Assalamualaikum!!!
Haaa...first thing first. Korang dah LIKE ke blom fanpage Kaki Berangan kat Facebook? Kalo belom.... sila klik link ni okeh! Kaki Berangan Fanpage kat situ, insyaALLAH saya akan balas komen-komen anda semua. Sejak dua menjak ni malas sungguh nak balas e-mail. Terasa sangat femes! Wahhh...tanduk syaitan dah muncul dah ni! Shhoossshhhh~ Pergi kau dari diriku ini.
Ayuh....aku sambung kisah jelajah Ipoh ni lagi. Masih lagi dalam hari yang sama. Hari ahad.... Destinasi seterusnya ialah Gua Tempurung. Aku dulu seriously slalu ingat Gua Tempurung ni tempat tanah runtuh. Tak silap aku tahun 2004 kot... ada tanah runtuh kan? Ce kabo kat aku kalo korang ingat. Pastu... masa berlalu begitu saja. Tibalah tahun 2012, bila Chawanna pegi ke Gua Tempurung. Boleh refer Explorasi Gua Tempurung bersama Chawanna dari situ aku macam berangan kalo ada masa nanti boleh ler datang sini jalan-jalan kita explore sendiri pulak. Ye dak?
Kat mana letaknya Gua Tempurung nih? Kalo lalu highway PLUS, just exit Gopeng. Pastu ikutlah signboard menuju ke Gua Tempurung. InsyaALLAH tak sesat. Kalo sesat jugak, korek mata sendiri derma kat orang buta. Lagi berguna. Perghh! Ayat...kasar bro. Sorry~ Hehehe. Alrite... kereta hitam menuju megah ke Gua Tempurung. Tapi sebelum tu singgah solat dulu kat salah sebuah surau tepi jalan. Yelakan, berjalan jugak, ibadah jangan dilupai. Aku actually ingat-ingat lupa yang kami ada makan tengah hari ke tak? Hurm... lantaklah ye. Anggaplah dah makan lunch. Lepas tu terus gerak menuju ke Gua Tempurung. Hari minggu ni mesti ramai orang. Time kami sampai tu lebih kurang pukul 4 petang dah. Tempat ni tutup tak silap pukul 5 petang kot.
Kat sini ada 4 jenis pakej tour yang boleh dipilih. Tapi disebabkan kami dah lambat, maka kami sempat amek pakej 1 jela yang berharga RM6/pax. Gambar bawah ni ada pakej-pakej yang ditawarkan. Lagipun kami datang ni tak bawak baju lebih, so memang takleh main basah-basah ni kalo amek pakej 3 atau 4. Maybe next time boleh datang pagi-pagi untuk try pakej basah-basahan ni. Stamina pun kene bagus gak. Yela nak turun naik tangga dalam gua ni. Memang semput la dowh macam tu. Time ni toksah cakap ler...aku dah berpeluh-peluh dah ni. Haishhh... ayuh masuk gua.
Bila tiba pintu masuk tu, sejuk je. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa berserta dengar deruman air kat sungai bawah jambatan. Hilang la jugak peluh-peluh kat badan ni. Tapi... rugi lak tak bawak tripod. Yela, kalo tangan tu jenis ada penyakit parkinson asyik duk shaky je, memang gambar blur jela. Tapi aku gigihkan jugak amek yang mana termampu. Huhuhu... Untuk pengetahuan kita bersama, Gua Tempurung merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang berusia lebih dari 400 juta tahun. Nenek moyang korang pun belom tentu hidup lagi zaman ni. Dinosour kot... Selain tu, gua ni jugak merupakan antara gua yang terpanjang di Malaysia yakni panjangnya menjangkau kira-kira 1.9km. Kalo jalan kaki everyday, confirm slim macam Didie Alias. Hahaha.
Bila dah masuk kat dalam Gua Tempurung ni, haishhh sesi panjat-memanjat tangga bermula. Keadaan tangga dalam gua ni agak tinggi dan curam. So, memang kene berpaut pada tiang tangga untuk naik. Kalo ada penyakit gayat, sila jangan tengok kat bawah. Kamera sangkut kat leher. Kang ada yang terlepas jugak kang... nanges la ko tepi gua tu nanti meratib kamera sendiri. So, kita pegang kuat-kuat tau. Kalo ada pakwe atau makwe berpaut kat lengan masing-masing tapi make sure berlapik tau. Dalam duk berjalan tu, view yang terbentang kat depan mata amatlah indah dengan dinding gua yang dilimpahi dengan lampu kuning. Kat sini jugak boleh tengok stalagmites (bonggol naik ke atas) dan jugak stalactites (bonggol ke bawah) yang terbentuk akibat titisan air sejak berjuta tahun dahulu. Menurut tour guide kami, untuk terjadiknya 1 inci stalactites, mengambil masa kira-kira 2 juta tahun. Haaa.... indahnya ciptaan Allah.
Ayuh la tengok gambar. Asyik membebel je kan...
Explorasi kami sedaya upaya untuk sampai sejauh mungkin. Tapi kami ditahan oleh tour guide yang mengatakan tour untuk hari tu berakhir di sini sebabnya dah almost gelap ni. Agak bahaya kalo jalan makin jauh ke dalam. So, sempat berborak dengan tour guide tu. Katanya kat dalam gua ni jugak ada bijih timah kalo kita nak jumpa. Serbuk-serbuk perak berkilau kalo disuluh dengan lampu. Menarik! Sambil turun sambil bercerita. Katanya lagi, kalo musim hujan lebat, tak dinasihatkan untuk explore gua ni sebab tersekat dek kerana air banjir. Kiranya laluan dah terhalang oleh air. Tempat jumpa serbuk bijih timah tadi di panggil sebagai Golden Flowstone.
Kiranya lawatan kali ni bukanlah yang terakhir, insyaALLAH nak datang lagi untuk cuba tour yang ke-4. Paling best katanya...penat tapi berbaloi.
Oleh itu, kepada sesiapa yang belum pernah datang gua, jemputlah datang ke Gua Tempurung untuk menikmati keindahan gua di negara sendiri. Bagi mereka yang sukakan cabaran disini pun ada cabaran yang tersendiri. Jom cuti-cuti Malaysia kawan-kawan~
Haa... ada lagi 1 tempat yang aku akan tulis dalam entry seterusnya. Destinasi terakhir di Ipoh.
Till then...wasalam.
wahhh! menarik nih! sebelum ni duduk ipoh tak penah sampai pun hihihi
ReplyDeleteHehe belengas tak uols masuk dlm gua ni?
ReplyDeleteGayat nyer tangge tu how la iols ni... nnt jatuh!
Pastuh kan, motip nak slim macam akak didie alias.. melampau sgt tu.. hahaha...
WAH CANTINNYA NEGERIKU...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawat negeri akak :)
Opps typing error
ReplyDeleteCantiknya negeriku
bro, saya juga penah pegi ke gua tempurung. kalo rajin, silalah ke blog saya : http://biqque.blogspot.com/2012/01/gua-tempurung-gua-terpanjang-di.html
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHA!
lepas ni, jejak la gua musang plak ek... nk la tahu yg mana satu gua musang =) hehehe
ReplyDeletesedih rasa sebab aku tak singgah sini ritu...tapi, cantiklah gambar dalam gua, superb!
ReplyDeleteperasan gambo yang ada kete tuh...macam selang seli kereta sama..
ReplyDeletehehe
didi alias??
wah
best la dah sampai sana
hehe
dah 'like' fanpage
Teringat waktu ambil skill Recreation .. ada group present pasal Gua Tempurung ni..
ReplyDeleteMemang best.. tapi kalau Malaysia buat harga discount utk rakyat Malaysia lagi best rite? hehhe
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.