Friday, August 21, 2015

Kelantan | Ais-krim Tembikai & Kelapa Pandan

Quick update!

Haaa saje je entry makan-makan kali ni. Sementelah aku ade kat kampung ni. Aku pegi gigih carik aiskrim yang penah viral kot dalam 2-3 minggu lepas yang terletaknya betul-betul di kampung aku! Jadik peluang kali ni time balik kampung teruslah aku ajak adik aku pegi carik dan rasa sendiri. Ahaks. 

Kita biasa dengar dengan ais-krim kelapa Sangkaya yang amat femes tu kan. Aku pun dah penah rasa gak lepas balik dari UK aritu. Ternyata ais-krim berperisa kelapa ni memang sedap! Walaupun harganya agak meletop tapi okla. Bila lagi nak merasakan. 

Tapi yang ada kat kampung aku ni yakni kat kawasan Pantai Sri Tujoh, Tumpat Kelantan ada tengah femes dengan ais-krim kelapa dalam buah tembikai dan kelapa pandan! Haaaa camtu tu? Kalau sebelum ni kita makan dalam tempurung. Tapi kali ni makan dalam buah tembikai lak! Ahaks. 

Ada beza ke? 

Actually, takde beza sangat pun. Isi penting merupakan tetap ais-krim kelapa. Pastu kene ada tembikai yang dikorek keluar isi dalamnya ataupun kelapa pandan yang dikorek jugak isi dalam tu. Then, letaklah ais-krim kelapa tu kat dalam. Then, ada la beberapa jenis topping. Yang special skit kat sini, ada 1 scoop pulut kat dalam tu. Then, jenis topping pun berbeza la skit. Ada macam jenis cendol warna-warni tu, kacang, jagung, roti potong dadu dan jugak coklat rice. Versi kampung la senang cite. 

Harga? Average dalam RM5-RM6 untuk satu. 

Rasa? Okla not bad jugak. Aku suka yang versi dalam tembikai tu. Ahaks. Isi tu diberikan semula kepada pembeli. Boleh la makan buah jugak. 

ais-krim kelapa dalam kelapa pandan | RM6

Ada dua penjual. Mula-mula aku beli kat sini untuk kelapa pandan. Saje nak try-try

toppings. ada nata de coco, cincau kot, jagung, kacang, roti dadu dan coklat rice

ais-krim kelapa

haaa makan sambil mengadap pantai

disebabkan kelapa ni kecik, maka isi kat dalam pun tak brape nak banyak gak

yang ni lak penjual kedua. dia bawak motor 3 roda tu

akak ni korek-korek dulu isi tembikai kasik kami sampailah boleh letak ais-krim dalam tu

cincau dan jagung

ada 1 scoop pulut

tadaaaaaa! yang ni sedap skit bagi aku RM5

Ok setel bab makan. Cuma aku nak ceritala skit pasal Pantai Sri Tujoh ni. Pantai yang ada sekarang ni bukanlah pantai yang asal sebab yang ada sekarang ni adalah pantai yang sudah ditambak. Jadik kalau dulu rumah aku dekat je dengan pantai skang ni dah sedikit jauh. Maybe untuk elakkan ombak besar kot. Sepupu aku penah meninggal dunia dek mati lemas kat sini dulu. Bahaya jugak mandi sini kene hati-hati sebab ada pusar air yang bawak maut tu. Nauzubillah... 

Yang menyedihkan lagi pantai agak kotor la dengan sampah bersepah sana sini. Aku tengok tong sampah pun amatlah kurang disediakan. Cuma ada tong sampah yang super besar tu je ada kat satu sudut. Ditambah pulak dengan mentaliti orang kita yang suka membuang sampah merata-rata. Hai laaaa camne nak ubah perangai camnikan? 

Rugila jugak sebab kawasan ni agak lawa jugak dan ada ramai yang datang untuk beriadah bersama keluarga tapi agak kotor. Aku harap pihak Majlis Daerah Tumpat dapat menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan sekitar Pantai Sri Tujoh ni. 

Owh ya, lagi satu. Sunset kat sini bukan nampak dari pantai sebab salah arah uols! Hahahah jadik hampalah. Sunrise tu ada kalau gigih bangun pagi. 

tempat aku berdiri ni adalah kawasan tambak

ni dulu adalah pantai yang asal, tapi dah tenang airnya sebab kawasan aku berdiri ni sudah ditambak

waktu petang ramai yang datang, nampak tak sampah tu semua? haih laaa

keluarga bawak anak-anak mandi pantai

pantai yang tak brape nak bersih

gambar ni favourite aku. dulu lagi banyak pokok kat sini. tapi skang banyak dah kene tebang

bila air surut, ada yang datang carik kepah atau kerang kot ni

ibu bapa tengok anak mandi laut, nampak tak sunset tu? ahaks kat tepi! 

Ok dah tu je....

Till then. 

Bye!

17 comments:

  1. sedapnya aiskrim ..macam nak g sekarang lak makan aiskrim yg kelapa tu..hiks.tumpat ek..ciku xpernah sampai lagi situ.nak kena tunjuk blog ni kat hubby..kasi perangat sket tgk aiskrim unik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa nnt ciku kene la dtg sini jugak. tp rasanya kat mana2 pn ade kot yg jual aiskrim kelapa skang ni. cuma cara penyediaan jela yg berbeza. ;)))

      Delete
  2. huntong la umah dekat ngan pantai .. bleh layan sunset sokmo
    aku ni umah kat tepi sungai klate .. balik2 asyik tengok sungai hok air macam teh tarik tu jah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah adeehhh tp azra dia belah lain azra oiii. takde nampak mana pun. kg aku pn kt tepi sg klate gok.

      Delete
  3. Mula-mula nak cakap, semoga nnt ada org jual aiskrim kelapa dan tembikai ni kat Kuantan... heheheheh, padahal boleh je buat sendiri, beli kelapa/tembikai, beli aiskrim kelapa jenama sedap, buat la sama cenggitu kan? tapi nak makan tepi pantai gak...

    pasal pantai tu, mmg sy perhati pantai kat kelantan dan terengganu agak kotor dgn sampah sarap... walaupun byk tong sampah, tp kalau mentaliti tak berubah, tak guna jgk... kat kuantan pun ada jgk kalau kat pantai yg tak glamer sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. walhal boleh je buat sendiri cuma ngada lebih nak makan tepi pantaikan.

      thank you for the brand ice cream kelapa tu. nnt nak pegi carik la. terignin nk makan byk2 skit. ahaks.

      yup betul mentaliti tu kene ubahlah if not sampai bila2 cmtu.

      Delete
  4. Assalamualaikum,

    Memang agak kotor Pantai Sri Tujuh. Bagi saya pihak berwajib perlu lebih proaktif menyediakan tong sampah dan penyelenggaraan. Sikap pengunjung juga perlu didisiplinkan. Serta disediakan tempat letak kereta yang lebih teratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Yup saya setuju. Pihak berwajib perlu peka dgn keadaan yang berlaku sekarang ini. Tong sampah memang amat sedikit yg saya perhatikan.

      Delete
  5. woooo raya ari tu pegi la jgk pantai tujuh...konon nak mkn kerabu maggi (my friend kata sedap)....malangnya tukang masak balik tatbai....lps raya enam baru dtg....huk alossss....melepassss.
    aiskrim kelapa ni kat dpn wisma persektuan (restoran sapuroh) pun ada jual....sedapp..harga RM6 kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ade ke kerabu meggi? first time nih dengar. makin ramai yg duk jual ice cream kelapa ni kan. femes betul.

      Delete
  6. Ohoi jauhnyaaaa klo aku ngidam nk mkn ni wei...

    ReplyDelete
  7. Jauh nye la pulak !!!! Kene cari versi Shah Alam ! Kot2 ade org jual...

    ReplyDelete
  8. Wah2 tembikai tu...kerlas...haha

    ReplyDelete
  9. ohmai...cam sedap je..slurp! kene gi try ni,,

    ReplyDelete
  10. Lamo doh wei tak balik Kelantan.. rindu ler kat kampung aku.

    ReplyDelete