Tuesday, February 25, 2014

UK : Warwick - #1 A Daytrip

Helo!

Good morning Malaysia! Aku kat sini baru jam 10.42 malam, jap lagi nak tido dah. 

Lusa, genap sebulan dah aku kt sini. Pejam celik, pejam celik macam tu je masa berlalu. Homesick? Tak brape sangat sebab kalo kat Malaysia pun aku duk sendiri. Teknologi memudahkan lagi aku untuk berkomunikasi dengan keluarga dan teman-teman rapat di Malaysia. Boleh la lepas rindu dendamkan. Hahaha. 

Kelas? Tak start pun lagi, insyaALLAH next week bermulalah kehidupan sebagai pelajar balik. Haishh... nervous pun ada nak masuk kelas ni. Dah lama giler aku rasa dah tinggalkan zaman belajar. Puiiii! Hahaha walhal baru macam 3 tahun lebih camtu. 

Aktiviti ape yang aku buat? 

Destinasi pertama yang aku buat lepas jejak kaki kat sini, selepas dah setel down semua benda wajib. Kawan aku ajak buat day trip pegi Warwick. Tak jauh mana pun dari Birmingham, kalo naik train dalam 25 minit je dengan tambang lebih kurang GBP7.50/return (without railcard) ataupun dalam GBP4.50/return (with railcard). Railcard ni macam discount card bagi mereka yang berumur antara 16-26 tahun ataupun fulltime student. Maka, dapatlah diskaun kalo nak naik train ni. Tapi sebabkan aku pun takde dapat student card lagi, terpaksalah bayar full fare. *Sigh*. Nasib baik tak mahal mana. Cheeewaaah! 

Gerak dari Moor St. Station dekat city centre lebih kurang jam 9 pagi? Aku pun dah lupa... hari tu pulak hari sabtu. Okla, dari rumah aku untuk ke city centre tak jauh mana pun kalo naik bas/teksi lebih kurang 10 minit camtu sampailah. 

ni lah train stationya. tak brape besar as this one not the main train station, terletak bersebelahan dengan shopping mall. yang berbintik bulat kat belakang tu adalah shopping mall, namanya Bull Ring Shopping Mall


design futuristik kat dinding Bull Ring Shopping Mall ni, dalam ni pun ada kedai makanan halal kalo nak makan

Train sampai tepat pada waktunya... maka bergeraklah aku dan kawan-kawan menuju ke Warwick. Pagi tu pun cuaca memang cantek siap dengan langit biru. Yel, in winter anything can happen. Kejap cuaca elok, kejap angin kuat tiba-tiba dan sebagainya. 

tempat duduk dalam train, usah risau kalo kehabisan bateri handphone. as long as bawak charge cucuk kat plug kat dinding. 3 pin sama macam kat Malaysia jugak. Tak payah guna universal adapter pun

tadaaaaaa! dah sampai pun Warwick!

Since Warwick ni takdelah besar mana pun, insyaALLAH satu hari pusing akan abes. Tapi yang paling penting untuk pegi kalo datang sini ialah Warwick Castle. Orang katakan... bukan aku. 

Dari train station untuk ke Warwick Castle ni takde jauh mana kalo jalan kaki lebih kurang 15 mini je pun. Tapi kalo malas jalan, ada perkhidmatan bas boleh naik. Berbayar la ye. Ada signboard disediakan kalo tak tau. Tapi since dah tak bekerja ni, duit harus dijimatkan sebaik mungkin. Maka, option terbaek adalah jalan kaki. Tak panas hoiiii... sanggup ler jalan. Hahaha. 

rupa bentuk bangunan kat pekan Warwick ni, comel-comel je.

masih lagi awal pagi, takdela ramai orang sangat lagi, kebanyakkan kedai bukak jam 10 pagi kalo weekend tak silap jam 11 pagi, giler lambatkan?

Tak sempat breakfast punya pasal, singgahlah satu cafe ni, fefeeling nak makan english breakfast punya pasalkan. Ahaks. Masuk jela... 

ni la cafe yang kitaorang masuk tu, siap order nasik lemak lagi #eh hahaha 

homemade jam

where are u going granny? 

Average price untuk breakfast dalam harga GBP5-GBP10/meal. Bergantunglah apa yang korang order dan makan. Macam aku aritu order scone seketul and teh panas dalam GBP4.50. Jadiklah nak fefeelingkan. Takdelah sedap sangat pun scone tu, keras macam makan roti jah. 

Then, teruslah pegi ke Warwick Castle tu tak jauh dah lebih kurang 300 meter jalan kaki. Sunyi je pekan ni, yela duk pikir ke mana dorang pegi. Padahal dah nak masuk tengah hari camtu dah rasanya... 

Warwick ni memang terkenal dengan sejarah di samping kota yang dijaga rapi untuk tatapan umum. Penduduk kat Warwic ni pun tak ramai hanya berjumlah kira-kira 29,000 orang je. 



Dah sampai pintu masuk, ingatkan free... rupanya tidakkkk ye! Kene bayar, tapi ada beberapa jenis kombo termasuk pakej yang masuk The Merlin  Tower tak silap aku. Kalo sape minat boleh la masuk. Aku tak layan sangat cite ala-ala tahyul dan khurafat nih. Hahaha choiii sangatkan! 

Nak masuk punya pasal, just amek entrance for castle je yang berharga GBP16.80/pax. Jangan lupa amek map ataupun brochure untuk beberapa lokasi kat dalam Warwick Castle yang mana kawasan dia agak luas bagi aku. 

haaaa ke mana kita nak pegi nih?

bayangan kota terbentang gah depan mata aku... wah wah wah!

Actually aritu agak ramai orang, paling ramai rombongan sekolah! Macam budak-budak high school pun ada ala-ala fieldtrip dorang ni. Tapi tak jadik masalah. Aku pun macam senior kat high school kan. Hahaha. 

Mulut ni duk wahhhh cantekknyaaa... ala-ala tourist first time jejak kaki kat tanah orang putih. Cantekkknyaaa cantekkknyaaaaa..... gitu la gamaknya, 

Kat sini ada beberapa games boleh main, tapi with money la ye. No money, no games. 

Nak main memanah? 



Nak masuk kawasan kota kene la masuk melalui pintu masuk kota, macam dalam cerita zaman dulu kat british tuh. Macam tu lah lebih kurang tapi takdelah besar giler tapi still besar. Haaaa macam mana tu? Bayangkan sendiri k... 

Actually kat sini ada macam-macam aktiviti yang boleh buat dan jugak tengok, untuk makluman lanjut boleh la refer kat website Warwick Castle ni ---> HERE 

Lepas je pintu gerbang utama kita akan nampak Central Courtyard, Great Hall, The Mound dan jugak The Guy's Tower. Just to name a few. 

Cakap banyak tak guna sangatkan? 

Jom layan... 

The Mound

King Maker, macam tempat bahagian pekerja istana menyiapkan kelengkapan dan sebagainya


tempat berak? anda mau cuba? hahah

ni la rupa pintu gerbang masuk utama tadi yang aku lalu

view kawasan istana dari The Mound tadi, kat dalam tu ada Great Hall dan jugak State Room

The Central Courtyard

sungai yang kelihatan dari kawasan istana, view dari atas The Mound

The Mound

salah satu menara?

menara Church of St. Mary

keluarga mat salleh datang beriadah


burung merak yang berkeliaran bebas di Peacock Garden

The Peacock Garden




jambatan nak pegi river island, tapi ditutup pulak time tu

anak sungai... macam air pasang pun ada gak

aerial view kawasan keseluruhan dari atas The Mound

Ok dah tu je.. nanti aku sambung dalam next entry okeh! 


Location: Birmingham, West Midlands, UK

26 comments:

  1. Eh sambung belajar sini ke? Wah!! Kita pun xpernah jejak lg Warwick Castle padahei dulu duk Stafford je. Warwick Games every year pegi, teman laki men bola. Seronok bli msian food je.

    ReplyDelete
  2. Untung le John belajar kat sana..Aku tumpang sekaki tengok gambar-gambarnya...Tahniah.

    ReplyDelete
  3. very nice snd peaceful '-'
    one day will be there !

    ReplyDelete
  4. helo i silent reader..tapi kali ni kena juga tinggal komen hehe. Ya Allah meremang tengok gambar ni! Teringat kampung lamaku Birmingham hehe.. keep on posting more photos of birm ya..hehe enjoy carboot sales!

    ReplyDelete
  5. Hmm cantik jgk tempat ni..mcm best pulak p time winter hew hew hew..best betul fefeling jalan kat town kecik tu..

    Gambar pn ohsem..

    Serius ke ada nasi lemak dlm cafe tu?? hmm

    ReplyDelete
  6. Nanti bagi tau kat akak tempat-tempat yang boleh stay murah-murah punya, kalau ada campground yang selamat & murah pun bagi taulah ye. Suatu hari nak jugak sampai ke Worik ni :)

    ReplyDelete
  7. selamat pagi
    singah blog awk dulu
    hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya castle tu.mcm dlm cite fairytale.gudluck ya utk kelas next week

    ReplyDelete
  9. Akhirnya.. entry dari UK muncul.. memang menunggu2 :D
    Benua menanti anda untuk dijelajahi.. untung la.. apapun good luck for your study John..

    Guna kan masa di sana untuk melawat tempat2 menarik.. :D

    ReplyDelete
  10. Cantiknya! Subhanallah! Rasanya castle tu lebih kurang kat Edinburgh..rasa nak tercabut lutut nak sampai..huhuhu..anyway, selamat belajar ya dik. :)

    ReplyDelete
  11. salam John ....tahniah dpt sambung belajar lg. akak doakn moga berjaya ya. Best2 dpt jg jalan2 lg .

    ReplyDelete
  12. salam...saya ingin bertanya..En. KB pakai camera apa yek, gambar2 sangat cantik dan berseni...

    ReplyDelete
  13. Aku masuk Great Hall Tower dalam tu, dapatlah bergambar ngan Queen Elizabeth versi patung lilin. Kau xmasuk State Apartment? Ada few towers tu free entrance. Xsabar nak tunggu more updates pasal life ko kat sana. Best of luck!

    ReplyDelete
  14. aku start jatuh cinta dgn castle masa kezen aku belajar kat Edinburgh...aku darjah 6 masa tu...dah set dah satu hari aku nak jejak jugak castle2 kat sana...

    sampai skg tak dpt jejak lagi...waaaaaaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
  15. gambar as usual lawa, tapi nak tanya you buat logo tuh cam na?

    ReplyDelete
  16. ah johnnnnn. making me missing UK very de much. haha. :). sadly, warwick n birm antara tempat yg aku x smpt pegi mase kat sana. hehe.

    ReplyDelete
  17. @Ninie Hnais,
    aah.. dah dekat sebulan dah kat sini. ;) heheh tak berkesempatan lagi nak pegi malaysian games. insyaALLAH kalo ada lagi.



    @Khairuddin Lim,
    alhamdulillah... rezeki dpt sampai sini. ;) terima kasih!



    @Nayfatimah,
    insyaALLAH, one day you will be here. ;)



    @Ernie Khairina,
    hi! insyaALLAH... thanks for dropping by!



    @Chawanna,
    hahahah mana ada nasik lemak! org pakistan pun takde nampak kat sini. hew hew hew.



    @Naramas Aman,
    insyaALLAH akak kalo saya ada explore tempat2 macam tu. so far sy takde jumpa lagi kat sini. ;)



    @Nurzakiah Hanum,
    selamat pagiiii! terima kasih sebab sudi singgah. ;)



    @Lavender,
    tu la, aku pun rasa macam dalam fairy tale! thank you!



    @Time Traveller,
    hahahaha buat slow-slow time ade mood. okla dari biarkan bersawangkan. ;) insyaALLAH i will do my best. thanks bro! ;)



    @Iman Fadia,
    belom berkesempatan lagi. insyaALLAH akan jelajah edinburgh pulak. tp rasanya lebih kurang sama je bentuknya castle kat uk ni. ;) terima kasih! ;)



    @Kak Anash,
    alaaaa... akak lambat! hahaha



    @Kak Badar,
    waalaikumussalam akak! lama tak dgr cite. ;) insyaALLAH akak, i will do my best.



    @Nani,
    waalaikumussalam, pakai nikon d90 ;) terima kasih!



    @Bibie Karim,
    takde patung queen dah time aku pegi tu. dah kene letak tempat lain rasanya. state apartment ke state room? insyaALLAH akan update kalo berkesempatan. ;)



    @Biqque,
    bertabahlah... insyaALLAH one day u pun akan sampai gak. amin...



    @Lily Riani,
    i dah bgtau u kat whatapps tadi. ;)



    @Agip Roslan,
    hahahaha meh datang meh! nanti aku dtg sambut. cheeewaaaaah! hahaha

    ReplyDelete
  18. Munirah- cantiknya environment kat sana.. ambil guna camera DSLR ke?

    ReplyDelete
  19. Dh sbln ke d sana rasa cam baru pegi ke kan rasa cam baru baca je entry kwn2 hantar ke airport tu. Jm hanya mampu bermimpi je belum tentu jd kenyataan. Wlau d mana pun berada jgn lupa kwn2 d sini :-) dan good luck in your study okey. sentiasa mensntikan cerita best dari sana :-)

    ReplyDelete
  20. @Munirah,
    mmg cantek kat sana... tenang je rasa. aah amek guna dslr. ;)



    @Jari Manis,
    heheheh... bukan ke JM nk ade eurotip jugak ke nanti. dah layout sume plan katanya. ;)

    ReplyDelete
  21. Wow cantiknya castle tu... rasa macam nak buat sebuah kat kampung.

    ReplyDelete
  22. mcm dlm fairy tales plk castle tu :) cantekk! surrounding nampak sgt clean, hijau je :)

    ReplyDelete
  23. rasa macam dah lama tak masuk sini..
    dapat peluang sambung belajar bermakna dapat gak peluang jenjalan tengok tempat orang...

    sila share sebanyak mana yang mampu tempat-tempat best kat sana eeh!
    apepun good luck john!

    ReplyDelete
  24. Cantik giler! Well maintained plak tu. ehehe. Tapi, nak main game kena bayar, mcm i-city plak dah. Huahahaua

    Anyway, vogue giler granny tu. Kalau granny2 kat Malaysia umur mcm tu, tak ramai yang mampu berjalan mcm tu siap pegang handbag datin-style. haha

    ReplyDelete
  25. bestnyeeee..teringin nak pegi UK..ingtkan nak pegi end of this year..tp nak beranak pulak haha

    ReplyDelete