Monday, December 19, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 8 (Finale)

Assalamualaikum... 

Agak busy bekerja minggu ni, minggu depan....dan minggu-minggu yang akan datang. Entry Seoul, South Korea akan abes tak lama lagi. Hopefully before New Year. InsyaALLAH....

Day 8 - 19/11/11

Hari ni ialah hari terakhir aku kat Seoul. Plan arini sepatutnya kalo ikut itinerary aku pergi melawat DMZ Border. Tapi sebab semalam dah bantai tido dan plan dah lari. Maka arini aku cadang nak teruskan jugak pegi ke Mount Sorak. Walaupun hari ni, cuaca still sama macam semalam. Berkabus, mendung dan sejuk. 

Kepada Cik Fiza, arini saya dah kuarkan entry pasal Mount Sorak. Harap dapat memberikan sedikit info. Tak sabar sungguh! *sarcasm intended* Bergerak dalam lebih kurang pukul 7.30 pagi dari guesthouse menuju ke Dong-Seoul Terminal dengan menggunakan subway. 

Direction to Mount Sorak:
1. Amek train menuju ke Gangbyeon Station, Line 2 (kaler hijau)
2. Dah lupa amek exit mana, tapi jangan risau ada signboard menuju ke Dong-Seoul Bus Terminal. 
3. Untuk pegi ke bus terminal, kene lintas jalan. 
4. Kat terminal bas tu akan ada banyak kaunter kecik-kecik. Just approach mana-mana kaunter cakap nak pegi ke Sokcho. Tambang ialah KRW16,100 untuk sehala. Tanya orang kaunter cakap nak trip yang mengambil masa 3 jam sahaja.
5. Kekerapan bas adalah tinggi, so jangan risau kalo dah terlepas bas yang sebelumnya. 
6. Bila dah sampai ke Pekan Sokcho, kat luar intercity bus terminal tu akan ada info kaunter. Amek brochure sume. 
7. Dari bangunan terminal, berjalan ke kanan menuju ke bus stop and amek bus No. 7 untuk ke Mount Sorak. Perjalanan mengambil masa 30minit. Tambang sebanyak KRW1,100 sehala.
8. Gudluck! 

Dalam hati aku ni, untuk ke sana berbelah bahagi samada berbaloi atau tidak dengan keadaan cuaca yang sangat tak best nih! Haishhh...tapi memikirkan alang-alang dah kat sini baik teruskan jela. Ok..bila dah sampai terminal bas ni, mula-mula blur la jugak kat mana nak beli tiket sume ni. Tapi aku just pegi je mana-mana kaunter cakap nak pegi ke Sokcho. Nanti minah kaunter tu akan kasik tiket yang berharga seperti kat atas tu. Perjalanan ni agak jauh jugak. So, bertabah jela. Keadaan terminal bas adalah lebih kurang macam kat Hentian Putra kat KL. Agak ramai orang. Manusia yang nak pegi ke Mount Sorak pun ramai ok...bas asyik penuh je untuk ke sana. Nasib baik kekerapan tinggi. Kalo tak, memang aku cancel je nak pegi sana. 


Perjalanan aku bermula lebih kurang pada pukul 9.10 pagi. Penuh bas tu ok...dalam perjalanan bas akan berhenti kat R&R untuk beli coffee and menunaikan hajat yang tertunda. Tak lama pun berhenti dalam lebih kurang 15 minit sahaja. So, jangan berangan nak singgah makan nasik lemak kat sini ok. Sepanjang perjalanan aku asyik membuta je sebab cuaca sangat syiokkk untuk membuta! 

R&R

Lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari sampai laaa aku ke Sokcho. Terminal yang aku sampai ni adalah Sokcho Intercity Bus Terminal. Sebabnya kat pekan Sokcho ni ada 2 bas terminal tau. Satu ialah intercity dan satu lagi ialah express. Kene tau beza dua ni tau. Lepas tu, aku terus pegi ke bahagian luar bangunan untuk bertanyakan how to go to Mount Sorak. Kat luar tu ada information kaunter. Ada brochure sekali. Then, tunggu kat bus stop untuk pergi ke Mount Sorak. Amek bas yang bernombor No.7 atau No.7-1 untuk ke sana. Sila tanya orang lain kalo blur. 



Aku sebelum sampai dah memang agak akan ramai orang kat sana dan sangkaan aku memang jadik kenyataan. Punyela ramai orang arini kat Mount Sorak tu! Time tu just jejalan je ikut mana kaki aku nak bawak pegi. Entrance fee ke Mount Sorak National Park ialah KRW2,500 untuk seorang. Luas kawasannye. Tapi apakah daya...berkabus je. Memang spoil abes mood aku. Plan nak naik cable car untuk naik ke atas, tapi bila pikir-pikir balik macam tak berbaloi je sebab berkabus plus takut tak sempat nak balik semula ke Seoul. Yela, malam ni aku nak kene pegi airport. Ended up..just berjalan-jalan kat kawasan sekitar je. 














Aku spent tak lama pun kat sini sebab masa sangat mencemburui aku. Terpaksa balik semula ke intercity bus terminal. Yela...kang lama-lama kat sini boleh terlepas kapal terbang kang. Perjalanan dari sini ke Seoul pun dah amek masa 3 jam lebih. Redha jela.... 
Sampai ke terminal bas, terus beli tiket ke Seoul. Harga tambang adalah sama. Nasib baik ade lagi bas yang paling cepat i mean..aku takyah tunggu lama untuk next bas. Hari semakin sejuk..pastu hujan pulak tu. Atas bas, aku asyik membuta je...ntah kenapa. Cuaca best kot. Hahaha. 

Then, terus balik ke guesthouse sebab aku tinggalkan luggage aku kat situ lepas check-out pagi tadi. Main internet jap (internet lagi) sambil makan pizza yang tak abes semalam tu. Hahaha. Kenyang dah then lebih kurang pukul 7.30 aku gerak pegi ke bus stop untuk amek bas ke airport. Malam ni suhu dijangka -1c tau! No wonder terketar-ketar aku tunggu airport bus tu. Dah la pakai jaket nipis je sebab rasa macam malas nak pakai baju tebal-tebal. Dengan angin lagi duk bertiup. Aku terlepas bas...memang nasib laaa duk dalam keadaan terketar-ketar. Redha jela... 

Sampai je airport terus check-in. Waduhhh.....nasib baik aku dah kirimkan beg aku lagi satu kat kawan aku. Sebabnya...berat beg aku 2 bijik tu cukup2 20kg! Hahaha..memang nasib baik abes la. Kalo tak, kene kuarkan duit lagi nak bayar excess baggage. Ramai malaysian kat sini on the way balik. Ada yang buat lawatan, bercuti dan lain-lain. Borak-borak jap..then terus pegi ke boarding hall. Sebab sampai tu dah lambat, banyak kedai-kedai dah tutup. Singgah minum coffee jap sebelum tunggu gate bukak. 

Lebih kurang jam 12.20 pagi, boarding time! Bye-bye Seoul...i will come again! 

Till then...wasalam. 



 

My advice pada sesiapa yang nak pegi ke Mount Sorak. Pendapat aku, adalah lebih baik kalo kita sampai the day before tu yakni bermalam terlebih dahulu di Sokcho. Dan keesokkan harinya baru pegi panjat Mount Sorak tu. Kalo nak melakukan dalam masa satu hari, aku rasa agak terkejar-kejar. Better relax je... 

List of recommended accommodation in Sokcho:
1. House Hostel
2. Soerak Morning Inn

15 comments:

  1. haha abes gaksss entri ko John!!! Meh selamat kembali ke tanah air!
    Tertinggal bas sebab terlambatkah @ masa tu pi memana dek sebab terketor2 dah kekdahnyerrr???? seb baik bukan tertinggal bas.

    ReplyDelete
  2. huh tak pegi dmz??? waaaaaaaaaaa! tak dapat tengok gambar task yg diberikan :|

    hahahaha!

    ReplyDelete
  3. akhirnye abis gak entry pasal SK nih... mmg boleh merepeat lagik next time rite.. :D

    ReplyDelete
  4. Im ur blog silent reader. Love so much ur pics and blog contents. Am goin to seoul jun next year. Ur info sgt berguna. Keep it up...

    ReplyDelete
  5. Mount sorak,baca entry dari John ni barulah dapat tau details.pergh,padahal buat research dah,tk faham-faham lagi apa yg best kt sini.Ala,hbs dah mimpi trip saya ke korea.

    pas ni mana nak pergi?ehehe.

    ReplyDelete
  6. oii lama tuh dlm bus aje. mmg patut jugak ko suggest spend nite kt sokcho. kire ko g mt sorak nih sensorg la ek? ade ape kt DMZ? kes malas nk google haha

    ReplyDelete
  7. wah ko, gigihhhhhhhhhhhhhhhh, tiap2 hari ada entry baru!!

    Ko silap makan la tu, asyik membuta jek..hahaha gile betui, nasib ko tak membuta sampai lepas flight hahahah..

    ReplyDelete
  8. john,
    akak memang suka daun musim luruh..
    dan akak tak sempat nak mintak jon tolong kutipkan selai buat kenangan akak...hehe..(masa jon pegi pun, akak tak kenal sapa ko..kan?)
    laa...dah abis entry nih???haiya..macam tak puas aje baca daaa...

    ReplyDelete
  9. tak ambik gambar barang2 yang dibeli ker??;p

    to give some idea brape hengget nak bawak for souveniers etc

    ReplyDelete
  10. Mount sorak tu mmg aku tak penah denga...(terbayang ada sekumpulan ahli pasukan sorak kat puncak gunung tu) ewwww.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    Mana tuan rumah ni?? aku nak antar mee hailam ni hahahahhaha...ting tongggggggggg... *loceng berbunyi*

    ReplyDelete
  12. macam ni ler rupanye without snow yek. cantek gak

    ReplyDelete
  13. rugi x dpt naik atas..view sangat cantik gak. sb masa akak g time summer so cuaca panas elok je.. amik gmbr pun nmpk cantik.. tkpe nak ripit lagi next time kan.. hehe

    ReplyDelete
  14. nasib baik entry blog post ko ni "atleast" equal dgn jumlah total days ko pergi travel..

    jgn plak travel 8 ari, entry sampai 18 ari.. kui3..

    .. dh lama aku tahan jebat, ni pun terasa nk terkucil..

    ReplyDelete
  15. Teringin pegi mount sorak gak time autumn..harap ada rezeki..dapatla ciku jenguk sana.

    ReplyDelete