Tuesday, November 22, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 1

Assalamualaikum....

Dah 2 hari aku balik dari Seoul. Demam pulak melanda...semangat nak update blog pun tergendala. Haishhh..what to do. Tahniah Harimau Muda sebab memang gold medal! Malaysia TAK maling ok! Buwekkkkkk! 

Warning: Entry ni agak panjang, so kalo taknak baca pun takpe. ^_^ 

Day 0 - 11/11/11

Hari ni aku still keje, adoyaiii....korang tau tak perasaan nak pegi travel tapi kene keje saat-saat terakhir. Bukan aku yang nak tau...tapi keadaan keje yang tidak mengizinkan. What to do....nak kate dapat anugerah "employee of the year" memang tak la kan. Memang tak efficient pun! *Janganlaaaaaa bos aku baca nih!*

Aku gerak balik dari ofis dalam kul5.30 petang camtu. Terus pecut balik umah...nasib baik tak jem sangat kalo tak meraung aku dalam kete nanti. By the way, makanan untuk bawak pegi sana aku dah kirim kat kawan aku. Tapi apekah daya, dia pun sibuk gak. Hanya boleh balik umah dalam kul7.15 untuk hantar aku pegi KL Sentral. Cuak tu cuak gak. Tapi rilex dulu taknak gelabah. Aku tunggu dia jugak walaupun bagi aku dah lambat ni. Tau-tau jela, jalan jem kat mana-mana bahagian KL dan kawasan yang sewaktu dengannya kalo hari Jumaat. Aku pun tak faham kenapa kalo hari Jumaat mesti jem...haishhh... Dalam pukul 7.50 camtu baru la housemate aku ni sampai umah. Terus pecut pegi KL Sentral. Lambat jugak...sebab jem punye pasal. Sampai tu, dalam pukul 8.30. Kawan aku yang ikut sama dah call-call dah cakap Skybus dah nak gerak. Terus aku buat amazing race dalam KL Sentral tu. Dengan bagpack 60L kat belakang aku nih...terus berlari-lari dalam bangunan. Nasib baik sempat jugak...bagai hilang separuh nyawa. Pfffttt.....

Alhamdulillah...sempat jugak sampai kat LCCT pukul 9.30 malam. Terus pegi drop bag counter. Ingatkan takde orang...perghhh punyela ramai orang duk beratur. Ceh sungguh. Kaunter punye laa banyak, yang bukak hanya 4-5 bijik je. Bikin gua panas nih. Dah la perut tengah lapar..bila sampai depan kaunter lak, budak yang attend tu pulak buat hal. Cakap banyak...keje slow. Tanya lak soklan yang tak relevan! 
Bila dah setel sumpah seranah aku kat budak tue, terus gerak pegi boarding hall. Solat kat surau tu je. Bila dah setel solat, dah dorang annouce suruh boarding skung. Aiseh...tak sempat nak tapau sejemput dua makanan. Lapar seyyyy..... Bila dah masuk badan pesawat lak, tengok-tengok seat aku dah ade orang duduk. Orang korea yang duduk. Muka nak selenge abes je. Bila tanya 'what's your seat number?' Sepatah haram pun tak faham...alih2 aku mintak tengok boarding pass dia. Seat number memang betol, rupanyaaaaaa tu adalah boarding pass dari Seoul-KL laaa weyyy! Bukan dari KL-Seoul. Havoc kejap dalam plane tu. Hahaha....

Tido sepanjang flight lepas makan nasik lemak pak nassir. Quantiti makin skit ya pak nassir. Tolong jangan kemut sangat ok! ZzZZzZzZzz....

Day 1 - 12/11/11 

Sekali lagi...alhamdulillah selamat mendarat di Incheon International Airport tepat jam 6.20 pagi. Cuaca agak sejuk macam genting tapi diriku dah mula bergaya ala-ala retis korea dah ni. Hahah...dengan muka punyela mamai, janji bergaya ok!. Time pagi-pagi camni pun still ramai orang kat airport nih. Haishh...terus segarkan diri dan mulakan lawatan sambil belajar ke Seoul, South Korea!


Kalo ikutkan plan asal, aku nak pegi rumah FullHouse kat pulau dekat dengan airport ni. Lebih kurang sejam perjalanan. Tapi apekan daya, info tak cukup plus bila tanya kat kaunter pertanyaan pun dorang takde cukup info nak bagitau kitaorang. Tapi dorang suruh tanya kat cab driver. Si cab driver ni quote guna metre which is ok for me. Tapi part yang tak tahan tu...tambang ferry lak KRW 80,000 untuk sehala! *pengsan kejap* tersangatlahhhhh mahal giler. So, diskus balik dengan kawan-kawan decided to skip tempat ni. Maybe trip aku yang akan datang kot. InsyaALLAH. Lagi pun, aku dapat rasakan trip aku kali ni agak huru-hara skit. Macam tak banyak study pun. What to do... 

Next, aku terus gerak pegi Seoul City untuk cari Jin Guesthouse yang terletak kat Chungmuro Station. By the way, cara untuk sampai ke Seoul city ada 2 cara iaitu guna airport bus atau guna Seoul Metro @ train. Ade pro and cons jugak ye. Kalo naik airport bus, tambangnya KRW10,000 untuk sehala dan akan berhenti di bus stops yang telah ditetapkan. Tak banyak renyah...ko letak je bag, terus naik bus. Dah sampai tempat yang dituju. Tetapi, kalo naik train pulak, kene transfer di beberapa station yang sepatutnya. Tambang lebih murah dari naik bus. Kalo tak silap aku, tambangnya lebih kurang KRW3,900 untuk sehala. Kalo yang jenis bawak bag besar-besar, disarankan naik bus jela. Korang sanggup ke nak angkut beg besar-besar turun naik tangga subway tu? Boleh kurus tau! Hahah.

Owh ya...bagi sesiapa yang stay di kawasan Myeongdong, boleh naik bus yang bernombor 6015 untuk terus sampai ke sana. Last stop ialah Sejong Hotel. Kalo korang buat booking dengan mana-mana guesthouse, dorang akan sertakan sekali dengan direction on how to go there. Jangan risau ok! Kes aku pulak, boleh pulak aku lupa nak print out direction camne nak pegi Jin Guesthouse ni. Aisehhhh sungguh. Time tu lebih kurang pukul 8.30 pagi. Blur giler time tu nak buat ape. Tawakal jela nampaknya. Tapi aku decide untuk naik subway and turun kat station yang berhampiran guesthouse ni iaitu Chungmuro Station (Line 4 @ 3). 1 station sahaja dari Myeongdong Station (Line 4). Tambangnya ialah KRW900 untuk sehala. 

Aku cadangkan, sebelum sapa-sapa yang nak melawat korea dengan sendiri. Study la maps subway betol ok. Dorang ade lebih kurang 16 lines sumenye...bersimpang-siur antara satu sama lain. Sangat complicated. Tapi once dah faham...senang je sebenarnya. Korang boleh klik kat SINI - SUBWAY MAPS. Korang jugak kene tau exit mana yang patut amek, ade certain station tu akan ada 15 exits! Haaaa...amek ko nak kuar ikut yang mana satu!


Sampai je kat Chungmuro Station (Line 4 @ 3), amek Exit 2 ye. By the way, korang jugak kene tau exit mana yang patut amek untuk sampai ke tempat yang dituju. Sebabnya...kalo korang tersalah exit, penat giler ok nak turun naik tangga subway nih! Kalo nasib baik, kat certain stations akan ada escalator. Tapi tak semua station akan ada tangga bergerak ni. Korang jangan tak tau, setiap stesen subway ni ibarat bangunan setinggi 4-5 tingkat di bawah tanah. Jenuh laaaa nak mendaki nanti.

Cut the story short, bila dah Exit 2 tu, blur lagi sebab tak tau nak pegi mana. Solutionnya, aku approached a korean guy macam mana nak pegi sana. Kasik je alamat guesthouse tu, die terus search kat GPS yang ada kat handphone dia. Canggih siot dorang ni. Informasi sumenye dihujung jari. Rupanya...guesthouse tu dah tak jauh dah. Memang kami berada di exit yang betol. Just jalan lebih kurang 200meter sahaja. Jin Guesthouse ni betol-betol terletak disebelah Korea House. Depannya ada convenient store, Family Mart.

Direction: Untuk sampai ke Jin Guesthouse, korang kene keluar dari Exit 2 of Chungmuro station (Line 4 @ 3). Kat situ akan ada panggung wayang. In between panggung wayang dan Dunkin's Donuts tu akan ade 1 lorong kecik. Korang jalan je sepanjang jalan kecik tu, and at the end of the road, terus nampak Family Mart dan jugak Jin Guesthouse. Senang bukan? 



Bila dah sampai tu, memang aku dah tau tak boleh check-in lagi sebab check-in time ialah pukul 2petang. Just nak tinggalkan luggage pastu kuar jejalan untuk kill time. Rupanya time tu, ade sekumpulan student Malaysia yang menginap kat situ, tapi dorang dah nak check-out dah sebab flight dorang ialah malam nanti. Lepas dah tunjuk booking confirmation kat ahjumma (a.k.a makcik), terus dia offer breakfast tu. Wahhh....sudah rejeki namanya. Breakfast yang ada hanyalah sekadar toast dengan telur je. Tea and coffee adalah 24 hours free. Itu dah cukup dah. Tak payah nak demand lebih-lebih. Owh ya, aku amek dorm 4 beds. Harga untuk 1 malam ialah KRW22,000 termasuk breakfast. 

Dah siap memenuhkan perut secara ala-kadar, our first destination since dah tak jadi pegi Fullhouse, aku plan kita just jejalan kat Namdaemun Market. Market ni start bukak dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Namdaemun Market adalah antara market yang terbesar kat Seoul ni. Kat sini kita boleh dapat macam-macam barang dengan harga yang berpatutan. Tapi kene bargain jugak tau. Yang aku dapat perhatikan, bila sesi tawar-menawar kat sini tidak seperti bargain kat Beijing. Kat sini less interesting. Dorang memang tak kasik banyak diskaun pun. Setakat KRW1000 tu boleh la. Kalo nak dapat 70% diskaun tu memang kene hambat dengan penyapu laaa dengan ahjumma tu. Kalo nak beli souvenirs, sinilah syurganya!

Direction: Turun kat Hoehyeon Station (Line 4) and Exit 5 @ 6. Kalo korang Exit 5, terus jumpa Gate 6 of Namdaemun Market. Kalo kuar ikut Exit 6, korang kene menapak skit untuk sampai ke Gate 5 kalo tak silap.





By the way, kat Namdaemun Market ni jugak ade dijual kebab halal kalo sape-sape yang lapar time tengah beli-belah tu. Senang je nak carik gerai menjual kebab ni. Bukan kedai besar mana pun. Ibarat kiosk je. Aku dah try kebab ni, rasanya biase-biase je. Takdelah sedap gempak mana pun. Tapi bolehlaaa nak alas perut dulu. Harga untuk sebijik kebab lebih kurang KRW3,000 - KRW4,000.

Direction: Hoehyeon Station (Line 4) and exit 6. Dan terus jalan straight sampai laaa jumpa gerai ni. Berhampiran Namdaemun Market Gate 4. (Thanks Hanie sbb ingatkan aku) ;)


Lepas dah siap meronda-ronda kat area Namdaemun tu, kitaorang terus berjalan di sepanjang Shisegei Shopping Mall untuk ke area Myeongdong. Berjalan dalam lebih kurang 10 minit je. Tak berpeluh pun sebab angin sejukkkk je. Hihih... Kat area Myeongdong ni memang happenning dan ramai orang tak kira masa. Dari pagi sampai malam....memang penuh dengan orang. Kat sini ada bermacam-macam kedai dari yang murah hingga ke yang mahal. Tempat lepak muda-mudi pun ramai. Besttt wooo.....kat sini jugak terletak cawangan Uniqlo yang terbesar baru dibuka pada 11.11.11. Menarikkk ok, jualan memang hebat! 







Bila dah sampai kat kawasan macam ni...nak tak nak mesti la jugak masuk satu dua kedai. Yang paling menarik minat aku ialah kedai SPAO ni. Kat sini macam-macam jenis baju ada. So, dah nak masuk musim sejuk, kebanyakan pakaian yang dijual lebih menjurus ke musim sejuk yakni baju berkain tebal-tebal. Yela, takkan laaa nak jual baju kain nipis lak. Memang confirm takde sape nak beli! 

Bila duk belek-belek tu, baju winter yang jenis bubbles tu memang ternyata lagi murahhh compare dengan harga kat Malaysia. Yang biasa kita tengok kat Universal Travellers, Winter Time sume tu memang boleh pengsan tengok harga dalam lebih kurang RM400+++. Kat kedai ni, boleh dapat dalam less than RM200 je!!! Design pun lawa-lawa. Aku ada rembat satu helai. Ce teka which one. Yang dah tau tu...senyap jek ok! Hahaha... 


Yang mana satu pilihan kalbu? ;p
Bila dah penat berjalan-jalan kat area Myeongdong ni, kitaorang gerak dulu pulang ke guesthouse untuk check-in dan jugak rehatkan diri. Kami just jalan kaki je untuk balik sebab tak jauh. Tapi boleh pulak makan buah langsat tetengah jalan tu. Ntah ke mana melencongnya....tapi nasib baik jumpa jugak. Beli instant rice kat Family Mart untuk makan dengan sambal ikan bilis. Yummy! Harga untuk instant rice ade berbeza ikut size yang kita mahu. Yang paling murah ialah KRW1,200 dan yang paling mahal kalo tak silap dalam KRW2,000. Just letak dalam microwave je, lepas tu ngappp! Rasanya macam nasi pulut skit, tapi sedappp. 

Lepas dah rehatkan diri lebih kurang. Dalam pukul 4.30 petang, kitaorang gerak menuju ke Namsan Tower. Tower ni dekat je dengan Myeongdong, Exit 4. Dari jauh dah nampak tower ni. Kalo sesat, banyak signboard yang bagitau arah ke Namsan Tower ni. Aritu aku tersilap, instead of guna escalator yang ada untuk naik ke tempat cable car tu, aku jalan kaki mendaki bukit. Hahaha...penat jugak la duk menapak. Nasib baik jumpa. Kebanyakkan dalam trip ni banyak try and error.  



On the way daki bukit tu, ternampak Namsan Guesthouse ni. Guesthouse ni memang femes sebab ramai malaysian duk sini. Aku pun taktau ape yang bestnya duk sini. No komen...takleh nak kasik review lebih-lebih sebab bagi aku agak terceruk jugak tempatnya. Tapi jangan tak tau, dah ada Namsan 2 dan Namsan 3. Maybe sape yang berminat boleh stay sini, reviewnya jugak agak bagus. 

Akhirnyaaaa.......sampai jugak kat tempat cable car tu. Ingatkan takde orang, rupenyaaaaaa ramai gilerr orang ok! Beratur sampai ke luar bangunan. Yela, weekend kot. What do you expect kan. Hahaha.... Beratur la jugak alang-alang dah sampai sebab penat lelah duk menapak harus berbayar beb. 





By the time kami dapat naik cable car tu, hari dah mula nak gelap ala-ala macam waktu maghrib dah. Ingatkan sempat tengok view waktu siang, tapi yang sempat waktu malam saje laaa.... Time ni memang ramai sungguh umat korean kat sini. Muka-muka pelancong ada berapa kerat je yang aku nampak. Termasuklahhh aku dan the geng. Heheheh.... owh ya, kitaorang amek return trip untuk cable car tu. Maybe next trip, boleh try daki dari bawah sampai ke atas. Dorang ade track untuk pejalan kaki. Kalo stamina tinggi, be my guest. 

Bila dah malam, tau tau sajela nak amek pictures pun agak kurang sebab asyik shaky je. Sob sob sob.....nak amek angle yang best pun terbantut sebab ramai sangat orang kat atas tu. Haishhh.... tapi time tu jugak sebab sempat tengok ade satu kapel ni tengah syiooooookkkk punye kissing! Hahaha..tak kisah dah dengan orang lalu-lalang, janji dapat kiss! Hahahah.



Time ni ada macam persembahan nyanyian. Boleh tahan sedap suara dorang nih!
Kat Namsam Tower ni jugak ade tempat dorang boleh abadikan cinta dorang kat kunci mangga ataupun padlock. Haishhh kurafat sungguh budaya dorang ni. Semuanya cinta, cinta, cinta......mana-mana pun ade romantiknya. Time ni dah mula sejuk sebab angin pun dah mula bertiup. Korang kalo nak naik kat observation deck pun boleh dengan bayaran yang bagi aku tak berbaloi mana pun. Aku just pusing-pusing kawasan sekitar je. Malas nak naik atas. Buang duit. Dari kawasan sekitar pun dapat tengok most of the Seoul City.




Kat sini jugak ada Teddy Bear Museum. Tapi tak besar mana pun...yang lagi besar terletak di Pulau Jeju. Macam-macam saiz teddy bear ada yang menggayakan pelbagai baju. Memang comelllll....tapi sekali lagi, aku tak masuk daaaa muzium ni. Aku tau pun dari cerita orang dan dari pembacaan aku sahaja. Kalo nak masuk silakan...budak-budak mesti suka tengok! Ni gambar aku snap dari tingkap kaca kat luar je. 



Dalam lebih kurang pukul 8.00 malam camtu, aku beransur turun semula. Beratur sekali lagi.....what to do...punye la ramai orang. Malam ni dah janji dengan kawan aku yang belajar kat korea. Boleh suruh dia tunjukkan tempat makan yang sesuai. Harus diingatkan, kat Seoul ni memang susah nak cari makanan halal. Kalo nak senang boleh stay kat area Itaewon. Tapi a bit pricey sebab ramai foreigners duk sana. So, what we do...makan seafood atau ikan sahaja. Tapi kalo boleh, kalo kedai tu ada jual jenis daging cik babs, better elakkan. 

Then, bila dah jumpa kawan aku tu, mulanya nak makan kat sebuah kedai seafood kat Myeongdong ni, tapi kene beratur lagi. Kensel terus. Dia bawak makan kat sebuah kedai yang jual ikan bakar. Kedai ni hurm...nak cakap camne ek. Dia berdekatan dengan H&M kat Myeongdong tu. Tapi bahagian lorong belakang. Kami order telur gulung dan ikan bakar 2 ekor. Tu jela tapi ade sidedish jugak seperti biasa kimchi, sayur dan kimchi kacang panjang. Sedapppp ok telur gulung dan ikan bakar tu! Tapi harganya a bit pricey, tapi nasib baik share-share bayar. Maybe sebab area ni agak high-end kot. Tapi malam tu memang kenyang. Thanks kawan! 





Lepas dah makan-makan tu, terus laaa balik ke guesthouse. Kaki ni dah macam nak tercabut jeeee tengah-tengah jalan tu. Penattt wehhh! 

Papepun, alhamdulillah.....

Till then...wasalam...


66 comments:

  1. wahh!!! syi0kk².. besh².. nak gi 1 hari nnti.. =)

    ReplyDelete
  2. thhhhehehe...lawa gambo bro!..next entry...sila2

    ReplyDelete
  3. Uish panjang entry ni, terasa seperti aku ikot ko ke seoul! Best2!

    Kiut gile gambo baju kucing kaler putih tu. hahah ko tak beli ker?

    Gilos syiok. Nanti aku nak ripit Korea la camni.

    ReplyDelete
  4. Beso gilos Uniqlo yg baru tu... mase aku pi bulan lepas, belum bukak lagik..

    btw nice pics.. aku suka gambo anjing telinga pink itu... hahahah

    ReplyDelete
  5. haa.. betul. kedai kebab tu dekat dgn namdaemun gate no. 4.. nama owner dia abdul salam [siap dia bg email and no telefon kat aku! motip? ] hahahah...

    jeles la..ko pergi time peak autumn. *nanges*

    ReplyDelete
  6. Day 2 bila pulak.hehe.tak sabar nak baca.bestnya.tak dapat pergi lagi,tapi bila baca experience orang lain,dah rasa mcm ada kat sana.

    ReplyDelete
  7. -mana gambar diva ko masa sampai nok? aku nak tgk!
    -jin? seb beik tak jumpa jin tanah hahaha!
    -nandaemun tu mmg, kalo ko mintak kurang, diorang buat dek jer...cam tak kisah kalo orang tak beli pun...
    -ha metro dia cam haram nyer dalam kan? aku terpikir camne la diorang korek sedalam tu, cun plak tu...
    -tak banyak pokok kuning merah pun? masa aku gi, town pun banyak gak...ke ko ada amik tapi tak letak? :D ada satu je baru, teaser ekkkkkk?
    -ko tak try ke sotong kurita nyer tentacles besor2 tu? hahaha!
    -hanjing tu cute sial! cantik gambar :D lens cun la tu hahaha!
    -kuning hijau dua2 sesuwai utk ko nok!
    -apsal ko tak tarik je sapa2 sebelah ko masa kat sol tower tu n cium! hahaha! tu kalo cerai tu, jenuh cari balik mangga nak pi bukak hahahaha!
    -MAKANAN KO SENTIASA SEDAP PADA MAK! BENCI!

    ReplyDelete
  8. @Mr.Cool,
    insyaALLAH...pasni giliran ko pulak utk ke sana. ^_^



    @Mis,
    haishhh...sbr dulu naaa...den baru je abes type. penat2. hahaha. gmbr pn kene pilih dulu.



    @Janggel,
    panjangkan aku duk menceceh kat sini. hahaha..sume bnda nk cakap. tu pn ade bnda yg aku skip2 jugak sbb rse mcm irrelevant kalo nk tulis sume.

    baju kucing tu...mmg aim aku nk beli tau bro. bila tnye rege..pengsan! dekat rm100 kot! mintak diskaun..takmo kasik lak ahjumma tu. sedihhh....tp bila balik, ralat jugak sbb tak beli. sila ripit ye bro..aku pn nk ripit jugak nnt. kekeke



    @Azra,
    besarrr gilos ok! thank you for your compliment. tp kene improve lagi. btw, anjing tu mmg sgt2 comellllll!!!! mcm nk bela sekor. oopsss!



    @Hanie,
    thank you hanie for the info. aku dh update dh kat atas. hahaha...motif kasik no telefon? ko call dia x balik? ntah2 tgh meroyan tggu panggilan ko! hahaha

    tp time autumn aku daun2 dh byk gugur..agak sedih jugak. alasan utk meripit nih! hahah



    @Pineapple,
    Day 2? hahaha..sbr naaa....blom karang lagi. kesihatan tak mengizinkan. insyaALLAH, u pun akan berpeluang nnt untuk ke sana.

    ReplyDelete
  9. @Biqque,
    -hahaha...diva ke nk mendiva ni? hahaha....nnt kene korek dulu ade ke tak. rse mcm takde amek, sbb byk lensa duk tertumpu kat aku jek! hahaha.
    - jin ye...bukan jin tanah ataupun jin afrit! hahaha.
    - tau xpe...benci ok. best lagi bargain kat beijing. kekwat sgt2 org kat sini...hahah.
    - metro die mmg aku tersgt2 kagum...mmg cmne laaa dorang tu korek dalam2. mmg cntik elok je struktur kat bawah tanah tu.tak kaco lak cerucuk bangunann kat bawah tu.
    - mmg tak bykkk pun!!! benci ok! banyak daun2 dh gugur. ade 2 3 batang pokok je, tu pun ibarat hidup segan, mati tak mau tau! jeles ok time ko pegi tu byk daun2 cntik. nk crik daun yg kaler merahhh tu punyela susah. sume dah kering punye daun.
    - euwww...geliiii.hahaha. lagipun tak tau nk makan kat mana. aku x rse kwn2 aku sanggup telan menatang tu! haha. kot2 laaa bila telan duk terlekat kat kerongkong! cmne tuh!
    - ok..mmg cun tahap hanjing kan anjing tuh! curlast ko anjing! kalah katy perry! lens disumbangkan oleh Chawanna. kene bwt special entry nih!
    - hahaha..tula. aku amek kaler hijau je sbb very korean gitu. kang kalo amek kuning, dicop sbg BERSIH! boley gitu? kekeke
    - hahhaa...nak kiss? takpelah...next time bwk bini yg sah gitu! btw, kat sana merata-rata leh tgk kapel2 cmni. naik escalator pun boleh kiss-kiss bagai.
    - hahaha..jeles la tu mknn sedappp wlpn byk tu je mknn nye. kekek e

    ReplyDelete
  10. Cantik la gambar gambar tu semua. Tak sabar nak baca next entry

    ReplyDelete
  11. tingat zaman menapak naik atas n seoul tower mcm nk tercabut kaki...haha yr entry flash back my korea trip memories...menarik :) looking forward for next update.

    ReplyDelete
  12. Wow aku terpesona melihatkan gambar2 mu itu..entry ko panjang, so aku nak kena amik masa paling sesuai nk baca, malam2 kang baru nak layan, sekarang ni aku layan gambo je... (meleleh air liur srotttttttttt srottttttttttttt)

    ReplyDelete
  13. @Rozita,
    hihi..thank you for your compliment. still belajar amek gmbr cntik2 lagi. untuk entry seterusnya...sila tggu ye. tak type lagi nih.



    @Ainlicious,
    kannn....mmg nak tercabut kaki ni duk mendaki. wow..u dh penah g korea. awesome kan? rse mcm tak puas nk jelajah lagi. for next entry...tunggguuuu.....^_^



    @BlueEwoke,
    hahaha...terpesona tgk gmbr2? thanks to ur lens jugak. kalo x, mmg tak jadik ler gmbr2 cmni. hahah...takpe2. take ur time to read. mmg pnjg okkk....hahaha.

    ReplyDelete
  14. John,
    ako tgk ikan bakar tu nampak menarik siot!!!! Tak tahu plak sana pun ada ikan bakar ek? igt derang mkn daging bakar je :p

    ReplyDelete
  15. yup setuju mmg panjang, terpesona sekejap tgk gamba2 ko~ terus menanamkan hasrat nak ke sana~ aiseehhh sbb dulu mase promo 1st flight ke korea, aku dah terMISS sbb lecturer aku membebel2 pagi tuh bile aku check dah habes, so aku dah padamkan cita2 nak ke sana tahun lepas..

    baca entry ko ni rase semngat plak nak gie. kemaen busy lagi 1st day kat sana, dah macam2 tempat ko pergi~ haha

    part sehari b4 g travel dan sehari balek dari travel.. totally suck giler rasenye.. haha

    hostel ko xdela mahal sgt ek, sbb rmai review kate accomodation sane mahal.. so far puas hati tak dgn hostel tuh? bape bintang?haha

    ReplyDelete
  16. semua gambar pun mempesonakan~

    mengimbau kenangan betul
    actually pergi hr tuh seminggu seblom tarikh di atas lah..
    nk story dlm blog, xde blog lah pulak

    ade Msian women, chinese yg ktorg jmpe kat epot ckp spring and autumn kat korea lagi cantik bdng jepun

    haish~ harus ulang balik neh
    mesti..mesti..

    ala

    ReplyDelete
  17. @AKO,
    mmg sedappppp pun! padahal ikan bakar kosong je. sbb dh lapar, ngappp aje. tp mmg sedapp isi pun lembut. kat sana ade yg jual ikan bakar sahaja. takde yg campur cik babs ni.



    @Shahrul,
    redha jela sbb panjang ek. hahaha. sila pegi sana..one of must visit country bg aku. sebgai seorang yg suka drama2 korea and artisnya, haruslaaa melawat tempat2 yg mcm dalam drama tu. airasia slalu bwt promo utk ke sana..boleh dpt dlm rm600+ je utk return tix. ade tu siap dpt rm400+ je!!! jeles x? haha.

    haruslaaa 1st day kene maximise masa sebaik mungkin. rugi laa kalo duk terperap kat hostel je. lagipun cuaca pun elok je. tak elok mmbazir. keke.

    tepat skali kata2 ko itu. sehari seblom pegi mmg hazabedah, part balik dr travel tu mmg hazab kalo jatuh sakit. better takyah balik! btol x? keke.

    yang mahal tu bila ko duk hotel. tak rekomenn duk hotel kat sana sbb superrrr mahal!!! duk kat guesthouse atau hostel lagi puas hati..and value for money. so far, kat Jin Guesthouse tu mmg aku puas hati. kalo dtg lagi korea, i dont mind to stay there again. aku kasik 4/5 bintang. hahaha.

    ReplyDelete
  18. aku tau... ko amek baju sejuk ijau kan???? ahahaha

    ReplyDelete
  19. winter coat tu perghhh cantek arrr!!! pssttt ni yg x sabar nak baca kisah ko lagi ni..

    cepat2 kasi update pelisssss :p

    ReplyDelete
  20. En John,perubahan cuaca buat tak sihat tu.excited lebih saya ni.hehe.takpe,akan ku tunggu kamu punya update.

    ReplyDelete
  21. @Kemang,
    hahahhaa...of coz! setelah meminta pendapat org ramai. aku rembat jugak yg hijau. pasni dh takyah beli dah kalo nk g negara bermusim sejuk. kekeke...



    @AKO,
    hahaha..terima kasih sbb puji. ramai yg cakap kaler die cntik, very the korean. hahaha...sabar naaa...nnt aku update lgi. panjang ni nk type ni.



    @Pineapple,
    itulaaaa...kat sana alhamdulillah takde sakit pape. kalo kene selsema time kat sana mmg x syiokkk ok! bila balik terus kene kejutan cuaca, malaysia still panas wlpn skung ni musim ala-ala winter jugak!

    ReplyDelete
  22. syiok nyer dpt gie seoul.. ce citer lagi tak sabar nak baca ni;p
    haishhhh... jelez.....

    ReplyDelete
  23. En John,saya banyak nak tanya kamu.nnt saya email lah.Kasi En John berehat dulu.

    ReplyDelete
  24. mak pun dah hagak ko suka yg ijo tu nok!

    susah cari daun? ala sayang nyerrrrr...kira fatt gi awal skit, ko gi lewat skit, kira time aku gi tu yang betul2 paling cun...

    ha sape nak pi time autumn, salin, SALIN! kang tak merasa dedaunan kemerahan diranting nan kedahanan...

    ReplyDelete
  25. 1st thing 1st....

    GAMBO SUME LAWAAAA... now taht its out of my system.

    1. train dia cam EU, so; you gi Paris kire kacang putih, ijau, biru, merah etc ler... leh eksen sure nye.

    2. nan dae mun, in chinese is "nan da men" makna nye pintu besay selatan, dong dae mun tuh pintu besau utara... bunyi memang sama ngan chinese, tulisan jek lain

    3. pisang kaki for kaki jalan...... HAHAHHA...

    4. anjing tuh giler comei...diva siut

    5. nature republic nih ada byk kat hk & macau... ala giordano or baleno kan?

    6. warna ijau? ugg tak beli?

    7. ko duk dlm cablecar BOF tuh dak? yg dirang conteng kat dinding tuh.

    8. mangga yg ada heart shaoe putih atas skali tuh tulis nama diarang and "sehati sejiwa".... lomantik nye...heheheh

    9. guesthouse to safe dak? risau sbb byk jin sut!

    ReplyDelete
  26. kedai seafood mesti banyakkan, apa nama kedai ikan bakar tu.

    zany

    ReplyDelete
  27. gambo2 memang cun..brp degree temp kat sana??..huhu..cam sejuk lain mcm jek tp belum ada snow eh?..aku punya tiket bulan feb 2012 nanti..sejuuukkk!!...grrrr!!!...

    so, aku baik beli baju winter ngan boot kat sana jek..kat sini mahal nak mapuh!..

    ReplyDelete
  28. omo.. rindu sgt kat seoul.. nnt pegi lagi sesame yeeee... =D

    ReplyDelete
  29. Wow gambar semua chantek chantek .. Superb .. Tak sabar nak tunggu entry lain. I nk gi pegi sana end of december yr entry will be good info .. Thank you..

    ReplyDelete
  30. @Nuna,
    alhamdulillah....dapat jugak jejak seoul. impian dh lama terpendam! insyaALLAH...akan sambung lg. tgguuuu....



    @Pineapple,
    it's ok...email je. insyaALLAH sy akn balas.



    @Biqque,
    hahaha...kan! harus laa amek hijau! mmg rugi laaa time aku pegi tu. daun2 dh byk gugur...huhuhu. yg sepatutnya pegi ialah akhir @ tengah bulan october. mmg just nice time tu...

    ye, sape2 yg pegi autumn...sila pegi time tgh bulan october ok!

    ReplyDelete
  31. @Lily Riani,
    hahah..thank you for your compliment! i'm still learning though....

    1. yeke? kat EU pun complicated cmne jugak ke? haha...i think i'll learn fast! ;p

    2. wow! u tau baca tulisan cina @ korea ke? jeles!

    3. hahaha...pisang kaki is sgt sedap! tp sekali makan jela..

    4. hahaha...anjing tu mmg comey! in fact, kat sana byk yg dorang kalerkan anjing ni. comeyyy.

    5. exactly! bersepah ok! selang beberapa jarak jmpe lagi...mmg bykk sgt2. yup mmg sebijik mcm giordano or baleno just beza ape yg dijual shj.

    6. hahah..pandai pun! mestilah hijauuu...ugg tak beli sbb rse mcm utk pmpuan jek.

    7. YES! mestilaaa naik cable car tu. btw, u pun minat korean dramas ke??? actually, tulisan tu dh takde rsenye.

    8. wow...sekali lagi. u tau baca ke???

    9. YES! sgt2 safe..i suka duk situ rse mcm homey sgt2! mmg recommended. jin hnya sekadar nama....KAHKAHKAH....

    ReplyDelete
  32. @Zany,
    alamakkk! sori laa i lupa lak nk amek gmbr ape nama kedai makan tu. huhuhu.



    @Yantie Ahmad,
    thank you. hurm...suhu dlm lebih kurang 5c - 14c. ade 1 hari tu suhu drop giler2. mmg sejukkkkkk....suhu dunia makin terbalik skung ni. sukar nk predict. bulan feb lagi laaaa sejukkkk. tgh peak winter lagi tu! tp besttt sbb lawaaaa putihhh je tgk!

    yup..beli kat sana je plus lagi lawa2 kat sana...bwk satu je dr msia. takdela berat sgt beg nnt!



    @Iwa,
    omo jugakkk....jom pegi sama2 ok! ko amek gmbr aku, aku amek gmbr ko! hahaha....



    @Anis,
    thank you for your compliment! sbr ek...tgh busy skit. gmbr pun kene pilih2 dulu...hihih. wow. u dh nk pegi dh...dh prepare blom? time tu winter...msti salji dh memutih dah..jelesss!!!!

    ReplyDelete
  33. aiseh dah byk org komen aku ketinggalan ketapi...

    1st, gmbr ko sume cantik2..ni mesti berkat lens si Na...superb clear & colour pun vibrant. like!

    2nd, aku dah tergelak2 bila ko ckp nama hostel ko Jin...itu jam aku dok bayang jin yg kuar dr teko...ni cerita yg takde kena mengena..tadi aku usha2 hostel kat tokyo tetiba aku jumpa hostel ninja & hostel samurai...hahaha, amacam? hebat. bleh la aku merasa sehari jd ninja, sehari jd samurai...walaweii~

    3rd, aku mmg setuju bab tangga2 subway tu sume mcm tangga batu caves..smpai 1 tahap aku rasa fobia bila tgk tangga

    lastly, amacam korea? ada rasa nak ripit? aku tetiba fikir nak pegi off-beaten path..sbb aku rasa cam normal route ni org slalu buat, so nothing spesel dah rasanya...

    ReplyDelete
  34. Entry yang sangat2 cik-anne tunggu.
    Walaupun panjang berjela,seronok membacanya di tambah pulak pictures yang sangat marvelous.Nak tunggu Part 2 lak..(*;*)

    ReplyDelete
  35. wow best...can't wait for next entry. My trip to korea next year...boleh jadi reference nanti.

    ReplyDelete
  36. slalu jd silent reader je..tah hape kene tibe2 nk komen lak....pix mmg superb...tp nape muka tempek katon lak...yg tmpt2 len2 elokk jerr...x dpt tgk ke henseman...hahaha

    ReplyDelete
  37. 1st time post komen, tp memang da follow kisah2 travel dlm blog ni...walaupun panjang crita kau ni, tapi habis juga aku baca. best2...!!!

    aku aritu chungmuro stn la tempat aku menapak kluar masuk.

    ReplyDelete
  38. Jin guesthouse! Towel pink & red. Hehe. Ahjuma sporting.. Layan aerobic lagu nobody-wondergirls :)ayoo miss sama Seoul lah. Selalu shopping air 1200won kat mart depan Jin Guesthouse :)

    ReplyDelete
  39. Excitednya baca citer u pasal korea...i akan smpi sana january ni...makanan dorang ok x?x sabar nk tunggu u finish all entry..anyway,senang tak klau kita just jln sendiri kt sana?if ok,x pyh la bazir amik tour..

    ReplyDelete
  40. gambar ikan tu menikam kalbu betul, mesti best, gambar pun cantik cantik, cemburu tau sebab kita tak sampai korea lagi tau... hehehe

    ReplyDelete
  41. nice pictures! buat i tak sabar nak pegi ni! :D

    ReplyDelete
  42. 1.Gambar memang giler...superb
    2.Nota perjalanan...terbaek!
    3.Memang tak sabar..nak nantikan ur next entry..

    Cuma maaf nak cuit sikit...

    Apapasal..gambar u yg hensem..dibubuh pelekat gitu gaye..ala2 dok baca entry "fatt si gadis misteri" la pulak!

    BTW..semo citer2 u pasal kembara ke korea ni...I LIKE!

    ReplyDelete
  43. @Fatt!
    ko lambattttttt!!!! hahaha. takpe, aku faham. aku lupa lak nk undi entry sape yg terbaik. agak2 sempat lagi tak? huhu.

    1. hahah..semestinya berkat lens si chawanna. kalo takde dia, gmbr mybe kureng skit. kene bwt special entry utk dia nih! tgguuuu....

    2. hahaha...tula, mane ntah owner ni dpt nama jin. thank god takde jin ke ape dalam GH tu. tp besttt duk situ. rse mcm homey sgt2. ok, hostel kat tokyo tu nama dia awesome ok! unikkk gilerrr....kene bookmark nih!

    3. hahaha..KAN!!! aku kurus weh kat sana....sebbnya 4 hari before balik, seluar aku yg ketat tu LONGGAR!!!

    korea best! tp sedikit penat. tapi tak kisahhh overall still best! mmg kene ripit lagi sbb byk tempat aku tak puas tgk! huhu...yup, aku setuju dgn idea ko nk bwt off-beaten path. kalo tak bwt, taktau ape yg spesel kat sana. mybe next trip aku, boleh difikirkan. insyaALLAH...

    ReplyDelete
  44. @Cik-Anne,
    hahaha...cik anne pun tak sabar ye. thank you sbb sudi baca wlpn panjang berjela! hihihi mlm ni sy karang Day 2 lak.



    @Leez,
    sabar ye akak...tgh karang ni haaa..busy skit. huhu. wow nk g korea jugakk next year! hoyehhhh sy tlg excited jugak!



    @Lola,
    hahaha...thank you sbb sudi komen. actually, tak payah laa tgk muka sy. more to scenery. malu ler.....



    @Moja,
    thank you bro sbb sudi komen. hahaha..abes jugak ek ko baca. terharu nih! chungmuro chungmuro! aku ingt smpai bila2 hahhaa...



    @pandaberkacamata
    Exactly! ade towel merah and pink! kecikkk jeee....ahjumma tu mmg layannn baikk lak tu. die pelukkk aku time nk balik! hahaha. aku pun ade beli instant rice kat fmly mart tu. kekekek



    @Shasha Shamsudin,
    thank you for stopping by. wahhhh bestnya nk g time winter. putihhh je nanti! jeles! makanan so far i telan je. kalo yg tekak memilih tu agak susah ler. makan ape yg ade. better bwk sambal ikan bilis yg kering tu. tuna ke ape..better bwk. serunding jgn lupa. for me, better jalan sendiri. senang je kalo naik turun subway and u tau maps die cmne. tak payah laa ikut agent tu. die suke bwk pegi tmpt2 govertment. tak syiokkkk ok! plus mahal amek tour!

    ReplyDelete
  45. @Chibi Maruko,
    BTOL TU! sedappp sgt2. tp tak tau laaa ikan ape tu. kat msia ni, tau ikan kembong je. sbb my feverit. kekekek. chibi kene ajak B dtg korea lak. dah dekat tu kalo terbang dari QC. ^_^



    @Rara,
    thank you!!! wow...u pun nak pegi. bestttttt!!!!!



    @Zie Noorzail,
    thank you for your compliments. hihi. psl pics tu, takpela...sy nk tunjuk baju je. muka sy yang bese2 je ni tak perlu kot nk tunjuk kat semua orang. yang penting korang sume enjoy. ^_^

    ReplyDelete
  46. @Ala,
    sorry terlepas pandang nk reply your comment. thank you! owhhh..kiranya u balik..i terbang. hihihi. best kan korea. tak puas. i dont how's autumn and spring kat jepun. tp smpai korea pun dh ok dulu...mmg rirpit lagi!!!

    ReplyDelete
  47. aku jadi teruja nak tau lens ape si na pakai. sbb slalu klu nikon aku tgk gmbr tak le cantik gini...abislah aku kena sembur dgn geng2 nikon pasni..lalala~

    eh jap, ko pakai nikon eh? aku rasa cam canon...if canon then yes, tidak syak lagi. gmbr hidup, colour vibrant...aileb canon!

    ReplyDelete
  48. @Fatt!
    hahaha...lens nikon 18-105mm je. yg boleh zoom jauh2 tu. actually lens ni jugak yg aku guna utk trip nz, perth dan lain2. lens tu slalunya aku pnjm ngn housemate aku je. tp sbb die kasik adik dia pinjam. tu yg aku takde pilihan lain selain dari chawanna utk pnjm. kalo guna lens ni dah cukup baikkk ok sbb sgt2 cantik!

    aku pun tak tau laa samada gmbr aku cntik ke tak. sume tu depends kat kriteria sendiri utk amek gmbr. aku pun blaja dr teknik2 amek sudut yg best2. takde la sudut yg normal je.

    pakai nikon d3000 je. aku edit skit laaa kaler gmbr tu. tmbh contrast, brighten, dan lain2. tp x byk pun edit. skit je sbb yg original pics dh sgt2 ok.

    ReplyDelete
  49. assalamualaikummm.. akak dh datanggg

    guesthouse tu nama Jin? hahah dh tbyg rope Jin tunggu dpn tuh haha.. Tanda nama kt Nam Dae Mun market tu mmg xcbleh dibaca seb beik toilet sign dia ade bentuk org gak kalu idak.. mampos hahaha.. so tips soping baju sejuk beli terus kt sana lah ye jgn beli kt sini hehe.. alamak ko pilih kaler ape? dedua menawan hati laaa

    ok lagik abadi kt padlock dari kt sini vandalise kt pokok la, batu la.. dinding toilet la


    sedap nye telo gulung tu..

    ReplyDelete
  50. @Ely Hasrul,
    waalaikumussalam akak ooiii.

    curlast ko kak. yes.. namanya JIN! takde jin pun...sbbnya dah duk dalam botol. duk diam2 kat situ! haha..toilet jgn riso, ade gambar. so, senang je..

    kalo pegi musim sejuk atau musim sewaktu nk masuk winter. beli kat sana je...bwk sehelai je dari msia. kat sana lagi cantikkkk plus murahhhh ok! jgn abeskan duit beli kat malaysia. mahal nak mampos! harusla ku pilih hijau. very korean ok! hahah.

    telo tu mmg sedapppppppppppp!!!!

    ReplyDelete
  51. baca entry ni terasa macam dah kat Seoul sekarang ni hehehe berangan kejap....

    ReplyDelete
  52. @Noor Hafirdaus,
    thank you sbb sudi jenguk blog sy ni. sila berangan ye, mudahan menjadi kenyataan. ^_^

    ReplyDelete
  53. tgk gambar saja dah tpesona..cantik sgt!mcm bleh print wat buku je blog awak nih,pastu bwk gi travel..lengkap gitu!ur bubles winter coat,cun!hehe

    ReplyDelete
  54. babe..really like your blog la..
    btol2 byk info menarik..suke sgt..
    serious x tau u bole gie bercuti with budget camni..cool! i x pernah travel bagpack cam u la..hye in your next trip i nak join bole..? :)

    http://ellyana1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  55. hye there!
    follow ur blog! best nyeee pergi travel luar negara!
    saya paling suka korea :D

    ReplyDelete
  56. Hello there, You have done a fantastic job. I'll definitely digg it and personally suggest to my friends. I am confident they will be benefited from this site.
    Also visit my blog post ; natural supplements for pregnancy

    ReplyDelete
  57. Yes! Finally someone writes about ugg boots.
    My web page: オークリー レンズ

    ReplyDelete
  58. wah..jelesnye tgok...dapat pi korea....tapi kan...harga Jin Guest House tu harga sekepala atau harga satu bilik tuh?

    ReplyDelete
  59. @Aihanmujar,
    itu harga sekepala.

    ReplyDelete
  60. Memang teruja la tengok blog gambo cantik cantik dan penerangan yang detail.baguslah..nnt ciku g korea lagi ..leh refer sini lak..hihi..:)

    ReplyDelete
  61. Beautiful photo, thanks for sharing! I would love to go there some day. :)

    ReplyDelete
  62. thanks for sharing. come visit my blog..lots of things bout korea :D

    ReplyDelete
  63. Assalam...nk tanya pasal pocket mini wifi tuh...sory xpaham...hp kena roaming ke then baru bole pakai?or kena beli sim kt sana dulu?fyi..saya dh order mini pocket wifi tuh...hrmmm...

    Ira

    ReplyDelete
  64. wow...mmg best entry ni,terasa berkobar2 nak pegi korea.

    ReplyDelete
  65. wow.. best.. saya pergi tempat2 nie tahun lepas. Girl single traveler. macam2 situasi dialami kat sane..hihi..

    ReplyDelete
  66. salam..nk tnya pasal jin guesthouse tu..cmna nk booking ea?pastu dorm 4 beds tu 1mlm 22000 won ek?

    ReplyDelete