Monday, December 5, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 4

Assalamualaikum...

Wahhh...semalam best giler! Sebab dapat jumpa Janggel, Kak Anash, Chawanna dan family dan jugak Lily. Walaupun tak cukup korum tapi still best. Wallaaaweyyy...banyak giler cerita keluar, masing-masing punye cerita disaster waima cerita yang klakar. Tapi Lily punyer versi paling best! Hahaha... Balik semalam duk gelak sorang-sorang yang betapa banyak cakapnya aku. Haishh...sori ye kawan-kawan. ^_^

Walaupun macam first time jumpa, tapi rasa macam dah kenal lama. Memang dah takde segan atau silu lagi la. Masing-masing bila bukak mulut...dah rasa macam sepuluh tahun kenal. Mana Biqque? Mana KAKAK CANTEK, you know who you are. Kekeke. Ruginyaaaa korang tak datang semalam. Maybe next time boleh buat lagi, tapi waktu siang ke. Boleh la guling-guling ramai-ramai. Hahahah. 

Ok..cut the crap, jom aku sambung Day 4 kat Seoul, South Korea. Ramai dah duk sibuk tanya. Sebab malas sangattttt....

Day 4 - 15/11/11

Hari ni hari untuk check-out dari Jin Guesthouse. Nasib baik takde Jin datang mengular kat bilik. Kalo tidak, tido dalam lampu aladdin laaa jawabnya. Takpun, boleh jugak mintak 3 wishes. Hehehe.. Overall, 3 malam tido kat Jin Guesthouse memang aku sangat puas hati. Cannot say more. Everthing is complete for single guy like me. Kalo yang dah ade family yang datang dengan anak-anak maybe agak susah kalo nak main masak-masak sebab dorang takde sediakan dapur. Just breakfast, water dispenser dan jugak microwave. Dah breakfast, amek gambar dengan ahjumma sambil peluk-peluk dan terus check-out. Time ni dalam pukul 8.30 pagi.

Plan asal nak tinggalkan dulu luggage kat Jin Guesthouse then keluar jejalan dulu. Petang nanti baru amek untuk ke next accommodation yakni Doo Guesthouse dan jugak Wwoof South Korea. Tapi bila pikir-pikir balik, better terus pegi. Mana tau boleh terus check-in. Ok...sesi angkut mengangkut beg kat Seoul ni kalo naik subway memang boleh menyebabkan sumpah seranah antara beg dengan diri sendiri. "wei, nape ko berat sangat???" "cinabeng betol punya tangga ni!" dan lain-lain lagi. Tambah-tambah kalo ade banyak transfer dan banyak tangga kene turun naik. Bak kata Lily, "i takkan jadik hamba beg!" dengan selamba....gelonsor bersama beg untuk turun tangga. Hahaha...tak terpikir. Boleh buat gaya posing sekali!

Direction to Doo Guesthouse: 
1. Turun kat Anguk Station, Line 3 (kaler oren), Exit 3
2. Bila keluar dari Exit 3, terus jalan skit dalam 50meters camtu akan nampak Convenient Store sebelah kiri. 
3. Belok kiri, jalan terus sejauh 500 metres. 
4. Ok..korang jalan lagi, tapi kene alert sebelah kiri akan ada simpang naik ke atas skit, tapi dari jalan besar akan nampak signboard Doo Guesthouse
5. Gudluck!

Direction to WWOOF South Korea: 
1. Turun kat Anguk Station, Line 3 (kaler oren), Exit 3
2. Bila keluar dari Exit 3, terus jalan skit dalam 50meters camtu akan nampak Convenient Store sebelah kiri. 
3. Akan nampak cabang-4, akan nampak Han's Deli (kiri), Mini Choice (kanan), jalan terus tapi jangan laju-laju sangat
4. Lepas 50 meters jalan, amek simpang ke kanan yang pertama, jalan kecik je. 
5. Jalan terus dan akan nampak WWOOF sebelah kiri.
6. Gudluck! 

Warning: Haruslah diingatkan, bila kita tengok direction yang diberi oleh host atau owner guesthouse. Let's say dorang cakap 5 minit walking distance, itu adalah jangka masa jika anda seorang warganegara South Korea. Kalo tidak, sila tambah another 10 minit. Thank you. 

Ada cerita yang agak panas pada diriku bila nak sampai ke guesthouse ni. Aku cakap awal-awal kat sini, apa yang berlaku sume dah lepas. Aku pun dah lupa. Anggaplah ape yang aku cerita ni hanyalah kelemahan diri aku untuk mengutuk orang. Aku paling tak suka, bila aku plan sumenye ok dari Malaysia dan suggest itu ini. Tapi orang berkenaan macam nak ikut kepala sendiri dan tido kat guesthouse lain. So, bila masa yang dicadangkan untuk berjumpa tidak ditepati, memang aku sangat hangin. Boleh mengamuk kat tepi jalan tu. Tapi bila bercuti aku try elakkan untuk mengamuk. Malas nak spoil the mood. So, ended aku tinggalkan. Jalan terus untuk carik guesthouse. Bila kita kat tempat orang, masa adalah sangat berharga. Time tu dah dalam pukul 9.30 pagi dah. Nak carik guesthouse pun dah satu hal, punye laaa jauh duk mencari. Bila jalan....tak jumpa. Bila jalann lagi...tak jumpa. Tu pun boleh mengamuk jugak tu. Ended up, pegi laa aku carik information counter. Nasib baik ada yang dekat berhampiran Bukchon Hanok Village ni. Aku dah jumpa information counter ni bila jalan-jalan on Day 2. Nasib baik, dorang faham tempat tuju aku. Dorang kasik peta untuk guide. Dah tak jauh dah. Thank God! 

Rupanya...WWOOF Seoul which is KRW70,000 untuk 1 malam untuk 2 orang adalah lagi dekat dengan subway compare dengan DOO Guesthouse. DOO lagi ke depan lokasinya. So, aku bawak dulu kawan aku yang 2 orang tu untuk check-in dulu kat WWOOF. Nasib baik bilik kosong dan boleh terus check-in. Harga untuk twin bed adalah KWR70,000 untuk 1 malam untuk 2 orang. Okla tu kan, sebabnya hanok style guesthouse ni memang mahal skit. Sebab nak merasa, pejam mata sajelah. Kawasan dia tak besar mana pun. Macam rumah kampung-kampung je, Siap bela ayam itik lagi ok! Ada arnab comellll.... Ok jom tengok gambar. 





Lepas dah setelkan check-in utk kawan aku, terus aku gerak carik DOO Guesthouse pulak. Kene berjalan lagi dalam 6-7 minit. Dengan backpack yang padat kat belakang ni. Haishh...lenguh bahu dibuatnya. Time ni dah jumpa lagi sorang kawan aku yang akan duk sama-sama dengan aku kat DOO Guesthouse ni. Alhamdulillah..hepy je bila nampak guesthouse depan mata. Guesthouse ni masih lagi baru, sama company dengan Zaza Backackers dan jugak Seoul Backpackers. Harga untuk semalam ialah KRW65,000 untuk twin beds. Overall, sume complete dan bersih. Senyap sunyi je kawasannya. Nasib baik boleh terus check-in jugak. Boleh letak-letak beg sume then terus gerak untuk sesi berjalan-jalan hari ini.





Ok..lepas sume orang dah setel dengan hal masing-masing, kami terus bergerak ke Anguk Station sekali lagi untuk ke Yeouido Park. Kat sini akan ada station tv yang terkenal kat South Korea ni iaitu KBS dan jugak MBC pastu ada jugak 63 Building iaitu bangunan paling tinggi sekali kat Seoul ni dan jugak shooting location untuk drama My Girl. Tapi since tak breakfast tu, kami pekena dulu donut kat kedai dalam station subway tu. Sedappppppp!!! Yummy! 


Direction to Yeouido Park: 
1. Turun kat Yeouido Station, Line 5 (kaler purple), Exit 3

Korang bila berjalan, sentiasalah bawak peta ya, sangat berguna untuk membantu mencari lokasi yang dicari. Bila di Yeouido Park, ada tempat untuk sewa basikal untuk pusing-pusing taman. Tapi kami taknaklah bazir duit, better jalan kaki lagi bagus. Cuaca pun sangat-sangat elok untuk kene sunburn. Tapi sejuk....btw, arini aku pakai bubble jacket yang aku beli kat SPAO tuh! Hehehe.... Jom layan gambar ok... 

Yeouido Park






Lokasi pertama ialah KBS (Korean Broadcasting System). Besar bangunannya...memang kalahlah bangunan Media Prima kat Bandar Utama tuh. Just jejalan pusing kat depan tu. Ada jugak konti radio kat depan. Boleh nampak dj tengah bertugas. 


kegilaan para peminat k-pop


Lepas tu, terus jejalan kat Yeouido Park. Time ni dah masuk lunch hour. Maka ramailah pekerja pejabat yang keluar untuk lunch. Nak keluar makan pun bergaya ok. Sume lengkap bersut bagai. Tapi jalan kaki. Camno tuh? Hehehe. Time ni, keadaaan taman ni dah banyak pokok-pokok dah gugur daunnya. Keciwa disitu..nak buat camne kan? Sob sob sob...So, jejalan sekejap kat dalam kawasan taman sebelom beredar pegi MBC pulak yang terletak tidak jauh. Jangan tanya camne nak pegi sana. Kitaorang just jalan-jalan then try and error. Tapi bangunan MBC boleh nampak dari jauh bangunannya kaler maroon. Penat jugak time ni duk menapak. Redha jelaa....

WAHHHH....AKU NAK CMNI! LAKI HENSEM DAN AWEK CUN!

tau tak ni pokok ape? I dont know...





Next is MBC...dah lama rupanya MBC ni memulakan operasinya. Tahun ni sambut 50 tahun. Lagi lama ok....kitaorang dh just jejalan kat kawasan pagar je. Di sepanjang pagar tu, ada diletakkan gambar-gambar menarik sepanjang penubuhan mereka. 





Then..next destinasion is 63 Building. Time ni, kitaorang just follow signboard je. Berhenti jap beli air kat Family Mart. By the way, bila dah kat Seoul, jangan lupa rasa air susu pisang tau. Macam dalam gambar bawah ni. Sangat-sangat sedappppp ok!!! Harga dalam KRW1,200 untuk 1 botol kecik tu. Tak puas minummm...arghhh!!! 




Kalo korang nak tau, 63 Building ni dari jauh dah nampak sebab paling tinggi dan berwarna keemasan. Terletak di tepi Han River. Memang berdiri megah. Untuk naik ke observation deck sahaja, dikenakan bayaran sebanyak KRW11,000. Sebab dah penat berjalan dan nak bagi berbaloi untuk lemak yang dibakar, kami naik ke atas. Btw, kat sini jugak ada akuarium, wax museum dan lain-lain lagi. Observation deck dia tak besar mana pun...kejap je dah abes pusing. Kebetulan time tu ada pameran lukisan artistik. Boleh la layan mata tengok. Owh ya, kalo mengikut cerita My Girl, korang perlu tahan nafas ketika berada di dalam lif, supaya bila kita keluar dari lif tu cita2 kita akan tercapai untuk berjumpa jodoh. Camne tu? Hahaha Ok...aku dah malas nak tulis, korang layan gambar ok. 











Time ni dah pukul 3 petang, kami turun dari 63 Building untuk ke jeti Han River Cruise pulak. Tak jauh pun berjalan kaki dalam 10 minit camtu. Dari atas bangunan tadi pun dah nampak jeti tu kat mana. Agak jauh jugak menapak, tapi hampa ok! Sebabnya...river cruise yang terakhir untuk ke Jamsil dah pun berlepas pada pukul 2.30 petang. Sob sob sob...dah la tu last cruise untuk hari tu. Hampa hampa dan hampa lagi....Takpelah nak buat camne kan? What to do, sebab sume orang dah penat menapak, amek cab untuk ke COEX Mall. Just untuk jejalan je. Nak tengok apa yang ada kat sana. Kat COEX Mall jugak ada Kimchi Museum kalo korang nak datang melawat. Jom tengok gambar lagi.. 






Since takde pape sangat yang menarik kat COEX Mall, kami terus gerak ke Dongdaemun untuk cari kedai ikan bakar yang penah dicadangkan oleh seorang forummer. Perut pun dah lapar giler time ni. Yela..dari pagi sampai petang makan ape laaa sangatkan. Hari pun dah semakin gelap. 

Direction to Dongdaemun: 
1. Turun kat Dongdaemun Station (Line 4), Exit 8.

Kat Dongdaemun ni, ada banyak shopping complexes. Ada Dongdaemun Shopping Complex, Doota, dan satu lagi iaitu lupa lak ape nama dia, tapi bermula dengan huruf M. Maybe someone yang tau boleh update me. Kat M ni, kat tingkat atas ada kedai souvenirs yang murah jugak. Pilihan pun banyak. 

Then, keluar untuk cari kedai ikan bakar tu. Pada mulanya...hanya berpandukan direction untuk ke Damyon Building. Ntah sampai ke sudah tak jumpa-jumpa. Lastly, terus approached i-guide yang pakai baju dan topi merah tu depan Doota. Tanya macam mana nak cari fish grill. Dorang terus tau...tunjuk peta untuk ke sana. Tak jauh pun. Sangat dekat. 

Direction to ikan bakar:
1. Kalo korang berada depan Doota, kat depan pintu masuk Doota tu ada exit subway kan? Dari situ..terus jalan ke kiri. Akan nampak Cheogyecheon Stream. 
2. Korang lalu atas jambatan Cheongyecheon Stream tu. Itu adalah jambatan yang pertama tau. Ingat tu. 
3. Lepas dah lintas jalan tu, akan nampak Exit 8 Dongdaemun Station.
4. Lepas jambatan pertama tu, korang jalan belok ke kiri. Yakni, bila keluar dari Exit 8 tu jalan terus je. Sebelah kanan akan nampak construction site JW Marriot Seoul
5. Jalan terus sampai nampak jambatan yang ke-2. Terus belok kanan. 
6. Jalan dalam 100 meter camtu. Senget ke kiri ok. 
7. Akan nampak singboard kaler kuning yang kecik dan jugak jalan yang ada 2-simpang.
8. Amek simpang ke kiri. Terus nampak banyak kedai yang duk jual ikan bakar. Walla! 
9. Gudluck! 

Kalo tak jumpa jugak, sila approach i-guide tu tau! 

Kat situ memang banyak kedai yang jual ikan bakar, tapi aku penah nampak ade kedai yang penah forummer ni ni masuk. So, aku masuk kedai tu. Plus ahjumma tu pun cakap ada Malaysian penah masuk kedai dia. Ada banyak jenis ikan yang dijual, so, kitaorang pilih 3 ekor untuk 4 orang. Kedai dia kecik je..memang aku nampak sume yang datang makan ikan bakar. Takde cik babs dan segala yang haram. InsyaALLAH..yakin jela. Time ni memang dah duk bau sedappp ikan bakar dah. Hidangannya ialah ikab bakar, nasik, side dishes dalam 4 jenis dan jugak miso soup. Ikan bakar boleh dicicah dengan ikan masin dan jugak wasabi. Pergh....sedappp gilerrr seyy ikan bakar tu. Memang fresh giler! Licin sume orang makan!
Total harga yang kene bayar hanyalah KRW21,000 jeee untuk 4 orang makan. Murah kan? 




Then later...balik semula ke guesthouse. Tapi sempat jalan-jalan kejap kat stream tu. Rupanya stream tu kat hujungnya, so, memang takde pape sangat. Still ada orang duk jalan-jalan kat situ. Kawan aku yang lagi 2 orang pegi kat underground shops kat Exit8 Dongdaemun Station tu nak beli comforter untuk bawak balik. Murah jugak dalam KRW23,000 untuk katil double. Sempat beli strawberry last kopek kat kedai buah-buahan ni dengan harga KRW5,000 untuk satu bekas, Manisss dan besar pulak tu!


Sebelom sampai guesthouse, singgah dulu kat coffee shop nak hilangkan sejuk malam-malam ni...layannn...

Till then...wasalam. 

37 comments:

  1. uik, baru perasan struktur bangunan2 tu dr atas 63 building waktu siang nampak macam cemetry. time waktu malam tak perasan, tapi lawa gak lah~

    ReplyDelete
  2. Lawa view dari atas 63 building ni... next trip rase mcm nak kene naik gak ni...

    ReplyDelete
  3. 63 tuh kene pegi nampak gaya nye, i dulu ambek package ski trip, masuk seoul sehari jek. So entry u mmg informative, hanok style accomm pun best ala ala jepun ryokan.

    Check out the bicycle!!!! Pink ok!!!!

    U gi tak lotte world? Bkn dkt ngan coex ke? Jepun pun ada family mart, tak sama cawangan kot depa kat gaduh bhehehehheh...

    River cruise tak naik??!?! Kene semua mode of transportasi heheheheh baru feel. Btw, diarang cam jepun pakai coat memanjang.... Even dtg mtg kat mesia or spore, dua ngr nih cam ni, ngr lain cenpoi jek. Smartly dress, ntah ntah Armani tuh..... Dak pun Hugo Boss.

    ReplyDelete
  4. siwon fuck me hard???!!


    haha gila !

    ReplyDelete
  5. Hahaha kemang yang tu je ko nampak yer?

    Accom hanok style memang best giler..terasa macam dalam drama2 korea pulak kan bile duduk situ.

    Lotte World ko pegi tak John? Aku pegi haritu tapi pegi luar pagar je hahahahaha.

    ReplyDelete
  6. lawanyaa gambar ko ambik
    makin teruja nak gi Korea hujung bulan nih tgk gambar2 ko nih

    nF

    ReplyDelete
  7. HOIIII nie yg xpuas ati ni g gathering tak ajak!!! aku ni sensitip tau~ hahaha
    wah ko pun tgk citer my girl tuh ke? haha suke2!!! nak gak la pergi 63 tower tuh,,

    hmm ni out sikit dari soklan travel, kalo macam baju2 coat or watsoever pasal winter nyer accessory kan boleh dapat murah ke kt sana? especially kot coklat cm orang dlm gamba tuh pakai.. soklan ni cm x pasal2 je~ lantakla..!

    ReplyDelete
  8. part janji ngan orang tapi tak tepati tu mmg tak bleh harap. aku senang je, janji bleh, if tadak, aku blah. senang cite.

    laju je ko amik gambar fuck me hard tu eh! cam haremmmmm! hahaha! korean ngan japanese stock bulu tak cukur tuuuuuuuu! hahaha!

    tu daun maple tu baiiiiiiii! awat tak bawak balikkkkk? hahahaha!

    sungguh terancang kan kota seoul ni...bagus! tetiba ternampak segala bridge yg aku nampak masa night tour! huh! buang karan!

    OK, POSE TANGAN ATAS KEPALA TU RASA CAM NAK SEPAK2 JE MUKA KO YG COMEL TU! HAHAHAHA!

    p/s: aku mmg tak janji nak dtg aritu, lgpun kitorang kemas rumah, basuh gate, and danau kota tu jauh gile seh...nanti la bebila kita lepak ok?

    ReplyDelete
  9. siyes cam best je duk kat guesthouse tuh... next trip wajib duk kat situ lak. hahaha

    dlm byk2 gmbr kat MBC tu rase cam ternampak Jae Suk @ grasshopper je..hahaha Running Man.. I like!!

    p/s: gambar sumer sgt maveles la...

    ReplyDelete
  10. @Ainul Arina Madhiah,
    kannn!!! hahah..actually kalo x silap tu flat kos rendah tu. mmg btol2 well-structured bandar dorang ni.



    @Azra,
    lawaaaa...tapi aku penah tgk waktu malam punye gmbr. mmg kebaboom jugak lah!

    ReplyDelete
  11. @Lily Riani,
    u tak penah pegi ke dulu? aisehhh....owhh no wonder. i ni, ski pun tak penah tau! hahaha. hanok style mmg stylo abes, but need to be xtra careful sbbnya, dinding sume kertas. i dh koyakkan skit aritu. hahaha.

    YES! Bicycle is pink! mmg warna warni abes...walaupun hnye utk disewa.

    i tak pegi...i pegi pusing2 kawasan tu je. yakni entrance and the lake je. time tu i dh sorang2 dh. so, dh malas..mybe next trip la kot. fmily mart tu kaler ape signboard die? kalo kaler baby blue and baby green mmg sah2 company sama. hehehe.

    river tak naik sbb dh abes for that dayy!!! gerammm ok. punye la jauh jalan kaki, at last dh abes dah! that's why i ckp..org dorang mmg bergaya abes. coat pulak jenis yg bergaya abes. jeles2 how i wish malaysia boleh pakai cmtu everyday! hha..ok dh nerd.


    @Kemang,
    hahaha....yes! they want siwon fuck them hard! hahahaha.


    @Janggel,
    tu ler janggel! ntah pape laaa kemang nih! hahaha ;p

    exactly! tp kene be xtra careful kat dalam tu sbb sume dinding adalah kertas bro. aku dh terlubangkan satu dinding dah time tu. x perasan. hihihi.

    lotte world tak pegi. sbbnya time tu aku dh sorang2 dh. so, just pusing kat luar2 je amek gmbr. tu pun dh petang dah. haishh.


    @Dayangbest,
    thank you!!! sila teruja ok! jeles lak dgr ko nk g hujung bulan ni...yeeehaaa!!!!

    ReplyDelete
  12. @Shahrul,
    hahahaha...aku terlupa bro! nnt bgtau ko duk mana ek. senang nak ajak. aku make sure next gathering aku ajak ko pulak. =)mestilahhh aku tgk my girl tu! siap beli cd boxset lagi ok!!! hahaha...

    ok..beli kat sana je sbb wayyyyyyy cheaper than malaysia. mcm muffler yg knitted tu. aku tgk kat time traveller mahal dlm almost rm100 and more. tp kat sana hnya rm30 je...bersepah duk jual tepi jalan. kaler pun cntik2. sumenye boleh dpt lagi murah dr malaysia.

    ReplyDelete
  13. Hadui..sakit jantung tgk gambar-gambar En John ni.Dah boleh masuk national geographic ni.saya ingat nak request kt tourist guide tu bawa kitorang gi MBC & KBS.Mana tau terserempak dgn Lee Min Ho or Kim Hyun Joong ke.ahaha..berangan.Ni sebab baca blog En John lah saya bertambah-tambah mimpi.

    Sempat pulak En John snap gambar couple yang hensem dan cantik tu ye.Diorang perasan tak?

    ReplyDelete
  14. @Biqque,
    hahaha...exactly! 100% sokong! tapi kdg2 ni jenis yg x smpai hati...bila dh bengang tu aku tgglkan jugak.

    yes..haruslah...mmg niat asal nk tunjuk kat blog tau! hahaha cammharemmmmmmm.... wahh biqque, ade experience nampak. *kiss* *kiss* hahaha.

    tu ke daun maple???? aku ade bwk balik skit je. sbb lawaaaa...tp btol ke daun maple? sbbnya...struktur daun adalah berbeza.

    mmg terancang...bridge pun bykk giler kat sepanjang han river ni. dr atas, mmg boleh nampak sume bridge dengan clearnya.

    haruslahhhhhhhhhhhhhhhh mcm silloutte tak? hahaha. tp muka comel tak nmpk kan? LOL

    p/s jugak: owhh yeke? ingtkan ade hal emergency. wahhh rajinnya ade upacara kemas rumah. bagus2. hahaha..takpe2, lain kali tempat kita bwt tempat lain pulak yakni tengah2 between each other. baru fair and square.



    @Muna,
    mmg besttt! tp tu laa..mahal skit plus kene extra careful. kalo tak, koyak abes dinding tu sbb sume kertas. kene try ler nnt wlpn satu malam je.

    YES!!! Sy minat gilerrr ngn running man! hahaha. thank you!!!

    ReplyDelete
  15. @Pineapple,
    hehehe....nape lak sakit jantung? aaaaa tidakkkkkkk!!!! wow. nape lak kene masuk National Geopgrahic ni? bese je sy rse ni...haha. u amek private tour guide ke ni? boleh je kalo nk pegi kbs and mbc ni. actually kat situ takde pape sgt pun...kalo x silap kat kbs ade tourist centre. boleh masuk..kitaorg mmg x masuk aritu sbb malas. hihihi.

    hahah..dorang tak perasan kot sbb time tu ramai org jugak duk berjalan2.

    ReplyDelete
  16. 1. bestla guesthouse korean style tuh..unik!

    2. sedapnya ikan bakar ko tuh..jeles..

    3. pemnadangan kat atas tu cantek rr,.

    ReplyDelete
  17. ye lah,sakit jantung sebab bila tgk gambar-gambar tu,dah rasa macam excited sangat.bila excited,jantung laju je berdengup.haha.

    Seriously,camera En John semestinya canggih,tapi yang penting cara En John capture the images tu,so creative.

    Setelah diskus2,amiklah travel agent.huwaa,sebenarnya tak nak.tapi sebab pk bawa budak 5 tahun tu yang ala2 diva kpop tu,kenelah guna travel agent.

    u all pergi Jeju Island tak?

    ReplyDelete
  18. @Izariah Zainal,
    mmg bestttttt!!! mmg unik. yela, dh smpai dari jauh haruslah rasa duk kat guesthouse style mcm tu. semlm pun jadiklaaa sbb mahal! huhu. ikan bakar tu mmg super sedappp!!! hehehe.


    @Pineapple,
    hahah..silap mengucap byk2 k...jgn sakit2 lg kang x best nak berjalan.

    adeh..sy guna kamera biase2 je. still belajar lg cmne nk amek gmbr cntik2.

    takpelah..nk bwt cmne kan. mahal ke amek pakej tu? amek ground package?

    jeju tak pegi sbb tak sempat. myne next time ler kot.

    ReplyDelete
  19. Travel agent,dgn ticket flight sekali.Hurm,tak taulah nak kata mahal ke tak.Bila kira-kira beli tiket sendiri,hotel sendiri semua..cam lebih kurang je.Tapi ye lah kan travel agent ada le mark up fee nye.

    Ha..nnt nak pegi Jeju,inform ye.(dalam blog)sebab i dah ckp dgn my hubby,pgi Jeju next time takyah bawa budak 5 tahun tu.hehe.tak pyh guna travel agent.

    ReplyDelete
  20. Sebabkan aku tak penah lagi travel dengan makluk2 yg tak sejenis dengan aku, jadi aku tak leh la nak komen banyak pasal bab sakit hati tu hahaha..

    Nanti aku p Korea aku nk try gak la WWOOFKOREA tu, mcm best je..

    Sekali dapat tgk bandar dari view atas cun jugak, yang macam museum ada display gambar org warna warni tu dlm Buidling 63 tu jugak ke? Menariks nih..

    ReplyDelete
  21. 1) Bangunan "63 Building" tu bangunan apa sebenarnya??? Ala2 KL tower / KLCC ke John? Ada mall bagai???

    2) pastu, sana sebenarnya memang suma guesthouse ada dapur pastu leh masak sendiri ke?

    3) banana milk tu cam best je??!!! ala-ala strawberi milk, coklat milk gitu ke??


    ok, tu ye soklan buat masa nih... (giless skema)

    *tetiber nak tambah - beb, taw larrr takde cik babs tapi naper ikan leh jadi ikab????? Hahahahahahah Larikkkkkkkkkkkkkkkk

    opssss word verification kali ni colifi !!! apakah sinonim dengan gambo "fuck me hard" tu???? lol!!!! Hahahahaha.... hadeh hadehhhh nak kena larikkkkkk lagi ke?????

    ReplyDelete
  22. @Pineapple,
    owhhh..amek agent mana?

    insyaALLAH..doakn sy ade rezeki nk smpai korea lagi. hihihi.



    @BlueEwoke,
    hahaha...ko bernasib baik sbb ade biqque! hahaha. aku kene laaa try and error. so far ade yg try, ade yg error je manjang. alhamdulillah jugak ade org nk ikut.

    sila try ye...better pegi WWOOF. actually, kat area guesthouse kitaorang ade byk lagi guesthouse yg jenis hanok. bersepah kat jalan yg sama. so, boleh ler pilih yg mana berkenan. hihhi. mmg area hanok je.

    actually, yg kaler warna warni tu lukisan..aku amek zoom punye. ade bingkai...sumenye dalam building 63 tu. time tu ade pameran seni artistik...sume lukisan dan ukiran je. kalo x, mmg kosong jela kot aku rse.



    @MasMZ,
    1. hahaha..dia mcm klcc jugak. 63 building ni bangunan paling tinggi kat seoul yakni south korea kalo x silap aku. die femes pun sbb cite korea my girl tu. hehehe. ade mall kat bawah tu.

    2. tak sume ade dapur..depends. kene baca description yg ade. yg kat hanok ni ade...kat Jin guesthouse takde.

    3. besttt!!! penah makan dadih flavour original? rasa susu pisang ni sebijik mcm dadih cair. sedapppp gilerrr okkk!!!

    skema la sgt ko nih! bila nk sambung entry vietnam?

    hahaha..typo wehhh!!! aku hambat ngn penyapu kang!!! larikkkkk!!!!

    colifi? sinomin okkkkkk!!! hahaha.

    ReplyDelete
  23. kakak cantek sudah datanggg..

    sumpah aku xpasan fak me hard tuh ahhahah.. walaupon laki aku fussy bab2 accomodation nih tp xpenah la plak buat hal cenggini bila dh smpai sementelaah ditmpt org plak tu. mmg nk kena al-maki tuh!

    disebabkan malaysia hanya ade dua cuaca, hujan dan panas sepanjang tahun mmg tak bleh la kite nk dressup mcm pekerja korea pi lunch tu or else berpoloh la ko nk lintas jln pakai coat gitu hahaha


    ikan bakar tu cam sedapnye...

    ReplyDelete
  24. @Ely Hasrul,
    wahhhh...KAKAK CANTEKK datang melawattt! hahaha.

    hahah..fuck me hard ok! giler punye die hard fan. haha. haruslah kan..kene pilih tempat2 yg elok dan bersih waima murah sekalipun.

    tula..kdg2 duk berharap bestnyaaa kalo msia suhu mcm like 10 degree je everyday..boleh g keje jalan kaki. even 1km pun sanggup menapak! hahaha..motif? LOL.

    ikan bakar tu mmg sumpahh gilerr punye sedappp!!!

    ReplyDelete
  25. En John,travel agent area raja chulan tu.nnt dah pergi baru bagitau travel agent mana.huhu.baru leh buat post mortem.tak pgi lagi,tak tau mcmana servis diorang.

    Sigh..mengeluh sebab kena gi dgn travel agent.mencih.

    ReplyDelete
  26. Padan le ada 'akak tuh' suruh watkan iteneri...sebab blog nih citer penuh detail..dengan gambonyer tak usah cite aaa...sangat cantek...

    akak baca blog nih siap imagine camneh john borak tempohari...hehehe...

    but again, nice info and detail...
    dan betul...geram kalau tak pandai hambek gambar sebab memanggggg permandangan sana cantikkkkk sangat...
    ps: gambar jaket bubble tak de?

    ReplyDelete
  27. kadang2 Papi cam ckp la.. napa la mesia nih takde musim cm negara lain. aku selalu ckp balik.. bagus la sbb kalu bermusim kite kena kuar duit at least nk kena spend baju ikut musim tu blum lagik nk kena pasang heater & aircon dlm umah (dh masuk kategori wajib la kan kalu musim sejuk), kemalangan yg mungkin berlaku spt runtuhan salji dan xdpt la kaki jalan nk kuar negara sbb sume dh ade dalam negara.. etc

    diam terus papi ahhahaha

    ReplyDelete
  28. Just nk update. M mall tu is Maxstyle. Too bad mase sy gi Doota tu dh mlm so rase mcm x best sgt pusing2 area tue. Repeat next time leh la try terjah kedai ikan bakar nie. Thnx for the info!

    ReplyDelete
  29. saya baru je jumpa blog ni dan ikut baca tapi bila dah habis baca terasa nak melancong pulak. Pengaruh blog ni hebat jugak

    ReplyDelete
  30. @Pineapple,
    owhh yeke. hurm..tula kan, x try kita xtau nnt ape resultnya. mudahan sy doakan sumenye brjalan lancar.



    @Kak Anash,
    hahaha..kan! thank you akak sbb backing sy.

    kawan2 sy slalu ckp, ape yg sy tulis mmg sebijik ape yg sy cakap. boleh imagine siap. kekeke.

    bubble jaket tu yg kaler hijau tu haaa...yg tu ler akak. brand new ok! hehehe.



    @Ely Hasrul,
    tau xpe..mybe kalo negara kita ade 4 musim, kekdahnya gigih nak pegi afrika la pulak sbb panas kan. hahaha. ishhh, tamak sungguh sy nih!



    @Nadianaa,
    yeke Maxstyle? sy rasa mcm bukan..ejaan die cmni kalo x silap Migleo ke apekebendenye ntah..lupa. ade snapped pictures aritu tp dlm kamera kawan la pulak.

    nnt kene try ikan bakar tu tau. wajib sbb sedapppp!!!

    ReplyDelete
  31. john,
    suka la jaket hijau ko tuh...
    arghh ni yg nak g cari gak nih!!

    ReplyDelete
  32. tumpang tanya pasal hanok stay tu mengenai jarak dgn subway. maksudnya lebih better WWOOF la ye compare DOO ? saya nk pegi bln dpn ni, kalo jauh dari subway jenuh gak nak menapak.

    kalu compare mana lagi best camna lak.. hehe..

    ReplyDelete
  33. @Shoeque,
    yup...kat area subway station Anguk tu mmg byk hanok style guesthouse. kalo nk yg dekat dgn subway ialah WWOOF. kalo nk DOO GH, mmg jauh dar subway...penattt ok menapak!

    of coz laaa DOO GH lagi better coz ni ialah guesthouse yang baru bukak. sumenye still baru dan bersih. WWOOFF agak lama dah plus agak buruk. tp bersih dan kemas!

    hurm..2-2 ok je. tp DOO mahal skit compare to WWOFF.

    ReplyDelete
  34. M- Migliore Mall :)

    ReplyDelete
  35. Waktu order makan kat sana, cakap Inggeris ke Korea? Tgk2 ahjumma / ahjusshi tu mcm jenis yg tak paham Inggeris.

    ReplyDelete
  36. boleh tau you guna lense apa yaa. Nice photo you shot. :) I m going on this coming Nov 2013.

    ReplyDelete
  37. @Gary Hong,
    hi!, i'm using nikon d90 with nikkor lens 18-105mm. ;) have fun!!!

    ReplyDelete