Tuesday, November 13, 2012

Club Med Cherating - Part 2 (Finale)

Assalamualaikum!!! 

Loooongggggg week for me! I can't wait! Tak sabar naik kapal terbang nanti rasa macam dah lama sangat tak naik kan. Hahah what to do... 

Jom aku sambung kisah di Club Med Cherating tempoh hari. Sebelah malam tu pulak, kami semua kene berkumpul kat court. Biasalah kalo ada company trip mesti taksah kalo takde performance kan. Kali ni performance dipersembahkan oleh 1st year junior and newly promoted managers. Hahah nasib baik aku tak pegi dulu if not confirmed kene buat performance gak. Hahah. Persembahan simple je menari lagu Gangnam Style. Dah trend sume orang kalo ada performance mesti nak menari Gangnam Style. Tengah in kan skang ni. 

Dah abes tu sume, ada pulak upacara menyalakan tanglung. Kalo tak silap Mid-Autumn Festival. Siap ada kuih bulan lagi. Hehehe. Jomlah layan gambar... aku malas nak menaip sejak dua menjak ni.




Lepas dah abes aktiviti kami, kami semua diminta berkumpul theather hall untuk persembahan kebudayaan oleh pekerja Club Med. Malam ni tema dia Brazilian Night. Amek kau...kita gelek sakan! Show dalam 1 jam ni agak menarik dan melucukan... pastu ada sesi menari bersama-sama. Kira enjoys abeslah malam tuh! Hehehe. Lepas dah abes show, ada pulak sesi berjoget dan cucuk langit kat kawasan luar. Best gilakkkk! Lupa diri kejam malam tu. 


*************************************************

Esoknya... hari ke-2 aku kat Club Med. Biasalah bangun pagi terus pegi breakfast. Hahah....percutian ala-ala orang kaya. Pagi tu kawan-kawan aku nak try aktiviti kat situ. Katanya nak buat tree top challenge. Macam aktiviti kat Bukit Cerakah, Shah Alam tu tapi versi mudah skit. Aku tak try ler sebab malas, plus time tu tersangatlah panas! Dah lenjun siap baju aku nih! Tapi sebelum tu sempat ronda-ronda kawasan resort untuk amek gambar... 






Lepas dah berhempas pulas duk memanjat dan flying fox, jom kita berehat kat Zen Space sambil mandi-manda. Time ni dah almost lunch hour, tapi kami berehat-rehat dulu hilangkan penat sejukkan badan. Alhamdulillah...cuaca sangat-sangat elok. Boleh jugak nak main kapal layar. Ada jugak disediakan... 




Balik terus ke coffee house untuk lunch... kemudian aku membuta sampai petang kekenyangan... gambar kat bawah ni pulak gambar dari officemate aku snapped ape dorang buat petang-petang tu ada yang buat archery, ada yang main trapeze.... Gambar credit to Farhan Mas. 





Sebelah malam tu pula..harini tema untuk persembahan adalah berbeza. Kali ni tak silap aku... dah lupa. Sorry. Tapi kiranya setiap malam ada tema yang berbeza. Agak menarik sebenarnya... Sekali lagi malam ni mencucuk langit lagi okeh! Dahla outdoor, kalo kene panah petir memang saja je. Hehehe malam ni jugak ada fireworks kat tepi pantai! Awesome! 

Credit to: Farhan Mas

Credit to: Farhan Mas

*********************************

Esoknya hari untuk pulang ler.... arini last cuaca agak tidak baik. Kami berlepas pulang dari Club Med menuju ke kotaraya Kuala Lumpur lepas makan tengah hari dulu. Overall, percutian yang not bad. Hehehe. 






Till then...wasalam.


11 comments:

  1. Morning uols..

    gigihnya menaip pagi2 ni. Hehehe...

    BTW, enjoy ur holiday tomorrow.. FM jgn dilupain..

    Thank youuu hehe

    ReplyDelete
  2. untung la jadik presiden. dpt naik kapal terbang

    ReplyDelete
  3. Bw n smpai sini..awesome sume pictures..:-)

    ReplyDelete
  4. bila tengok macam-macam aktiviti ada, siap buat sarkas lompat-lompat tali lagi, memang enjoy giler la. hilang strees keje kalau macam tu, hehe...

    ReplyDelete
  5. Ohmai ada main trapeze?!! i iz cemburu...huhuhu apa jadah ko belasah tido sampai petang dol? hahaha

    ReplyDelete
  6. aku kalo gi training ke teambuilding ke dinner ke ape ke, tak kuasa nak bwak kamera...tapi dah balik, cam ala tak best lak takde gambo hahaha!

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Tanah air sendiripun amat cantik utk jalan-jalan.

    Saya pernah ke Cherating tetapi dah berbelas-belas tahun dulu.

    Melihatkan gambar yang Danny ambil, Cherating bertambah cantik!

    ReplyDelete
  8. untungla merasa dok kat medclub
    .......
    (lalu sambil seret penyapu lidi)

    ReplyDelete
  9. Akak anash... bukan medclub ye... jangan buat malu, kekeke

    huh untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. Amboii seksisnye penari gelek tu.. *** larikkkkkkkk

    ReplyDelete
  11. pembetulan...
    club med...
    (hehheeheh)

    ReplyDelete