Tuesday, February 28, 2017

Suggested Itinerary to New Zealand 8D7N

Good day everyone!

Arini mood rajin nak update blog. Tapi takde benda sangat. Cuma nak share berkaitan itinerary untuk mereka yang teringin atau mungkin ke New Zealand tak lama lagi. Especially, South Island. North Island aku penah sampai ke Auckland je. Bahagian-bahagian lain belum berkesempatan lagi. InsyaALLAH one day sampai jugak aku. 

Ayuh aku coretkan berkaitan itinerary. Ni adalah berdasarkan plan dan pengalaman aku sendiri. Ada certain things might be different. Feel free to adjust according to your own plan.

Day 1
  • Let's say, flight korang sampai ke Christchurch adalah waktu pagi (6AM local time).
  • Refresh yourself at the airport and pick-up the car rental.
  • Proceed your journey to Akaroa (2 hours / 92km) from Christchurch.
  • Lunch and sightseeing around Akaroa. Approx. 3 hours. 
  • Back to Christchurch. Stop at Pak'n'Save for groceries/Halal butcher (Guide -> Link )
  • Overnight in Christchurch.
Useful info: Kalau nak beli ayam/daging halal, beli siap kat Christchurch. Beli terus stok untuk 2-3 hari. Sama jugak dengan groceries lain. Kat Pak'n'Save, ayam halal adalah berlabel jenama "Brinks". Kat Akaroa takde restoran halal, cuma ada kedai fish and chips and other coffee shops.

Day 2
  • Start fresh! Have a very good breakfast and prepare your lunch straightaway.
  • Proceed your journey to Lake Tekapo (3 hours / 229km).
  • Just enjoy the view along the way there.
  • Lunch by the Lake Tekapo. Church of the Good Sherperd.
  • Kalau ada masa, boleh terus ke Hooker Valley untuk tengok Mt.Cook (106km). Ada walking trail 3 jam (return) kalau berminat nak buat. Takpun boleh drive ke Lake Pukaki. Tak jauh dari situ.
  • Check-in in Lake Tekapo and at night, u guys can do stargaving by the lake.
Useful info: The best season would be early summer as you can see the beautiful lupins around the lake. But, the cons during early summer would be rainy season as well as peak season for them. Personally for me, it would be spring! Untuk Hooker Valley, kalau ada masa dan sukakan nature boleh buat. Menarik!

Day 3
  • Journey to Wanaka (2.5 hours / 70km). The route would be via Cordrona or Cromwell.
  • Sightseeing around Wanaka and Lake Wanaka. 
  • Don't forget "The Lonely Tree". The iconic tree of Wanaka.
  • Free and easy activities. i.e: Puzzling World if interested.
  • Overnight in Wanaka.
Useful info: Route via Cordrona (ski area/atas gunung) ataupun Cromwell (kawasan pertanian). Boleh pilih sendiri nak lalu yang mana. Ikut minat masing-masing. Kalau lalu Cordrona masa musim sejuk, check dulu samada perlu guna tyre-chain tak kat kereta takut licin. 

Day 4
  • Journey to Queenstown (2 hours / 70km)
  • Along the way, can make a pitstop at Arrowtown and Karawau Bridge.
  • Picnic by the beautiful Lake Wakatipu, Queenstown facing the gorgeous The Remarkables.
  • Check-in and refresh yourself (2 nights or 3 nights are suggested).
  • Optional activities to do in Queenstown (Gondola Skyline, skydiving, bungee jumping, $1 million cruise, shotover jet, shopping!)
  • Top-up your groceries at FreshChoice Supermarket. Ada jual ayam halal jenama "Brinks".
Useful info: Dekat Queenstown, just enjoy the experience. Tak perlu rushing nak buat itu ini. At this point, just relax and recharge your energy from the roadtripping. Untuk aktiviti, please check with the provider and ask for their suggestions. Parking kat dalam town, agak susah dan mahal. So, plan your time. 

Day 5
  • Fresh start. Free and easy activities. 
  • Another option is proceed to Glenorchy (1 hour drive) from Queenstown. 
  • Bring your lunch as well! Beautiful sceneries are waiting for you at Glenorchy as it was part of The Lord of the Ring shooting locations. 
  • Back to Queenstown.
Day 6
  • Start your journey as early as possible to Milford Sound (5 hours / 300km).
  • Milford Sound Cruise and Mirror Lake
  • Back to Te Anau to overnight.
Useful info: This would be quite a long journey. Please plan ahead your time for the cruise. They have a several slots per day. If you think you cannot make it, just do it on the next day. Please fill up your tank at Te Anau, before you proceed to Milford Sound. 

Day 7
  • Journey to Dunedin (3.5 hours / 290km).
  • Check-in in Dunedin.
  • Free and easy for sightseeing. Example: Tunnel Beach, Baldwin Street, Dunedin Railway Station and Cadbury World.
  • Can do some groceries shopping at Pak'n'Save.
Useful info: Ada restoran halal di Dunedin. Kalau dah bosan masak, boleh la datang makan kat situ. Nama kedai tu KL Aroma Restaurant and Cafe. Boleh google nanti.

Day 8
  • Journey back to Christchurch. (the longest journey ever for a day!)
  • Stop by at the Moeraki Boulders and Elephant Rocks along the way. 
  • Check-in at Christchurch or fly back to Malaysia.
Useful info: Hari last ni memang paling jauh. Kalau rasa taknak pegi singgah ke Elephant Rocks pun takpe. Atleast pegi ke Moeraki Boulders. The journey would be more than 6 hours to reach Christchurch. 


















Till then.

Bye!

Saturday, February 11, 2017

Review : Sekeping Tenggiri, Bangsar

Ehem-ehem...

Takde nak cerita panjang cuma nak "up" entry berkaitan Sekeping Tenggiri yang sempat aku pegi tahun lepas. Saje je nak try sebab nampak dalam gambar cantik je. Dah la aku jenis yang suka dekorasi yang simple-simple camni. Dalam kata lain industrial design. 

Kalo sebut Sekeping, mesti dah ramai yang tahu kot berkaitan tempat ni. Ada 10 buah tempat Sekeping yang wujud di  Malaysia ni. Yang paling aku tau adalah "Sekeping Serendah". Cantik betul situ. Bagi aku laaa... bagi korang i don't know. Tapi, harganya boleh pitam okay.  Kalau pegi in group okla boleh share the cost. 

Yang aku pegi ni, tak jauh dari kotaraya Kuala Lumpur.  Ianya terletak di Bangsar sahaja. Sekangkang kera dari rumah aku. Ok tipu. Kenela drive jugakkan nak sampai sana. Hahaha. 

Website : http://www.sekeping.com/ 

Aku booked terus di website dorang. Pilih date mana, jenis bilik yang korang nak dan lepas dapat email booking dari dorang boleh terus buat payment secara online transfer. Senang! 

Untuk rate : http://www.sekeping.com/tenggiri/home.html 


Check-in macam biasalah pukul 2 petang. Prosesnya tak lama lagipun bukan banyak bilik mana pun. Cuma ada 7 buah bilik je. Time aku sampai tu, dorang memang tengah expect kedatangan aku. Since dah setel semua payment, terus dibawa ke bilik yang terletak di tingkat atas. 

Sunyi sepi je kawasan. Yela Sekeping Tenggiri ni terletak di dalam kawasan perumahan yang telah diubahsuai. Okla untuk sesiapa yang inginkan ketenangan di dalam kotaraya. Kiranya lebih kurang kepada weeken retreat gitu. Hehehe. 

Antara facilities yang ada adalah:

  • 7 bedrooms
  • 7m x 3m swimming pool
  • Common lounge
  • Dining area with washing facilities
  • Fridge and oven toasters
  • Filtered and hot drinking water
  • Astro TV in common lounge
  • Books and magazine
  • 24 hours housekeeping services
Dalam bilik pulak: 
  • Open wardrobe
  • Air-conditioner
  • Ceiling fan
  • WIFI
  • Bath towels
  • Naturally ventilated bathroom
  • Hot shower
Overall, aku puas hati dengan apa yang aku cuba try ni. Mahal sedikit tapi sebab ambience dia menarik, maka why not sekali sekala kita trykan. 

Jom layan gambar. 














Ok dah tu je...

Till then..

Tuesday, September 27, 2016

Starbucks Drive-Thru, Jalan Ampang

Hello!

Arini mood rajin skit nak update blog sebab tempat kali ni aku rasa jarang nampak kat sekitar KL ataupun Malaysia. Share with me if you know other locations as well okay? ;)

Weekend aritu aku berkesempatan join event terbaru anjuran Gaya Travel Magazine iaitu "Eat.Travel.Write.Doodle (ETWD)" yang juga bersempena dengan "Citrawarna 2016" yang berlangsung pada malam 25 September 2016 yang lalu. 

Anyway untuk entry kali ni aku nak fokuskan tempat lepak yang terbaru bagi mereka yang tinggal Ampang dan jugak Kuala Lumpur. Starbucks Drive-Thru, Jalan Ampang baru je dibuka seminggu yang lepas. Aku nampak satu artikel pasal Starbucks ---> Best Food KL . Kebetulan dalam entry event ETWD kali ni, dorang selitkan sekali untuk datang melawat ke Starbucks yang baru dibuka ini. 





So, kat mana Starbucks Drive Thru, Jalan Ampang ni?

Tak susah pun, datang daripada KLCC terus menuju ke Jalan Ampang sampai jumpa Great Eastern Mall dan Gleneagles Hospital. Tak jauh dalam 300 meter camtu dari hospital (belaha kiri), Starbucks ni terletak di seberang jalan (sebelah kanan). Kene buat u-turn bawah flyover la untuk ke sana. Kalo nak terus u-turn make sure takde kete dulu. Kang tak pasal-pasal accident pulakkan. Hahaha. 

Benda yang menarik perhatian aku adalah concept, interior dan jugak struktur binaan Starbucks ni memang menarik minat aku untuk datang. Thanks GayaTravel sebab sudi bawak! Konsep dia lebih kepada minimalist dan moden. Tak perlu sarat dengan segala benda mak nenek. Just the way i like it to be. By the way, it's totally deserves a visit from all. 













Aku rasa Starbucks kat sini antara yang paling luas kot yang penah ada kat Malaysia. Memang rasa spacious dan tak rasa lemas. Siap boleh buat discussion lagi bagi yang mereka berminat nak diskas pasal business ke apa. Ada ruang indoor dan outdoor untuk duduk. Tapi outdoor, ruangan dia limited la skit dan panas la. Hello, Malaysia kot. Ingat London? Hahaha. Dekorasi yang korang tengok kat gambar-gambar atas tu menarik bukan? Simple and just nice. 

Kalau dah datang dengan Gaya Travel, takkan la datang minum lepak je kan. Pihak Starbucks Drive Thru siap adakan satu session bersama Malaysia Coffee Ambassador lagi, Cik Aisyah untuk memberikan sedikit sebanyak pengenalan berkaitan coffee culture yang sebenarnya. Ada banyak input menarik yang diberikan siap dengan demonstrasi lagi. Sebagai contoh, makanan apa yang sesuai untuk dinikmati bersama dengan secawan kopi. Dengan haruman yang boleh kasik high buat coffee lover. Fuhhh! Mengancam! 

Tak lupa, ada jugak sesi menjawab soalan dan kuiz. Guess what? Aku pun menang hadiah dari Starbucks. Tak silap, soalannya aritu "Makanan apa yang sesuai bagi membangkitkan rasa dan bau kopi sumatera" Aku dengan selambanya jawab "cempedak goreng" Hahaha boleh walhal aku macam main cakap je. Lols. Reason dia? Sebab bau cempedak tu kuat dan fruity that why boleh membangkitkan rasa dan bau kopi tersebut. 

Hadiahnya ape? Boleh amek 1 barang yang terletak di merchandise rack. Wow la kan. Aku amek tumbler yang limited edition yang berharga RM120. Yela, aku kan pengumpul tegar Starbucks Tumblers. Terima kasih Starbucks! 


antara makanan yang disediakan untuk mencuba. bukan terus makan ye. kene tunggu Coffee Ambassador kasik instruction sambil minum kopi yang disediakan

antara participants untuk ETWD kali ni, ramai muka-muka baru. well hello there~

Cik Aisyah (Coffee Ambassador) dan juga En. Salleharon (Senior Manager/Coffee Master)

para participants yang gigih mengambil nota atau gambar. tekun semuanya. bagus!

yang ni pun tekun juga. kelihatan blogger femes "That's So Farah"

CEO GayaTravel, En Nuar sedang merakam video

tu dia, betul-betul menikmati nih, ke acah-acah je? ;p

kita makan waffle pulak sedap sambil hirup sumatera coffee. bau dia memang terangkat!

turut dihidangkan, marble cheese cake, chicken lemongrass pizza dan jugak mushroom pie. very very delicious! yums

sesi bergambar la bagi mereka yang berjaya menjawab soalan. nampak tak aku kat situ? bangga abes. lols

sesi penghargaan dari pihak Gaya Travel Magazine kepada pihak Starbucks

senyuman ayu dari Cik Aisyah (Malaysia Coffee Ambassador)

blogger Ramble&Wander begitu fokus nampaknya. tekun!

Ok dah tu je. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali pihak Gaya Travel Magazine, Starbucks Malaysia dan juga Tourism Malaysia atas peluang yang diberikan. 



Till then. 

Bye!