Saturday, May 10, 2014

[Part5] Harder Kulm, Interlaken

Hellooo hellooo!

Aku nak exam ni! Cuakness mode is ON okeh! 

Lagi sebulan je tinggal ni, sangat memerlukan semangat jitu yang tinggi. Haih. 

Tapi takpe, sebab hari ni Jumaat yang mulia, aku nak rajinkan diri update blog ni. Nak abeskan cerita cepat-cepat. Kang lapuk, busuk nanti. 

Cerita tak panjang mana, kalo baca tajuk pun dah tau kalo mereka yang penah pegi tempat ni. Lepas balik Zermatt tu, bila sampai ke Interlaken Ost tu, cuaca amatlah elok. Takkan nak terus balik hostelkan? Baik jejalan sekitar Interlaken ni dulu tengok ape benda yang boleh dibuat untuk mengelakkan kebosanan katanya.

Tapi sebelum kita sampai ke stesen Interlaken Ost, kita akan sampai dulu kat stesen Interlaken West. Jarak antara kedua-dua station ni tak jauh mana pun lebih kurang 1km camtu? Ke more than that. Tapi memang dekatlah. 

Sebelum tu, kita layan dulu view yang mendamaikan tengok Lake Brienz. 


awan tebal lagi lindung kawasan gunung, so tak nampak peak


jangan ingat NZ je ade lembu, sini pun ada tapi kaler coklat. Sihat sungguh haihh, makan rumput banyak katanya!

dan ade sebuah rumah please kat sini! lawanyaaaa!

ni lah orang kata, "rumah kata pergi, kubur kata mari" tapi kalo kubur depan rumah? bosan2, boleh la piknik depan kubur ni. hahahah bersih je


By the time sampai ke Interlaken Ost station, memang nak terjah carik port untuk mencekek nasik dulu. Tak sempat nak makan tengah hari lagi. Memang aku dah packed bekalan siap-siap dalam beg. Nasik putih dengan serunding! Hahahah jadiklah. Jimat selagi boleh katanya. Takkan nak makan luar jekan. 

Keluar je dari exit station tu, ade port untuk naik cruise nak pegi tasik. Tapi rezeki takde, tak dapatlah nak naik cruise kat Interlaken ni sebab dah tutup operasinya untuk hari tu. Tapi sebab kat situ ade kerusi dan meja untuk duduk, maka melantaklah kat situ je. Senang dan pantas! Sunyi je takde orang lak tu. Tenang dan damai. 





Lepas dah makan tu, memang nak tau gakla ape activity yang boleh aku buat kat Interlaken ni selain jejalan kat sekitar town dia yang aku rasa tak besar mana pun. 

Teringat kawan aku penah mentioned pasal Harder Kulm. Bukan Kulum ye. Hahahah jangan pikir benda pelik-pelik lak! Hahahah. AWAS! 

Since tak jauh dari stesen Interlaken Ost tu, jalan kaki jela menuju ke stesen train jenis funicular ni. Ala, yang ala-ala macam kat Bukit Bendera, Penang tu. Yang aku sendiri pun tak penah naik. Amppunnnn... kene carut nanti. Hahaha. 

Kalo nak tau lebih lanjut pasal Harder Kulm ni, aku sarankan korang google sendiri ek. Aku malas nak tepek kat sini. Tapi mesti korang suka layan view kan? Hiks. 

Untuk naik ke atas menuju ke Harder Kulm kira-kira 8 minit perjalanan, ada kene bayar skit tambahan kepada sesiapa yang dah ade Swiss Pass. Untuk return journey macam aku yang dah ade Swiss Pass ni, perlu tambah hanya CHF7.50/pax. Manakala, kalo takde Swiss Pass kene bayar lak CHF15. Kiranya dapat 50% diskaun kalo ada Swiss Pass ni. 

Kekerapan dia adalah setiap 30 minit. 

Ayuhhh!


bentuk funicular train menuju ke Harder Kulm

ticket selfie

train dah mula naik skit demi skit

tu tak silap Swiss Exhibition Snow Center

view ketika naik train menuju ke puncak, cantikkan? SubhanaALLAH

bagi yang berminat nak buat paragliding pun boleh cuba, harga dalam CHF80++ tak silap

dah sampai ke stesen, kene jalan skit dalam 300 meter camtu

masih ada lagi sisa-sisa salji kat sini yang mula mencair

snow dalam hutan

view daripada Harder Kulm

bagi mereka yang minat hiking, boleh la cuba trail yang ada, mesti mistikal dalam ni

i wanna build a snowman~ alalalalala 

ni la platform view yang ada kat Harder Kulm

sila-sila jalan sampai hujung, memang menarik!

cafe jugak ada kat sini, meja kerusi untuk rehat-rehat, tapi tak ramai pun maybe sebab agak sejuk kat atas ni

ko nampak sapa budak baju hijau tu, nape dia duduk camtu? sebab tak berani nak berdiri sampai hujung katanya!!!! hahaha gayat dah time nih, nak cirit pun ado! 

Interlaken town from Harder Kulm

air tasik warna turqoise di Lake Thun

terasa nak makan ABC

dah puas? jom la turun.... 

keindahan musim sejuk yang ada salji walaupun time ni dah spring

mencari Bella Swan kat dalam ni

Dah abes duk atas tu, maka aku turun balik la nak jejalan kat Interlaken lak. Bagi aku, not bad gak view atas ni. Walaupun kene tambah sedikit duit untuk naik atas, tapi still ok bagi mereka yang nak tengok view dari puncak. Kalo takde kabus, lagi la boleh nampak puncak gunung-gunung yang ada kat kawasan sekelilingnya. 

Ok dah tu. 

Bye!