Assalamualaikum!!!
Ya Allah...keje aku ni sungguh banyak rasanya macam nak campak-campak je files keluar tingkap rumah aku nih! Stress nak resign pastu travel non-stop selama 6 bulan. Ada sape-sape teringin tak nak buat macam aku ni? Aku ni asyik duk berangan je kot-kot ada orang masukkan duit dalam akaun bank aku. Ada ke orang baik hati camtu? Hahaha.
Jomlah aku sambung kisah di Jogjakarta. Cerita hari pertama sampai, aku actually sangat risau dengan supir dari Lestari Car Rental ni. Yela, aku dah banyak kali rescheduled booking aku dengan dorang. Tapi masalahnya... dorang ni jenis takmau balas e-mail pastu kalo balas pun lembap! So, aku macam tak pasti samada dorang ni ada baca ke tak e-mail aku yang ntah ke berapa kali ni. Ni sume gara-gara flight AirAsia delayed. Abes kene ubah aturcara perjalanan. So, aku dah mintak suruh receptionist mintak tolong call orang Lestari Car Rental tu. Alhamdulilalh... they're aware about my booking. Dorang datang pick-up on the next day at 8.30am. Lega dah aku... boleh jejalan dengan hati gumbira.
Actually, aku malas nak sambung cerita aku Day 1 kat Jogja. Kalo nak tau sambungan boleh baca kat blog Janggeltrekker : The Real Java
Hari ke-2 di Jogjakarta. Bangun awal nih... kononnya. Ya Allah terlepas solat subuh sebabnya, matahari dah terik kat luar tu lebih kurang jam 6 pagi. Amek kau~ Dah naik tinggi dah matahari. Terus mandi, then boleh lagi bersenang-lenang atas katil sambil main internet. Ntah pape la hidup aku ni, kalo takde internet rase sangat takleh blah. Nak online je kejenya padahal bukan buat ape pun. Cis! Kalo takde internet tu, memang takde pulak rasa gelisah tak online. Tapi sebab ada internet, terpaksa online! Hahaha. Lebih kurang 7.30 pagi turun breakfast. Simple and yet not bad. Nasik bungkus makan pagi dengan air kopi. Enak bangat! Ibarat hidangan Hajjah Rossa setelah pulang dari Haji.
Lebih kurang jam 8.30 pagi, supir sedia menunggu di depan hotel. Aku lupa nak snap gambar kete yang bakal kami naik. Tapi yang penting MPV Daihatsu 7 seaters. So, kiranya untuk kami berdua memang agak luas dan heaven! Hahaha... langsung kami bergerak menuju ke destinasi kami yang pertama untuk hari tu. Yakni, ke lokasi letusan Gunung Merapi. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari bandar Jogjakarta. Alhamdulillah... jalan tak begitu macet. Yang penting sebab keadaan jalan raya di Jogjakarta sangat dalam keadaan baik. Tak macam di Medan, Indonesia. Giler kau...berlubang je memanjang! Macam duk atas kerusi urut Ogawa tu sepanjang perjalanan. Yang di Jogjakarta, rasa smooth je perjalanan. Hehehe
Ketenangan di atas jalan raya |
Jalan raya yang baru diturap dengan lapisan yang baru |
Tiket masuk untuk ke kawasan Gunung Merapi tu kira-kira berharga 3,000 rupiah/pax. Okla tak mahal dalam RM1 je? Hahah. Then, untuk parking di kawasan letak kereta pulak berharga 5,000 rupiah. Time kami sampai ni kira-kira jam 9.30 pagi. So, pelancong lain pun tak brape nak ramai lagi. Tapi dah nampak beberapa bijik bas pariwisata kat area tu. Cuaca sangatlah berkabus kat area puncak Gunung Merapi tu. Senang dari tempat aku berada tu memang langsung tak nampak batang hidung Merapi tu. Agak frust jugak yang terbuku di hati ni, tapi redha atas ketentuan-Nya. Kawasan ni kembali menghijau selepas letusan yang terakhir pada tahun 2010. Yang meranapkan keseluruhan kawasan tempat aku berada sekarang ni. Korang bayangkan lava-lava panas mengalir di atas jalan raya. Nak lari pun confirm tak sempat! Nauzubillahh....
Masih lagi terbayang macam mana bentuknya awan panas ni. |
Kawasan letak kereta |
Cerun tepi gaung |
Cuba cari yang mana satu aku duduk? Hahah |
Topi yang beraneka warna untuk gadis-gadis yang cun sahaja. Matilah.... |
Bila kita dah sampai kat sini, ada banyak tour dan pakej yang tersedia untuk kita pilih dan bayar. Tour ni paling lama tak silap 4jam perjalanan yang menuju terus ke kawah Gunung Merapi. Kiranya sepanjang tu agak ada tempat menyinggah yang lain. Harganya agak berpatutan. Pengangkutan utama adalah jeep. Yela kereta jenis 4-wheels drive paling sesuai untuk hiking gunung atau bukit. Tapi aku dan Janggel tidaklah mempunyai banyak bajet dan masa untuk amek pakej macam ni. Adalah memandai untuk kami hanya ke rumah Mbah Maridjan yang terletak kira-kira 1.2km dari tempat letak kereta tu. So, why not just sewa motor je untuk naik ke atas. Ada pulak 2 jenis motor, 1 yang normal motorsikal, yang lagi 1 jenis pulak jenis scrabble. Kiranya tahan lasak punye. Tapi sebab tak reti motor jenis yang ade clutch, so aku amek yang biasa jela yang berharga 30,000 rupiah/motorsikal.
Sedikit info mengenai Gunung Merapi:
Gunung Merapi dengan ketinggian 2,968 meter dari paras laut merupakan salah satu gunung berapi yang teraktif di Indonesia. Ketika letusan tahun 1930, seramai 1,370 orang telah terkorban di 13 buah desa yang terdapat di lereng Gunung Merapi. Mengikut sejarah, letusan yang terbesar telah berlaku pada tahun 1006 yang telah menutup seluruh Tanah Jawa dengan abu volkanik.
Pada June 2006, Gunung Merapi kembali meletus menyebabkan kerajaan memindahkan 17,000 warga yang hidup di sekitar Merapi. Terdapat 2 orang terkorban akibat terkena awan panas yang mempunyai suhu 500-600 darjah celcius.
Manakala pada Selasa petang pada tarikh 26 October 2010, Gunung Merapi telah kembali meletus. Awan panas yang berlanjutan selama 33 minit telah meranapkan beberapa kampung di lereng Merapi yang turut mengorbankan Jurukunci Merapi iaitu Mbah Maridjan.
Info yang lebih lengkap boleh merujuk kepada Wikipedia
Bekas tapak rumah Mbah Maridjan |
Bekas laluan lava panas akibat letusan gunung berapi. Nauzubillah.... |
Puncak Merapi yang dilitupi kabus dan awan |
Kat kawasan rumah Mbah Maridjan tu, ada orang jual souvenirs seperti contoh tshirt dan cendarahati. Tapi yang menarik minat aku ialah t-shirts sebab kainnya agak tebal dan ada coraknya yang aku suka sebab simple. Harganya ialah 40,000 rupiah untuk sehelai.
Nanti aku sambung ke destinasi yang seterusnya....
Till then, wasalam...
Gunung merapi yang tak berapa nampak. Pasrah je la.
ReplyDeletetak bahaya ker sebab gunung merapi ni masih aktif lagi? risau jugak, tengah dok syok tengok, tiba-tiba meletup.
ReplyDeletemenarik cerita ko.. jap, korang drive sendiri ke pakai supir.. aku terkonpius disitu...
ReplyDeleteeh..leh main pas-pas plak citer kat janggel's blog?
ReplyDeleteingatkan sewa moto warna hijau tuh...
takde perasaan yang gunung tu nak meletus ke masa kat situ?
ReplyDeleterumah Mbah Marijan hanya tinggal tapak ?
ReplyDeleteHajah Rossa sapa? hahahah bengong..ingatkan ko naik motor yg kaler ijau tu..skali kapcai jeh..(juih mulut) hahahah
ReplyDeletehaih aku kat sana pun tak nampak gak gunung tu...malu2 kucing plak dia.
ReplyDeletedah lain skit tapaknyer, ada signboard, ada bumbung. masa aku gi takde lagi. walhal baru brapa bulan lepas kotttt...
amboi ambil supir dengan MPV (7seaters tak agak2 walhal naik berdua je)..
ReplyDeletelesen wak moto tu hade ke? hade??? hahahahaha nak tengok!
Nekcik pergi situ hanya beberapa bulan sebelum gunong tu meletup!!
ReplyDeleteGood to see these stuff here.
ReplyDeleteLimo Tampa
@Janggel,
ReplyDeletebertabah jela... malu2 biawak sgt gunung berapi tuh! huhuhu jom musim panas!
@Orga,
so far mmg tak bahaya, kalo ade tanda2 nk meletus lagi jabatan yg berkenaan akan kuarkan amaran utk berjaga2 ataupn beredar dr kawasan gunung berapi tersebut.
@Zette,
kami guna supir... hehehe.
@Kak Anash,
hahahah sewa motor kaler hijau tu? mula2nya mmg teringin tp tak reti guna clutch. kang mati time naik bukit... terus terundur. kekek
@Norh,
hahah so far takdela perasaan cmtu. berasap jela tgk dari jauh.
@Nieda Ramly,
ReplyDeleteaah hanya tinggal tapak. ;)
@Chawanna,
hahahah yela katanya pegi naik haji. terus jadik hajjah rossa. yela, nk bwt camne dah kakiku tak brape nak cecah lantai nnt kalo naik motor hijau tu. hahaha
@Biqque,
tula...aku pn perasan time ko pegi tu pn mcm keadaan aku alami jugak. bertabah jela.
@Masmz,
hahaha yela! nk bwt camne. percutian ala2 mewah tp kopak. camne??? hahahah. saya takde lesen...huhuhu jgn disaman sama saya ya buk.
@Nekcik,
yeke... tp time tu ok lagi kan.. ;)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebeen awfully busy... only manage to read view phone so far.
ReplyDeletedid you guys try the 4x4? that is something i definitely will do... ramp the wheel on the terrain. sure best gilos.
Seeronoknya...nampak sejuk dan nyaman.
ReplyDeleteTopi tu agaknya tak sesuai untuk orang macam saya ye? :)
Saya juga dah baca versi Janggel/Rain.
Dah lama nak g sini..x tersampai lagi....harap tahun depan bleh g ..:)
ReplyDeletecantik2 pic u snap....
ReplyDeleteHarap time aku ke sana nanti tak le malu-malu kucing Gg Merapi...ke sana november 2013
ReplyDeletebestnyer baca blog u...sgt suka travel!!
ReplyDelete