP20/return! 40 minit perjalanan je dari Birmingham ni.
Ape lagi? One set go!
Since ni trip pendek, maka aku try buat segalanya untuk planning. Senang dan tak susah mana pun. Plus, aku nak tau beberapa tempat lokasi mainstream yang aku nak terjah bersama jemaah nanti. Tak boleh terlalu hardcore sangat sebab bawak budak 2 tahun dan cuaca pun agak macam gloomy kalo ikut ramalan cuaca.
Kali ni travel secara troli-molly. Tak mau galas beg. Campak je dalam bonet. Senang!
Ni adalah itinerary aku sepanjang 4h3m kat sana:
- Day 1 - Dublin ke Belfast (overnite sana)
- Day 2 - Giant Causeway
- Day 3 - Cliff of Moher
- Day 4 - Wicklow National Park
Maka terjawablah bagi yang mereka tanya kat aritu menerusi mesej ke ape. Tapi ni roadtrip yang agak gila. Gila sebab ape? Orang Irish yang aku jumpa kat hostel kata trip kami ni gila. Hahahah sebab jauhhhh giler rasa perjalanan kitaorang semata-mata nak datang tengok tebing, batu dan rumput! Hahahah how? Tapi takpelah, bajet tak besar, masa terhad, cuaca tak menentu.
Janji dapat sampai... more than enough.
Alhamdulillah.
Segala accommodation aku booked in advance menerusi Booking.com takde deposit dikenakan. Manakala kereta pulak aku booked menerusi RentalCars.com dan terus bayar in advance guna debit card. Kereta pulak aku terlambat booked, maka harga dah naik mahal skit. Total harga kereta untuk 4 hari sewa berjumlah GBP122.70 dapat kereta sedan boleh muat 5 orang.
LESEN MALAYSIA ADALAH VALID kalau nak drive dekat Ireland ni. Tak perlu sediakan lesen antarabangsa pun. Tak perlu translate jugak lesen tuh!
Matawang yang perlu disediakan kalo korang nak travel kat pulau Ireland ni better sediakan duit "Pound Sterling" dan jugak "Euro".
Kenapa ada dua currencies? Sebabnya kalo travel belah Northern Ireland (Giant Causeway dan jugak Belfast), ianya masih lagi dalam kumpulan United Kingdom. Manalan Ireland (Dublin, Cliff of Moher dan Wicklow dan kawasan bawah ni) bukan berada dalam kumpulan UK. Maka, berbedalah mereka agak crisis masalah jiran tetangga yang aku kene bukak balik bacaan nak tau lebih lanjut.
Ape lagi ek?
Pape yang nak tau, maybe better direct email or PM kat FB jela kot. InsyaALLAH dapat membantu.
Kita layan gambar okeh!
|
muka sape lak ni di tanam kat dinding? scary! |
|
suasana di Dublin sejalan dengan Hard Rock Cafe Dublin |
|
menuju ke Belfast |
|
The Dark Hedges, berdekatan dengan Pekan Armoy |
|
menuju kegelapan? hahaha |
|
rimbunan pokok berusia lebih 300 tahun |
|
sekitar Carrick-A-Rede, berdekatan Giant Causeway |
|
tebing indah |
|
rope bridge di Carrick-A-Rede |
|
lubang? |
|
sarang burung |
|
pelancong yang datang |
|
keindahan Carrick-A-Rede |
|
view dari angle atas |
|
mitos di Giant Causeway |
|
batu-batuan berbentuk hexagon |
|
ombak memecah batuan |
|
mistik |
|
hasil bentuk mukabumi yang terbentuk jutaan tahun yang lampau |
|
cantik je potongan batuan ni |
|
view luas skit |
|
feeling Westlife - My Love |
|
sekitar Cliff of Moher |
|
sekitar Cliff of Moher |
|
merenung masa depan |
|
tebing yang menggerunkan |
|
ade lak castle kat sini? |
|
sekitar di Burren Way, Cliff of Moher |
|
Cuaca baik time ni, memang cantik! SubhanaALLAH |
|
wide angle |
|
Belfast City Hall |
|
menuju ke Wicklow National Park |
|
view di Wicklow National Park |
|
pokok nan sebatang |
|
mencari lokasi P/S: I Love You |
|
view menuju ke Sally Gap, Wicklow |
Orait tu je... now? Study mood ON kembali.
Till then...
Bye!