Friday, October 12, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Part 5)

Assalamualaikum!!!

Hari yang indah untuk kami semua di Pulau Redang. Hari yang ke-2. Bangun pagi terus pegi breakfast...tak mandi pagi pun. Just gosok gigi dengan muka mamai terus ke kantin. Jangan lupa cermin mata hitam kot-kot nak cover mata yang sembam itu. Please don't take my picture. I looked hideous! Hahaha. 

Hidangan breakfast macam biasalah ada mee goreng, nasik goreng, sosej dan jugak roti bakar. Not bad jugaklah rasanya.. Biasalah, aktiviti yang wajib kami ketika makan adalah bersembang, bersembang, dan bersembang. Walhal dah selalu jumpa ni, ade je topik nak sembang. Kami borak dari pagi sampailah... dorang nak start panggil untuk pegi snorkeling untuk pagi ni. Semua pakat balik ke bilik untuk bersiap... Biasalahkan...kalo datang pulau mestilah ade aktiviti snorkeling. Bagi yang berminat untuk berskuba diving, kat sini pun ade disediakan perkhidmatan tersebut dengan kos sendiri. Kalo ade lesen lagi bagus. Sape nak amek lesen pun boleh. Selain itu, ade gak untuk beginner dalam RM180 kalo tak silap. Tapi mula-mula tu nak amek, tapi sebab kekangan masa, jadi tak jadik amek... Maybe next time la kot. 

Matahari memancar dengan terik. Menjadikan air lautan berkilau bak kristal. Wahhh...bermadah helah sungguh aku nih! Tapi cantikkkkkkk! Jomlah layan gambar. Aku pun takde cerita sangat nak cerita dah ni. Sabor jela... 

Pagi yang indah bak kejora~

Ombak yang memecah bot~


Hantu air dalam penyamaran~

Bapak ikan memberi makan~ alalalal 

Tolong kami!!!! Lost season 100

Macam biasa...aku rasa almost 2 hours duk bersnorkeling tu. Kami balik semula ke resort untuk berehat-rehat sementara tunggu waktu lunch. Alhamdulillah sangat...sepanjang 2 hari kami kat sini cuaca sangat-sangat elok. Takde hujan ke ape. Balik resort, singgah dulu minum pagi dengan kuih yang tersedia. Makan je kerjanya. 

Lepas dah siap-siap bilas sume badan. Ada gak antara kami yang duk lepak depan bilik Ely Hasrul. Boleh main-main buat sand castle bersama Sammy Simorangkir. Hahah. 



Pastu tengah hari menjelma... makan lunch ler ape lagi kan. Buat-buat tak tau lak.. makan free uols! Dah masuk pakej katanya. Tak ketuk periuk lagi, kami semua dah tercongok kat meja makan kantin. Hahah. Lupa nak snap gambar dah...sebab dah malas. Asyik makan je kejenya kan. 

Petang tu, ada lagi 1 spot untuk snorkeling. Kali ni Taman Laut. Ingat tak kita ada bayar RM5 untuk entrance fee? Pasni dah takyah bayar dah... Arghhhh.... mana idea nak mengarang nih! By the way, kami ada sewa underwater kamera dari resort tu untuk rate RM120 untuk 24jam. Haaa...so, pandai-pandailah kita guna untuk amek gambar. Tapi yang geramnya! Cepat betol abes bateri pastu siap cermin kat depan tu berwap. Arghh! Katanya panas kat dalam bekas tu. Camne??? 

Layan gambar je boleh tak? Hahah. 


Kapal karam....ade renjatan elektrik katanya

Kitaorang berenang sampai ke pelampung tu. Syiokkk gak walaupun panas terik. Ala-ala mat salleh bervogel. Hahah



Apekah ini??? Hantu laut??? Bukan ler... ni ikan bilis kecik-kecik tu. Menarikkk! 


Brape kali shot baru jadik nih??? Hahaha...akhirnya~ 

Antara underwater shots yang sempat amek sebelum lens kamera menjadi wap. Cis cis cis!

Ni adalah belut okayyyy! Scary tak??? Gambar ni Anuar tolong amekkan bawak laut time pegi snorkeling bawah jeti Taman Laut tu. 

Not so colorful corals. So sad....


Kemudian... balik resort semula. Pastu dorang kata nak tengok ikan Nemo kat area pantai tu. Ada macam rumah dorang kat situ terletak lebih kurang 10 meter dari jeti tu. So, pegila kami... dengan beachboy tu tolong tunjukkan kat mana. Syiokkk woo bila ikan tu duk try cucuk-cucuk googles kami bila terjah rumah dorang. Hehehe. 

Tetapi..... geng lain yang tak join kami tu siap boleh makan keropok lekor lagi! Arghhhh cis cis cis! Aku sempat makan seketul je. Bertabah jela... sape suruh gatal nak pegi tengok Nemo? Hahaha. Aktiviti lepas asar just lepak-lepak jela kat pantai tu sambil borak-borak sementara tunggu dinner lak. Malam ni dinner adalah BBQ! Awesome! Not bad dorang punye BBQ. Banyak sungguh makanan... tak abes makan pun! 









Malam tu aktiviti yang dinantikan... haaa ape lagi la kan. Gift Exchange! Kami dah berpakat awal-awal yang setiap dari seorang daripada kami kene bawak gift yang minimum price adalah RM25 kot. Aku pun dah ingat-ingat lupa. No more karaoke malam ni. Mula-mula kene cabut nama sapa yang dapat. Then, kene bukak time tu jugakk... Thanks to Dan Arif sebab amek video setiap daripada kami. Hahah. Sape yang bertuah dapat cabut dulu?? Tentulah aku! Hahaha. Tapi hadiah aku ada orang amek? Sape?? Tanyalah Kakak Cantekkk. Aku redho. Setiap seorang daripada kami bawak balik hadiah. Aku? Senyum kambing jela dari tepi. Huhuhu... #drama. 





Lepas abes tukar hadiah, kami main game teka-teka. Soalannya sungguh senang! Pejam mata pun takleh jawab kene tengok ape gaya yang dibuat oleh setiap kumpulan. Heheh. Malam berakhir dengan sesi borak. 

Esok nak balik dah......owh no!!!

Till then...wasalam. 


9 comments:

  1. Senyum-senyum akak membaca entry ini. Gambor-gambor pun syok tengok. Akak suka gambor kaki-kaki dlm air (melambangkan kaki2 tu berangan2), kapal karam, ikan bilis selonggok tu....gambar melompat tu dgn bentuk love besor2 kat dada siapa tu?

    Eh akak nak terompah Belanda tu boleh?


    Paling akak suka madah berhelah tu..bak kristal bak kejora...best...

    ReplyDelete
  2. ya Allah byk nye entry redang ko nih!!! mengalahkan pegi 13 hari!! overst tau..

    ReplyDelete
  3. ntahnyer?
    ish
    sangat panjang citer beliau ini
    ....
    .
    .
    .tapi akak masih sengeh2
    mengimbau cite redang

    ReplyDelete
  4. LOST SEASON 100???? HAHAHA :))

    ReplyDelete
  5. @Naramas Aman,
    hehehe akak senyum2? terharu sy org senyum bc entry saya. hehehe. gmbr kaki tu sume sy agak sentap sbb sume kaki tu, takdepun kaki sy! cis boleh terlepas pulak moment kaki tu. huhuhu.

    gmbr love tu kat badan kak ely hasrul. heheh kasik sopan skit.

    erkkk...terompah belanda tu bukan sy dpt. kene tanya pa'e sbb dia dpt. hehe. bertuah sungguh! ;)



    @Chawanna,
    nakkkk abes dahhhh! hahaha. ade 1 je lagi.



    @Janggel,
    nak abes dahhhh!!!! tunggu okehhhh! hahah.



    @Kak Anash,
    hehehehe sabau ler akak. nk abes dh ni. hehehe. sy senyum gak!



    @Fatt,
    gitewwww....kan!

    ReplyDelete
  6. lol.. byk sungguh entri redang ko nie.. aku jgak yg x buat entri redang lg nie.. ekeke..

    hantu air tu yg xbleh blah tu.. apa pon sayang sungguh camera underwater tu naik wap.. haihh

    ReplyDelete
  7. aku suka entry ni! sbb ada kaki2 tu, ada hantu air, ada gambar hadiah, ada gambar lompat, eh...gambar lompat tu takde maszuber! mana dia ek?

    ReplyDelete