Wednesday, February 2, 2011

Solo Trip - Hong Kong Part 4.1 (Ngong Ping 360 & Big Buddha)


Dah lama x update, ketika ini aku berada di rumah, selepas 2 minggu yang padat di Miri, Sarawak.

Jom aku sambung trip aku ke HK, hari ke-4. Pagi ni aku tgk itinerary sepatutnya akan melawat Ngong Ping 360, Lantau Island. Pagi ni, cuaca sangat2 cantik skali, tak panas dan nyaman untuk berjalan-jalan. Aku gerak ke Ngong Ping menaiki MRT sahaja. Sangat senang kan? Mudah sahaja….

Di Ngong Ping 360, terdapat Ngong Ping Cable Car, Ngong Ping Village, Big Buddha, dan lain2 tempat yang menarik. Untuk ke sana, hanya perlu menaiki MRT menuju ke Tung Chung, iaitu stesen terakhir skali di Tung Chung line. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. FYI, Lantau Island ni sgt2 dekat dengan HK international airport. Di Tung Chung station ni juga ada 1 shopping mall yang agak femes di kalangan pelancong yang datang, iaitu, CityGate Outlets.



Untuk sampai ke puncak Ngong Ping, kita perlu menggunakan kereta kabel yang ada. Terdapat 2 jenis kereta kabel yg disediakan iaitu Crystal  cable dan standard cable. Korang tau x ape itu crystal cable? Haaaa…..meh aku nk describe. Lantai kereta kabel ni diperbuat daripada kaca, so, dlm perjalanan menuju ke puncak nanti, kita akan nampak bahagian bawah lantai. Akan nampak laut, hutan, batu-batuan dan sebagainya. Aku amek crystal cable sebab nak merasa best ke x. hihihi. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak HKD230 per person. Bayaran adalah termasuk perjalanan pergi balik menaiki Kristal kabel, tiket utk Walking with Buddha dan juga Monkey’s Tale Theater. 











  Keadaan di Ngong Ping sangat2 best! Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa…udara bersih. I love it! Aku pusing-pusing di sekitar kawasan ni. Aku masuk ke Monkey’s Tale Theater, sebab alang-alang dah kombo kn…masuk jelaa… ade 4 orang penonton je??? Ntah pape je…. Show ni biase je, bagi aku sangat2 TAK menarik perhatian aku. Buang karan je. Lepas tu, aku masuk lak tour Walking with Buddha. This one for me is quite interesting sebab dari sini kita akan tahu asal-usul kewujudan Buddha. Pameran merangkumi cerita, koleksi, patung2, prinsip2 Buddha dan sebagainya. Not bad. Kat sini x boleh amek pictures ye….tp aku amek je sorok2. Lantak ko lah!










 
Lepas tu, aku bergerak menuju ke Big Buddha. Patung sangat2 besar tau. Sayup-sayup gah duduk kat atas bukit. Perlu menapak agak jauh, kira2 15minit. Tapi along the way, ade tempat2 yang boleh kita singgah. Ada jugak contoh2 kereta kabel yang di gunakan oleh negara-negara lain seperti Chile, Perancis, Jerman dan sebagainya. 




 
Okeh, dah tiba masanya untuk mendaki anak tangga untuk sampai ke puncak….ayuh! mcm dah kat Batu Caves dah aku rasa. Banyak sungguh anak tangga nak kena daki. Semput nih! Hahaha. Pemandangan dari atas puncak Big Buddha sangat-sangat cantik, dpt lihat bukit-bukau yang serba hijau ni. Angin pun sejuk bertiup.















Bila dah abes pusing area itu, dah tiba masanya untuk aku balik. Lama-lama kat sana buat apa kn? Hari makin panas, perut pun dh lapar. Bila balik, kena naik cable car lg, this time I’m lucky! Sebab, aku dapat conquer kereta kabel Kristal untuk aku sorang2. Hihihi……jom tengok aksi maksi aku…..


to be continued...

p/s: terlalu malas untuk menaip. huhuhu


4 comments: