Monday, February 25, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 2 : Providence Homestay & Air Terjun Madakaripura

Assalamualaikum!!! 

Ok mood tengah baik nak mengarang entry baru.. tapi taktau bila nak publish sebab gambar masih belum aku pilih lagi. Lantaklahkan... 

Perjalanan dari Juanda Airport menuju ke Surabaya City mengambil masa kira-kira 30-40 minit bergantung kepada trafik. Surabaya mengambil nama bersempena Suro bererti jerung, dan boyo bererti buaya. Jadiknya  Surabaya.. merupakan kota yang ke-2 terbesar di Indonesia. Dari pemerhatian aku time waktu malam yang kami sampai tu, keadaan sekitar Surabaya adalah bersih berbanding Medan dan Jogjakarta yang penah aku jejak dulu. 

Driver taxi kami ni sebenarnya taktau kat mana lokasi di mana penginapan kami untuk malam tu yakni Providence Homestay. Lepas duk bertanya kat orang ramai, akhirnya berjumpa jugak yang terletak bersebelahan shopping mall. Lupa dah nama apa shopping mall tu. Dah tutup since dah malam kan. Rupanya rumah kedai je pun! Yang diubahsuai menjadi homestay. Mulanya agak ragu sebab takde orang kan.. pintu sume dah tutup. Driver tu tolong call kan. Nasib baik ada orang bukak pintu. Mr. Janggel buat 2 booking yang berlainan menggunakan dua website yang berlainan sebab kebanyakkannya dah full house. Pada mulanya receptionist tu kata ada booking untuk 1 bilik je. Haaaa...sudahhh~ Takkan nak tido berhimpit dalam satu bilik? Penat ni weh.. dah la lapar. Nasib baik bila receptionist tu check, ada lagi 1 bilik yang available. Harga untuk 1 malam untuk seorang hanyalah RM32/pax. Basic sume ada... bilik dan wifi berkeadaan sangat elok. Yela, dah bayar hanya RM32 takkan nak demand karpet merah lambai-lambai pulak dah. Syukur dapat tido lena... 

Malam tu kami dah berjanji dengan supir kami yang dia akan datang menjemput kami kira-kira jam 9.30 pagi esoknya... jom tido! 

***********************

Esoknya kami bangun awal seperti biasa, breakfast sendiri sebab ada air panas disediakan. Jadiknya makan je la biskut dan buat air kopi atau milo masing-masing. Since masih lagi awal, online ler uols! takdelah bosan sangat sambil duk menunggu supir tu datang. Alhamdulillah... cuaca arini kelihatan agak baik. Harapnya tak hujan la ye. Kadang-kadang cuaca ni kita takleh nak jangka. Kuasa Allah... 





Lebih kurang jam 9.45 pagi, supir kami selamat tiba depan pintu masuk Providence Homestay. Kenderaan kami untuk sepanjang trip ni ialah minivan yang ada 7 seaters. Besar jugak... kira not bad lah! Masukkan semua beg dalam kereta, then ayuh kita bergerak! Supir kami namanya Pak Hafidz yang berusia kira-kira awal 30-an camtu. 



Lebih kurang dah waktu tengah hari, Pak Hafidz membawa kami untuk makan tengah hari. Kami bagitau Pak Hafidz untuk bawak kami makan tempat yang murah-murah tetapi enak. Dia pun sangat memahami akan permintaan kami. Dia bawak kami makan di Rumah Makan Sedarum Asri. Agak besar rumah makan ni. Katanya ada free wifi yooo! Memang heaven la untuk hantu-hantu wifi seperti kami nih. Boleh la update yang mana patut. Agak laju ye bukan slow seperti siput babi. 

Order dulu. Aku ni actually agak susah nak makan benda pelik-pelik. Aku hanya stick kepada ayam goreng ataupun ayam bakar bersama nasi putih panas-panas. Baca panas-panas tuh. Tak mau nasik dingin-dingin. Tak membuka selera katanya! Jangan lupa kicap manis! Meletop manis dan pekat! Hahaha. Motif sangat Janggel kata aku ajar dia makan ayam bakar. Boleh rujuk di sini ---> JanggelTrekker . Total makanan untuk kami berempat adalah hanya IDR90,000 sahaja. Murah ke idok? First time aku dengar minuman air soda gembira. Adakah mabuk bila minum? Gembira ke akhir hayat? Rasalah sendiri! 








Kat rumah makan ni jugak ada disediakan surau. Since dah masuk waktu zohor, kami solat jama' dan qasa' terus. Senangkan... lepas ni terus nak masuk dalam air terjun dah. Aku perhatikan surau kat Indonesia ni memang kebanyakkannya takde pembahagi atau dinding di antara ruangan solat untuk lelaki dan perempuan. Hurm... Tak elok pulak kan aurat tu. 



Kemudian kami meneruskan perjalanan yang berbaki 30 minit menuju ke kawasan air terjun Madakaripura, yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Kawasan air terjun ni dah dalam perjalanan menuju ke Probolinggo yakni menuju ke Bromo dah. Time ni hujan renyai-renyai membasahi bumi. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun tu, pemandangan gunung-ganang menggamit mata kami. Enjoy! Time kami sampai kat tempat letak kereta kawasan air terjun tu, hujan lagi. Nak taknak, tukar dulu baju ke baju mandi siap-siap walaupun taknak mandi. Baju hujan ataupun payung memang tak bawak and cuma ada 1 payung je. Redah jela... lagipun dah sampai. 






Mula-mula tu ingatkan air terjun tu memang dah dekat... rupanya tidakkkk ye.. kene redah air, daki batu-batuan, lebih kurang 1 kilometer ke dalam hutan. Memang ada track khas yang disediakan.. tapi sesekali kene merentasi kawasan air dan mendaki batu jugak. Siap lalu bawah air terjun okeh! That's why poncho is very very important! jika tak bawak, memang basah kuyup lah. 

Macam mana air terjun Madakaripura mendapat namanya? Ianya merupakan tanah jajahan Gajah Mada dari kerajaan Majapahit suatu ketika dahulu. Begitulah sedikit sebanyak yang aku baca dari wikitravel. Hahaha. 

Untuk menuju ke kawasan air terjun tu, kami memang disediakan seorang tour guide untuk membantu kami dan menunjuk arah. Kalo redah sendiri-sendiri, kalo terjadik pape yang tidak diinginkan adalah amat tidak berbaloi. Lagipun tour guide ni memang sudah termasuk dalam pakej kami amek. Perjalanan menyusuri kawasan air terjun, air yang mengalir deras dalam renyai-renyai hujan memang menduga aku. Ewahhhh mendugala sangat! Yang ko siap berpayung bagaikan... hahahaha Takmo demam wehhh! Baru hari pertama nih. Penat jugaklah turun naik turun naik bukit untuk sampai ke tempat yang dituju tu. 





Tetapi penat lelah nak sampai tu memang berbaloi sebabnya suasana kat kawasan air terjun Madakaripura tu tersangatlah cantek! Subhanaallah... Korang penah tengok filem The Lord of the Ring tak time Frodo nak menuju ke Mordor tu kene panjat batu-batuan untuk naik ke atas? Haaa... scene tu lebih kurang sama yang aku alami. Ok.. drama lagi. Tapi lebih kuranglah. Kalo korang tergelincir time panjat batu tu, memang jatuh dalam air terus ok. Memang basah seluar and baju semua. Nasib baik dalam perjalanan menuju ke halangan terakhir tu ada orang jual poncho yang berharga IDR3k untuk 1 helai. Belilah kami.. kang basah kuyup time nak lalu bawah air terjun tu. 

Pemandangan sekitar air terjun Madakaripura tu sumpah aku cakap memang cantekkk! Subhanaallah! Ibarat Surabaya's best kept secret! Pengalaman lalu bawah air terjun jatuh mencurah-curah antara yang paling best! Bukan air hujan tau, tapi air terjun! 





Kami spent kira-kira 30 jam kat situ.. sume pakat taknak mandi sebabnya duk amek gambar je. Takleh lama-lama kuarkan kamera sebab tempias air dari air terjun tu memang kuat. Just snap-snap yang mana patut je. Lepas tu kami bergerak menuju ke parking kereta balik... suasana semakin menuju ke petang. Aku dah lost track time ni pukul brape. 








Tukar baju balik... dan kami menuju ke Bromo! Tempat penginapan kami untuk malam tu. Perjalanan diteruskan kira-kira 1.5 jam lagi menuju ke tempat penginapan kami. 

Till then.. wasalam.. 


19 comments:

  1. Salam Henry Fox/John/Danny aka Kaki Berangan,

    Murah banget homestay tu ye & nampak ok je. Dalam blog Janggel tak nampak pulak keadaan dalam bilik, jadi akak ingat tak ok. BEST juga dapat stay di homestay tu, kan?

    Wah sedapnya makanan. Terliur dibuatnya.

    Air terjun tu cantiklah. Tapi akak tak ke situ masa ke Surabaya hari tu. Akak pergi tempat lain.

    Surabaya memang bersih dan teratur. Tapi Banda Achehpun bersih. Rasanya lebih bersih Acheh. Sebab dah menang award bandar paling bersih berturut-turut. Akak dah sampai Acheh, tapi belum share dalam blog lagi.

    ReplyDelete
  2. cantiknya..nekcik taklah sampai ke sini..tak sempat

    ReplyDelete
  3. salam
    cantik airterjun tu bagaikan lukisan...mmg berbaloi berpenat lelah utk samapi kesana..
    salam kenal & follow sini

    ReplyDelete
  4. Bestnya...akak belum jejak kaki ke Surabaya.

    ReplyDelete
  5. Frodo?
    Lord of the ring?

    30 jam dok kaw air terjun?

    hahaha...memang korang hantu2
    wifi... ( tak termasuk akak,kan???)

    ReplyDelete
  6. Air terjun tu tersangatlah cantikkkk

    ReplyDelete
  7. 30 jam kat air terjun tu???

    jap! jap! adakah diri ku yang telah hilang ingatan akan betapa lamanya kita kat situ??? atau ..... jeng jeng jenggggg.......

    Kak Anash, tak yah tunggu wifi pree... kita kan tak sama kompeni, mana mampoooo... hehehehehe

    ReplyDelete
  8. mmg kene jalan ke air terjun tu? alamak, nak pergi.. tapi sume warga emas...

    gambar last tu cantik~!!!

    ReplyDelete
  9. arrhh...aku akan pastikan one day aku akan ke sini jugak. mana aci, korang jer boleh jadi frodo, aku pun nak jadi jugak, hehe...serius, cantik giler air terjun ni...

    ReplyDelete
  10. errkk.. aku rasa aku ngan Fatt mmg kena jadi hajah bromo, kene repeat lagi utk kali ke-3 nak p madakaripura pulop!

    ReplyDelete
  11. Ntah aku pon macam dah hilang akal jap bile duduk kat ayor terejun tu sampai 30 JAM hehehehe.

    ReplyDelete
  12. hish terus rasa rugi aku x pegi air terjun ni aritu.. aku opt utk pegi jejalan town surabaya.. homestay korg tu ok x? aku dulu dpt hostel yg banyak nyamuk..

    ReplyDelete
  13. Pandainya ko amik gmbar air terjun tu... sangat vivid and flashy...
    Air gembira..? lawak plak namanya... memang 1st time dengar.. gembira x ko minum air tu...?

    ReplyDelete
  14. john...30 jam ko spend kat situ..giler lamer..ekekekke...kuak lentang semua boleh situ...best2

    ReplyDelete
  15. @Naramas Aman,
    murah ke akak? actually boleh dapat lagi murah tp sbb dah last minute. kami amek jela. tp still murah la kan. hehehe. makanan biasa je tu akak, basic mcm kat msia gak. tp nasik goreng dia sedap. sy suka!

    tak sabar nak baca yg akak punye bahagian lak!



    @Qashmere,
    no worries... sharing is caring! ;)



    @Nekcik,
    insyaALLAH ade rezeki sampailah nekcik nnt. ;)



    @Kamsiah,
    tula... mmg sgt cantik air terjun tu. sgt berbaloi redah semua halangan. ewahhh! hehe.. salam kenal.



    @Kak Mah,
    haaaa....ape lagi akak., sila klik website airasia sekarang! ;)



    @Kak Anash,
    hahahah 30 jam ke?? omg!!! lamanya... bertapa katanya akak oiiii! hahaha.



    @Rozita,
    tula... sangat-sangat cantekkkkk!!!



    @MasMZ,
    hahahah typo la wehhh! sengals mcm mana leh tak perasan lak. cis!



    @Zette,
    aah mmg kene jalan dlm 1 km kedalam hutan dan redah air terjun sume dlu. mmg kene bertabah skit. kalo warga emas agak susah la kot.



    @Orga,
    hahahah sila book tiket sekarang!



    @Hafizah Hassan,
    hahaha hajjah bromo sangat! sila sila....



    @Janggel,
    hahahah motif sangat kan!!! banyak dah ilmu nih!



    @Dan Arif,
    homestay tu okla kot bagi aku. tido pn lena, aircon sejuk.



    @Farikica,
    hahaha ade gambar sendiri, ade gmbr janggel xpn kak anash. sbb dorang bawak kamera compact. air soda gembira, idokla gembira sbb air soda bergas tu. minum byk2 rasa nak tercirit lak.



    @Miss,
    hahahah lama kannn! gila jap!

    ReplyDelete
  16. 1000x like tempat neh. Alhamdulillah..tercapai hasrat smpi sini last november :)

    ReplyDelete
  17. Hi..love reading your blog. boleh minta tour guide contact no tak untuk tour ke bromo? berapa kos yang saudara bayar untuk tour tersebut?

    thank you

    jen

    ReplyDelete
  18. @Jen,
    boleh refer sini --> http://kakiberangan.blogspot.co.uk/2013/02/surabaya-indonesia-part-1-jom-terbang.html

    utk entry pasal travel agent and pakej contact details.

    ReplyDelete