Wednesday, May 21, 2014

[Part8] Scenic Train Ride "Interlaken - Lucerne"

Bonjour! 

Macam kat Paris tak? Hiks. 

Masih lagi kat Switzerland aku ni. Bila ntah balik-balikkan? Hiks. 

Anyway, bersambung dari entry sebelum ni. Kali ni perjalanan train aku bermula dari Interlaken Ost station menuju ke Lucerne/Luzern. Perjalanan kira-kira hampir 2 jam ni memang bakal menyajikan salah satu train journey yang aku nantikan. 

Kalo korang berpeluang, jangan lupa naik route ni tau. Confirm tak menyesal. 

So far, takde drama yang tidak diingini berlaku. Maybe kerana berkat lindungan Kaabah ni. Semuanya selamat. Alhamdulillah. Hiks poyokan. 

Macam biasa, train journey aku untuk hari ni masih lagi dicover sepenuhnya dengan menggunakan Swiss Pass. Esok last day nak pakai. Jadik pakailah dengan sewajarnya. Cuaca hari ni memang aku tak nafikan memang betol-betol cantik! Tak sejuk dan tak terlalu panas. Tapi sekali skala bila matahari terpacak atas kepala tu, terasa bahang la jugak. Terpaksa bukak dah jaket tu. 

Perjalanan keretapi ni bakal melalui beberapa pekan kecik dan sederhana besar. Turun naik gunung, lalu celah-celah gunung yang tinggi, tepi tasik. Cuma takde celah bedah je tak lalu. Kiranya boleh rasa experience dapat tengok view dari atas, dan jugak dari bawah. Sesekali masuk jugaklah dalam terowong. Tapi kejap jela. 

Tips samada nak duk belah kiri ke kanan? Aku suggest duk belah KIRI! View belah ni lagi awesome! Tapi kalo takde orang dalam coach tu, boleh je nak berpindah randah. 

Mesti korang nak layan gak kan view ni? Ayuh aku nak share nih! 

actually, aku nak duk kat belah auntie ni, tapi dia dah sampai dulu. merasalah aku duk tengok view dari belah lagi satu


since dah masuk spring, bunga-bunga liar mula tumbuh kat atas padang rumput nan menghijau ni

puncak gunung yang hanya tinggal sisa-sisa salji

lalu celah kampung kecik?

view dari atas gunung nak turun menuju ke pekan kecik, air tasik tu kaler emerald!

gereja

rasa tenang je bila tengok

misteri sebuah rumah di tepi tasik? buat bbq best nih! ayuh!

Tak lama selepas tu, aku selamat tiba di Lucerne Bahnhof (station ketapi) kat tengah-tengah bandar Lucerne ni. Tak silap time ni dalam pukul 2 petang camtu. Cuaca kat sini hari ni memang best! Dengan langit biru, rasa angin sepoi-sepoi bahasa dan jugak suhu yang warm-warm nails. 

Mula-mula sekali terus aku carik jalan keluar. Nak carik kedai makan oiii! sejak dari tadi lagi perut duk berbunyi mintak isi. Keluar je dari stesen yang agak besar tu, nampak pulak kat belah kanan tu ade McD! Teruslah masuk tanpa banyak soal. Order pulak Fillet o fish. Janjilah dapat alas perut. Tapi harga? Pffffttttt mahal macam bedil! Satu set adela dalam CHF12/set. Sadis uols. Mahal nak mampos. Tapi sebab lapar, ngam sajelah skit-skit. Dah la macam mayonis, pepper tu kene bayar extra 20 sen. Huk huk huk. 

*makan sambil usap air mata berjuraian*

Lepas dah kenyang, barulah lega nak mencari hostel yang aku dah booked aritu. Aku dah booked 2 malam kat Lion Lodge Hostel --> WEBSITE aku booked via Booking.com. No deposit required for booking. Simply enter your credit card or debit card details. Okeh?

Okla rate dia takdelah mahal mana eh, yeke? Berpatutan la kot. Kene naik bas dalam 5 minit camtu. Kalo nak jalan kaki pun boleh, tapi memandangkan Swiss Pass masih lagi boleh digunakan maka, kita naik jela. 

Yang senangnya jugak, hentian bas utama pun betol-betol depan train station ni. Kiranya, terus kuar train, naik pulak bas. Ada banyak platform untuk bas, cuma kene tau nombor brape yang patut kene naik. Takde masalah. Sistem kat sini, kene beli tix dulu baru naik. Ada mesin tiket yang disediakan. Kat sini, aku perhatikan memang based on trust. Sesekali ada la pegawai yang datang check tiket atas bas. So far, aku tak penah nampak lagi. 

By the way, hentian bas dia takde bumbung ye. Kalo hujan aku taktau la macam mana. 

dalam Lucerne Bahnhof

gerbang besar depan train station, kat sini jugak bus station

bukti tak sejuk mana kat sini

view dari tingkap bilik hostel aku

view dalam bilik 4-beds dorm. okla aku tak prefer sangat tapi yang ni boleh dapat murah. abaikan keadaan katil bersepah itu

Dah check-in, mandi, solat semua, aku keluar balik untuk jejalan kat kawasan city dan jugak ade plan nak naik cruise kat Lake Lucerne arini.  Aku sebelum check-in hostel sempat dulu singgah kat tourist information kat dalam Lucerne Bahnhof untuk dapatkan sedikit info untuk aktiviti yang boleh aku buat harini dan esok.

Since dah agak petang, just jejalan sightseeing sekitar city dan jugak naik cruise keliling Lake Lucerne jela kot yang akan memakan masa 2 jam jugak katanya. Uishhh lama tuh! Cuaca pun cantik ni. Rugi kalo tak naik plus it's free dengan guna Swiss Pass ni. Berbaloi lagi. Hiks. Nak naik cruise ni adalah kat Pier 1.

Sementara menunggu waktu cruise untuk belayar, sempatlah aku jejalan kat kawasan terdekat. The Old Chapel Bridge yang menjadi landmark bandar Lucerne ni memang dekat je. Dari jauh pun dah memang boleh nampak. 

Ayuhhhh! 

belah sana adalah Old Town Lucerne

basikal pun merupakan antara pengankutan utama, siap ada lane khas untuk basikal, kebanyakkan tak pakai helmet pun

the Old Chapel Bridge yang femes tuh

view dekat skit

jejalan atas jambatan kayu

kalo perhatikan, ada lukisan kat bahagian atas yang mempunyai cerita tersendiri

makan-makan tepi tasik di hari yang indah, owhh syiokkkk!

ramai orang duk amek peluang makan kat meja luar, lagi seronok!

nampak banjaran gunung bersalji kat atas tu

yang ni kalo nak naik cruise jenis mahal skit, duit la ye

lepak-lepak bersama-sama teman

kayuhhh dek kayuhhhhhhh! 

ni la cruise yang aku bakal naik tu, belah atas adalah 1st class, bawah pulak 2nd class. okla dapat merasa

Okeh, nanti aku sambung entry naik cruise pulak. 

Till then, bye!

0 left their thoughts: