Wednesday, November 9, 2011

26 Fakta @ Auta...itu semua aku tak kisah!

Assalamualaikum! *versi Prof. Izi Haji Ali*

Wahhh....1st time kene tag ni. Tak penah lak aku rasa kene tag. Penah berangan, sapelah yang nak tag aku ni. Tapi sebabkan Fatt yang tagged aku, maka dengan segala kerajinan yang ada, aku try siapkan malam niiii jugak! Walaupun....hahah. 

Ehem-ehem. Sebelum aku start jawab. Aku nak mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....eceh, mcm nak jawab soklan SPM 5 tahun lepas pulak! Hahaha. 

[PART 1]

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Jawapan: Hurm...panggil aku John. Nape pilih nama John? Sebab kebetolan sahaja. Sebab nama nick aku dalam porem ialah bdk2 atau budak-budak atau budak tu. Ramai yang keliru, maka aku suggest panggil John je. Kalo nak letak nama Johnny Depp kang, Biqque cakap aku perasan lak. Hahaha...sori biqque. lol. Ringkasnya, aku seorang happy-go-luck, banyak cakap, lawak which i dont think i'm lawak, seorang yang pandai planning untuk travel (utk benda lain, mybe boleh try), suka travel! The main reason i do blogging. Hahahah.  The rest aku nak cakap, tak kenal maka tak cinta. Ewahhh!

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Jawapan: Mula terjebak pada akhir tahun 2009. Masa tu, baru je abes 6 bulan praktikal kat salah sebuah firma. Tak payah cakap la ek kat mana. Time tu dah angan-angan dah dengan duit praktikal tu nak buat travel pegi mana yang mampu. Plan nak pegi Korea sorang, time tu jugak kene sound ngn abah aku. Hahah. Ended up, pegi Singapore je time Xmas untuk 4h3n. Okla tu untuk permulaan. Mula betul-betul aktif abes blaja, pegi Hong Kong sorang-sorang untuk 5h4m. Gila gigih nak travel punye pasal. Lepas tu...kerja gila bermula bila dah start keje. Hihi...alhamdulillah...I'm living my dreams now. Owh ya, thanks to porem Cari. Kat situ, addiction untuk travel sendiri makin kuat! Addictive betol. Tak tau nak cakap macam mana. 

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Jawapan: Honestly, aku masih baru dalam travel ni. Dulu ada terpikir nak guna travel agent untuk travel. Tapi bila dah merasa, rasa macam tak syiokkk. Tak puas. Tekadkan hati pegi travel dengan usaha sendiri. Dari beli tiket, booking accommodation, buat itenerary, buat budget dan lain-lain. Alhamdulilah...sukses jayanya. Aku cakap jujur, aku berada diantara traveller dan tourist. Sebabnya...aku nak travel but at the same time trying not to be 100% tourist. I don't want to be typical tourist who does shopping a lot! (Which sometimes i think i am, but i'm cutting a lot of my shopping expenses during travel), Taking a lot of pictures without realizing the true beauty that lies within the pictures itself. So far, I'm trying to be a great traveller which I think not all people can be a true traveller. InsyaALLAH....

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

Jawapan: Hurm....so far backpacking @ memandai sendiri! Penah guna travel agent 2 kali sahaja time pegi Beijing and Medan, Indonesia. The rest....pandai-pandai la ye.

5. Siapakah travel partner anda?

Jawapan: Still searching. Hopefully, will be able to find one or two. InsyaALLAH.  Sekarang ni, masih try and error.


[PART 2]

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Jawapan: Dulu time aku kecik dalam darjah 3 @ 4 dah lupa. Penah pegi Phuket dan Hatyai, Thailand. Tu la lot first time aku pegi travel oberseas. Thanks to my parents! 

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Jawapan: Mengikut urutan : Singapore, Hong Kong, Beijing China, New Zealand, Perth Australia, Bangkok Thailand, Medan Indonesia

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Jawapan: Tak pernah. Yela, baru nak start travel...takkan laaa nak ripit tempat sama 2 3 kali. Hihi..but I'll will visit again all the countries that I have been before. InsyaALLAH. 

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Jawapan: Nampak tak gambar kat sana. Betapa indahnyaaaa Lake Tekapo (pronouce as "Tikepo") Wallaaaa....tak puas duk kat sini aritu pegi. Banyak area Lake Tekapo yang aku missed. Plus, time tu winter so siang pendek. Memang tak dapat sangat nak menghargai betapa indahnyaaa....tak sempat nak piknik. Nak melompat pun tak sempat. Nak melawat gereja yang ada kat situ (takde niat lain ok! Islam yang satu!) Aku dengar ade ice rink kat situ. Banyak lagi nih tak cover!

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

Jawapan: Tak nak jadik hipokrit kat sini. Mekah tetap nak pegi. Tapi dalam kepala otak aku ni masih lagi nak pegi negara lain dulu. Negara yang aku nak pegi ialah Amerika Syarikat, Afrika dan Greece! (Btw, kenapa europe tak masuk???) Coz, it's too cliche.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

Jawapan: Hurm...pengalaman kelakar yang aku takleh lupa bila pegi Beijing dulu, malam-malam duk kuar jenjalan. Nak beli buah dari street seller. Time tu memang rupa ayam dan itik duk bercakap lah. Dah la dengan chinese look yang ada pada diriku ni sememang dipandang seorang yang fasih berbahasa mandarin. Tapi yang basic tu tau la skit. Punyela lama duk diskus harga untuk sekilo. Mati-mati aku ingat anggur tu 5 yuan untuk sekilo, tapi rupenye 500gram je. Punyela susah nak faham...abes gaya duk buat ni haa...dah la time tu lori buah tu depan trafik lite kat jalan yang agak busy. Mesti orang duk pikir, gila ke ape. Hahaha. Pastu satu lagi, time duk bargain nak beli turtle neck sweater kat market kat Beijing. Punyela bengang di amoi tua ni siap baling kalkulator lagi sebab taknak kasik, bila aku dah blah tu dia panggil balik. Punyela senyum lebar aku sampai telinga. Takleh gambarkan heppynya yang amoi tua tu kalah! Hahaha. 

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

Jawapan: Memalukan tu so far macam takde. Sebab well prepared. Alhamdulillah. Tapi yang buruk macam selalu buat orang yang travel dengan aku kecik hati, takpun aku marah dorang. To be honest, aku ni kadang-kadang hot-tempered skit. So, janggel, kemang, masmz, zilla please watch out ok! Kalo nampak aku macam nak mengamuk tu, terus hembus jampi serapah kat muka aku! Hahaha. But, I'm trying to be nice until end of the trip itself. InsyaALLAH. 

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Jawapan: Absolutely! Itu sebabnya badan aku dah macam anak gajah dah bila travel. Hahaha. Suka bakso kat Medan, kacang madu kat Beijing, Dimsum kat Hong Kong. 

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Jawapan: Kiri: Dimsum kat Masjid Ammar, Hong Kong. Kanan: Bakso kat penjual tepi jalan di Medan, Indonesia. Keistimewaan untuk dimsum, bila lagi nak makan dimsum halal kat Hong Kong. First time makan nih! Tersangatlaaaaa sedappp! Penah makan untuk kali kedua di Malaysia. Tapi rasanya tak sama. Memang terbaikkk! Bakso pulak, kat mana lagi kalo tak makan bakso kalo datang Indonesia. First time jugak makan. Pffftt...sedap bangat sih! Bebola daging dahla banyakkk makcik tu kasik. Kuah sup dia pulak memang terangkat!


[PART 3]

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Jawapan: Depends ikut keadaan. Suka backpack lagi. Sebabnyaa sumenye di atas bahu. Beg troli ni memang leceh...kene heret sana, heret sini. Kalo travel sorang, definitely backpack!  

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan



Jawapan: Beg Deuter merah 60L kalo tak silap, first beg travel yang aku beli untuk pegi HongKong. Banyak sungguh jasanya. Macam-macam aku isi dalam tu dulu. Hihih. Untuk g Korea ni pun, aku akan bawak dia jugak. Beg hitam vertikal. Aku beli untuk pegi New Zealand. Beli kat Pertama Kompleks. Agak praktikal dan tak terlampau gabak macam Deuter Merah tu. Dah penah bawak pegi Medan, New Zealand, Perth, Bangkok. Banyak jugak boleh sumbat! Beg adidas rm10 aku beli kat uptown Shah Alam. Banyakk sungguh jasanya dalam membawa souvenirs dari oberseas. Sangat setia pada aku walaupun RM10. Berbaloi gilaa....Setiap tempat aku dah penah travel, tak penah miss bawak beg nih. Beg biru Nike RM25 kat uptown Danau Kota. Berusia sama macam Deuter Merah tu. Banyak jugak jasanya kat aku. Suka bawak ni bila travel sendiri. Sebab kecik dan sesuai bila nak kuar jejalan. Dah penah ikut aku pegi semua tempat travel yang aku penah pegi. 

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti

Jawapan: Panadol dan ubat selsema, payung dan jaket! (Yang biasa bawak tentulah duit, makanan, dan passport!)

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

Jawapan: Hurm...makanan, laptop, kad pengenalan. Hahah. 

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

Jawapan: Update blog malam2 time travel. Wajib...kalo takde kompiter atau laptop, sanggup karang karangan spm dalam buku nota supaya tak lupa kemudian hari dah kurangkan masa untuk karang bila dah balik. Amek gambar dah jatuh hukum wajib! 

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Jawapan: Of coz laaa seorang yang taktau malu! Suka bergambar. Tapi aku rasa pose aku yang bergaya sangat handsome biarlah jadik tatapan bakal bini aku sahaja. Tak elok riak. ;p

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



Jawapan: Aku rasa..ni lah post yang paling banyak aku letak gambar yang ada muka aku. Takpelah...skali skala. Hensem tak aku? Hahaha. *RIAK*

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Jawapan: Sudah semestinya! Fridge magnet adalah yang penting, kemudian t-shirts! Then, keychains, sweaters (ikut tempat, tak semua tempat beli sweaters)

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Jawapan: Untuk ahli keluarga adalah wajib. Aku suka belikan untuk adik-beradik aku macam-macam. Untuk kawan-kawan, aku dah suka memilih untuk siapa yang aku akan kasik. Walaupun rapat, tak semestinya orang itu akan dapat. Ikut budi bicara atau sebab kes sentap. Hahaha. Tak perlu nak beli untuk semua orang, kalo orang tu suka meminta tapi balasan tarak. *Mode:berkecil hati, dah geram*

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Jawapan: New hobby, postcards! Mesti beli banyak...untuk koleksi dan post untuk kawan yang baik hati. Takde nak berkira. Thanks kat sapa2 yang kasik aku postcards! Cantikkkkkk! 

[PART 4] 

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Jawapan: Hong Kong: Sebuah bandar yang maju. Walaupun jalan-jalan agak kecik, tapi sangat bersih, penduduk yang bertamadun serta suka jalan dengan laju. Sampai aku pun terikut sama dan lupa jugak pembersih! Beijing: Bandaraya yang berkembang pesat, tapi mentality sesetengah penduduk masih lagi ditakuk yang lama. Pengotor dan suka kencing merata. Tetapi sangat berusaha dalam perniagaan. Tak kisah erti jemu dan jugak degil. Sebuah negara yang penuh dengan warisan tamadun dunia. New Zealand: What can i say more, one of most beautiful country in the world. Setap road trip, seakan-akan lukisan. Penduduk yang ramah dan suka menolong. Sangat mematuhi peraturan jalan raya, hormat kat orang lain dan lain-lain. Menjaga serta memanfaatkan apa yang ada kat negara dorang. 

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Jawapan: Saya berangan kerana cita-cita saya selepas bekerja adalah untuk travel sebanyak mungkin negara yang saya mampu pergi. InsyaALLAH. This is my passion. Biar hidup sederhana, tapi pengalaman yang ditimba tak terucap oleh kata-kata. A quote from St. Augustine "The World is a book and those who not travel only read one page". Semoga para travellers semua dapat mengejar cita-cita kita ini. Amin... tapi kanm kadang-kadang aku berangan kan best kalo ade Doraemon. Boleh mintak pintu suka hati...boleh pegi mana-mana je yang aku nak!

Soalan Bonus :Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)


Jawapan: Letak yang ni boleh tak? Coz....i'm travelling while I'm single. Hahaha.


Fuhhh...abes jugak aku jawab soklan ko ni Fatt. Thank you sebab sudi tag aku. Gigih ni aku duk type. Hahahah....

Till then...wasalam.


35 comments:

  1. peh ! syabas ! rajin gile ko..

    eh nanti aku bawak baygon..kalo ko marah kiteorg, kiteorg sembur ko.. kihkih

    aku nak tido dulu, nite +_+

    ReplyDelete
  2. john,
    terharu aku sbb ko org pertama yg siap tag quiz ni...*kat mata ada bintang*

    aku rasa dgn adanya kuiz cenggini barulah kita kenal seseorang kaki jalan tu...tp all ur facts are fun to read :)

    last but not least, gambar ko mendivakan diri tu mmg kelakar...aku tergelak2 ok...aku pasti competitor terdekat ko ialah biqque...kita tgk sape paling diva..hahaha...

    thanks john!! :D

    ReplyDelete
  3. Gigihnya ko mengarang memalam bute ni john!!! Syahbaz!

    Erk aku amek maklum tentang perkara di atas... Kemang ko kena tolong aku!

    Aku punya dah siap gak tapi lupa save terus hilang semua, jadi aku memerlukan semangat yg jitu untuk mengulangi ayat2 yang telah dikarang... Wish me luck... Fatt sabar ye...

    ReplyDelete
  4. @janggel

    weh tolong ape? ayat ko tergantung tu.. ke aku yg x paham?

    ReplyDelete
  5. Kemang;

    Tolong hembuskan si john ni la, kalau dia ngamuk! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮


    Jap- john nape tajuk entry ko takda № 26?

    ReplyDelete
  6. @Kemang,
    hahaha...rajin kan? lol. time malas ni. haha...jgn sembur aku teruk2 tau. kalo nmpk je, terus tampar! hahaha.


    @Fatt,
    hahaha...toceh2. sebab semangat nk siapkan. hihi. yup2...mesti kene jwb ngn jujur punyelah. takleh nk tipu2.

    i'm waiting for biqque!!!

    ur welcome!


    @Janggel,
    hahaha....gigihkan? tenkiu2!
    sila amek maklum ye...tp jgn risau janggel. kalo sume org ok, takde maknanyaaa aku nk marah x tentu psl. hihi.

    aku dh letak no.26 tue. terlupa td. hihihi

    ReplyDelete
  7. kelasssss ko jah!!! oppsss jah lah pulakk..

    esok i nak buat lak...today tak sempat nak selongkar gambar2 nostalgia tu...

    ReplyDelete
  8. janggel,
    ah ko tu alasan jek...hilang la..apa la..ecece..takpela, nti ko jwb lagi sekali...kali ni make sure save...klu ko nak cerita psl hobi ko daki gunung tu pun takpe..travel gak tu...leh expose skit kami2 yg tak penah bergunung ni...ko tlg bgtau Mas ek aku tag dia..



    john,
    *tengah mengorek gambar yg paling diva sbb nak celen ko*

    eh, tapi kan, hensem jgk ko ni john...bleh la aku ngorat. hahaha...gurau jek :P

    ReplyDelete
  9. UPDATE!

    john,
    sori, aku tertinggal satu soalan lagi...last punya...letak stamp passport yg paling ko suka & ceritakan kenapa. sori yeop...ai dah nyanyuk..hahaha

    ReplyDelete
  10. rajin gile! panjang pulak tu.. kalah karangan SPM..

    ReplyDelete
  11. ok john, now aku baru ada masa nak mereview. ko suka kena tag eh? takpe pasni aku suh biqque buat set soalan membunuh...ekekeke..

    1. part "tak kenal maka tak cinta. ewah!!" tu aku rasa moskel skit...cam ayat nak suwit2 makwe le..hehehe
    2. porem cari mmg berhantu. aku terjebak dari thn 2008 tp skrg aku dah tinggalkan sbb byk komitmen lain terutama blog. tp tak sangka dr sana kita kenal...tp sbnrnya john, dulu lagi best, skrg ni kureng skitla..byk nubie yg bajet bagus+poyo..pastu mod plak slow...tu yg aku rasa cam malas nak commit
    3. aku rasa setakat ni ko paling byk shopping..tp aku rasa klu ko bleh cut tang shopping mebi ko bleh pegi lagi byk tmpt. somehow aku suka part "Taking a lot of pictures without realizing the true beauty that lies within the pictures itself"..sbb smpai 1 tahap aku cam dah tak brp eager nak shoot dan lebih suka observe benda yg ada kat sekeliling aku
    5. all the best! tp klu ada rezeki mebi kita bleh organize trip backpacking sesama kita...location tunggu 2013 sbb mostly thn dpn kita sume dah occupied...aku pasti kalau jadi benda ni mesti best
    9. lake tekapo mmg chantek...aku pun suka..tp klu dpt amik gmbr bintang waktu mlm kat church tu mmg cun. tp timing baik camtu slalunya masa winter sbb langit cerah. ko perasan tak bintang & bulan kat nz dekat?
    10. aku pun nk tanya, nape europe tak masuk? streotaip sgt eh?
    11. HAHAHA....ko mmg gile bargain. mesti dia hangin smpai baling kalkulator. tp mmg kat Yushow (aku rasa camni ejaannya) peniaganya kerek2...aku pun penat bargain clutch handbag aritu. nasib baik dapat...peh! tp mmg kualiti bagus, smpai skrg masih bertahan
    12. bleh improve lagi john..u can. as long as ada give & take insya Allah semua masalah bleh selesai
    14. dua kali pegi HK aku lupa nak try dimsum kat masjid ammar ni...iskk...aku rasa nak pegi lagi HK tp aku dah pusing 1 HK so mcm clueless nak dtg sana lagi utk ape. tp kamera dslr kat sana murah2 tau..klu nak beli lens ke mmg boleh..original. dont wori!
    16. beg deuter merah ko tu cantek..aku suka. brp liter & harga beg tu?
    20. ayat tak menahan. pfftt!
    21. HENSEM! bleh jadi anak ikan. hehehe..
    tu dia...diva siot...lelagi gambar landing atas jalan...tak menahan! rugi aku tak amik gmbr camtu dulu..rugi! T__T
    23. kan..dah bagi pun byk soal. nasib baik ko nak bagi..kalau terkeluar dr senarai?? fadanlah muke ye?
    25. sume point tu aku setuju esp china...ntah bila perangai nak buang air kat tmpt sepatutnya tu dorg nak amalkan..iskk...aku jadi cam fobia nak duduk kat sebarang tmpt takut ada bekas2 err....geli!
    26. gambatte kudasai! semoga cita2 mu tercapai


    TQ john sbb jwb tagging ni. klu ada lagi soalan tag aku akan shotlist ko :)

    ReplyDelete
  12. bloghopping !

    love your blog, its nice to read blogs esp org yg sama travelling interest ! sgt-sgt tergoda dgn gambar-gambar NZ, one country i blom sampai !

    got the travel bug sejak zaman student in the 90s (walaupun ada internet tapi masa tuh tak secanggih skrg dgn forums & blogs for reference ! tapi research tetap research dgn buku-buku travel & brochures kat travel agency!) & skrg pun tetap budget travellers walaupun dah beranak pinak ! (my baby went on her first backpacking adventure at 8 months old !)

    looking forward to read yr next adventure :)

    ReplyDelete
  13. John, i loike!

    Sblm aku jumpa blog ko (dari blog Fatt) aku selalu baca2 post ko kat cari. Thanks to Fatt jugak dari tag dia aku rasa lebih dekat dgn owner travel blog yg selalu aku follow \:D/

    Fatt, lapyuh! haha

    ReplyDelete
  14. Hahaha dah siap dah!! AKu masih terkial2 menaip lagi nih, rasa cam nak jawap spm plak nih hehehe..

    Weh ko nk pinjam lens yek? Aku tak kisah, ko nk angkat bila?

    ReplyDelete
  15. adoiyaii gigih nya korang sumer buat karangan 'SPM' si fatt ni..

    dan ako mmg kagum, dengan pengalaman2 kowang masa traveller..

    ReplyDelete
  16. cam haram detaillllllllll! gambar tu mmg aku kena cari yg lebih diva la sbb gambar ko sungguh menyengat! HENSEM JE ANAK IKAN MAK NIIIIIII HAHAHAHA!

    *aku cuba buat kat rumah sebab bos aku dok jeling2 pandang2 bak lagu suhaimi tu ha!*

    ReplyDelete
  17. fird,
    tetiba aku rasa terharu dgn statement ko. ailapyuh jgk lah fird...hahaha
    aik, ko pun join porem cari ke? since bila? ntah2 kita penah bertembung di situ..tp skrg aku dah babai dah...fokus kat blog je. ko punya blog mana? share la, jgn sorok!




    ako,
    ni baru mukhadimah...nti bebila aku buat test masuk Uni pulak...hehehe




    biqque,
    aku confirm gmbr bajet diva ko mmg byk...keluarkan semua!!! bila lagi nak mendiva? >:))

    ReplyDelete
  18. john, ko bwk payung?? okek sori aku nih miong sket aku dh tbyg ko bwk payung patu bukak payung duduk merata hahhahaha comel sungguh!!

    ReplyDelete
  19. fatt, gambar aku TERLALU banyak sampai nak muntah dah aku tgk gambar sendri! hahahaha!

    john, virgin ek...hik...hik...virgin rupanya...aummmmm...

    ReplyDelete
  20. @Leez M.Said
    curlast kan jah! hahaha....cepat akak, tak sabar nk tggu yg akak punye pulak!

    ReplyDelete
  21. hahah kena baling kalkulator? ko memang lagi kelas john!

    hihihi..

    marilah kite gigih menjelajah dunia yea. :-)

    ReplyDelete
  22. @Fatt,
    hahahah...sila korek dgn sepenuh hati ok! tak sabar nk tgk dr pihak ko pulak! cepatttt!!!

    hensem ke? dh mcm anak gajah dh aku rse ni. makan mlm2 sbb keje. sob sob sob... ;p

    ok....nak balas balik review ko trhadap karangan aku. ehem ehem..

    1. moskel? hahah..tak payah moskel ler..once dh jmpe terus suka. ececcece.

    2. mmg berhantuuuu gilerr! ntah ape laa jampi owner porem nih. haishh..tp mmg dari situ la aku mula2 kenal ko. kalo x silap aku, ko tegur aku sbb bukak thread baru psl hostel kat HK. kekek...but takpe. aku x sentap sbb time tu mmg newbie lg. yup2..kat porem dh makin ramai yg poyo+bajet bagus. tak tahan ok...haishhh...aku dh apply jadik mod. tggu kak bel balas.

    3. kalo bajet lebih, mmg aku shopping lebih skit. tp tu sume ikut keadaan...kalo pegi sorang, mls aku nk beli byk2. kdg2 org x appreciate pun ape yg kita beli. better beli utk aku je. yes...quote tu mmg aku rasa sgt2 betol. kdg2 aku x fhm, org duk amek gmbr je..tp x stop sejenak utk hayati the true beauty itself. real views cannot be challenged what have been captured!

    5. insyaALLAH...amin. mudah2n tercapai hendaknya. sebagai permulaan..adalah india. hrp2 dapat ler cuti nnt. amin..

    9. yesss...TOTALLY AMAZING! langit waktu mlm kat sana adalah yg terbaekkkk! winter langit cerahhh...bintang penuh kat langit. Subhanallah....tak tergambar. tak perasan lak tang tu. kene ripit nih! hahaha.

    10. europe tak masuk sbb too commercialize a.k.a cliche. ramai sgt nk pegi.

    11. hahaha...ya ALLAH time bargain tu xtau nk ckp cmne. nk marah balik tak pulak...mmg duk gelak jeeee manjang. sbb tu aku suka giler bargain kat beijing! havoc gilerr! hahaha. yup2...tang kualiti aku setuju. mmg bagus giler! aku ade beli 3 4 helai polo-T. mmg bagus, kain tebal, warna tak turun wlpn dh basuk byk kali. elektronik aku tak jamin berkualiti.

    12. insyaALLAH....i'll try my best!

    14. owhhh dah 2kali ko pegi HK? tak tau pn...mybe dlm blog lama ko kot. ko penah mention b4 this. aku mmg akan ripit lg HK, sbb pegi dlu mmg tak abes pusing. nk makan nasik itik kat sana. aritu pegi tak jmpe. sob sob sob.. wow...btol ke murah? kalo btol, aku nk cari lens je...body guna je yg ade skung ni. hihih.

    16. CANTEK KE? THANK YOU!!! actually beg ni aku beli kat uptown danau kota. dia kata made in vietnam. 60L dan rege dlm rm200 kalo x silap aku. wlpn tak ori, bg kualiti mmg elok. puas hati pakai nih.

    20. hahaha...pfft jugak! hahaha.

    21. selagi lagi..i take that as a compliment. Alhamdulillah....mybe ade calon2 bakal mentua nak amek menantu? ehem-ehem. haha gambar landing atas jalan adalah wajib ye kat NZ! hahaha.takde org!!! mcm2 gaya aku dah kawan2 duk bwt aritu. gaya mayat pn ade!! cam harammmm! hahaha

    23. yg ni malas dah nak layan. ayat standard aku..."sorry tak bwk byk duit, just beli utk fmly".

    25. psl penduduk china tu, dorang kene ubah mentaliti dorang. totally mcm takde edukesyen. plus...dorang ade potensi sgt2 besar. this also implies to malaysian. btw, mmg takkan duduk laaa mcm tepi2 jalan tu. for sure, ade mcm2 najis atau kuman kat situ. ntah2 berair...euuwwwwwww

    26. insyaALLAH aminnn...

    ReplyDelete
  23. @Mummy Lesha
    thanks mummy sbb sudi lawat blog sy! insyaALLAH..one day, mummy and fmly akan smpai NZ jugak.

    wow!!! curlast u mummy...dari jaman tok kadok dh travel dah. salute mummy! baby pn sama jugakk..kecik2 dh kene travel bug!



    @Fird,
    thank you!!!! ko baca ke post aku kat cari??? wow.....terharu aku sambil taip komen ni tau. dah basah dh keybod aku! hahaha.

    lapyuh too fatt!!! hahah



    @Na,
    hahaha...silakan terus berblog. jawapan SPM ko dh submit kat fatt!
    esok malam aku dtg jmpe korang. nk amek lens! hoyehhh...u r my saviour!


    @AKO,
    gigig kan??? aku pn tak caye yg aku gigih tgh2 mlm duk taip komen2 ni sume. hahaha. thanks to fatt! awesome weh!

    ReplyDelete
  24. @Biqque,
    hahahahha....HARAMMM JADAHHH! hahaha...nama pun nk mendiva, haruslah kasik detail baekkk punye. taknak kalah weh! THANK YOU MAK HAYAM! LAP U MORE! ;P HAHAHAHA.

    kalo bos ko jeling ko, ko jeling dia balik dan cakap kat dia "r u hitting on me??"


    @Ely Hasrul,
    of coz laaa...hahah. sbb dh ade 2 kali kes tak bwk payung kat spore and HK, tup tup hujann lebat. so, kene laa beli payung. lepas tu, mmg wajib laa bwk payung lipat tu jela. hihi. precaution namanya.

    btw, thank you for saying that i'm comel. hahaha.


    @Biqque,
    HAHAH...reality!

    ReplyDelete
  25. mak hayam lap u too anak ikan! smooch smooch!

    ReplyDelete
  26. wah!!! nice journey.. heheh... :) bes kn dapt wat backpack travelling.. tk saba nk abis blaja.. :) first place i wanna go.. australia!!

    ReplyDelete
  27. sangat tertarik dengan ur pic...ades..cantek2 viewnye..kejelesan kemelandaan..sob sob..

    btwn..amin semoga angan2 mu tercapai..salam kenalan n salam kaki jalan.:D

    ReplyDelete
  28. gigih jua aku membaca dari mula sampai abies ini entry...

    ReplyDelete
  29. aku datang lagi!! kali ke berapa dah lost count. hahaha

    1. auwww...so suwittt...but wait, are u hitting on me? *curik ayat ko sajes kat biqque*

    2. TROLLL!!! HAHAHA...omg mmg jahatnya aku!! itu dulu, aku dah tobat. tu pasal aku takmo dah masuk sana sbb nti aku akan rasa cam superior sbb dah lama...skrg mod kak bel? baru eh? klu ko jadi mod bleh aku masuk...hahaha...sori ya john psl tu..tp mmg masa tu ramai sgt bukak thread, nak plak mod tak wat keja tu yg pening haru biru bod travel...

    9. mmg patut! aku suka gila dok tgk langit bila malam...sbb nmpk sume dekat...mcm bintang tu nak jatuh pun ada sbb besar...nti ada rezeki ko tgkla eh :)

    and 1 more thing, aku suka nmpk bulan wlpun siang. something yg tak ada kat sini...mmg aneh jgk tp yup...mmg ada. aku tak sure ko pasan ke tak..tp mmg bleh nampak clear gila bulan waktu siang :)

    10. alamak camni aku kansel la pi europe...*tetiba*

    11. HAHAHA..ko ckp psl ni tetiba aku teringt aku penah beli mp3 player..dan dlm masa 2 jam dah rosak sbb aku pegi dilit 1 file...camtaikkk!! aku ingt masa transfer lagu sume ok, sekali dah jahanam...grrr!!!

    14. betul..mmg murah. aku nyesal tak angkat masa tu..aku dpt D90 rm1700 full kit...caye? tp masa tu aku bodoh sbb nak canon jgk...*nenges*

    aku pegi 2x dlm thn yg sama, time spring & summer...mmg tak best summer sbb panas melekit

    16. really? RM200?? nmpknya aku kena usha ni..aku nak cari yg kecik skit..sbb nak travel light

    21. aku ada yg berdiri dgn lompat tgh jln jek...ah tak kira..aku nak tepek jgk...bajet diva la konon...hahaha

    sabar wei...aku rsa lagi menarik klu ko hunt jodoh ko di tgh jalan, masa travel...menarik tu!!!

    ReplyDelete
  30. Terima kasih John atas perkongsian, terima kasih juga Fatt atas usaha yang sangat kreatif & unik ni.

    p/s: blog ketiga dibaca selepas biqque & Na

    Azizan Zolkipli, 11.11.11

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. john, tak aci...gmbr stamp passport tu tak aci...potong markah! hehehe

    ReplyDelete
  33. John,

    Hahahaa... aku baru nak mula melompat2 baca tag 26 nih betul2.... Wow ko orang pertama?! Memang sangat gigih beb walaopun di dalam kesibukkan yang amat... Cayalarrrr....

    No 9. Macam nak masuk je list Lake Tekapo nih dalam wishlist....


    no 11. gilesss aaa ko pembulisss gaduh dengan mokcik tua tu... *ehemmm tetiber nak bukak jawatan kosong untuk diisi aaaaa... 'tukang tawar'... hahahaha

    no 12. sebelum naik kapal terbang t awal2 aku dah hembus jampi bukit cerakah kat ko!!!!

    no 21. *tengah fikir, pasni adakah rambut John maintain hitam atau bertukar merah sekembali dari negara k-pop?????? Oopsssssssssssss

    ReplyDelete
  34. salam singgah~

    betul-betul, selagi single ni, jalan je semahunya. kalau dapat partner kaki jalan mesti best gile kan?

    *dalam proses vote ni - dah dapat warning dari fatt.

    ReplyDelete