Friday, October 19, 2012

Melawat Ipoh, Perak : Pasar Karat

Assalamualaikum!!! 

Sejak dua menjak ni, musim hujan tiba dikala waktu petang-petang nak masuk Maghrib. Hujan rahmat turun ni bukan calang-calang hujan. Hampir lumpuh bandaraya Kuala Lumpur, terima kasih kepada Terowong SMART yang telah beberapa kali menyelamatkan Kuala Lumpur dari tenggelam. Tapi disebabkan itu, masih lagi ada ummah yang tak reti bersyukur berkata apa gunanya SMART nih kalo kesesakkan jalan raya masih lagi tidak dapat diatasi. Bangang tak? Mari kita sama-sama fikirkan... 

Okeh, dah abes luahan hati aku. Saje je bosan. Sesekali kita berborak tang isu sesama adalah lebih baik dari duk bercakap pasal travel je tak? Hehehe. Cite kali ni berkisar tentang trip tak plan aku ke Ipoh time cuti Hari Malaysia (16 September) tempoh hari. Sepatutnya, aku plan nak balik kampung sebab ada hal. Yela, majikan aku kasik replacement leave pada hari Selasa tu. Meaning aku ada hari... Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Wohoooo!!!! Kalo pegi Hong Kong untuk shopping-shopping pun best jugak. Tapi apakan daya, duit poket time tu tak brape nak ada. So, aku duk melangut jela kat rumah. Tetapi, time ni masih berbelah bahagi sebabnya MasMZ dan Byya ajak pegi Ipoh sebab dorang ada plan baekkk punye nak cari 1 tempat rahsia! Yang orang lain pun taktau! Aku ni dah la malas-malas skit. Dorang kata, amek je ETS terus ke Ipoh. Tak lama pun perjalanan dalam 2.5 jam je dari KL Sentral. 

Pagi Sabtu tu, aku terus singgah kejap kat KL Sentral tengok tiket ETS masih lagi ada ke tak untuk ke Ipoh. Maybe dorang duk berdoa supaya aku datang jugak, maka adalah tiket untuk aku yang berharga RM25/pax untuk silver class. Bertolak dari KL Sentral jam 9.00pm. Balik rumah sempat singgah kenduri dulu. Lebih kurang jam 8 malam, aku bergerak pegi ke KL Sentral naik LRT. Alhamdulillah....perjalanan smooth je. Actually, ETS ni keretapi laju ataupun elektrik yang menghubungkan Ipoh terus ke KL Sentral. Ada beberapa stops di sepanjang perjalanan. Keadaan gerabak adalah bersih, dan luas leg-room. Plus, sejuk! Hehehe. Tepat jam 11.30 pm aku selamat tiba di stesen ketapi Ipoh! 

Antara speed paling laju yang sempat aku perasan. Takdelah laju macam Shinkasen kat Jepun sana. 


Stops yang ada....

Dah sampai tu, pegi makan malam tu. Ya Allah! Sangatlah tak sihatnyaa.... huhuhu tapi sebab perut dah lapar makan jela nasik goreng pattaya. Malam tu tido lena sebab esoknya kene bangun pagi-pagi sebab Masmz kata nak pegi Pasar Karat kat Ipoh. Harus ingat esoknya adalah hari Ahad...

*********************

Janji tinggal janji... kalo tak silap aku hujan malam semalam. So, aktiviti kami untuk bergerak awal pagi dalam pukul 7 pagi hanyalah tinggal janji dalam selimut. So, kami tunggu MasZuber tiba dari Sri Iskandar sebelum bergerak menuju ke Pasar Karat untuk jejalan dan mengambil gambar. Time kami sampai ni dalam lebih kurang jam 10.30 pagi kot. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Time ni ade dah kedai yang dah nak tutup gerai masing-masing. Cuaca semakin panas. Aku pun dah start berpeluh. Cis! Owh ya, lokasi pasar ni adalah di kawasan "Memory Lane" kat Ipoh. 

Kepada sesiapa yang berminat akan barangan antik, kat sini adalah sesuai untuk mencari barangan yang lama-lama untuk dibuat koleksi. Aku tak minat sangat...just suka amek gambar benda-benda yang menarik. Ayuh kita layan gambar ape yang sempat aku tangkap itu hari...



Rumah siapa ada lagi telefon jenis macam nih? Klasik Mak Enon!

Aku suka kipas angin jenis macam ni sebab berbilah besi.Kalo pakai kat rumah, sejukkk je sebab laju!





Anak siapalah yang penah menetek pakai botol susu jenis kaca nih! Berat woooo....


Van Scooby-Doo! 

Bila dah puas pusing-pusing kawasan sekitar, kami mula bergerak meninggalkan tempat tersebut. Panas beb... aku ni kan putera lilin. Mana boleh duk bawak panas lama-lama. Nanti adalah makhluk cakap.. "neraka lagi panas" *ouchhh* Hahaha... 

Lepas ni kami akan ke suatu tempat yang best! Jarang dilawati oleh orang ramai. Ntah-ntah ramai yang taktau? Sama-sama kita nantikan....

Till then...wasalam. 


16 comments:

  1. Hi, suka kat discussion atas sekali tu,
    maka sapa yang kata KL masih jem even ada smart tunnel, suruh diorang naik tren dan jangan sekali2 bawak keta dlm KL, gerenti tak jem.

    ETS utk ipoh tu lagi best kalo x stop2 kan? ni dah sama macam naik bas 2.5 jam,
    belum tahap efisyen lagi..

    ReplyDelete
  2. aku pun suke gok kipas yang mcm tu....

    ReplyDelete
  3. kipas besi tu arwah maktok sharul ada...mmg laju dan berangin!

    pasar karat ni nak beli bleh...tapi pandai2 la pilih ye, takut kang ada yg "ngikut" plak *larikkkkkkkkkkk*

    ReplyDelete
  4. Ipoh,my hometown..ko de makan nasi ganja tak?

    ReplyDelete
  5. adoiii memory lane... very the memory sangat. lama beno dah tak pegi sana.

    ReplyDelete
  6. wah
    best la gi negara IPOH
    .
    .
    .
    masa nih akak balik kampung.
    .
    ..
    kan?
    ish iyela..
    hehe

    ReplyDelete
  7. WOW BEST le pergi Ipoh naik train pulak tu...WOW!!

    Akak ada kamera Yashica sebijik macam dalam gambor tu. Duit Jepun tu pun akak ada he he he...

    Kipas tu akak geram...nanti nak pergi cari kata situ...


    Selamat Memeriahkan IPOH!!!

    Next place is Tasik Cermin ek?

    ReplyDelete
  8. ramai jugak yang terjah ipoh sekarang nih, best-best!

    ReplyDelete
  9. Pasar karat...cik anne penah sampai situ...tapi panas lah...tak sesuai nak shopping lama2...memang cik-anne selalu gak balik Ipoh...hometown hubby tu...

    ReplyDelete
  10. sejujur-jujurnya aku tak penah ke sini lagi, walaupun aku lama duk Ipoh! terpaksa la pegi suatu hari nanti hahahah

    ReplyDelete
  11. @Dzuchan,
    terima kasih... hehehe. aah kalo xde stop2 mcm lagi best je. tp it was a smooth journey. xde goyang2 badan time duduk tu. boleh improve lg katanya.



    @None,
    kann...suka sgt! boleh letak kat umah boleh guna time musim kemarau.



    @Biqque,
    hahaha ade yg mengikut? ohmaiii! sapekah iteww???



    @Arabella,
    hahah tak sempat nk makan nasik ganja. dorang dah malam sehari seblom tu. aku pn dh lupa nak request sama. next time maybe. ;)



    @Rossdowsen,
    haishhh...kene pegi tu. kenang kembali kenangan lama... hehehe.

    ReplyDelete
  12. @Mrs. Eady,
    haaaa....kene try ler mcm tuh! baru tau best ke tak. heheh. naik siang boleh nmpk pemandangan skit.



    @Kak Anash,
    wahhhh! motif balik kampung tak ajak sy skali? kekeke. next time akak kene naik gak. hahah.



    @Naramas Aman,
    laaa...yeke? kene simpan tu akak. antik dah tu. boleh guna filem je kan. x silap atok sy dulu ade sebijik gak. besar gak la. hahah .



    @Janggel,
    ntah ler... aku x jmpe lagi karat2nya. menipu benor. ~ kekeke.



    @Maszuber,
    tu bukan ko ke jiwang karat? emo katanya~ hahaha.

    ReplyDelete
  13. @Orga,
    haaa....ko pn kene terjah bro. alang2 cuti2 malaysia katanya. hehehe.



    @Cik-Anne,
    owhhhh....yeke. heheh. boleh la kdg2 barang yg dijual. sy x minat sgt brg2 antik ni. hehe.



    @Chawanna,
    haishhh... ko nih! jelajah 1 dunia, pasar karat kt kampung sendiri pn tak pegi! choyyy sungguh! hahahha

    ReplyDelete