Monday, October 15, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Finale)

Assalamualaikum!!! 

Gigih aku type entry ni. Ingatkan boleh drag-drag sampai akhir bulan. Tapi apakan daya...percutian kami ni hanyalah 3h2m sahaja. Maybe tahun depan boleh buat lagi? Ke Pulau Perhentian pun macam best. Kawan aku yang baru pegi last week, katanya best bangat! Dapat tengok orang putih duk berbogel kat sana. Orang kita bila lagi? Hahah. Jom pegi nakkk? 

Anyway, hari ke-3 kami di Pulau Redang. Pukul 11 pagi nanti akan naik bot menuju ke Jeti Merang semula. Pagi tu bangun breakfast agak awal... macam biasa makan sampai kenyang pastu sambung borak lagi sampai pukul 9 pagi. Langit mendung ada petanda nak hujan. Pagi tu jam 8 malam, Pa'e mengucapkan selamat bye bye kepada kami dulu sebab dia kene kejar bas pukul 12 tengah hari tu untuk balik semula ke Johor Bharu. Kang terlepas bas, sape susah? Dia.... jugak kan. Terima kasih sebab joined trip kami. Hope you have best moments. Maafkan kami kalo ada terkurang-terlebih. Nice to know you. 

Dan dan tu dalam lebih kurang pukul 10 pagi, hujan dah mula turun renyai-renyai. Orang penjaga Redang Kalong tu suruh kami semua naik bot cepat-cepat sebelum laut bergelora dan hujan lebat. Kang karam? Nauzubillah... aku tak kawen lagi nih! Hahaha. Alhamdulillah... kami selamat sampai di Jeti Merang. Cuaca kembali cerah. Maybe Redang Kalong meratapi pemergian kami sekumpulan. Semoga berjumpa lagi di tahun yang tak mungkin kita ketahui. InsyaALLAH. Sampai je jeti, masing-masing dalam kepala otak duk pikir nak beli souvenirs yang ada dijual kat gerai-gerai. Aku sempat beli fridge magnets bentuk penyu. How bout that??? Hahah. Comel-comel je dah la macam-macam kaler. Tak sempat nak distribute lagi kepada teman-teman rapat. Asyik terlupa je. Camne? Nanti datang redeem dengan aku ye. Ada yang beli t-shirts, tapi sebab aku tak bawak cukup cash, terpaksa let go tshirts I Love Redang. Hurm... tak terkilan sangat sebab dalam Malaysia je kan. Gitewww....boleh tak? Hahah. 

Pagi tu gak ade makcik jual keropok lekor goreng. Sempat beli nak makan dalam van nanti. Makan panas-panas bestt woooo... aku tak tipu. Penuh mulut makan keropok lekor yang penuh rasa ikan. Protein banyak okeh! Tak lupa kepada kolestrol jugak. Hehehe. Van bergerak menuju ke Kuala Terengganu semula. Tapi sebelum tu kami singgah dulu di sebuah kedai menjual keropok lekor untuk bawak balik ke Kuala Lumpur. Sekali lagi aku tak beli pape, sebabnya motif sangat nak beli keropok lekor tapi takde peti ais nak simpan. How bou that??? Haha. Redho jela tengok orang lain beli berpuluh-puluh ringgit bawak balik. Sorang pun takde jemput aku datang rumah merasa keropok lekor. How bout that??? Hahaha. #dendam




#Untungla Chawanna sebab anak dia ada pencicah brand sendiri. 


Lepas dah semua settled dengan beli keropok lekor, kami mintak driver van kami tu singgah dulu kat Pasar Payang. Beg-beg kami semua letak kat office dorang berdekatan dengan Pasar Payang. Kami diberi masa sehingga pukul 2 petang untuk beli pape barang-barang yang kami nak. Ni pun first time aku jejak kami kat Pasar Payang. Menarik sangat ke? Ada sama macam Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu? Time ni panas kembali... Agak terik gak lah. 

Kami berpecah...  ada yang ke kanan ada yang ke kiri. Byya dan Lily kalo tak silap pegi carik cyber cafe sebab Byya terlupa nak print boarding pass beliau. Kami lak just jejalan dalam bangunan tu nak tengok ape yang menarik. Kat Terengganu ni kan femes dengan batik dan songket. So, of the most shops are selling these things. Ternampak pulak kain sampin yang Yusri pakai time kawen dengan Lisa Surihani tu. Harga dia RM2,500 tau! Perghhh! Pengsan. Ada gak yang Cawan nampak harganya RM6,500. How bout that??? Aku berniat nak pakai samping yang berharga RM2,500 jela time aku kawen nanti. InsyaALLAH semoga niat aku untuk membazir tercapai. Bila dah kawen, terus gadai sampin buat belanja rumah. Hahah. 

Bila dah semua kata mahal-mahal ni, yela kami yang tak brape nak berduit ni tengok jela. Ada gak nama kain batik ada brand Datin Style. Hahah. Tan Sri Coco jela layan pakai kot. Bila dah penah berjalan tu, kami singgah makan jap kat food court yang ada kat bahagian atas tu.. Lepaskan penat lelah semua. Biqque dan Dan Arif sempat beli serunding nak bawak pegi overseas.. Nasib baik murah. Baru aku tau mahal rupanya serunding ni tau. Selalunya mama aku je yang tolong belikan. Heheh. Janggel lak sempat beli kipas untuk bawak pegi negara Matahari Terbit sebagai souvenirs orang kat sana. 




Tapai yang hanya sebenar ibu jari aku yang berharga 50sen. Mahalnyaaaaaa!!!!






Lepas masing-masing dah puas hati ronda-ronda Pasar Payang, it's time to go back to get our bags. Sebelum kami terus pegi ke airport, kami request kat driver van tu suruh bawak kami pegi ke ICT. Korang jangan ingat ICT kat Shah Alam je ade. Kat Kuala Terengganu pun ada tau! Mula-mula tu ingatkan apekehal nak pegi ICT time panas-panas nih? Rupanya ICT = Ikan Celup Tepung! Hahaha. Cam harammmm! Hahaha. Gelak kami dalam van tuh! Kedai makan yang menjual seafoods goreng berasaskan celupan tepung! Lokasi kedai ni terletak betol-betol belakang airport. Tempat ni agak femes, so locals should now the direction better. Nasib baik time kami sampai tu tak brape nak ramai orang. Makanlah kami amek sendiri... Ada amek ketam, sotong, ikan, keropok. Ada gak meehoon goreng sume tu. Masing-masing makan agak rakus. Tak pandang kiri kanan dah. Janji licin! Konsepnya hingga menjilat jari! Harganya ikut harga pasaran but still quite reasonable.








Then, lepas dah setel makan kami mengucapkan selamat tinggal kepada Tan Sri Coco, Maszuber dan adik-adik dia sebab dorang balik lambat lagi dari kami. Kami yang lain akan naik flight petang nanti jam 6 petang tak silap. So, kami berpisah di ICT. Semoga ketemu di KL ye. Tak jauh nak sampai airport less than 5 minutes gitew je. Lawa sungguh airport kat Kuala Terengganu ni ye, macam sebuah istana lama yang besar! Lagipun dorang ada buat untuk direct dari KT ke Jeddah untuk musim haji. No wonder... Tapi sumpah macam ada ciri-ciri Malaysia kat situ. Lupa nak snap gambar. 




Dah setel check-in tu kami pegi solat dulu kat surau. Katanya flight delay 30minit. Okla tu still bearable. MasMZ dan Dan Arif pegi merayap dulu kat Taman Tamadun Islam sebab flight dorang naik MAS malam karang. Cis! 

Papepun, terima kasih kepada semua ahli #Travelholicawesome yang turut sama menjayakan trip 3h2m di Pulau Redang. Best bangattttt!!!! 


Till then...wasalam. 


11 comments:

  1. bila baca ni rasa teringin sangat nak pegi. tapi for taun depan almost penuh masa nya for travel..

    ReplyDelete
  2. wOW Pegi Terengganu Tak AJAK!

    ReplyDelete
  3. amboi miang sangat ko nk pegi tgk org bogel kt perhentian?!
    Memang la takde spa nk ajak ko p makan kopok tu kt umah masing2, dh ko tak tlg angkat kopok2 yg berat tu muahahahaha..eh kt dlm peti ais aku ada sebatang lagi..nak????

    Tidak dinafikan epot KT sangat menakjubkan!! terpaksa SUKA!

    ReplyDelete
  4. Hehehe...

    Perhentian mmg ramai gilos org putih yang erm... paham2 sendiri... Cuci mata la kalau uols pergi.. Haha..


    Kepok leko RM30 tu dah habis belom.. hahaha. Makan la sampai pengsan...

    Can I redeem my Redang FM plis plis?

    ReplyDelete
  5. memang akak rasa pun mahal bebenor tapai cekoding tuh....dasat jugak deme ni....

    ReplyDelete
  6. perhentian best!! nak ikutttttt!hihi

    ReplyDelete
  7. tapai tu kena tipu....! i mean u kena ketuk kaw2 tuk harga tapai tu. beli kat bawah pasar payang area org jual kuih n kopok lekor, RM5 blh dapat dlm 30 bijik ibu jari.

    -anak jati ganu-

    ReplyDelete
  8. teringinnyer nak gi perhentian...

    ReplyDelete
  9. motif letak gambo akak memuncongkan molot?
    tapi kelakar plak...sebab masa tu la kamera akak rosak (lense jammed!!)
    uncle tu tgh mengayat akak tau (siap offer kuih kapit ..hahaha..tak leh blah...)

    ReplyDelete