Sunday, October 21, 2012

Melawat Ipoh, Perak : Tasik Chermin

Assalamualaikum!!! 

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi this week tak brape busy walaupun keje banyak. Balik awal...ingatkan nak buat keje, tapi habukkk pun tarak! Duk layan surfing internet ni sangat lagha. Haishhh... Bertabah jela. 

Ayuh aku sambung kisah percutian singkat aku ke Ipoh. Asyik ke Perak je... negeri lain bila nak terjah nih? Negeri Sembilan jom? Hahah. Lepas pegi ke Pasar Karat tu, kami terus gigih meneruskan misi Masmz yang nak carik kat mana tasik yang macam dalam buku kitab yang bertajuk "Lembah Kinta". ke tajuk lain? Aku dah ingat-ingat lupa. Tapi buku tu dia pinjam dari library. Terbelek pulak gambar yang ada Tasik Chermin nama diberi. Terus beliau gigih carik dengan Byya semalam. Time tu aku belom sampai lagi. So, arini misi diteruskan. Semoga impian kami tercapai. 

Sebenarnya...lokasi tasik ni tak ramai yang tau kot akan kewujudan tasik ni. Ke orang sekitar Ipoh tau? Sebab dorang ade duk tanya... tapi masing-masing macam tak sure kat mana lokasi sebenarnya. Masmz kata dengan yakinnya... "aku yakin belakang bukit kuari tu je" Nak try masuk mana-mana lorong menuju ke kuari tak? Berbekalkan kereta Maszuber, redah kami bersama. Hehehe. By the way, aku lupa mana jalannya nama ape. Tasik yang pasti, kami menuju ke bukit yang ade kilang kuari. Pandai-pandailah korang carik kalo nak pegi. Owh ya, arini hari Ahad. So, maybe operasi tidak berjalan. InsyaALLAH takde lori keluar masuk kawasan. 

Lorong yang pertama kami redah menemui jalan mati. Keluar balik, dan masuk lorong selepasnya. Kali ni macam suspen skit sebab taktau tembus ke mana. Jalan tar dah takde... kini tinggal jalan merah je. Kereta hitam masih lagi meneruskan perjalanan walaupun takut kot-kot apa-apa jadik. Cuak beb. #drama Kami terus sampailah pintu pagar kilang kuari. Uiiishhh.... betol ke ni weh nak masuk? "detik hatiku" Hahah. Since macam takde orang je dalam tu, kami redah masuk gak. Jeng jeng jeng.... senyap sunyi je takde operasi. Ntah betol atau tidak ni. Tak sampai 2 minit, ada sorang uncle ni bonceng motosikal masuk kawasan kilang tu. Sudahhhh.... kang kene marah saje je weh. Dah la macam menceroboh kawasan nih! Mati ko~ 


Mula-mula tu macam buat reaksi bukak tingkap... macam ni lebih kurang dialog antara Maszuber dan uncle tersebut.. "Uncle, kat mana Tasik Chermin?" Uncle tu takde bukak mulut, hanya tangan je bergerak tunjuk arah belakang kami. "Betol ke" kami menjawab serentak... Hahah. Terus uncle tu tunjuk kat kami kat mana pintu masuk. Masing-masing dah bersyukur dah ni. Tak sesia terjah masuk...rupanya memang betol lokasinya kat dalam kilang kuari nih! Maybe arini dorang tak bekerja kot, that's why uncle tu kasik masuk. Kalo hari bekerja... i don't think so babeh. 

Jarak lebih kurang 500 meter dari pintu masuk... dan pintu masuk gua agak tersorok. Maka, sampailah kami kat pintu gua yakni pintu masuk ke Tasik Chermin tu. Kalo ikut sejarah, pintu gua ni dikorek sendiri oleh pemilik kilang kuari ni. Tu jela sedikit sebanyak aku baca. Yang lain-lain sila kaji sendiri okeh! Aku yakin tak ramai orang tau pasal tempat ni. Maybe mitos je kewujudan tasik yang indah nan permai ini. Chewahhhh! Aku rasa bangga sebab Masmz begitu gigih mencari dibantu oleh Byya dan kereta disponsor oleh Maszuber. Yippie! Hahaha. 

Jom terjah Tasik Chermin! 

Pintu masuk ke Tasik Chermin. Scary tak?

Keadaan dalam terowong tersebut. Agak scary dan gelap. Nampak hujung cahaya tu? Kat situ la Tasik Chermin. Panjang dalam terowong ni dalam 50 meter sahaja. 

Bila dah sampai depan pintu gua tu, macam biasa la posing dulu masing-masing tanda dah sampai kat sini. Korang ade tak? Hahahah #riak. Mula-mula cuak gakla kot-kot la ada binatang buas kat dalam terowong tu. Kang mati tak sesia je kami kat dalam tuh. Ayuh kita jalan slow-slow. Pasang lampu handphone masing-masing. Teringat Hummel Tunnel on the way ke Milford Sound. Lebih kurang macam ni ler... keliling dinding gua tu macam tak elok. Kang runtuh tiba-tiba.... nauzubillah. Panas weh! Tapi akhirnya.... kami sampai jua! Alhamdulillah...

Mari kita saksikan sendiri..... 









Kami dalam 30-40 minit jugakla kat situ. Panas sebab takde angin bertiup. Yelakan tasik tu dikelilingi oleh bukit kuari. Takde udara boleh lalu. Tapi aku nak sangat kalo macam takde perahu ke bot ke... boleh terjah kat kawasan hujung tu. Nak tengok ape penghujung tasik ni. Di mana? Walaupun aku tau dia macam tertutup. Kiranya kat sini macam versi Milford Sound gak tapi versi yang agak kecik. Tapi okla... not bad. Sunyi je... tenang. Seronok jugaklah. Masing-masing duk dengan kamera. Ade duk posing, ade yang tukang amek gambar je. Hahaha. Yang paling seronok tentulah Masmz... impian beliau tercapai! 

Kemudian... kami mula bergerak meninggalkan kawasan. Melekit weh! Jom! 



Kat sinilah pintu masuk laluan menuju ke kilang kuari ni. Jalan sampai hujung okeh! 

Aku rasa tempat ni sesuai kalo kita nak datang explore tempat rare. Yela, even penduduk tempatan pun tak brape tau sangat akan tempat ni. Bolehla kot datang terjah sendiri. Tapi datang weekend la kot time dorang tak keje. Kang saje je kene gilis dek lori besar-besar kat situ. 

Owh ya...tak lupa aksi kenangan kat dalam kawasan kuari. Nak kencing tinggal jejak macam tak syiok lak. Hahah. 



Nantikan sambungan aku dan kawan-kawan menerjah kawasan menarik di Ipoh,Perak...

P/S: Info bernas dari salah seorang pengkomen. Berguna utk kita...aku copy paste balik tau. Terima kasih kepada orang itu. 


"salam. sy tinggal di perak. n study geology. 

utk makluman encik, kawasan tu mmg xdigunakan utk rekreasi etc.so mmg xde bot or perahu utk pusing2 kawasan sekitar. sbb kawasan tasik cermin tu ialah bekas kawasan batu kapur yg berbumbung (mcm gua la)..tp bumbung gua runtuh membentuk dolines. runtuhan terjadi akibat tindak balas graviti, ground water dan juga air hujan...

kawasan kuari tu sebenarnya berisiko tinggi sbb boleh berlaku runtuhan limestone/batu kapur pada bila2 masa.

in fact sekitar kinta valley agak berisiko..sbb dikelilingi limestone yg terkenal sbgai batuan yg paling tidak kuat."




Till then...wasalam.


11 comments:

  1. Ha kan akak teka betul - Tasik Cermin :D

    Eloklah Danny terjah Perak. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Perak ni, tapi banyak yang tersembunyi (Hidden Perak)

    Selamat memeriahkan Perak!

    ReplyDelete
  2. Gitew..
    Blakang umah aku kat Perak tu pon RARE juga..pi terjah cepat! hahah

    ReplyDelete
  3. john/danny:

    scary gak nmpk tempat tu...tp cun...

    byk tmpt menarik kt perak ni..ko kan suke makan, nnt jgn lupe try nasi ganja kt ipoh..n jgn lupe try ghulam rasul kt teluk intan...very the famous...

    ReplyDelete
  4. scary! aku terbayang je ada hantu air kat situ...eiiiiii!

    cantik siut gambar ko! hmph!

    ReplyDelete
  5. tasik mmg mcm cermin....
    singgah sini bace dr malajah maskulin

    ReplyDelete
  6. dah macam rupa sailormoon dengan gaban..hahaha

    ReplyDelete
  7. @Cik Sophia,
    kannn! setuju jugakkk! hehehe.



    @Naramas Aman,
    hehehe pandai akak teke. eh ade kuasa ajaib ke? kekeke. ade lagi ke Hidden Perak? Harus saya tanya kwn2 sy yg duk kt perak sana nu. insyaALLAH ade rezeki boleh terjah tempat lain pulak. ;)



    @Janggel,
    umah ko ade ape wehhh??? masakan yg sedapppp? hahahah



    @Don't afraid to try,
    adoyaiii ni dh kali ke-2 org sebut suk try nasik ganja. sedap sgt ke weh? harus aku try nnt kalo ade rezeki ke sana lagi. hehehe. ghulam rasul datang menerjah. nnt aku google ape tu ghulam rasul. thanks for the info!



    @Athidean,
    terima kasih atas info yg berguna tu. sy dah copy dan paste utk bacaan org lain. ;)



    @Biqque,
    hahahha motif ade hantu air??? choyyyy sangat!



    @Edy Fee,
    terima kasih bro... ;)



    @Zila,
    mana gmbr last tu ke? hahah puas aku duk pikir gmbr mana yg ade sailormoon tuh! hahah

    ReplyDelete
  8. Sangat misteri tempat ni, sebab Icam pun aku pasti tak tau pasal tempat nih hehehehe.. cantik gambarrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  9. john,

    dah namanya nasi ganja...hahaha...klu makan mau melekat n teringat2 lagi...kwn aku pernah makan kt rumah kenduri masak ghulam rasul, smp 5x tambah kot(pompuan lg tu)...sbb sedap sangat katanya....yg menambahkan lagi kesedapan, ayam goreng berempah dimasak panas2 n dihidangkan di situ jugak...ko xtergugat john? hehe...racun2...

    ReplyDelete
  10. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
    www.kitaholidays.cf

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete