Friday, October 12, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Part 5)

Assalamualaikum!!!

Hari yang indah untuk kami semua di Pulau Redang. Hari yang ke-2. Bangun pagi terus pegi breakfast...tak mandi pagi pun. Just gosok gigi dengan muka mamai terus ke kantin. Jangan lupa cermin mata hitam kot-kot nak cover mata yang sembam itu. Please don't take my picture. I looked hideous! Hahaha. 

Hidangan breakfast macam biasalah ada mee goreng, nasik goreng, sosej dan jugak roti bakar. Not bad jugaklah rasanya.. Biasalah, aktiviti yang wajib kami ketika makan adalah bersembang, bersembang, dan bersembang. Walhal dah selalu jumpa ni, ade je topik nak sembang. Kami borak dari pagi sampailah... dorang nak start panggil untuk pegi snorkeling untuk pagi ni. Semua pakat balik ke bilik untuk bersiap... Biasalahkan...kalo datang pulau mestilah ade aktiviti snorkeling. Bagi yang berminat untuk berskuba diving, kat sini pun ade disediakan perkhidmatan tersebut dengan kos sendiri. Kalo ade lesen lagi bagus. Sape nak amek lesen pun boleh. Selain itu, ade gak untuk beginner dalam RM180 kalo tak silap. Tapi mula-mula tu nak amek, tapi sebab kekangan masa, jadi tak jadik amek... Maybe next time la kot. 

Matahari memancar dengan terik. Menjadikan air lautan berkilau bak kristal. Wahhh...bermadah helah sungguh aku nih! Tapi cantikkkkkkk! Jomlah layan gambar. Aku pun takde cerita sangat nak cerita dah ni. Sabor jela... 

Pagi yang indah bak kejora~

Ombak yang memecah bot~


Hantu air dalam penyamaran~

Bapak ikan memberi makan~ alalalal 

Tolong kami!!!! Lost season 100

Macam biasa...aku rasa almost 2 hours duk bersnorkeling tu. Kami balik semula ke resort untuk berehat-rehat sementara tunggu waktu lunch. Alhamdulillah sangat...sepanjang 2 hari kami kat sini cuaca sangat-sangat elok. Takde hujan ke ape. Balik resort, singgah dulu minum pagi dengan kuih yang tersedia. Makan je kerjanya. 

Lepas dah siap-siap bilas sume badan. Ada gak antara kami yang duk lepak depan bilik Ely Hasrul. Boleh main-main buat sand castle bersama Sammy Simorangkir. Hahah. 



Pastu tengah hari menjelma... makan lunch ler ape lagi kan. Buat-buat tak tau lak.. makan free uols! Dah masuk pakej katanya. Tak ketuk periuk lagi, kami semua dah tercongok kat meja makan kantin. Hahah. Lupa nak snap gambar dah...sebab dah malas. Asyik makan je kejenya kan. 

Petang tu, ada lagi 1 spot untuk snorkeling. Kali ni Taman Laut. Ingat tak kita ada bayar RM5 untuk entrance fee? Pasni dah takyah bayar dah... Arghhhh.... mana idea nak mengarang nih! By the way, kami ada sewa underwater kamera dari resort tu untuk rate RM120 untuk 24jam. Haaa...so, pandai-pandailah kita guna untuk amek gambar. Tapi yang geramnya! Cepat betol abes bateri pastu siap cermin kat depan tu berwap. Arghh! Katanya panas kat dalam bekas tu. Camne??? 

Layan gambar je boleh tak? Hahah. 


Kapal karam....ade renjatan elektrik katanya

Kitaorang berenang sampai ke pelampung tu. Syiokkk gak walaupun panas terik. Ala-ala mat salleh bervogel. Hahah



Apekah ini??? Hantu laut??? Bukan ler... ni ikan bilis kecik-kecik tu. Menarikkk! 


Brape kali shot baru jadik nih??? Hahaha...akhirnya~ 

Antara underwater shots yang sempat amek sebelum lens kamera menjadi wap. Cis cis cis!

Ni adalah belut okayyyy! Scary tak??? Gambar ni Anuar tolong amekkan bawak laut time pegi snorkeling bawah jeti Taman Laut tu. 

Not so colorful corals. So sad....


Kemudian... balik resort semula. Pastu dorang kata nak tengok ikan Nemo kat area pantai tu. Ada macam rumah dorang kat situ terletak lebih kurang 10 meter dari jeti tu. So, pegila kami... dengan beachboy tu tolong tunjukkan kat mana. Syiokkk woo bila ikan tu duk try cucuk-cucuk googles kami bila terjah rumah dorang. Hehehe. 

Tetapi..... geng lain yang tak join kami tu siap boleh makan keropok lekor lagi! Arghhhh cis cis cis! Aku sempat makan seketul je. Bertabah jela... sape suruh gatal nak pegi tengok Nemo? Hahaha. Aktiviti lepas asar just lepak-lepak jela kat pantai tu sambil borak-borak sementara tunggu dinner lak. Malam ni dinner adalah BBQ! Awesome! Not bad dorang punye BBQ. Banyak sungguh makanan... tak abes makan pun! 









Malam tu aktiviti yang dinantikan... haaa ape lagi la kan. Gift Exchange! Kami dah berpakat awal-awal yang setiap dari seorang daripada kami kene bawak gift yang minimum price adalah RM25 kot. Aku pun dah ingat-ingat lupa. No more karaoke malam ni. Mula-mula kene cabut nama sapa yang dapat. Then, kene bukak time tu jugakk... Thanks to Dan Arif sebab amek video setiap daripada kami. Hahah. Sape yang bertuah dapat cabut dulu?? Tentulah aku! Hahaha. Tapi hadiah aku ada orang amek? Sape?? Tanyalah Kakak Cantekkk. Aku redho. Setiap seorang daripada kami bawak balik hadiah. Aku? Senyum kambing jela dari tepi. Huhuhu... #drama. 





Lepas abes tukar hadiah, kami main game teka-teka. Soalannya sungguh senang! Pejam mata pun takleh jawab kene tengok ape gaya yang dibuat oleh setiap kumpulan. Heheh. Malam berakhir dengan sesi borak. 

Esok nak balik dah......owh no!!!

Till then...wasalam. 


Wednesday, October 10, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Part 4)

Assalamualaikum!!!

Korang dah LIKE ke blom FANPAGE aku kat Facebook? Jangan lupa LIKE ramai-ramai tau, panggil skali atuk, nenek, makcik, pakcik yang ada FB tu tolong LIKE bagi pihak dorang. Boleh? Matilah gila glamer. Hahaha. Maybe kita boleh beramas-mesra dengan lebih erat? Who knows right? ;p

Anyway, jom aku sambung bahagian ke-4 percutian #Travelholicawesome di Pulau Redang! 

Petang tu, lepas balik dari snorkeling semua balik berehat di bilik masing-masing. Yela, penat okeh duk bervogel kat laut sana. Harus balik bilik sapu lotion banyak-banyak. Hahah. Boleh layan tido sepam dua. Lebih kurang pukul 5.30 petang camtu, masing-masing mula berkumpul kat area kantin. Ada yang duk berborak. Ade yang duk kat jeti melayan perasaan masing-masing takpun ada yang syok sendiri duk amek gambar sementelah tunggu masing-masing dah ready. Cuaca petang tu nyaman je tak sejuk tak panas. Tapi actually, berpeluh gak la ketiak aku nih. Air laut mulai surut menampakkan pasir dan anak-anak ketam pasir. 

Sambil-sambil duk tunggu tu, ade gak 3 4 orang pelancong lain yang duk amek photoshoot. Aku yakin dorang ni model sebab siap pakai bikini 2 pieces. Duk posing sana, posing sini, lentuk sana dan lentuk sini. Gitu..nasib baik tak ghairah sangat. If not...matilah. Hahah. Kami pun as a #Travelholicawesome pun taknak kalah okeh. Kami pun ada artis amerika kami sendiri! Macam-macam posing diberikan oleh beliau... 





Haaa...ni lah bodyguard Tan Sri Coco. Nape muka dia merah ek? Haaaaaaa....hahaha 

"Sudah, ko baliklah sendiri.....asyik duk posing je manjang. Mana gambar aku lak???" Itulah gamaknya dialog yang diluahkan....


Bila dah setel sume, aktiviti kami untuk petang ni lak sementara menunggu waktu dinner ialah jejalan ke bahagian lain kat Pulau Redang ni. Maszuber cadangkan untuk lepak-lepak kat kawasan Laguna Redang Resort salah sebuah resort yang banyak bintang kat Pulau Redang ni. Hanya mereka yang kaya-raya mampu untuk menginap di sini. Kami? Cukuplah sekadar dipinggiran... Janji sampai Pulau Redang. Alhamdulillah... Untuk ke sana, kami kene berjalan lebih kurang 15 minit sebab kene merentasi hutan belukar, rumah hantu dan lain-lain... Jalan skit, stop amek gambar. Jalan skit, stop amek gambar. Bila nak sampai nih??? 

Aku rasa time ni ada sesuatu yang berlaku. Cuba korang tengok reaksi muka Biq dan Ely Hasrul. Sesuatu sangat! 

Berhampiran Laguna Redang Resort...kat bahagian belakang


Dah sampaiii! Jang jang! 




Dah sampai tu, masing-masing terus terjah kedai souvenirs yang penah masuk dalam filem cina ape ntah. Zaman 90-an dulu. Aku mana lahir lagi time tu. So, taktau la. Maybe ada seseorang yang boleh tolong? Hahah. Dah panas badan kan, terus masing-masing ngam aiskrim yang dijual. Lega skit. Kat dalam tu gak ade dijual fridge magnets kalo korang nak beli. Range harda dalam RM5-RM8 untuk sebijik. Tapi design dia agak berlainan compare korang beli kat jeti. Ala-ala high-end skit design kat sini. Aku sempat beli seketul je sebab lupa nak bawak wallet. Nasib baik bank bergerak yakni Janggel sudi hulurkan duit barang seringgit dua untuk aku. Thank you!!! 

Bagi yang penah datang kat Laguna Redang ni, mesti ramai yang bersetuju yang kat sini agak havoc dan pasir pantainya lagi putih dan lembut! Happy aku tengok pasir masuk celah-celah jari kaki. Motif??? Hahah. Environment kat sini agak lively compared to Redang Kalong yang lebih peaceful and private. Pantai dia lagi cantik...tapi kelihatan ombaknya lagi merbahaya kalo nak mati. Dah lepas makan aiskrim. Kami rasanya dah berpecah dengan Dan Arif, MasZuber, Byya, Lily, MasMZ dan Pa'e. Dorang pegi mana ntah...jalan-jalan kat area jauh lagi. Yang lain-lain just lepak-lepak kat depan pantai tu main pasir lah, duk amek gambarlah...dan macam-macam lagi lah! 


Kedai Souvenirs yang dimaksudkan










Lebih kurang nak dekat pukul 7 malam camtu, kami mula beransur balik semula ke Redang Kalong. Yela, kang malam-malam pulak nanti bahaya lak sebab kene rentas macam hutan. Scary woooo kalo kene usik. Oppps! Mulut jangan capui sangat! 

Sampai ke Redang Kalong, terus masuk kantin untuk makan malam pulak. Bestnya, bila time makan, dorang akan ketuk periuk kasik bunyik kuat-kuat tanda masa makan telah tiba! Hahaha giler macam akt asrama pulak. Macam biasa...meja panjang menjadik sasaran kami. Yela ramai oleh ahli rombongan. Sedappp menu malam ni. Tapi lupa masakan apa. Janji terus masuk mulut, kenyang...alhamdulillah. 

Kemudian...masing-masing balik untuk mandi dan solat. Malam tu kami buat acara bebas. Ada yang main karom, dam aji, tapi yang highlight malam tu adalah karoks!!! Giler babas punye karoks cum koir kebangsaan tau tak! Hahah. Mula-mula tu chinese couple yang duk nyanyi dulu. Kira gilir-gilir. 1 lagu cina, 1 lagu melayu, 1 lagu cina dan 1 lagu melayu. Kira takdelah duk syok sendiri kemut anggap mikrofon kepunyaan sendiri. Koleksi lagu-lagu oklah...zaman old-skool punye. Tapi masih lagi evergreen. Masing-masing duk gigih lagu mana nak nyanyi. Penyumbang suara utama malam tu haruslah aku sendiri. Hahah. Main masukkk je orang lain nyanyi. Mereka yang diundang untuk menyanyi bersama adalah Janggel, Biqque, Masmz, Maszuber, Ely dan tak lupa Tan Sri Coco yang nyanyi lagu ABBA : Dancing Queen dan jugak lagu "Killing Me Softly". Karoks kami ni bukan sorang-sorang duk nyanyi. Tapiiii macam 1 kumpulan pulak duk melalak dalam bilik tuh! Hahah. Aku taktau la ape jadik orang kat luar dengar tu. But it was hell of a night! Last-last chinese couple tu mengalah dan blah dari bilik tu. Ape lagi...kami jela yang conquer bilik tu. Haha. 

Sesi konsert koir berakhir jam 11 malam. Aku rasa...kalo masa dilanjutkan maunya kami semua layan lagi. Bila keluar dari bilik karaoke tu, ade sorang mat salleh lalu depan kami cakap "you guys sound really good". Haaa amek kau, mula-mula tu rasa macam diperli dengan baikk punye oleh mat salleh tersebut. Tapi Biqque dengan yakinnya kata dia puji kita betol-betol tueee. Haruslah aku kembang kuncup hidung. Hahah  Tapi demi takmo mengganggu masyarakat sekitar kami terpaksa tangguhkan dulu konsert koir. Semoga ianya menjadik acara tahunan. 


Malam tu berakhir dengan sesi lepak yang abes ntah pukul brape di kantin. Esok ada lagi aktiviti snorrrkelingggggggg~ 

Till then...wasalam. 


Monday, October 8, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Part 3)

Assalamualaikum!!!

Jom aku sambung bahagian ke-3 untuk trip #Travelholicawesome di Pulau Redang. Aku akan pendek-pendek kat entry aku sebab nak drag sampai akhir tahun boleh? Dah takde trip dah aku ni..sob sob sob. Jeles duk tengok orang terbang sana, terbang sini. Ade segerombolan makcik-makcik siap buat trip ke Manila! Aku ado? Takdok uols! Hahah camno tu? Bertabah jela... 

Okeh...lepas dah melantak makanan tengah hari ala buffet yang disediakan oleh pihak Redang Kalong yang agak sedap dan memuaskan nafsu perut, kami balik bilik untuk get ready untuk keluar menuju ke laut menjala ikan. Eh? Hahah. Kalo datang pulau, tak buat snorkeling adalah tidak sah sah sah! Brape kali aku ulang sah tu? Boleh jadik saksi pengantin dah ni. Terus sah je keje! Hahah. Lepas zohor tu, terus orang Redang Kalong duk menjerit sekeliling kawasan resort tu. Camni dia jerit, sila imagine... "snorrrrkelinggggggg" "snorrrkelinggggg" "snorrrrrkelinggggg" So, kita pun tau la maknanya kene pegi berkumpul kat kawasan kantin. Masing-masing dah kumpul, siap pakai baju wetsuit bagai. Katanya ada sorang ahli #Travelholicawesome tu sebab takde baju Roxy yang dicariknya, nak tampal sendiri tulisan Roxy kat depan baju hitam. Boleh desperate macam tu skali??? Hahaha. 

Actually, semua aktiviti snorkeling sudah diatur oleh pihak Redang Kalong. Alatan snorkeling boleh disewa di kaunter dengan harga RM20/set (googles+straw+life jackets). Kene jaga elok-elok sebab kene pulang di hari akhir di Pulau Redang. Harga sewa ni tidak termasuk dalam pakej ye. Sila ambil perhatian sume... Sebelum tunggu giliran untuk naik bot, masing-masing duk sapu sunblock. Yela, masing-masing kulit selembut sutera dan berharga. Kene la jaga kan...kang rentung balik KL, takde sape kenal nanti. Kang dicop negro lak! Hahaha. Thanks to Tan Sri Coco sebab sponsor sunblock untuk aku. So, orang yang akan bawak kami nanti ataupun guide yang akan jaga kami ialah namanya Anuar. Agak kelakar orangnya. Aku rasa dia berkenan kat Biqque. Oppps! Okeh lain topik dah melalut nih. Ting ting ting.... giliran kami untuk diangkut dengan bot ke bot yang lagi besar untuk ke tempat snorkeling yang pertama untuk trip ni. Masing-masing muka dan excited terlebih. Hari yang indah untuk kami semua~ 

SubhanaALLAH...tengok betapa turqoise nya kaler air nih! Macam air cocktail pun ade. 






ada gaya macam nak naik haji tak? 


Ni pulak bot besar yang akan angkut semua penginap di Redang Kalong ke tempat snorkeling dalam 25minit perjalanan

Ok dah sampai....ni macam kawasan laut lepas la kot, tapi berdekatkan dengan pantai. Sorilah..aku tak tau nama tempat ni sebab lupa. Hehehe. Masing-masing dah bersedia untuk terjun dah ni. Macam-macam gaya ada...kuak lentang, sommersout, jalan atas air??? 


Dari kiri: penakut ---> cool (jalan atas air) ----> dikejar biawak!




Sape ni??? ade life bodyguard sendiri??? Hahahah VVIP sangat katanya! dapat special treatment!

Ok kalo tak silap kami diberi peluang untuk bersnorkeling dalam 1.5 jam camtu. Okla kan...panas terik weii kat situ. Macam-macam tengok dalam laut tu. Ade timun laut, batu karang, ikan warna-warni sume tu. Tapi sayangnya.... banyak batu karang yang macam takde kaler? Betol ke term aku pakai ni? Aku teringin betol nak tengok yang macam dalam tv tu... colorful. Tapi yang kat sini macam dah mati. Manusia semua sila jaga batu karang di pulau-pulau kita! Elakkan pencemaran! Save the environment! Nanti anak aku nak tengok camne? Terpaksa pegi Barbados nanti okeh! 

Kemudian...terus balik ke resort untuk minum petang. Eh ade minum petang...yeay!!! 


Till then...wasalam. 


Sunday, October 7, 2012

Welcome to My Page!

Assalamualaikum!!!

Malam-malam gedik duk lepak dengan Fatt dan Janggel ni dapat lak idea nak create fanpage kat Facebook. Saje suka-suka. Maybe dengan adanya fanpage ni, boleh dijadikan medium untuk aku dan para pembaca sekalian beramas-mesra antara satu sama lain... tak gitew kak jah? Hahah

Oleh itu, marilah kita LIKE ramai-ramai okehhh!